Ramai orang suka pergi Thailand. Sebut saja nak ke Siam, kepala otak dah set nak shopping. Tapi aku tak, sebab dah tak minat shopping-shopping ni. Sekarang dah tua rasa nak tengok culture dan pemandangan je. Haha!! Ada la beli siki-sikit, loose sangat kalau tak beli fridge magnet.
Kalau shopping di Bangkok, yang pasti unik sikit berbanding lokasi lain di Asia Tenggara, sebabnya adalah Thailand sendiri adalah negara yang secara terang-terangan jual majalah lucah, VCD lucah tepi jalan je. Pemandangan biasa di Thailand, apatah lagi Bangkok. Cuba tengok gambar di bawah ni, tepi jalan jual viagra. Tapi hati-hati kepada pembeli, jangan tersalah ambil yang tiruan :p
Dari Malaysia dah set minda nak tempah baju. Menurut seorang kawan, tempah baju di Bangkok sangat berbaloi. Paling terkenal adalah Rajawongse, di kedainya penuh ditampal dan siap ada album bersama Barack Obama lagi. Terkenal taukeh ni, asalnya dari India berbangsa Punjabi. Tapi memang banyak tailor di Bangkok, yang anehnya semua tailor berbangsa Punjabi atau India, pekerja pula orang Nepal. Tercari-cari juga kalau ada designer local.
Kalau nak cari makanan halal, pergi saja ke Shukumvit. Bukan setakat kedai Arab, memang berselisih pun dengan orang Arab saja. Silap haribulan lagi ramai orang Arab berjubah putih dan hitam dari orang Thailand sendiri.
Terpandang juga ada stall yang menjual makanan local sama ada traditional atau yang sudah modified. Harga tak tau lah, saya tak beli langsung makanan luar. Rasanya murah je. Bukan apa, sebab malas kalau salah kena, nanti nak cari toilet pula satu masalah. Jadi untuk keselamatan, makan bila perlu sahaja. Air mineral pun bawa yang dari hotel.
Ini pula kedai menjual barang-barang seks. Lucah bukan? Nak buat macam mana dah itu keunikan Bangkok. Orang Siam memang seksi, pandai memujuk rayu dan pandai meniaga. Ikut la, kalau anda nak layan. Baik jangan, nanti kena apa-apa menyesal tak sudah. Padan muka.
Ada juga ke mall yang paling terkenal di Bangkok iaitu, The Siam Paragon, berdepan ada Sian Plaza kalau tak salah. Accessible, ada station BTS terdekat tepi mall tu saja. Di Siam centre ada Madame Tussauds. Tapi agak mahal, dalam 800 Baht. Masa macam suntuk, skip saja. Lagipun masa tu cash dah running out. So kena saving sikit untuk teksi nak ke airport nanti.
Pergerakan di Bangkok, mudah sahaja. Boleh naik BTS atau Metro yang rasanya agak menyeluruh. tapi menurut kawan katanya kurang mesra pengguna, alasannya adalah kurang kerusi untuk menunggu. Lenguh lutut. Teksi memang mudah didapati di mana sahaja, majoriti menggunakan meter. Selain itu boleh juga menaiki Tuk-Tuk yang sangat popular. Agak murah tetapi bagi orang Malaysia yang penakut atau mengada-ngada, tiada apa yang bahaya cuma perlu beri arahan yang jelas kerana takut sesat. Bukan apa, nak patah balik di Bangkok ni jalan raya sangat sibuk. Jam di mana-mana. So, rugi masa.
Pasal makan, ada banyak kedai yang halal. Tapi biasalah, restoran halal biasanya harga lebih tinggi dan anda perlu berusaha dari segi infomasi. Kalau malas nak Google sebelum datang, memang masalah. Kalau nak walk in mencari, pergi lah ke Shukumvit sebab di situ banyak restoran halal, tapi lebih kepada restoran makanan Arab. Selain tu anda boleh cuba makan seafood. Tapi di Chatuchak Market, tak dapat nak cuba seafood sebab mahal sangat. Lobster dia dah melebihi harga di KL. Nasib baik tanya dulu.
Kalau nak beli barang seperti pakaian dan sourvenir, memang banyak market di Bangkok. Pilih dan Google sendiri sahaja. Paling popular adalah Chatuchak. Boleh pergi naik Metro sahaja, station underground. Katanya ada ribuan stalls tersusun ikut beberapa wings. Setiap wing ada yang jual pakaian, makanan, aksesori, sourvenir dan pelbagai lagi. Rambang mata memilih. Tapi saya tak pandai menawar, so dirasakan di sini dia sudah block harga pada sesuatu had, tak boleh nak murah lagi. Nasiblah. Lagipun niat tak nak membazir sebab duit tak bawa banyak. Miskin!! Yang pasti setiap hari pergi urut kaki sebelum balik tidur di hotel. Sebab murah sangat!!
Bangkok City:
Siam Paragon & Siam Centre - Silom - Shukumvit - James Tailor - Chatuchak Market - Terminal 21
17th - 20th August 2013
2 comments:
pegi tak ngajak....
diorg dah together-gether.. segan la nak ajak.. lagipun ni trip utk warga rockers je.. hehe..
Post a Comment