Bagaimana dengan paparan Mengenal Bahana Perbualan yang lalu? Diharapkan dapat memberikan serba sidikit tip-tip berguna supaya anda dapat mengelakkan diri anda daripada teraniaya. Bahana perbualan kali ini dilanjutkan lagi dalam konteks pengeksploitasian di mana jika anda kurang awas maka anda telah diperangkap.
5. Taichi
Seni mempertahankan diri merupakan suatu bonus dan dianggap sebagai perisai diri dalam menangkis serangan-serangan luar. Namun seni ini telah diadaptasikan dalam bentuk serangan minda. Serangan minda mestilah bergerak secara perlahan, beransur-ansur masuk ke dalam sel-sel otak lantas dikuasai sedikit demi sedikit sehingga mencapai matlamat. Oleh itu wajarlah perkataan Taichi diberikan makna simbolik dalam teknik ini.
Taichi melibatakan pergerakan yang lembut, namun tangkas. Bagi perbualan yang biasa, dengan keadaan yang kondusif kita tidak perasan bahawa kita sebenarnya sedang ditaichi. Biasanya niat utama penaichi ini adalah untuk kesenangan individu seperti meletakkan tanggung jawab diri yang asal kepada mangsa lain.
Jika anda berdalih untuk tidak mahu membawa makanan pada majlis jamuan di pejabat, dengan alasan anda tiada periuk kukus untuk membuat kuih apam. Jika anda alpa, seseorang telah berkunjung ke rumah anda dengan membawa bungkusan yang tidak dikenal pasti. Setelah lama berbual, bungkusan tadi telah ditinggalkan dengan sengaja. Apabila dibuka, ia merupakan periuk kukus dan kini anda telah tiada alasan untuk tidak membuat apam kukus untuk majlis jamuan tersebut. Namun kes ini melibatkan bentuk prop sebagai alat bantuan namun terdapat juga cara lain yang menggunakan sepenuhnya teknik perbualan sebagai satu proses taichi.
Baru-baru ini, seorang pengurus unit operasi dan pembinaan telah ditawarkan untuk mengemudi sebuah pertandingan bagi memenangi anugerah pencapaian antarabangsa bagi projek-projek oleh kontraktor Malaysia yang dianjurkan oleh sebuah lembaga kerajaan. Pada awalnya, pengurus ini telah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak boleh terlibat, antaranya ialah kerana projek tersebut dijalankan oleh pihak berlainan selain ianya bakal memberikan bebenan kerja yang tinggi serta berisiko tinggi untuk tewas.
Namun setelah satu persatu alasannya dijelaskan, semua yang menghadiri menyuarat telah terpaku, lantas tiada yang sukarela untuk memikul kerja ini walaupun oleh pihak yang selama ini bertugas untuk projek tersebut. Namun pengurus besar amat cerdik lantas dia memutuskan untuk tidak meneruskan mesyuarat.
Kemudian, secara peribadi pengurus besar ini menelefon pengurus tadi dan menyatakan beliau telah memberikan kebenaran supaya menempah tiket penerbangan untuk melawat projek yang dimaksudkan, yang terletak di Filipina. Sememangnya ini adalah peluang kali pertama bagi pengurus yang belum pernah menjejaki Kota Manila ini, lantas beliau dikatakan hanya satu-satunya yang memiliki inisiatid untuk memasuki pertandingan sebegini. Gembira dengan tawaran 4 hari ke Manila, beliau akur dan selepas pulang ke tanah air beliau kini sedar, tiada lagi alasan untuk berkata tidak.
6. Shoulder To Cry On
Istilah ini digunakan bagi menggambarkan kisah bagaimana seseorang memerlukan sekurangnya sebelah bahu orang lain untuk bersandar kepala, bagi meleraikan kesedihan. Tidak dapat dipastikan mengapa hanya struktur anatomi badan bahu sahaja yang dipilih untuk menggambarkan perbuatan suci ini walhal di dalam kaca televisyen selalu menunjukkan artis Barat biasanya meleraikan kesedihan dengan bercumbuan mahupun secara persetubuhan.
Memang benar, apabila kita memendam rasa hiba tekanan yang dialami lebih tinggi berbanding jika kita mempunyai seseorang untuk dikongsi bersama. Namun pilihlah orang yang sesuai bagi kita menceritakan kesedihan itu.
Saban kali kesedihan yang dilalui itu selalunya melibatkan kisah-kisah yang dirasakan amat malu untuk dikongsi. Namun kaedah ini telah dipergunakan oleh mereka yang tidak jujur bagi mengkhianati orang yang dianggap kepercayaan selama ini. Ini adalah suatu keadaan yang bukan lagi ganjil.
Sebaliknya, tanpa disedari kini terdapat mereka yang bertindak seperti memerlukan bahu untuk menangis ini telah mempergunakan si penderma bahu tersebut sebagai sumber gigolo ringan. Kononnya bakal berkongsi kisah rahsia, tetapi kealpaan beliau telah membenarkan dirinya untuk dikuasai sedikit demi sedikit diri anda iaitu sebuah pengeksploitasian.
Mula-mula katanya untuk meleraikan kesedihan beliau memerlukan bahu untuk menakung air matanya, kemudian diminta pula set snack plate KFC. Selepas itu banyak lagi permintaan yang bukan-bukan sehingga anda sedar kebaikan anda selama ini telah dipergunakan, dan kini anda dibelenggu. Anda terpaksa untuk menurutkan apa sahaja kemahuannya kerana terlajak berbuat baik. Nak tolak permintaan pun susah!
Sama yang berlaku di Facebook, jika anda selama ini perihatin dengan seorang kawan anda yang kerap membuat kemas kini status-status sedih atau mengada-ngada dan anda terus menulis komen ke atasnya. Ikhlas atau tidak, sama ada niat anda untuk mengorek rahsianya atau anda memang benar-benar sahabatnya, anda secara tidak langsung telah terjebak. Apabila semua orang tahu anda telah bertindak perihatin, dan tika itu status kawan anda semakin menjadi-jadi dengan status-status yang memualkan itu percayalah anda kini turut akan dicera masyarakat lain. Orang lain akan berkata, " celaka btol! tahap cikai mak lampir. annoying punya status FB si XXX ni! Itulah si YYY ni pun satu layan sangat, meluat!!! Rasa nak hide je dia atau block terus."
Gila tak de kaitan letak pic sendirik :p Jiwang!
5 comments:
awat dok buat pose gaya model neh??? :D
awat dok buat pose gaya model neh??? :D
alah sekali skala. bukan sapa pun yg baca blog aku. korang2 je. hahaha..
Terbaik!!! Memang betul-betul ho liao.
wo pu ming pao??
Post a Comment