Akan tetapi, sesekali ada terperasan watak yang lama muncul kembali. Sipi-sipi tapi pandai pula mengelak. Bila ditanya, sah-sah jawapan selamat yang diberikan. Belajar dari mana entahlah, mungkin pengalaman. Bila difikirkan, baik aku fokus kepada kehidupan aku yang sekarang ni banyak tertumpu kepada rumah yang bakal aku berpindah nanti.
Pindah? Aku terpaksa berpindah, sebagai satu anjakan pertama sebelum aku membuat keputusan lain. Tapi banyak sungguh halangan, di sini baik pula layanan yang diberikan. Nasib baik, kalau tak memang sekali lagi aku tutup pintu hempas kuat-kuat, dah kunci dari dalam hingga lamanya. Lagi okay kalau aku telan kunci tu pula.
Kenapa bila dapat projek baru, orang lain bergembira menarik nafas lega tapi aku rasa makin tersepit. Balik-balik jadi pembantu tak rasmi, lebih murah dan mudah tanpa perjanjian kita berkhidmat untuk produktiviti yang lebih. Sesekali aku bertindak malas. Adakalanya terlebih rajin sampai ke malam.
Takutnya nak habiskan bulan Jun. Rasanya bakal ada peristiwa mega lagi tapi bila munculnya entah. Rasanya perlu aku persiapkan perisai supaya dapat menepis, tapi macam mana? Perisai yang ada dibuat dari kayu rapuh. Malam ini, aku nak berbicara dengan langit, rasanya hanya dia yang setia mendengar rintihan. Kesian.
2 comments:
nahar.... skrg waktu tuk nahar fikirkan kepentingan diri sendiri.. jgn mudah percaya ngan kata kata or janji-janji palsu (tiba2 teringat Maziun Hamzah )..kerana janji tak semestinya dikotakan ada kalanya dusta berlaka.. bertabahlah ya..carilah jalan yg terbaik.. dan berhirjah lah kepada yg lebih baik.....
hahaha.. kak ina ni tak abis2 buat lawak hihihi..
Post a Comment