Wednesday, March 3, 2010

si mata hijau

sekembalinya i dari delhi (chewah nak ber'i'-'i' pulak), terus kemas-kemas barang. then bukak beg biru saiz peti ais i tu nak ambik jeket kulit yang ditempah orang pejabat. heran betoi, beg tu selepas i bawak keluar jaket nan sehelai tu (ekceli jaket tebal weh isipadu dia), beg biru nan peti ais tu tak leh nak zip balik??

drive pergi opis dengan mata penat, i tak boleh lupa akan satu perkara. meh sini nak story-mory. pada hari isnin yakni maka hatta dengan itu ia adalah hari pertama, i pi tengok site jap. syahdu weh tengok site yang dah siap. terbayang di minda i sewaktu jalan sesak, site tengah huru-hara, mula i imagine balik macam mana bunyi deruman crane jindal dan keletung-keletang segala bunyi tools, mertun pun mertun lah!

oh wajah terkini project BC9, tiada lagi stress!

tapi kini national road dah lancar. lebih mengujakan, fly-over NH10 pun dah siap. sungguh lancar melintasi bandar satelit nangloi (sendiri declare), nampak route BC9 rasa sungguh sayu. snap gambar sikit-sikit je, itu setiap makhluk dalam bas yang lintas depan i sume nak tengok. sungguh inkuiri!

pastu dah nak tengah hari, pergi opis malaysia airlines untuk bertemu incik sarip dol dan incik azahar untuk sedikit bantuan kecemasan (mengenai excess luggage :p) oh dah nak lunch, so bersama mereka pergi lunch ke sebuah restoran vegetarian south india yang namanya saravanaa bhavan di connought place. cubalah google restoran ni. bukan gerai jalanan tau! siap ada cawangan di vancouver, dubai even kat masjid india ada sebijik.

seturunnya dari kereta best MAS toyota camry (ceh kompeni i keje kereta paling best hanya suzuki maruti esteem jek), terus ambik number dulu. gila penuh restoran ni. dalam menunggu giliran, wa perhatikan habitat sekeliling. ya! ada seorang budak kecil sedang mengilatkan kasut para lelaki yang sedang berdiri. kesian! kecil-kecil lagi kena berkhidmat.

terasa sentuhan kecil. sangat kecil. ada benda mencuit-cuti dari belakang. apabila ditoleh, kelihatan seorang anak kecil yang comot. penuh debu, baju berkarat, hanya matanya yang bersinar. saya tergamam melihat bola matanya, jelas berwarna hijau cair.

anak kecil itu menjinjing sekotak kayu yang di dalamnya berisi peralatan tukang kasut. sempat i terpandang ada kiwi kasut, ladam besi, tukul dan berus. anak comot ini menjarakkan dirinya, sambil merayu sesuatu dalam bahasa hindi. saya tak paham tapi maksud yang ingin disampaikan semestinya mengenai wang. lebih membuatkan saya pilu, dia masih kecil (lingkungan 4 atau 5 tahun), tubuhnya sedikit herot di pinggang tetapi matanya hijau!!!

i bayangkan dia mesti dah lama pikul kotak kayu yang berat, yang di-sling-kan macam sling bag. mungkin kerana tulang masih lembut, load itu telah mendera dirinya sehingga tubuhnya herot di pinggang. i fikir sesuatu macam nak bagi, tapi incik azahar dah panggil masuk. so, lepas lunch i'll see you boy. budak tu kalau tonyoh muka dia dengan sabun lux, mesti comel! kulit dia dah macam orang kashmir dengan ada bintik-bintik kat pipi atas. you all pun mesti kesian kalau tengok perayu simpati tu seorang budak yang comel kan? budak tu pulak bukan peminta sedekah tapi dia seorang cobbler muda.

semua makan masala dosa (dalam bahasa hindi dosa means tosei) tapi incik sarip dol order satu sup yang aneh lalu diservedkan dalam gelas panjang. ah!! tak lalunya...sup tu rasa masam-masam pedas dan cara makannya adalah hirup direct. i pun makan dosa i. biasalah tosei, ada 4 dipper, iaitu kari dalca, tomato masala, dan isi kelapa masam yang masing-masing kaler putih dan hijau. dalam gulungan dosa tu ada macam lempeng kentang perisa masala (sungguh masala makanan hari itu).

sewaktu makan, seriyes tak leh nak cicah kelapa hijau tu. sebab i terbayang budak cobbler wannabe tu, kesian sebab dalam kesejukan winter ni dia yang cobbler wannabe tidak berkasut, berbaju robek dengan perut lapar. siap makan i orang first menuju ke luar restoran (memang laju sebab dibelanja), ekceli nak jumpa budak mata hijau tuh.

banyak nye orang berdiri tercegat di situ, belum yang lalu lalang lagi. i cari di setiap sudut, tapi tak berjaya. mesti budak kecil tu dah ke tempat lain mencuba nasib. good luck, mister young boy!

16 comments:

Anonymous said...

mesti comel mister young boy tuh kan!mata hijau..wow..haha..

N

SYED NAHAR said...

anand...kalau u nak esok i beli kontek lens kaler ijau...boleh? hahahaha...

emy jay said...

syukur ko selamat....
ade yg ISTIMEWA untuk aku?? ;)

puteri_ayu said...

tib2 rasa sedih lak bile baca ceta nih...

SYED NAHAR said...

diri ini : apa yg ko expect?

puteri ayu : mmg nak bagi pembaca sedih..hehehe..

Anonymous said...

sup tu namenye "rasem" klu kat sini dia bg semangkuk kecik je tp kat sana hamik ko..segelas besau hehe..panas perut tentu terasa lepas minum hehe..

tp gambo stesen nangloi ko tu ade "jiwa" laa...penuh dgn cercaan, hinaan, makian tp tetap ade sikit manisan laa hehe...

SYED NAHAR said...

ye incik anonimes...namanya rasem! baru ingat!!!!

**incik anonimes ni sapa eh??

oh nangloi eh? hahahaha...ye manisan itu adalah kepuasan, hanya dirasai mereka yang tahu kenapa...ye ke?

Cik Faridah Huda said...

mesti comey kan syed?
aku x dan nk bace n3 ang neh..otak beku..lambat memanipulasi cerita...nanti dah tenang sket..aku bace...p~

SYED NAHAR said...

amboihhhh sejak hati ko ni tak keruan, macam2 perkara aneh yg ko tak pernah buat ko buat. sejak bila ko hilang daya kekuatan membaca? bukan kah ko ni jenis yg kaki novel? hurm..kali ni benar2 mekrieda dirundung masalah!

emy jay said...

adekah ia sejenis sekeping hati yang ikhlas lagi suci? auuuccchhhh

SYED NAHAR said...

kepingan emping hati aku mmg suci wahai emy jue...my name is nahar and im not terrorist! heheehe...

emy jay said...

hahahha...khannnnnn..KHHHHHHannnnn... so bila nak melamar?? auccchhh

emy jay said...

hahahha...khannnnnn..KHHHHHHannnnn... so bila nak melamar?? auccchhh

SYED NAHAR said...

nak melamar mandira ke??? hehehehe.

missone hazel said...

awat ang x blanja dia mkn?kesian kt dia

SYED NAHAR said...

dia tak leh masuk rsstoran..kalau boleh dah lama dia cari klien kat dalam restoran.