Monday, June 4, 2012

Kesulitan Amat Dikesali

Dua ratus kilometer telah diharungi, dalam keadaan panas terik. Apakan daya penyaman udara tidak berfungsi baik. Daripada deruman enjin manjadi tidak keruan, lebih baik buka tingkap sahaja. Seperjalanan berhenti seketika di dua hentian rehat dan rawat. Sekali untuk pam tayar di Sungai Buloh dan makan tengah hari di Tapah.

Sabar menanti, satu persatu punat ditekan. Tidak tahu konti radio mana yang sedang memutarkan lagu dan yang pasti sanubari hanya berkehendakan lagu yang menepati citarasa dan perasaan ketika itu. Kenderaan diperlahankan seraya pedal memecut dilepaskan seratus persen.

Sebaik tiba di gerbang plaza tol, tangan dihulurkan dengan pantas terus palang dibuka. Perkhidmatan Touch & Go amat praktikal di waktu kenderaan tidak bergitu banyak. Terus meluncur dengan kelajuan sederhana, menikmati panorama Ipoh, satu persatu susur keluar dilepasi, tanpa dikunjungi.

Sebaik tiba di susur keluar berhampiran Kinta City, niat di hati ingin mencari sesuatu untuk dibawa pulang, namun tak mengapa kerana tiada siapa di rumah. Mungkin di lain kali. Kali ini terus kereta memecut laju kerana  mengejar masa. Kini di belakangku terdapat beberapa kereta yang mengekori dengan kelajuan yang sama dengan mengekalkan jarak kepala. Dari jauh plaza tol dilihat, tapak plaza tol lama lokasi Jelapang sebelum meneruskan perjalanan mendaki Banjaran Klebang dan menyusuri Terowong Menora.

Tiba di plaza tol, tangan sekali lagi dihulurkan dan menanti palang dibuka. Entah kenapa mungkin telingaku pekak, sekali lagi kad disentuh dan telinga cuba memfokus bunyi "beep" yang harus dikeluarkan oleh mesin itu. Kali ini kenapa tidak?

Aku kaget. Melihat kenderaan di belakang yang daripada dua kini sudah menjadi lima. Tak mungkin Touch & Go aku sudah tidak berbaki. Tetapi aku sendiri lupa bila kali terakhir aku melakukan tambah nilai. Aku sentuh sekali lagi, namun tiada bunyi "beep" aku aku dengari. Aku kini benar-benar panik.

Aku mengambil langkah paling bertimbang rasa dengan menghidupkan lampu kecemasan. Kemudian aku menaikkan tangan tanda memberi isyarat berlakunya masalah namun barisan kenderaan makin panjang. Aku menarik nafas panjang. Tidak aku sangka kejadian ini akan berlaku, mungkin aku amat cuai sehingga memberikan masalah kepada pengguna lain.

Aku menarik picu untuk membuka pintu. Tebal mukaku, kaki dikeluarkan dari kereta disusuri tubuh lain. Aku menunjukkan wajah bersalahku supaya mereka bersimpati dengan mala petaka ini. Aku tidak sengaja dan aku harus menerima apa sahaja akibatnya, itulah yang dikatakan takdir.

Aku melihat pemandu di belakang mengeluarkan kepalanya dari tingkap, seorang demi seorang dan mereka membuat memek wajah terpinga-pinga. Aku bertamba takut, dan kini aku memandang kiri dan kanan, kiri dan kanan dan sesekali senyum kambing. Oh, aku baru tersedar bahawa aku menyentuh kad perniagaan milik seorang pegawai Unit Trust, bukan kad Touch & Go. Aku terbuat silap kerana meletakkan keduanya di dalam bekas yang sama. Aku amat menyesali akan kejadian ini.

8 comments:

missone hazel said...

kah3....bengong la ang ni..mamai ka?

Anonymous said...

heehe..hehee.. kita pun pernah mengalaminya....

SYED NAHAR said...

wan: jgn la kata lagu tu.. kesian kat cheq! haha..

anonimes: ye ke? sure rasa diri diperbodohkan oleh kesilapan diri haha..

Anonymous said...

haa.haa. yelah. kat lekas highway betapa confidentnya kita ketika itu.. meluncur laju.. tapi akhirnya itulah yg terjadi.. nasib baik berdua .hehe.e.ehe.e.

SYED NAHAR said...

ni mesti kak ina hahaha.. terjadi juga pada kak ina. sure on the way nak balik pilah ni hahahaha...

Anonymous said...

haaha.haaha ya lah sapa lgi...terasa tebal muka...abis tu redha dan pasrah aje lah..

SYED NAHAR said...

nasib baik org tak honk.. kalau tak tebal tahap turapan relumac (turapan jalan acp dmt si rammon tuh hahaha)..

fzy fuzzy said...

hahahahaha...adoiii..terguling-guling rasanya