Apakah ciri-ciri seorang diva? Tidak semestinya diva adalah seorang penyanyi tersohor tanah air mahupun primadona filem atau pemegang jawatan CEO syarikat ternama. Diva muncul dalam pelbagai watak. Ada diva yang hanya pakai kasut ballerina saiz 3, dengan pembayang mata warna hijau, konon comel ambil gambar kasi peace to all. Tapi kena pakai sweater lah untuk cover kolesterol.
Kalau dah diva, tentu selalu meluat dengan orang, tak kira sesiapa sahaja. Nak-nak kalau kau tu penjual Shaklee online, memang menempah bencana alam. Tu kira masih selamat, kalau Facebook kau kena block macam mana? Tak usah merayu mengalir air mata bagai, makin dirayu makin dimaki kau sampai kena kanser rahim. Bagi yang tak faham, suda ko jangan baca. Naif sangat kan?
Buat salah ke tak buat salah ke, asal kau ada memiliki atau mengamalkan ciri yang tak kena dengan emosi semasa dia tak kira waktu datang bulan atau tak, nahaslah kau! Kau ingat dia suka nak baca status Facebook kau menjual segala produk kesihatan? Kawan dia sendiri jual Shaklee, sama saiz sama padan, kena juga. Inikan pula memang dia dah meluat kat kau. Makan hati la. Iyalah, diakan diva. Diva apa? Diva kolesterol.
Kenapa kolesterol? Kenapa tak diva primadona atau diva ratu kareoke lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu? Jawapannya, ingat sikit, orang lain yang cantik pun tak sediva dia. Diva ni asalnya bukan dibuat-buat, tapi jadi sendiri. Dia punya garang, dendam kesumat, memaki di Facebook semua dia boleh buat. Mari kita senaraikan klausa-klausa mengikut garis panduan piawaian ISO9000:2008 untuk keperluan anda menjadi diva kolesterol. Lulus Sirim peringkat Mukim Ah, Pida 6 dan Daerah Selama.
1. Newsfeed Facebook dia yang punya
Kenapa pula? Silap kau tulis komen atau status, maut padahnya. Dia meluat. Tak tahulah kenapa. Jangan ingat kau muat naik gambar comel, tukar status in a relationship, buat pemasaran jual Shaklee, apatah lagi nak jemput datang kenduri. Status kau naik selang sehari pun bagi dia dah meluat. Kau boleh cakap, dah tak suka, unsubscribe lah. Tapi dah dia tak suka, Apa nak buat. Tapi apa dia buat? Baca nombor 2 pula.
2. Status amukan puaka panjang sejengkal di Facebook
Ini memang makanan diva. Diva mestilah nak meraih perhatian dunia. Diva lantang bersuara, berani menterjemahkan isu perut dan ayat memang tak boleh blah. Pernah sekali diva yang seorang ni, sebab tak jemput kenduri, dia boleh tulis status memaki hamun siap tulis nama insan yang ditujukan. Kira dia betul sangatlah tu, tindakan tu habis macholah, habis bijak lah konon. Anda bijak menilai, buatlah pilihan yang tepat. Kalau anda yang tak diva tak boleh tulis status panjang-panjang, dia sahaja yang boleh sebab dia rasa orang tak meluat dengan status dia gamaknya.
3. Pemberi nasihat
Ini wajib! Syurga neraka, dia dah nampak dari awal. Biasanya kalau nak menampak diri diva ni maksum, segala tindak-tanduk kerbau kita ni akan dihukum salah, dan disusuli nasihat berunsur keagamaan. Diva banyak duit, kadang tu ada yang dah pergi umrah. Nasihat yang diberikan biasanya menyuruh kita bertaubat, memohon maaf, sedar diri dan diakhiri dengan doa dari diri diva supaya kita berubah kembali kepada jalan yang benar. Ini skrip, mungkin diva ada simpan manuskrip awal dalam telefon pintar dia.
4. Sentimental
Klausa ni penulis kurang pasti, sama ada sentimental, sentimen perkauman mahupun mental. Mungkin kesemuanya. Diva ni walaupun dia nampak ego, tapi dia ada sifat sentimental yang kadang kala merubah menjadi mental kerana dipandu oleh emosi yang kritikal. Sebagai mengambil contoh terpencil, diva mampu menyimpan pembalut gula-gula Nicolette selama belasan tahun kerana menyimpan hati kepada seseorang dan setelah saban tahun gambar pembalut gula-gula itu dimuat naik dalam aplikasi Facebook. Diva memang suka simpan gambar lama, lepas tu upload, mabuk gamaknya, tak kiralah bujang ke laki orang. Dah!! Baca yang seterusnya pula.
5. Mengungkit
Nak jadi diva, rasanya perlu ada diari. Tulis segala perincian, kerana suatu hari nanti boleh rujuk balik, ungkit semuanya. Oleh yang demikian dia tulis status Facebook panjang berjela. Diva tiada masa nak jaga perasaan orang lain, tapi sekali kau guris hati dia, sampai mati kau akan dikecam. Proses ungkit kadang kala berlaku secara keterbalikkan. Pendek kata, kadang kala diva mengungkit sesuatu perkara yag jika difikirkan kembali ianya turut dilakukan oleh diri diva. Kalau dah diva, sudah pasti kebenaran akan menjadi miliknya. Jangan nak melawan, nanti dia lari, diam membisu tak komen dah.
6. Kalis Kolesterol
Klausa ini hanya praktikal untuk diva tahap profesional. Kalis kolesterol adalah kekuatan diva. Diva memang anti dengan ciri gedik, namun diva yang gedik boleh pula. Akan tetapi, diva menggunakan sejenis alat untuk menjadi pelindung, iaitu alat kalis kolesterol itu sendiri yang biasanya merupakan baju sejuk atau sweater. Sweater ini memberi motivasi kepada diva supaya berani membuat tindakan diluar kemampuan insan lain melepasi garis norma. Contohnya, hanya diva yang boleh muat naik gambar suami rakan seperjuangan, atau diva dengan tanpa segan silu buat kenyataan rela berjodoh biarpun bermadu. Kalau orang lain buat, sudah tentu menerima kecaman.
15 comments:
Woowww..hehe.._tasha_
ok sila tikam saya hehe..
Buatpe nk tikam..haha.Lama tak baca blog mu..menariks..
Pueh ati baca ~jejakamanggol~
tasha: hehe.. dah lama tak update..
jejaka manggol: ni dari manggol bongor ke? wahh.. jauh mengugel :) hehe
Aku nampak CA mention nama hg kt fb. Ritu nama sknaq, dekat wall org lain pulak tu... Dekat group, terang-terangan menunjukkan x suka pd iklan tumpang lalu matkiaq. So shame. Tapi shame lg kisah lolipop. Nmpk mcm gedik sikit. Bukan aku sorang yg ckp cmni... Sekarang dia sedang berciri no.2 di fb. Its clear. Seriously.
Ye ke? Nape nak mention nama aku? Ooo.. tak sangka blog ni ada stalker. Patut la hari ni trafik meningkat.. hehe.. anyway, biarlah.. baca pun x dijemput nape nak amik port.. hehe.. lucu lah!!
hg update blog jam ni, tak sampai 24 jam terus ada feedback mcm2... dalam dok tak mau amik tau, tapi dah macam histeria kat situ. dok cari jugak kot hg ada mention nama sesapa kat atas tu.... lawyer gelak berguling tak sanggup nak buka fail. (KETOKTINKOSONGBUNYIKUAT)
whatsapp group brought me to her fb status..and here.
I love how the news spread so fast. the best part is the lawyer pn dr ex-schoolmate yg sama..ahaha..
Kenapa? Ada org histeria ke? Kesian.. panggil la harun din atau ustad don tolong selamatkan.
Kenapa ada lawyer? Yes news spread very fast but depends on how we act.. if we are not too freakinh out then people wont realise. What happened?? Let me know... suddenly so many anonymous commenting on my entry.
Aku blurr..xpaham apa2
Kenapa ada lawyer? She is now hiring a lawyer -thats why. I just cant wait for her to say the majestic word- " c u in court!"
kenapa nak kena masuk court? tak faham? dan ada ke lawyer nak melayan? buat malu je.. hahaha.. nanti kalah di court kena saman balik naya je.. hehe.. baik buat downpayment kereta baru..
Olga:- otak PPRT
siapa yg otak PPRT tu olga? dah la, jangan la nak kecam dia, kesian dia. nanti olga kena block kesian olga. takyah backing saya ok, backing dia je hehehe.. saya baru faham sikit2..
Post a Comment