Monday, November 12, 2012

Apology Status: Pending

Menyelami perasaan seorang B, para pembaca diajak untuk mengundi sama ada kemaafan harus diberikan atau sebaliknya. B amat berasa bingung, dan penulis diajak berbincang tentang permasalahan ini. Pengalaman bercinta B memang sifar, B masih mentah dan memerlukan bantuan penulis untuk memohon pendapat. Mari kita sama-sama bantu insan bernama B ini:

Kes 1
A dan B merupakan pasangan yang sama seperti yang lain, mereka bercinta. Namun A mempunyai seorang bekas kekasih C. Si A telah pergi bercuti bersama C dan ternyata B sangat kecewa lantas kemaafan dipohon oleh A atas alasan percutian telah lama direncana dan tidak boleh dibatalkan. Maaf atau tidak?

Kes 2
A memohon maaf sekali lagi atas alasan merasa bersalah terhadap C selama mereka berkenalan. A memberi tahu bahawa dia merasa perlu untuk membuat C bahagia kerana sejak kebelakangan ini C diundang pelbagai masalah seperti mahu berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan A, merasa tertekan dengan menyalahkan B sebagai perampas serta pernah mengugut untuk bunuh diri. Maaf atau tidak?

Kes 3
Diketahui, A dan C pernah bersama, dan mereka mempunyai hubungan intim (hubungan di atas katil) sebelum ini sebagai pasangan suami isteri yang sah namun telah bercerai. Oleh itu A memohon maaf kepada B kerana hubungannya dengan C hanyalah kawan sahaja. Mereka pergi bercuti walaupun tidur sebilik tapi menurutnya mereka tidak berbuat apa-apa, walaupun bercium. Namun B sangat sukar mempercayainya. Maaf atau tidak?

Kes 4
Percutian yang dirancang ini adalah percutian kali kedua oleh A dan C. Sebelum ini A dan C telah menghancurkan hati B dengan mengunjungi sebuah pulau yang indah di negara gajah putih. Oleh itu, A memohon maaf atas alasan mereka sudah pernah melakukan apa sahaja sewaktu di sana, oleh itu B tidak harus berasa cemburu kerana tiada bezanya berhubungan intim sama ada di Malaysia atau luar negara. Maaf atau tidak?

Kes 5
A memberitahu B bahawa tetap ada percutian untuk mereka dan B harus memaafkan A untuk percutiannya dengan C. Maaf atau tidak?

Kes 6
A memberitahu B bahawa dia mengenali B sebagai insan yang sangat kuat semangat dan boleh menerima dugaan yang lebih berbanding C. Namun B merasa sesuatu yang tidak kena, lantas alasan ini dijadikan kayu ukur untuk B perlu menerima hakikat untuk memaafkan A. Maaf atau tidak?

Kes 7
Menurut A juga, B terlalu diam dan tidak pernah meluahkan hasrat di hati dalam melayari bahtera kehidupan bersama A. B dianggap sudah gembira dengan apa yang ada. Oleh itu, tidak salah untuk A menggembirakan C pula walaupun di hati A tetap menobatkan B sebagai yang disayangi. Maaf atau tidak?

Kes 8
A telah meminta izin untuk bercuti dengan C. Dengan hati yang luluh, B menyatakan ya, sebagai protes. B tidak menyangka bahawa A akan benar-benar akan berbuat demikian. Oleh itu, A menganggap B harus menerima hakikat ini apatah lagi untuk memaafkannya kerana A telah meminta keizinan. Pada awalnya A mahu membatalkan sahaja niatnya, berkali-kali diulang. Namun sekali B berkata ya, tak sampai 30 minit terus A menghantar pesanan khidmat melalui aplikasi Whatsapp kepada C bahawa rencana untuk masih mahu diteruskan. C amat gembira dengan menyatakan kesyukuran. Maaf atau tidak?

Kes 9
A dan C juga telah menempah percutian ke suatu destinasi lain, pada tahun hadapan. Maaf atau tidak?

Kes 10
A tidak mahu kehilangan apa yang dia miliki di dunia ini, termasuklah B yang dianggapnya selama ini sangat bodoh namun B walaupun sering 'moody' tapi masih tetap sayangkan A. Sepotong ayat oleh A kepada B memberitahu bahawa A tidak dapat hidup tanpa B. Hati B yang hancur luluh kini merasa tersepit. Maaf atau tidak?

10 comments:

SYED NAHAR said...

mek ai B tu aku.. kenapa? hahaha..

cik ai:) said...

Merujuk kepada baris ke 6 & 7 entry bertajuk "Apology Status : Pending", aku rasa ang sorg je yg suci murni x penah bercinta ni. orang lain macam mustahil je Muhahahaha *gelak dgn penuh kejahatan* :D

SYED NAHAR said...

hoi.. aku bercinta dengan pokok bunga boleh? hahaha..

cik ai:) said...

Hahaha...kalo pokok tu nama rozita che wan,mungkin boleh di terima. tp aku tetap rasa B adalah seorang lelaki ;)

SYED NAHAR said...

kenapa rozita che wan? liyana jasmay tak leh ke? hehe.. ok ok lah, B tu aku. Bagi hang puas hati. hahaha.. oh pedihnya hati aku menerima hakikat ini.. rasa nak makan kuaci hari2 dengan teh-o sejuk ais lebih..

cik ai:) said...

Sebab...cik ta MANTAP!!!bak kata org,berbaloi la bergaduh bertumbuk utk jadikan cik ta bini no 2.hehehe. takyah syahdu syahdan sangat lah. tengok jinggo.senyap sunyi.kapel tidak.breakup tidak.tup2 dpt berita da kawen da.hahaha.hai...aku ingat dia nak tunggu aku :D

Anonymous said...

Advice to B.

Tggalkn je si A tu.. Cari yg len..
In my opinion, A & C will done the same thing over n over again..

Hustler said...

Alaaaaahai B. Cian Anda, Meh kat papa meh, A & C takan benti takat tu. Percayalah. Mikeme2 tuh akan benti dan tersedar biler B dah tiada dalam situasi idup mereka. Siyes.

Arghh!! Tak suka dengan keadaan si B. -_-''

SYED NAHAR said...

Tapi macam mana pulak kalau B ni orang bagi pendapat tapi dia last2 tak mau dengar cakap kita, nak dgr cakap dia aje.. pastu korang fed up tak dengan si B ni? haha.. Tapi B sebenarnya malu nak ngaku haha..

Hustler said...

Hahahahahaha.. Biasala bang, B kan si Kosong, ta penh bercintun agaknyer, dia pk lau dia tinggalkan org tuh, sampai bebiler pong, mmg tade dah kununnyer yang nak kat dia, wakakaka... taleh la gitu.... selagi dia ta kluo dari 'donia' dia yang nih, mmg takkan nampak la ape yang kita nampak dari luar 'donia' dia tuh.. ngeeeee