Dalam pukul 7.21pm, pesawat Malaysia Airlines MH653 telah selamat berlepas dari Lapangan Terbang Pulau Pinang untuk menuju Kuala Lumpur. Sarat dengan 93 penumpang dan 7 anak kapal, pesawat MH653 dipandu oleh Kapten G.K Ganjoor membawa bersama Dato Ali Hj. Ahmad (Menteri Pertanian), Dato Mahfuz Khalid (Menteri Kerja Raya) dan Mario Garcia (Duta Cuba ke Jepun).
Tepat jam 7.54pm pada ketinggian 4000 kaki dari aras laut di ruang udara Batu Arang, pesawat MH653 bersedia menuju ke Subang. Beberapa minit kemudian, pesawat MH653 membuat laporan ke menara kawalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, "We're now proceeding to Singapore..."
Pada jam 10.15pm, semua talian komunikasi dengan pesawat MH653 telah terputus.
Beberapa minit kemudian jam 10.36pm, penduduk kampung Ladang, Tanjung Kupang di Johor telah melaporkan terdengar bunyi letupan kuat di kawasan paya. Setelah disiasat, letupan tersebut adalah datang dari bangkai pesawat MH653 yang telah menjunam dari sudut hampir tegak pada kejuan tinggi. Tiada yang terselamat malahan tiada tubuh yang dapat dikenalpasti.
Tragedi 8 Disember 1977 ini telah ditugukan oleh kerajaan Johor dengan membina sebuah tapak peringatan di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Terdapat sebilangan pihak menuduh rampasan kapal terbang ini dilakukan oleh Japanese Red Army namun daripada hasil X-ray bangkai pesawat, tiada sebarang bukti bagi menyokong hipotesis ini walaupun sama ada ia ditembak dari bawah. Sehingga kini, penerbangan MH653 masih diguna pakai untuk destinasi Pulau Pinang ke Singapura.**sumber : wikipedia
2 comments:
dato mahfuz khalid tu mcm familiar jer nama..
xde gambar ke? mls nk google..hihi
tasha
try la gugel.. tapi 1977 org dah camwhore? amik pic dari angle atas..hehehe..
Post a Comment