Selamat menyambut bulan puasa, bulan Ramadhan yang mulia. Diharapkan semua dapat berpuasa dengan tenang, dan paling penting amalkan berjimat tatkala membeli juadah berbuka. Itu pula yang aku concern kan tapi, nak buat ucapan lain tu cliche sangat, setiap tahun sama je ucapan di fesbuk.
Selain daripada mendengar bisikan kurma Yusuf Taiyoob, apa lagi yang anda boleh agak menjadi fenomena di bulan puasa? Tentu ada bukan, tapi apa kata kita kecilkan bidang kajian merumus apa yang berlaku di fesbuk sahaja. Jom kita imbas.
1. Gambar Juadah
Perkara wajib! Tak kira di mana berada, asalkan ada henfon canggih boleh snap gambar, post sahaja ke fesbuk untuk sama-sama berkongsi gambar mahupun idea untuk berbuka puasa. Kawan-kawan ada yang akan meminta resipi, tak kurang juga ada yang bertanyakan status halal ke tidak berbuka di situ? Maklumlah, ada yang berbuka di gerai dan ada juga yang berbuka di hotel. Bagi yang berbuka di rumah ayah bonda tentu sekali akan menyelit caption seperti resipi terbaik ibu, atau mungkin air tangan ibu, atau mungkin juga hanya di rumah mak dan tiada di KL. Bagi yang berbuka puasa di hotel, bukan sahaja ada snap dan publish gambar makanan, malah dekorasi buffet, sudu garfu, kurma dan selfie bersama rakan.
2. Share Resipi
Hai, diva masak apa tu? Wah, delicious nampak ketam masak cili. tentu mahalkan, ketam sekil berapa? Ok, bagi yang makcik-makcik, tentu sekali akan share resipi sama ada turun temurun mahupun digugel dari internet sahaja. Resipi kadang-kala yang sudah dikongsi tahun lepas akan dikongsi pada saban tahun kerana ada terdapat jenis makanan yang akan dirindui pada bulan puasa sahaja, seperti kuih tepung pelita, ayam percik dan kuih muih tradisional. Tak lupa juga bagi yang berkongsi resipi biskut raya, daripada semudah konfleks madu.
3. Promosi Biskut Raya
Bagi yang berniaga, kesempatan ini digunakan untuk mempromosi biskut raya kepada kawan-kawan yang saban tahun beli pada dia. Gambar biskut raya memang sangat cantik, secantik rasanya yang mana ia dibuat dengan penuh kasih sayang, tawaduk tengah malam menjegil mata bakar biskut pakai oven Butterfly. Bagi yang menjual baju raya macam brader Tengku Khairil Tengku Kamazeri tentu ligat post gambar baju kurung pada patung bogel tu kan?
4. Ganjaran Ibadah
Bagi yang rajin bertarawih, tentu sekali akan membuat update mengenai bidang pahala bagi siapa yang mengerjakan tarawih supaya siapa yang terlepas merasa kerugiannya. Ada yang sempat selfie di dalam surau bahagian saf belakang bergambar bersama keluarga, ada juga yang suami isteri selfie dalam kereta, mahupun yang bergambar sambil menayang telekung baru dibeli dari Pearl Haya.
5. Diva Istimewa
Diva mesti istimewa, sebab diva tetap diva. Baru-baru ni diva update status kata susah nak cari tailor nak alter baju. Maklum la diva kerap naik turun gym tentu ketiak dan peha makin mengecil. So, syabas buat diva, mungkin lepas ni diva tak perlu lagi membazir beli kain ela 5 meter, tapi 4 meter dah cukup. Tapi status yang diupdate dari diva tentu istimewa sebab lain dari yang lain. Tapi diva yang satu lagi tu makin senyap, mungkin keadaan di Utara sana senarionya lain, tanpa kawan di sisi. Kesian Diva, apapun penulis nak mengucapkan selamat berpuasa buat diva berdua tu. Semoga berbahagia dengan kaedah kehidupan yang dipilih. Dah macam penulisan mama Huzz pulak, tapi takpelah, ikhlas. Hahaha!!
1 comment:
lawak..lawak...syed oh syed..
Post a Comment