Tuesday, October 22, 2013

Pantun Saiko Fesbuk

Manis udang manisnya cinta,
Ada Facebook semua ditulis,  
Muat naik status bahagia,
Haters baca meluat habis.

Meski dikata cinta tu buta,
Dicarinya jodoh di alam maya,
Dari jauh menghidu cerita,
Itulah dia Stalker namanya.

Alam maya alam buruan,
Berburu gosip dalam meneka,
Pergi melancong lupa kawan,
Kena Unfren padanlah muka.

Salah meneka mulut ditekup,
Mata meliar tanda was was,
Kalau Unfren rasa tak cukup,
Terus Block asalkan puas.

4 comments:

missone hazel said...

Hahahahaha..teror ang!

Anonymous said...

Sapa? Lama x baca belog hg!

@nanD hihikk

Anonymous said...

kawan tak guna namanya tu... betoi2 tak guna...

SYED NAHAR said...

wan: sekali sekala.. apa salahnya... hehehe..

anand: eh hai pekabor mak kembar?? ada ler.. you dah lama lost contact jgn igt free2 kita nak share gosip.. cium lutut dulu! hahaha..

anonimes: aku rasa ni mcm bini si pijie.. kan?? sila nafikan.. hehe..