Tuesday, April 5, 2011

Keghairahan Yang Hilang

Bayangkan di suatu petang yang mendung, tiba-tiba hujan turun membasahi bumi. Anda yang bersantai di tepi jendela memandang ke luar melihat pohon kelapa meliuk-liuk ditup angin. Hawa sejuk kini memacu masuk ke segenap sudut rumah. Dingin angin petang, merayap naik dari bulu kaki sehingga menyirap masuk ke dada. Sambil duduk bersandar sebiji bantal kekabu baru, tiba-tiba anda dijamu secawan kopi dan goreng pisang panas. Nikmat bukan?

Walaupun kopi bukan tersenarai sebagai minuman kegemaran kita dalam biografi sewaktu di bangku sekolah dahulu tetapi anda akui bagaimana impaknya. Berbanding jika sedang kenyang setelah menjamah sepinggan pulut, sendawa tak henti sebaliknya dihidangkan kopi dengan baki pulut di pinggan masih ada suku. Begitulah kehidupan kita di zaman kini.

Kenikmatan yang dikecapi kadang kala tidak sama, walaupun masih melibatkan perkara yang sama. Mungkin perubahan arus masa mengubah fungsi sesuatu perkara sehingga ia juga turut member impak terhadap kenikmatannya. Kenikmatan selalu hadir bersama keghairahan atau excitement. Di sini saya ingin mencoret beberapa bentuk kenikmatan yang dulunya dianggap begitu besar nikmatnya tetapi kini tidak lagi:


1) Kad raya

Sewaktu kita kecil, apakah perasaan kita sewaktu menerima sekeping kad hari raya? Walaupun ia bersaiz kecil, tetapi ilustrasi yang tercetak di atasnya ditatap penuh perasaan biarpun hanyalah lukisan kartunis Ujang dan Din Beramboi. Apatah lagi jika kita menerima sekeping kad hari raya istimewa berupa kad muzikal, tentu keghairahan itu bertahan sebulan syawal. Kalau boleh semua kad raya ni nak digantung pada dinding atau ada yang lebih kreatif mencari ranting pokok dah hiaskan ala pokok krismas.

Tetapi kini, kita yang sudah bekerja akan dapat banyak kad raya yang sekurang-kurangnya berharga RM1.60 bentuk petak dengan ilustrasi kubah masjid, siap berjenama Total Care, Memory Lane, Carduta mahupun Hallmark . Kad dihantar daripada supplier pasir, consultant projek mahupun budak praktikal sebelah kubikal anda. Tetapi kenapa kita kurang ghairah walaupun kad itu dihantar oleh bukan diri sendiri? Kini pula hadir ucapan hari raya melalui mesej pesanan ringkas.

2) Minuman Dalam Tin

Dulu masa kita kecil-kecil, tentu rasa teringin sangat nak minum air bikarbonat tak kiralah berjenama Mirinda, Coca Cola ataupun F&N. Lebih ghairah dan nikmat lagi kalau dibeli secara canggih iaitu di mesin vending. Sebab itu ada sebuah filem Hollywood menceritakan seorang budak berazam nanti kalau dah besar dah kaya dia akan beli sebuah mesin vending dan letak dalam rumah. Begitulah impak minuman tin ini, tetapi zaman kini kita sampai takut nak teguk memandangkan email-email laying yang menceritakan betapa hakisnya minuman itu. Kanak-kanak kini juga tak perlu merayu pada ibu bapa, malah setiap kali balik kampong seorang akan dapat 2 tin.

3) Makanan Ekzotik

Pernahkah anda merasai betapa enaknya buah rotan? Mungkin rumah aku dekat dengan hutan oleh itu mudah mendapat bekalan hasil hutan. Itu pun hanya sekali dua seumur hidup, kini tiada lagi. Selain itu, betapa enaknya menggigit sendiri tebu dan jus manis yang meleleh masuk ke atas lidah dirasakan begitu nikmat sekali. Kini, beli sahaja air kotak Yeos minuman berperisa tebu dengan kandungan perasa, pewarna dan pengawet makanan yang dibenarkan. Sebab itu zaman sekarang walaupun umur masih muda tapi apabila buat pemeriksaan darah, kepekatan ajinomoto (monosodium glutamate) lebih tinggi berbanding hemoglobin (tipu).

Apabila keaslian sesuatu makanan itu berkurang, nikmat merasainya juga berkurang. Sebab itu kini sibuk di kaca TV dengan program Jalan-Jalan Cari Makan yang sanggup meredah setiap pelosok daerah untuk mencari makanan-makanan yang asli, kadang-kadang sungguh ekzotik. Wajarlah ada saluran khas untuk dunia makanan seperti Asian Food Channel. Tetapi, siapakah di antara anda yang gemar memakan telur ikan sungai yang dibakar? Isi telur yang dibasuh akan dilumur garam dan kunyit, dibalut dalam daun pisang kemudian dipanggang atas bara. Sungguh nikmat!

4) Alat Tulis

Macam tak ada logika nak tulis pasal alat tulis, tapi nak tulis juga. Dulu, kalau anda ada pensel tentu anda sangat menghargainya. Duit belanja disimpan selama berhari-hari (mungkin sehari 10sen) untuk membeli sebatang pensel 2B berjenama Staedtler. Belum lagi sebut pasal pensel warna Luna dan kotak pensel yang ada pintu dua belah bahagian, atas dan bawah. Tapi yang ada cuma sampul kain berzip, yang menjadi paket bungkus kain pelikat cap Gajah Duduk.

Tapi kini, aku lihat budak-budak hanya campak-campak sahaja pensel warna, langsung tak macam kita kanak-kanak zaman era 90an yang amat tersentuh perasaannya apabila pensel warna itu jatuh ke lantai. Tentu di dalamnya karbon pensel sudah patah-patah. Tidak cukup dengan itu, setiap kali kawan meminjam pengasah tentu tak lupa pesan supaya jangan tiup pengasah takut nanti jadi tumpul. Di pejabat, pen tak habis dakwat lagi, baru guna 2 hari dah hilang ke mana. Terus pergi ambil yang baru.

Dulu suka shopping, sekarang malas.
Boleh terjadi tapi kenapa?

Sebab duit tiada.

4 comments:

emy jay said...

gelak xboley blah ingat pencil box aku ngan kaler aku...dulu aku pakai luna kotak biru..yg boley jadik kaler water tu..aku la yang paling hebat time tu..maklumle anak pegawai.. hahaha.. tapi aku mcm malu sikit sebab aku lain dari yang lain..
ingat lagi aku mcm malu gi skolah naik kereta sbb geng lain naik moto.. aku selalu nak ikot kwn aku gi skolah naik moto bapak dia..

SYED NAHAR said...

ang ni emy jue banyak sungguh kenangan silam zaman kanak2.. hahahaa.. kalau buat novel mau 800 muka surat baru mukadimah hahahah..

tapi kan, dulu2 mmg nikmat kalau ada alat tulis yg special skit... naik semangat...hehehehe..

emy jay said...

weh..jom lepak sampai pagi macam aritu,....aku free minggu ne

SYED NAHAR said...

jom...wah akhirnya ko free ni apa kes? hehehe... kemain lagi busy mcm menteri dalam negeri je aku tgk.. hehehehe...