Friday, May 20, 2011

Aku Kini Tempang

Buat teman-teman,

Kini tidur malam tiada lagi ditemani lagu-lagu paluan komputer riba. Akibatnya juga aku tempang. Buat masa ini aktiviti menulis terpaksa dihentikan sementara dengan aktiviti di Sareewala turut sama menerima impaknya. Entry yang tertulis pada kertas Words juga lihatnya tiada salinan pendua. Lebih terasa janggalnya apabila lensa berjisim yang selama ini lenguh-lenguh bahu jika digendung, kini entah di mana. Perginya barang-barang kesayanganku ini terjadi sekelip mata dan mahu atau tidak aku tetap perlu menerimanya. Apakan daya, menjadi warga kota itulah risikonya. Aku berduka atas tamparan hebat ini, 18 Mei 2011.

Selamat malam.

6 comments:

Anonymous said...

aku tumpang sedih..memang tak sama kalau kita beli yg baru...kena kat mana weh?

-Mek-

missone hazel said...

nk tumpang sedih gak..takziah

Anonymous said...

laptop+camera hilang?

-senior seratas-

SYED NAHAR said...

yup. dirompak di rumah kontrakan. habis dah kemre, laptop 2 bijik dan barang2 lain termasuk la spek mata hitam apa sume. byk barang tak puas pakai lagi.

Nora Azua said...

lar.....kesiannye....dslr hilang..laptop hilang...sob sob sob...bengongnye pencuri! doa banyak2 nahar supaya pencuri tu terima balasan yang sepatutnye.

SYED NAHAR said...

tak terdaya nak berbuat apa dah azua wei.. hanya mampu menguatkan azam utk kembali memiliki hehehe..