Monday, February 24, 2014

Jawatan & Lagu Tema

Perasan tak, ada sesetengah jawatan boleh dikaitkan dengan bait lagu tertentu. Maksud penulis bukanlah pekerjaan sebagai penyambut tetamu kaunter di kedai kareoke. Pekerjaan yang dimaksudkan adalah pekerjaan yang dipopularkan menerusi lagu-lagu yang saban hari berkumandang di corong radio. Penulis mempunyai beberapa rakan yang sesuai untuk dedikasi lagu ini. Mari kita lihat, khusus untuk rakan Seratas.


1. Gerak Khas

"Bergerak, wahai demi untuk negara.. Melawan siapakah musuh durjana.. Tak kira, pangkat, darjat atau pun harta.."

Ini adalah lirik dalam lagu OST Gerak Khas yang amat sinonim dengan tugas polis. Polis yang gagah berdiri tegak, memacu pistol kepada penjahat yang botak dan bertatu pantas menundukkan penjenayah. Lagu ini didendangkan oleh AC Mizal beduet dengan Abby Abadi sebelum mengenakan hijab selepas kerana bercerai dengan Norman Hakim.
Dedikasi untuk : Hasnor Nashrah


2. Malaysia Boleh

"Jika kau fikirkan kau boleh.. Kau hampir boleh melakukan.. Jikakau fikirkan kemenangan kau hampiri kejayaan.."

Baik lagu ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada atlet sukan negara ketika negara hangat menempuh perlawanan Piala Thomas tatkala Rashid Sidek sedang bergelut menentang Ardi Wiranata dari Indonesia. Lagu ini juga ditujukan khas buat rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada sukan negara. Setiap petang sekitar tahun awal 90an, kanak-kanak pulang ke rumah dari sekolah agama rakyat terus nak main badminton. Begitulah hebatnya lontaran vokal Roy Azman yang merupakan penyanyi RTM. Namun lagu ini juga sesuai ditujukan kepada para peniaga online menual produk kesihatan, bisnes MLM, jual baju bayi dan insurance pelindungan hayat.
Dedikasi untuk : Hasanah (ejen takaful aku), Nur Tasnim (Shaklee), Aini (Shaklee)

3. Keranamu

"Pakar IT pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan.. Berkereta jenama negara, megah meluncur di jalan raya.. Alam siber teknologi terkini, kejayaan semakin hampiri.."

Penulis kurang pasti akan penyanyi lagu ini, akan tetapi lagu ini dipercayai digubah oleh komposer terkemuka tanah air bernama Pak Ngah Suhaimi yang pernah menaikkan nama penyanyi tersohor seperti Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Lagu ini menyentuh akan profesyen seperti pakar IT yang dipercayai menjadi menyumbang kepada pendapatan negara kasar GDP yang menunjukkan sektor perkhidmatan sebagai penyumbang terbesar. Pakar IT melibatkan mereka yang bekerja dalam sektor IT, bergelumang dengan perisian komputer dan multimedia.
Dedikasi untuk : Faeiz Taib, Ashabul Yamin, Natasha Aqilah (bahagian akaun)


4. Pelamin Anganku Musnah

"Masihkah, kau ingin lihat.. air mata ini berguguran.. Puaslah hatimu kini.. Memainkan perasaanku selama ini."

Lagu ini menceritakan tentang impian perkahwinan yang hancur berkecai. Memang sedih jika pelamin yang diangankan selama ini lengkap dengan tema warna dan konsep katering serta goodie bag, akhirnya tidak menjadi kenyataan. Jika masih dalam fasa awal, mungkin masih boleh dicegah. Namun, bagi yang telah berkahwin, perkhidmatan paling sesuai dituju adalah untuk mendapatkan rundingan kadi atau khidmat mahkamah syariah. Lagu nyanyian Azie ini sesuai untuk menggambarkan tugas penjawat awam yang menguruskan kes-kes penceraian terutamanya yang melibatkan pencerai berprofil tinggi seperti artis dan orang kenamaan.
Dedikasi untuk : Wan Hazila


5. UTC

"UTC..! UTC..! Pusat pelbagai perkhidmatan.."

Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre merupakan pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada warga sekitarnya dengan keunikannya yang dibuka sehingga malam. Oleh itu penduduk boleh mengunjungi UTC untuk melakukan pelabagi urusan seperti pembaharuan pasport, perkhidmatan pejabat pos, Jabatan Pendaftaran Negara, pertubuhan bukan kerajaan dan macam-macam lagi. Antara yang menarik perhatian penulis adalah penjawat awam diberi peluan untuk bekerja lebih masa, ini adalah suatu berita yang baik. Silalah berkunjung ke UTC jika anda tidak berkesempatan untuk berurusan diwaktu biasa tanpa perlu mengambil cuti separuh hari.
Dedikasi untuk : Hasmahafizi (UTC Pudu)

14 comments:

missone hazel said...

Pembukaan n penutup khas utk pasangan suami isteri yg bahagia..... Thanks nahar utk dedikasi "pelamin anganku musnah"... Mcm ada maksud tersirat je. Eh? Haha

SYED NAHAR said...

Kakwan.. jgn nak feeling sgt.. hahaha.. nanti karok ok.. hehehhe..

missone hazel said...

harus! set date lekaih!

SYED NAHAR said...

macam nak karok malam ni.. aku nak nyanyi lagu bicara manis menghiris kalbu hahahaa.. dengan suara flat..

missone hazel said...

Percayalahhhhhhhhhhh.... *versi ctdk*

SYED NAHAR said...

heyy peaching berterabur!!

missone hazel said...

Ade i kesah? Laki i pun x kesah laaaa...haha

Mummy Hana said...

Aik aku pon ada?? Tenkiu la ingat kat aku..(ke menyampah ngan aku ke tak tau la...)hahaha....Tetibe menyinggah blog hang hasil semangat inkuri yg tggi akibat membaca post ai di fb...sekian...

SYED NAHAR said...

hahaha.. mengada la aini..
aku pun business online gak apa? hehehehe..

Mummy Hana said...

Kot la menyampah ngan aku ke mana nak tau hati org bukan aku bleh scan..hahahaha....

SYED NAHAR said...

hahaha.. sesama la kita berniaga :) bukan mencuri pun.. tapi tu sebab aku takmau meniaga kat fesbuk.. hehehe.. blog aje, kecil-kecilan :)

Anonymous said...

natasha aqilah (bahagian akaun)..aku tak buat akaun dowwww..haha..aku kerani je..xlayak masuk senarai ko

SYED NAHAR said...

tasha: tak kira.. ko bergelumang dgn dunia bank... kira jadi lah tu hehehe..

Anonymous said...

lirik penuh takde kah?