Thursday, December 30, 2010

Nahas Udara (part 2)

for previous entry, please click here.

4. Pan Am Flight 812

Punca : Instrument & pilot error
Lokasi : 68km northwest of Denpasar, Bali, Indonesia
Mangsa : 117 mati (semua)

Pada 22 April 1974, pesawat Boeing 707 milik Pan American World Airways ini dijadualkan berlepas dari Kai Tak International Airport di Hong Kong menuju Sydney, Australia dengan melakukan transit di Bali, Indonesia. Sebaik menghampiri Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar pesawat ini bersiap sedia untuk mengurangkan ketinggian untuk mendarat, sebaliknya terhempas di kawasan pergunungan yang kasar permukaannya.



5. Korean Air Flight 858

Punca : Bom
Lokasi : Laut Andaman
Mangsa : 115 mati (semua)

Pada 29 November 1987, pesawat Boeing 707 milik Korean Air atau KAL 858 melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Saddam, Baghdad, Iraq ke destinasi Seoul, Korea Selatan namun membuat transit penumpang di Abu Dhabi, UAE dan Bangkok, Thailand.

Sebaik menuruni pesawat di Abu Dhabi, sepasang ejen perisik Korea Utara telah menghidupkan bom masa yang telah diletakkan pada ruang 'overhead compartment'. Pesawat malang ini melakukan penerbangan seterusnya untuk menuju ke Bangkok namun bom telah meledak sewaktu berada di ruang udara Laut Andaman.

Pasangan ejen perisik ini telah dikesan menaiki pesawat ke Bahrain. Apabila menyedari akan dicekup pihak berkuasa, pasangan lelaki telah nekad untuk menghisap rokok yang disapu sianida lalu mati manakala pasangan perempuan bernama Kim Hyon Hui ditangkap lantas dijatuhkan hukuman mati. Namun demi membaiki hubungan dua negara Korea ini, Kim Hyon Hui diberi pengampunan oleh Presiden Korea Selatan.



6. Japanese Airline Flight 123

Punca : Kegagalan Mekanikal
Lokasi : Lembangan Pergunungan Osutaka, Jepun
Mangsa : 520 mati dan 4 terselamat

Gambar, sumber : wikipedia

Pesawat Boeing 747 ini sarat dengan 509 penumpang dan 15 krew, namun tarikh malang 12 Ogos 1985 menurunkan reputasi Japan Airlines (JAL). Kecelakaan ini merupakan kemalangan terburuk pesawat (tunggal) dalam sejarah apabila mengorbankan 520 orang.

Pesawat domestik ini berlepas dari Osaka menuju Haneda (Tokyo), mengalami masalah imbangan pugak menjejaskan sistem hidraulik lantas 32 minit kemudian terhempas. Mangsa yang terselamat merupakan 4 perempuan yang duduk di sebelah kiri bahagian tengah pesawat.

Mereka termasuklah adalah pramugari JAL yang sedang bercuti, wanita 34 tahun, kanak-kanak 8 tahun dan seorang lagi kanak-kanak 12 tahun yang dijumpai terlekat pada dahan pokok. Tragedi ini mengorbankan ramai rakyat Jepun yang bercuti sempena Hari Obon, termasuklah penyanyi tersohor Jepun, Kyu Sakamoto dan ahli perniagaan bank terkemuka yang merupakan bapa kepada pemain viola Jepun, Diana Yukawa.

Rentetan daripada kejadian ini, keyakinan rakyat jepun beralih kepada pesaingnya iaitu penerbangan All Nippoin Airways. Bilangan penumpang JAL menurun sebanyak satu pertiga, seterusnya memaksa syarikat Boeing untuk bertanggung jawab atas kelekaan sewaktu prosedur pemeriksaan. Kesal dengan apa yang berlaku, JAL membayar wang pampasan sebanyak 780 juta yen dan president JAL telah meletak jawatan manakala pengurus bahagian pemeriksaan komited untuk meminta maaf dengan membunuh diri.

No comments: