Dalam kalendar kehidupan kita, terpalit suatu tarikh yang amat bermakna. Rasanya seperti mahu menantikan tarikh ini dengan penuh perasaan bermula dengan menghitung detik sehinggalah tepat jam 12. Ketika itu perasaan mula bercampur antara suatu kegembiraan bersulam keinsafan, dan tidak dapat dinafikan juga ada kesedihan.
Aku mengaku, bahawa aku merasakan tarikh itu amat unik sekali. Meskipun aku tahu ia turut dikongsi bersama yang lain tapi aku merasakan keunikan itu berbeza mengikut cara kita. Kalau diikutkan perasaan yang dramatik ini, mahu sahaja di malam hari aku mahu membuka jendela seluas alam maya. Merenung betapa indahnya malam berhiaskan cahaya bintang sambil sang bulan penuh muncul melambai riang. Dengan harapan tuhan memakbulkan, satu persatu doa dipanjatkan agar terjaganya dari tidur nanti, hari yang indah bakal menyusul tiba.
Tapi itu hanya drama yang dimainkan oleh minda dan diperkuat dengan perasaan yang tidak henti memasang angan. Malam ini aku hampir lelap, namun setiap urat sarafku menguatkan azam supaya aku mencoret di sini sekurangnya ia mampu kubaca di suatu masa nanti, atau mungkin tidak.
Aku tidak tahu apa kekuatan aku. Tiada istimewanya bergelar sebagai diri aku yang setiap hari akan berlaku penyesalan. Kadang aku mengira laluan hidup, sangat kabur dan aku tidak dapat menggambarkan siapa diri aku walau 5 tahun akan datang. Mungkin aku jatuh atau tumbang tetapi aku merasakan diriku dicipta bukan untuk tewas.
Malam ini aku meninjau ke atas, lampu terpadam dan tiada visual. Namun kegelapan ini berhasil memaparkan sebuah layar yang mengisahkan kenangan hidup yang aku lalui. Bermula sekecil dari aku mula ada ingatan sehingga kini, dan aku sedar aku sungguh kerdil. Kerdilnya aku kerana aku tewas menentang kenangan. Mula menyusul satu persatu peristiwa besar dan sedih, terpancar wajah-wajah mereka yang menjadi sebahagian kenangan hidup ini. Tanpa mereka, aku tidak akan belajar mendalami ilmu menjadi seorang manusia meskipun aku bukan insan yang berjaya.
Setiap hari adalah mulia, namun hari ini aku mendoakan kesejahteraan buat semua yang aku sayangi, yang aku kenali serta sesiapa sahaja yang pernah menampatkan diriku dalam hati mereka. Walaupun mereka yang sudah tiada, yang jauh di mata tapi percayalah tak semudah itu ia lenyap dari sanubari ini. Semoga tuhan memberikan daya ingatan kepadaku untuk aku menyimpan memori hidup supaya aku sedar siapa diri ini. Terima kasih kerana hari ini masih ada untukku. Terima kasih ibu dan bapa, keluarga dan sahabat handai.
25 April: selamat hari lahir buat diriku.
5 comments:
happy bday syed...semoga panjang umur dan di murahkan rezeki....amin....
sir
aik? nape tak appear dlm fb?ke aku yang tak perasan..huhu. anyway HaPPy BIRTHDay nahar! semoga panjang umur dan murah rezeki.
nahar...hepi besday...aku tak tahu kenapa aku igt ang lahir 27th April..
mek voge de vass
sng je nk ingt b'day nahar
25 (date) X 4 (month) = 100
formula yg direka sendiri oleh nahar suatu ketika dulu.tp sgt berkesan utk aku..mmg aku xlupa..heee :p
tasha
thanks sir!
thanks azua. aku saja elakkan org wish. haha.. malu.
thanks mekrieda vouge.
thanks tasha! memory ko handal sehandal fab buku kuasa berganda! hehe..
Post a Comment