Sunday, October 2, 2011

Keperihatinan Tidak Berbelah Bahagi

Semalam seriyes penat! Dari pagi sampai ke tengah hari terpacak, aku jadi urusetia untuk 6 perlawanan bola jaring sempena Karnival Sukan MTD. Terbakar kulit, tapi ringkasnya ia berbaloi apabila banyak penyokong yang hadir membawa makanan. Lepas tu, pergi kenduri Samsul di Kampung Changkat. Sesat juga nak cari rumah pengantin. Selesai semua tanggung jawab ni, terus kembali ke ofis sambung kerja yang masih bertimbun.

Tak siap pun kerja, tapi hari dah malam. Tinggal bertiga bersama Kak Gee dan Kak Niza. Disebabkan hari sudah malam, tak sampai hati nak hantar Kak Gee ke stesen LRT so aku mempelawa Kak Gee untuk menghantar dia pulang ke rumahnya di Koi, Puchong. Drop sahaja Kak Gee aku langsung pulang dan tiba di rumah jam 10.30 malam.

Tengah hari ini, aku masih tak sedap hati, terus capai beg dan menuju ke ofis untuk menyetelkan kerja yang berbaki. Mudah-mudahan bila Encik Zulkay pulang dari England nanti dia akan lihat ada progress dalam menyiapkan tender MRT ni. Sedang bertungkus-lumus, aku menerima SMS dari Kak Gee:

SMS : Askum. Nasib baik balik awal mlm td. Tgh mlm anak kami kena sawan. Sehari x kencing. Klinik semua dh tutup. Doc suruh kami bw ke gasing hospital sbb doc mmg standby for emergency case. Masa tunggu doc, bbrp kali sawan. Menangis2 kami. Doc spi terus inject. Masukkan air ikut salur kencing tp sumbat. Bbrp cubaan bru ok. Byk kencing + darah kuar. Drip air. Amik sample darah. Kena X-ray. Nasib baik xde batu karang. Ginjal & jantung ok. Admit 5 hari.

Reply : Ya ke? Ada penyakit apa2 ke? Saya tak pernah dgr kes mcm ni, 1st time!

SMS : Pagi td doc call, bgtau sawan lg. Tp doc dah bagi ubat tidur supaya dia tak stress & meracau.

Reply : Pelik pula. Tapi nak buat mcm mana dah nak jadi. Sabar je lah kak gee! Cuba tanya Kak Niza kot dia ada cara alternatif lain.

SMS : Doc pun ckp yg dia x pernah ada kes kencing dgn sawan sekali. Dlm seminggu 3-4 kali kes kencing dia handle tp xde sawan. Doc amik darah. Suspect keracunan makanan. Pg td htr sample darah utk check. Dpt result br tau masalah apa. Doc yg akak call smlm ckp klu kes kencing yg lambat dirawat boleh bw mati.



Terus aku terkedu. Aku terdiam dan merasa sungguh kuat ujian diberikan oleh Tuhan kepada Kak Gee. Apa boleh buat, sudah ketentuan. Lantas aku terfikir untuk terus forward semua SMS dari Kak Gee kepada Kak Niza, malangnya tiada balasan.


Sejam kemudian...

SMS : I br baca, tk dgr ada sms, tgh layan Kardashian. Br sms k gee sapa yg kena, kakak ke boy ke kucing?

Reply : Kot ye pun takkan lah kucing?



Beberapa minit kemudian..

SMS : Weiiii...k gee br sms i ni. Yg sakit tu mat, kucing dia...

Reply : Lorr.. ye ke? Patut la saya terfikir mana satu hospital gasing tu. Ingatkan PPUM ataupun ada hospital swasta di jalan gasing tu.

SMS : Tu la, bila k gee kata kucing, i lega! I ckp ngan k gee yg i panik kejap td, sbb ingatkan anak dia, aduyaiii...

Reply : Saya kat ofis ni. Tapi nasib baik saya tak sms kak gee kata insyaallah nanti baik lah, atau bersabar ke, doa banyak2 ke.. rupanya kucing je..

SMS : Adoi.. k gee br sms i panjang giler! Tk tau nak kata. Keja I x siap lg, x usik pun lg. Panic attack..

Reply : Adoi saya ni ketawa tak berhenti lagi. Berair mata!

SMS : Wei, i yg kata kat k gee insyaallah nanti ok, sabar.. kucing2 tu kan mcm anak2 dia.

Reply : Jaga kak gee isnin ni!

SMS : Hahahaha.. tp kalau kita gelak dpn k gee nanti dia kata kita x sensitip. Tp mmg terkejut sbb dia kata boleh bwk mati. Adoi.. lapar mekdi. Hahahaha...




13 comments:

missone hazel said...

hahahaha..senget la!

SYED NAHAR said...

kucing oun ada sawan ke? tak tau plak..

Hustler said...

Adoi... Boleh kena letupan ginjal ini macam... ingatkan la kisah sedih ke hape... adoi....

emy jay said...

mengalir air mata aku weh.. pilu sangat.. balik kang first thing aku buat pas masuk umah aku nak tgk pasir zaara.. nak tengok dia kencing ke tak ari ni..semoga kak gee tabah dgn dugaan ini.. get well soon Mat..

love:
momma zaara

SYED NAHAR said...

mawi: ko bayangkanlah mawi panic nye aku masa tu.. siyes!!

emy : ko bleh kawan ngan kak gee. masa kes hotel kucing tu kak gee pergi tau press conference. silap dia tak dilantik jadi president kelab kucing malaysia.. hehe..

missone hazel said...

tgu nt time i dok sorg baru leh membela si comey ni,skang taleh..emma x kasi

SYED NAHAR said...

hahaha.. aku tunggu masa je ni akan memiliki seekor kucing comel!

emy jay said...

rindu zaara... igt tau, zaara bukan kucing..kalo ko cakap dia kucing aku nak rotan ko!!

SYED NAHAR said...

habis tu zara apa???

emy jay said...

zaara bukan kucing laaaaaa.. hish ko neh... ne aku nak rotan ne..

SYED NAHAR said...

aku tak paham... aku pi umah ko ari tu nampak mcm toyol pun ada... hehe..

emy jay said...

aku gitau papa zaara ko cakap macam tu!

SYED NAHAR said...

alaa.. papa zaara jgn la mcm tuh! papa zaara kan ada mama zaara... mama zaara seksi pe? hehehehe..
(pujuk style cite p ramlee)