Sunday, September 25, 2011

Raya & Baju Melayu


Entah lah, raya dah nak habis tapi peluang nak pakai baju raya hanya ditunaikan semasa berhari raya bersama kawan di Secret Recipe sahaja. Kenapa di Secret Recipe? Sebab tak dapat jemputan langsung ke open house. So, plan jumpa kawan-kawan sambil lepak dengan tema wajib pakai baju raya. At least jadi! Thank you Kak Zal for surprising me with hadiah belated birthday dan Cik Piah pecah perut guwe ketawa non-stop.

Raya tahun ni ada satu je invitation dari office mate iaitu Puan Zainab Wagimin yang terkenal dengan masakan beliau yang enak. Memang tidak dilepaskan peluang menjamu selera di rumahnya yang tak jauh dari masjid kubah kuning berhampir Hospital Assunta. Tapi tak pakai baju raya sebab aku malu nak pakai baju melayu di outdoor. Thank you Kak Nab!

Sebelum syawal meninggalkan kita, saya ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Kepada rakan blogger, updatelah kisah raya kalian sebab teman nak baca. Tentu raya kalian meriah sekali. Lainlah macam saya ni, nak berbaju melayu pun segan apatah lagi nak buat open house, rumah sendiri pun tiada lagi. Okay, entry ni tiada apa yang menarik sekadar nak upload gambar saya berbaju melayu. Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya! hehe.. ni mcm tone kaler baju raya haji aku je,tu pon kalo dan jahit.. hihi

|anand|

SYED NAHAR said...

aloo anand. skali skala ok pe kaler oren hahaha.. payah nak sama ngan org lain hahaha..