Sesiapa ada cd windows??? I nak format laptop! Sekian lama tak apdet fesbuk, blog pun sama. Kesian, segala laman sesawang kini sudah dinaiki kulapok roti.
“oii mangkuk! Ada cd installer windows?”
“ada! Mari ah! Aku di putrajaya ler ni.”
“okies…lepas opis hour aku terus pi sana!”
Oh, terus semangat gila. Sambil bekerja, hati tak tenteram memikirkan betapa best kalau laptop tu dan boleh melakukan modus operandi di fesbuk, juga apdet blog.
Tinggg..!!! “perhatian kepada mereka yang meletakkan kenderaan di bahagian belakang, anda diingatkan supaya mengalihkan kenderaan anda kerana latihan futsal akan dimulakan sebentar lagi.
“ah! Masa untuk blah. Dalam kepala otak duk imagine jalan mana nak lalu. Nak lalu MRR2 sampai cheras? Oh no sangat jam. Nak lalu sentul, masuk sentul link staright ke mahameru past uterus sampai bangsar boleh masuk maju expressway! Ok jugak tu. Nak lalu LDP sampai puchong? Tak sanggup.
Ok. Perjalanan agak slow di depan KL sentral mengadap Hilton KL sebab ada construction. Eleh construction untuk buat flyover jalan traverse, projek ni dulu boss aku ada hantar masuk tender tapi gagal. Tak de rezeki. Oh, naik je NPE, disambungkan ke MEX hiway, terus ke putrajaya. Agak pantas, jalan lengang.
Eh call mangkuk jap, “oii..ko present berapa?”
“present 16, paling dekat dengan alamanda.”
Gila lambat jugak nak cecah present 16. Ikut signboard punyer pasal, nasib baik tak masuk gate kediaman timbalan perdana menteri. Hah!! Okies, pendek citer sampai jugak. Mangkuk tunggu berdiri tercangok depan blok. Wah! Apartment dia mewah jugak, saiz besaww!! Kalau mek yang punya,esti dia kalut nak tempah langsir sliding door. Hahaha..
“nah! Aku dah burn siap-siap doh ke mu! Ia tak dok cd key. Terus je mu install”
Okies..sembang-sembang jap epdate pasal isu semasa. Tambah-tambah sikit dengan gossip dan tohmahan, agak dah lengkap cukup masam masin manis, ok blah dulu. Mangkuk pun terus berjalan kaki ke alamanda nak pergi karaoke kot. Dari jauh aku blah aku masih nampak dia kat side mirror. Hujan renyai-renyai, aku nak tumpangkan dia tak mau, nak jalan kaki sebab senang ‘tubik’ pintu belakang.
Ah!! Sampai rumah terus switch on laptop aku yang kena virus tuh, gila ah sel barah yang mengalir membuatkan system jadi teruk. Slow giler!!! Terkeluar di skrin amaran kata “not enough memory to run…” masa tu aku klik my computer. Ah, restart pastu terus installer aje lah.
Ok restart! Tapi kenapa cd ni tak autorun. Klik my computer, lambat jugak nak ‘tubik’. Patutlah tak leh run…rupanya mangkuk burn kan aku cd bukan installer windows rupanya installer printer!!
2 comments:
awat jadi lagu tu?haha..lawak2...sia2 pi redah putrajaya
sakit ati jek..hehe..
Post a Comment