Wednesday, October 30, 2013

Kongratulasi Samsinar

Perghhh.. dah kahwin ko Samsinar!! Macam tak percaya. Kongratulasi buat Samsinar dan Toman. Walaupun menempuh pelbagai dugaan namun akhirnya seperti tertulisnya jodoh korang dapat juga bersanding di atas pelamin. Bukan lagi episod pelamin anganku musnah nyanyian Azie.

Berbekalkan ayat power dan mungkin sedikit jampi dan tipu muslihat, Samsinar berjaya dijinakkan oleh Toman. Walaupun bercinta jarak jauh, dihalang hubungan tanpa restu oleh seorang kawan, namun Samsinar tetap percaya dengan cintanya yang tak bisa dihalang meskipun saban kali menerima kecaman hebat.

Demi cinta, samsinar juga sanggup memekakkan telinganya dengan kain tudung serta veil yang dipakainya pada hari bahagia tersebut. Samsinar bersama lelaki idamannya mengenakan tema krim coklat, busana separa muslimah yang yang cukup elegan walaupun Toman khabarnya tak boleh kancing butang leher akibat saiz leher yang melebihi paras normal. Mekap berjaya menutup sebarang celaan di wajah dimana Samsinar tampil begitu anggun siap dengan bulu mata palsu, akan tetapi kasut pula yang ketat, lambat dia nak pergi salam Toman.

Kelihatan kelibat Ina Jumali yang dikhuatiri menjadi juru tatarias atau mungkin sekadar pengkritik jemputan. Selain itu, mereka yang turut memeriahkan majlis adalah pasangan Fizi Tok Kaya dan Hasnor Ronggeng, Noriah Gonjeng, Kakwan Prala serta penyanyi tersohor tanah air Naharudin Haji Dasuki. Apapun khas buat Samsinar dan Toman, selamat pengantin baru dan anda juga kini telah diblocked!! Sekalung Tahniah!! Tragedi Oktober!!




 
Parit Haji Hassan, Along Pongsu, Bagan Serai.
13 Oktober 2013


7 comments:

samsinar said...

aishhh.... syaitonnnn..... hahahahaaa.... kurang asam loe !!! anyway burung serindit , burung kedidi , terbang bersama burung tempua, entry loe mmg menjadi , i ingat sampai tua ,,, !!! :P

with love,
samsinar kay

SYED NAHAR said...

kah kah kah!! saje boring2 tetibe rasa nak blogging semula :p

jangan kedidi melawan angsa,
sekali terjah jatuh telaga,
kita berdua sudah mangsa,
tunggu siapa insan ketiga...

nextttt..!!!! hahaha..

missone hazel said...

Hahahahahaaaaa....pergi berkelah di tepi pantai..pergi bersama membawa raga..hati2 takut ada yg intai...adakah saya insan ketiga?

SYED NAHAR said...

bersama raga menuju pekan,
ketemu cina memajak geran,
kalau sudah itu diidamkan,
sudikan diri menunggu gliran..

Anonymous said...

"Dihalang hubungan tanpa restu oleh seorang kawan". Hebat ayat tu. Anyway, kalau nak lagi banyak cerita best, do contact me in private. I could share more. Thanks samsinar for the greart-story telling. Appreciate so much. This post is perfect!

-cik ai-

Anonymous said...

And lagi satu, memang patutlah kena block pun. Semak wall aku je la tengok post2 orang yang menyakitkan mata ni. Dari dapat dosa mengutuk, baik block. Ye tak? Cukup-cukup la tu kita gosip pasal orang ni. Memang betul la hidup ni umpama roda yang berputar. Macam dulu. Aku gosipkn org n gelakkn dia, and now my turn. So, beware la wan..sknaq..n even the writer... nanti satu hari mesti ada kisah pasal korang yg jadi bahan gelak org satu dunia..mcm mana kita rasa marah bila kena kutuk, mcm tu la yg org lain rasa.berpanjangan dosa tu kn... and i'd learn a lot! dah la..baik share benda2 baik je kt blog. Orang baca dapat manfaat. Pahala pun dpt. kita da tua da..belajarlah k...dah ada hidup sendiri..hidup la dengan baik...jgn susahkn hidup org lain.keep in mind,k.

-cik ai-

Anonymous said...

tau dak tak baik dok kutuk2 camni dalam blog!!!! ini sifat yg keji dan hina!!! Pi kutuk hambur kecacian makian kejian dalam FB nun, barulah tak berdosa.... disamping itu, melalui FB barulah rating raih simpati akan berkesan. Blog tak effective la wey... pendek kata, tak celaka seperti karangan dalam FB... haram neraka itu menyentuh org yg update di FB.. Syurga belakanya.