Wednesday, March 31, 2010

cik siti marah

Haishhh..penat beb main bowling kat brem mall 3 frame. Sebenarnya penat tu sebab dah lama tak main, tak eksesais kea pa ke ntah la tapi memang kekok nak membaling bola yang berat berpaun-paun tuh. Apa lagi tak reti-reti nak balik? Hahaha…sebelum balik nak beli air mineral kat giant jap. So turun bawah yuk!

Sampai je giant, eh macam kenal?? Rupanya akak Mubarak begum secretary dato rupanya. Dia pun main bowling kot tak wa tak perasan sebab dia pakai key, tapi lane mana dia main? Tak kisah lah. pencarian air mineral ok, tapi brand giant dah abis, yang ada cuma air tapisan dan proses balikan osmosis jek. Beli aje lah brand cactus ni nampak menyelerakan lagik, ambik 2 botol. Kenapa I tak minum air yang dimasak di rumah? Eh silap! Pembetulan. I memang tak masak air di rumah sebab apa teka???

Pergh! Perut lapar nampak biskut timbang giant ni pun menyelerakan. Okeh, amik la sikit…baru 4 ringgit lebih rasanya. Pastu tu terus drive balik ke rumah. Masuk rumah, terus masukkan air mineral dalam fridge, gantungkan biskut tadi pada satu paku tepi jendela bilikku ini. Tukar ambik tuala dan mandi. Best! Malam ni tak buat apa, abis menonton siaran ulangan American idol, terus mengantuk dan bayangan enak untuk melabuhkan tirai mimpi.

Menaiki tangga, masuk ke dalam bilik. Bagaikan kapal berlabuh di terumbu, remuk hatiku. Biskut enak yang digantung tadi sudah dicemari. Angkara perbuatan tikus bernafsu amarah, aku kini memaki hamun. Kata-kata kesat dilontarkan. Tapi aku sedar, paling kesat hanyalah perkataan celaka, bukan carutan.

Malam sepi, sesepi makam perkuburan. Tak ada bunyi lain, selain titikan gerimis di lewat malam begini. Salju berhembus, berombak masuk ke dalam bilik. Aku yang bertemankan bantal, berbaring melunjur kaki. Melihat permukaan siling, sesekali membawa kenangan silam bermain legar-legar di ruangan minda. Padamkan lampu. “tappp!” gelap seisi semesta. Tidur.

Tiada mimpi yang dicoret, mungkin sutradara lantikan mindaku sudah lama meletakkan jawatan. Malam berlalu pantas, sepantas hawa sejuk yang keluar masuk dari bilikku. Lenaku tidak dibuai mimpi. Hairan! Kenapa dulu tirai sinematografi mimpiku amat hebat, tapi kini bagaikan tidak diberi hak tayangan di layar perak. Di manakah silanya?

“Ahhh…pedihnya!” amat pedih terasa di bahagian ibu jari kakiku. Dalam gelap, menyusuri selimut nipis, tangan aku menggagau kaki, tepat lagi ke arah kesakitan, ibu jari kaki. Tiada apa-apa. sekadar jantung aku berdegup pantas. Aku lantas bangun, menekan suis lampu. Alangkah terkejutnya aku, tangan aku berlumuran darah! Darah pekat merah, tentu mengandungi peratusan hemoglobin yang tinggi. Melihat kaki aku yang menitiskan darah. Aku sedar , aku digigit tikus!

Aku ingat pesan seorang yang berpengalaman, katanya jangan sesekali berkata-kata kasar dengan tikus, kerana ia akan marah dan menggigit anda di makan hari. Sebolehnya jangan membahasakan kata tikus, tapi katakana cik siti atau apa-apa nama lain. Apakah luka ini akan dijangkiti kuman? Aku kian kaget! Aku tidak dalam tidur, setiap kali mematikan suis lampu, aku bayangkan terdapat puluhan mata-mata tikus yang sedang menyorok memerhatikan aku, mungkin akan menyerang aku bila-bila masa sahaja. Bagaimana jika isi kulitku dimamahnya???

*kena pulak hari ni din beramboi masuk ICU...suspen je aku! kuman? virus? pinjam broadband suhaimi, aku upload skali 3 entry tapi Q la esok n lusa. kenapakah aku tak leh update blog? bosan tul!

4 comments:

missone hazel said...

weh,kami pun baru ja beberapa minit dok mbincangkan isu cik siti nie.baik pi check,mana la tau kot2 ada kuman ke hapa ke.satgi xleh nk jadi wakil rumah putih lak.hehe

Anonymous said...

aitt apsal kat komen tulis ada 1 komen bila bukak takdak komen? takpala biaq aku yang komen. ;p

weii tragisnya adegan digigit cikti, bahaya kalo dia ada virus cam pakcikdin beramboi kena.

sila bersihkan kwsan rumah anda (pesanan penaja)

N

Cik Faridah Huda said...

BAHAYAAAAAAAAAAAA...
sila dapatkan rawatan segera.....

SYED NAHAR said...

wan : ye...

anand : ye...

mek : ye...