Sunday, December 30, 2012

Borobudur



 
 






 



Candi Borobudur, Yogjakarta, Indonesia.
World Heritage Site - List Number 592 by UNESCO,
12 December 2012

Saturday, December 29, 2012

Yogjakarta - Mount Merapi









Mount Merapi, Cangkringan, Daerah Sleman, Yogjakarta.
1- Lahar Dingin, the dried streams & edelweis
2- Sight seeing to abandoned villages
3- Diobyek Wisata Kaliadem - Batu Alien
4- Museum of Sisa Hartaku

Friday, December 28, 2012

Keeper


Sampai saja LCCT, aku yang masih lagi mood jawa Jogja tak habis, tiba-tiba perasan ada segerombolan pemain Harimau Malaya yang turut sama berada di arrival hall. Pada mulanya, aku tak rasa apa-apa, cuma aku terbayangkan status fesbuk malam tu yang rata-rata mengecam referee dari Korea. Habis segala group K-pop kena kutuk, tak kira sayur kimchi dan channel KBSW sama kena tempias. Aku memang sah-sah takk tengok match malam menentang Thailand tu, cuma tahu result sahaja, maklumlah bilik hotel tiada TV. Jadi aku tidak memasang niat apa-apa. tapi disebabkan keeper Farizal Marlias ni sangat sporting, lepas seorang polis ambil gambar dengan dia, lepas tu giliran aku pula. Hahaha!

LCCT,
14 Dec 2012.

Thursday, December 27, 2012

Sate Ayam Jogja

Gerimis petang, aku diusung oleh beca tua menyusuri Jalan Malioboro yang sibuk dengan aktiviti perdagangan. Terpampang luas juraian kain rentang serta papan iklan jualan mura di kiri dan kanan jalan yang majoritinya menjual pakaian, makanan, barang perhiasan, buku serta hasil kerja tangan. Pasaraya Matahari di dalam Malioboro Mall juga tidak melepaskan peluang untuk membuat promosi sempena pesta jualan murah di tengah-tengah kesibukan Bandar Yogjakarta.


Beca dikayuh perlahan, dikayuh oleh seorang lelaki tua yang gelap kulitnya. Sambil mengayuh, dia petah menceritakan tentang anaknya yang bekerja di Malaysia. Makin lama makin perlahan kayuhannya, terlihat betis kakinya yang kurus. Terketar-ketar kulit apabila kakinya menekan pedal. Mungkin sakit, tapi apakan daya demi sesuap dia harus membanting tulang nan empat kerat.

Kemudian, berjalan kaki melintas Jalan Malioboro yang sibuk untuk melihat lebih dekat Muzium Benteng Vredeburg. Malangnya, masa melawat telah berlalu dan hanya mengabil foto bangunannya sahaja. Terlihat tugu gangsa Soekarno yang tegak berdiri menjadi monumen gah di situ. Dari pengamatan, Muzium Benteng Vredeburg adalah muzium yang memaparkan sejarah ketenteraan termasuk kisah peperangan yang berlaku di sekitar Jawa Tengah. Struktur kubu yang cantik ini digunakan sebagai markas oleh tentera Belanda sewaktu memerintah Indonesia. 


Berjalan laki terus menghampiri deruan ombak manusia berjalan kaki bergegas ke destinasi yang tidak diketahui. Disepanjang lorong pejalan kaki, deretan wanita duduk mencangkung menjual sate ayam. Berkepul asap memenuhi udara sambil suara mereka merayu simpati agar ada yang singgah membeli. "Sate ayam! Sate ayam! 5 ribu untuk 10 cucuk".

Kiranya 10 cucuk dalam seringgit lima puluh sen, atau secucuk lima belas sen. Sungguh murah sate ayam yang dijual. Sate ayam dipanggang atas bara, dikipas agar tidak hangus terbakar, kemudian dipersembahkan di atas daun pisang sebelum dicurahkan kuah kacang dan sos soya. Melihat keistimewaan ini, hati terpanggil untuk berbelanja 5 ribu rupiah.

Rasanya tidak begitu berbeza, sedikit manis mungkin kerana sos soya yang dititiskan. Kuah kacangnya juga tidak terlalu pekat, tetapi melekat elok pada isi ayam. Sambil menikmati sate ayam ini, mata memandang gelagat anak muda Jogja yang melepak bersahaja. Di atas lantai bertanah, ratusan lidi sate bertaburan di sana sini. Ada kanak-kanak yang mengutip lidi-lidi dan kemudiannya bermain pedang dengan teman sebaya. Ternampak pula anak kecil bergaun biru mengutip lidi-lidi ini, kemudiannya diberikan kepada ibunya yang sedang berniaga menjual sate ayam. Baki masih ada dua cucuk lagi, mampu dihabiskan atau bagaimana?

Jalan Malioboro, Yogjakarta,
11-14 Disember 2012.

Tuesday, December 18, 2012

Living Labuan









Labuan :
1- Duty free island
2- World War Memorials
3- Oil & Gas Industry and shipyards
4- Ferries to Kota Kinabalu, Brunei and Menumbok
5- Floating Villages

Beaches In Labuan






Beaches in Labuan:
1- Panchor Hitam Beach
2- Layang Layangan Beach
3- Batu Mannikar Beach

Monday, December 17, 2012

Chimney



Muzium Chimney, Labuan,
5 December 2012.

Sunday, December 16, 2012

Labuan

Labuan Island,
5th - 9th December 2012.

Sunday, December 2, 2012

Ubat Pesakit Down





ATV Park, Kemensah.

Wednesday, November 14, 2012

Blog Mek Ai Menjana Pendapatan

Email spam banyak masuk, setiap hari pasti ada. Tapi kali ni lain sikit, aku rajin nak tengok subjeknya. Sekali terkejut sebab tertulis "Haniza Mohammad Nor earned $57.87 today". Sakan dia kereoke di Penang kalau macam ni. Wah, diam-diam Mek Ai ada blog, mahu melompat kalau dia baca ni. Tapi tak tahu kalau betul-betul ada. Tapi apa kaitan ada link dengan email Yahoo aku? Siap menjana pendapatan lagi di blog, register dengan Nuffnang ke? Haha.. baru semalam Mek Ai sms aku tanya pasal B. Haha..

Monday, November 12, 2012

Apology Status: Pending

Menyelami perasaan seorang B, para pembaca diajak untuk mengundi sama ada kemaafan harus diberikan atau sebaliknya. B amat berasa bingung, dan penulis diajak berbincang tentang permasalahan ini. Pengalaman bercinta B memang sifar, B masih mentah dan memerlukan bantuan penulis untuk memohon pendapat. Mari kita sama-sama bantu insan bernama B ini:

Kes 1
A dan B merupakan pasangan yang sama seperti yang lain, mereka bercinta. Namun A mempunyai seorang bekas kekasih C. Si A telah pergi bercuti bersama C dan ternyata B sangat kecewa lantas kemaafan dipohon oleh A atas alasan percutian telah lama direncana dan tidak boleh dibatalkan. Maaf atau tidak?

Kes 2
A memohon maaf sekali lagi atas alasan merasa bersalah terhadap C selama mereka berkenalan. A memberi tahu bahawa dia merasa perlu untuk membuat C bahagia kerana sejak kebelakangan ini C diundang pelbagai masalah seperti mahu berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan A, merasa tertekan dengan menyalahkan B sebagai perampas serta pernah mengugut untuk bunuh diri. Maaf atau tidak?

Kes 3
Diketahui, A dan C pernah bersama, dan mereka mempunyai hubungan intim (hubungan di atas katil) sebelum ini sebagai pasangan suami isteri yang sah namun telah bercerai. Oleh itu A memohon maaf kepada B kerana hubungannya dengan C hanyalah kawan sahaja. Mereka pergi bercuti walaupun tidur sebilik tapi menurutnya mereka tidak berbuat apa-apa, walaupun bercium. Namun B sangat sukar mempercayainya. Maaf atau tidak?

Kes 4
Percutian yang dirancang ini adalah percutian kali kedua oleh A dan C. Sebelum ini A dan C telah menghancurkan hati B dengan mengunjungi sebuah pulau yang indah di negara gajah putih. Oleh itu, A memohon maaf atas alasan mereka sudah pernah melakukan apa sahaja sewaktu di sana, oleh itu B tidak harus berasa cemburu kerana tiada bezanya berhubungan intim sama ada di Malaysia atau luar negara. Maaf atau tidak?

Kes 5
A memberitahu B bahawa tetap ada percutian untuk mereka dan B harus memaafkan A untuk percutiannya dengan C. Maaf atau tidak?

Kes 6
A memberitahu B bahawa dia mengenali B sebagai insan yang sangat kuat semangat dan boleh menerima dugaan yang lebih berbanding C. Namun B merasa sesuatu yang tidak kena, lantas alasan ini dijadikan kayu ukur untuk B perlu menerima hakikat untuk memaafkan A. Maaf atau tidak?

Kes 7
Menurut A juga, B terlalu diam dan tidak pernah meluahkan hasrat di hati dalam melayari bahtera kehidupan bersama A. B dianggap sudah gembira dengan apa yang ada. Oleh itu, tidak salah untuk A menggembirakan C pula walaupun di hati A tetap menobatkan B sebagai yang disayangi. Maaf atau tidak?

Kes 8
A telah meminta izin untuk bercuti dengan C. Dengan hati yang luluh, B menyatakan ya, sebagai protes. B tidak menyangka bahawa A akan benar-benar akan berbuat demikian. Oleh itu, A menganggap B harus menerima hakikat ini apatah lagi untuk memaafkannya kerana A telah meminta keizinan. Pada awalnya A mahu membatalkan sahaja niatnya, berkali-kali diulang. Namun sekali B berkata ya, tak sampai 30 minit terus A menghantar pesanan khidmat melalui aplikasi Whatsapp kepada C bahawa rencana untuk masih mahu diteruskan. C amat gembira dengan menyatakan kesyukuran. Maaf atau tidak?

Kes 9
A dan C juga telah menempah percutian ke suatu destinasi lain, pada tahun hadapan. Maaf atau tidak?

Kes 10
A tidak mahu kehilangan apa yang dia miliki di dunia ini, termasuklah B yang dianggapnya selama ini sangat bodoh namun B walaupun sering 'moody' tapi masih tetap sayangkan A. Sepotong ayat oleh A kepada B memberitahu bahawa A tidak dapat hidup tanpa B. Hati B yang hancur luluh kini merasa tersepit. Maaf atau tidak?

Sunday, November 11, 2012

Tulisan Tanpa Harapan

Apabila mengharapkan diri kita bahagia, tak semestinya berakhir dengan apa yang diharapkan. Ungkapan janji tinggal janji cukup dramatik tapi apabila berkata tentangnya, mungkin berlaku kepada orang lain. Tak perlu memikirkan soalnya, kecuali suatu hari kita berdepan dengan situasi ini.

Manusia bertindak, melakukan apa yang dirasakan patut. Sama ada perlu, atau harus berlaku, pada mereka asal berkenan di hati mengapa perlu ditangguhkan. Perkara yang tidak ada penghalang semuanya didorong oleh perasaan. Begitu berkuasa perasaan itu, tidak bisa dihalang tembok batu. Jika mereka mahu, sesukar manapun mereka tetap dengan keputusan itu.

Apa yang perlu anda buat? Tak perlu berbuat apa. Biarkan diri anda menjadi orang bodoh yang akan terus diperbodohkan berkali-kali. Kini anda sedar betapa bodohnya mempercayai akan suatu janji, yang akhihrnya diri anda yang disakiti. Penyesalan bukan penyelesaian.

Apa yang anda perlu sedar? Hati manusia berubah. Hati manusia lebih kejam berbanding apa yang disangkakan. Hati, bukan mudah dijaga, sekali parut hitam lama cuba dipadamkan, sampai masanya ia muncul kembali. Siapa diri anda untuk orang lain menjaga perasaan anda? Jika perasaan anda bukan lagi keutamaan baginya, tentu perasaannya terhadap anda juga telah tiada. Anda hanya seorang manusia yang tiba-tiba berhenti berjalan kaki dan berdiri di tengah khalayak umum di sebuah lorong pejalan kaki.

Berdiri mengadap luar, rasakan apa yang diberitahu oleh hati anda. Jika perkara yang paling dilarang tetap terjadi tanpa anda tiada hak menghalangnya, mungkin anda harus menyedari akan hakikat sebenarnya. Kalau dulu pernah terjadi, kini akan berulang lagi, dengan sengaja dan terancang, janganlah mengharap lagi. Sayang bukan bererti memiliki, kerana sayang manusia berlalu pergi. Manusia mempunyai ideologi, tanpa keterpaksaan, apa yang dibuat amat menunjukkan niat dan kehendak dirinya. Satu-satunya hak anda dalam situasi ini adalah untuk tidak diganggu lagi. Selamat bercuti.


Wednesday, November 7, 2012

Nahar In Translation

Nahar may refer to:

Monday, November 5, 2012

Mathematically Women Are

I found this in my PC, someone in past used to save it. So, i like to share this joke. Enjoy!

Sunday, October 28, 2012

Saturday, October 27, 2012

Saturday, October 20, 2012

Kota Gelanggi





 





Kota Gelanggi (Taman Negara Pahang),
Temerloh, Pahang.
14 Sept 2012.