Wednesday, May 16, 2012

Pilihan Walaupun Tiada

Di mana agaknya kesilapan lalu yang kini kembali menghantui kita? Jika dapat diterbalikkan putaran masa mahu sahaja kita memperbetulkan keadaan walaupun secara abadinya ia tidak lagi dapat dipulihkan lagi, hanya ilusi. Mungkin keterlanjuran ini tidak mampu dihalang, tapi mungkinkah ia mempunyai peluang?

Sekeping hati yang pernah kecewa, bukan sekali tetapi dua. Berlarutan lagi jika alpa, mungkin yang terjadi ini relevan dengan norma diri kita, tanpa dipinta. Helaian kalendar diterbalikkan seperti tidak lagi mahu menerima nyata sebuah kejadian itu telah berlaku. Apakan daya, kaca yang retak tak bisa disambung namun harapan masih ada setidaknya masih ada yang sudi menerima.

Takdir kali pertama menyifatkan sebuah kejadian yang hanya berkonsepkan latihan. Sebagai insan terpilih, kepahitan itu ditelan bersama sebuah penerimaan bahawa yang bujur bukanlah bulat. Bertahun lamanya rentetan sebuah kisah kehidupan akhirnya berlalu pergi, episod akhirnya pantas pergi bagaikan deraian titik hujan yang membasahi bumi, membawa pergi setiap titik debu kenangan. Sehinggalah sebelum senjakala garisan pelangi memancarkan warna.

Sifat pelangi hanya sementara, tanpa matahari sinarnya beransur pergi dan selama itulah pelangi terus dirindui. Sampai kapan bertemu lagi sang pelangi? Apakah perlu menjemput gerimis yang mungkin hadir bersama kilat dan guruh di langit? Itulah kehidupan, tak pernah lari dari dugaan yang penuh kejutan, cuma berbeza kepada setaip individu bergantung kepada kekuatan dan penerimaannya.

Jika diberi pilihan, tanah gersang selalu merindukan hujan. Gersangnya dipanah cahaya mentari, berterbangan debu mengaburi penglihatan. Guruh dilangit gegak gempita, sekilas pantas kilat bersabung namun tak setitis hujan yang sudi. Malah angin garang bertiup kencang, akhirnya tanah gersang memercik api, membakar ranting kering menjulang tinggi jelaga dan yang tinggal hanya abu.

Meski abu adalah selemah-lemah tinggalan, menanti pergi. Hadir angin meniup jauh, hadir hujan mengalir pergi. Lemahnya abu, itulah zahirnya yang tinggal setelah berkorban dan bertahan. Jauh dari kenangan, abu pasrah menerima nasibnya walaupun tidak diterima lagi, namun kehadirannya tidak sia-sia. Sekalipun lemah struktur fiziknya, abu masih mampu memberi erti. Sejarah menjadi abu bukan pilihan tetapi hadirnya abu itu menyuburkan. Mungkin kesuburan ini mampu membahagia kehidupan yang hadir di kemudian hari. Sejarah tidak meletakkan abu selaku yang tewas namun pejuang yang tidak luntur cintanya.

Pilihan walaupun datang hanya satu, namun itu adalah jalan tunggal yang tetap menuju ke sebuah destinasi. Biarpun coraknya lurus, tidak bermakna tiada kehidupan. Terima seadanya diri anda walaupun dipenuhi titik noda. Usah gentar menerima kehilangan yang satu, usah takut diduakan dirimu, pasti akan berbalas suatu yang terbaik buat dirimu.

6 comments:

Hustler said...

Rindu nak dengar ayat2 besh abang!! Hohohoho~~

SYED NAHAR said...

kah kah kah.. ko jgn terpengaruh sbb aku sendiri terpengaruh dgn virginia woolf. hehehe..

Anonymous said...

sgt berbunga2...aku mmg x berbakat cm hg...nk karang cerita sedih..jdi x sedih...cerita lawak, pun jdi xlawak...

sir

SYED NAHAR said...

haha.. sedih ke? tak de lah sir, aku cuma karang ikut apa yg terlintas di benak aku masa tu je. kalau aku rindu kawan seratas, aku akan karang cerita berkaitan :) i miss my seratas frens a lot :)

Anonymous said...

Nahar..wah hebatnya menulis sure dulu masa sekolah teringin nak masuk kelas kesusasteraan melayu.. (salah ejaan)..tapi termasuk aliran sains kan.. sbb terlebih pandai kan...he.ehee.e.e.eheeee.e.

missone hazel said...

next time baca, panjang sgt..nak kelik dah! hehe.. :)