ini adalah pak ya. dia keje kat embassy. rasanya dia orang melaka kot tapi yang pasti bini dia orang perlis. lepas ni, pak ya dah tamat kontrak keje di new delhi dan dia dengarnya nak balik ke perlis. setiap ahad, skang ni semua rakyat malaysia di delhi akan ke embassy. suka rela masing-masing bawak makanan untuk sama-sama makan sambil buat aktiviti ringan.
kalau sebut pak ya, mesti akan teringat kuih karipap. sebab bini dia memang terer buat karipap yang sedap, first class! pak ya jugak hebat bermain ping pong. skill dia nak serve tu pun dah nampak style. belum smash lagik. tapi skill serve tu menurut encik ehsan CEO petronas kata fault, sebab bola ping pong itu tidak di baling ke udara, dan sepatutnya berada di luar petak gelanggang ping pong. tapi memang benar, encik ehsan juga hebat bermain ping pong. asal dia smash je, pastu dia buat muka cool je. orang ramai pun support la tepuk tangan. bodek ke? tak lah, jumlah rakyat malaysia yang sedikit ni, itu saja pengubat kebosanan. lepas ni mesti ramai akan rindukan pak ya.
ahad lepas, anak-anak teruna ini telah secara suka rela mempersembahkan gig percuma mereka. tak tahu lah mana mereka belajar guitar ni. tapi not bad bunyinya. dari 3 orang, yang tengah baju hijau tu anak encik azahar, regional manager MAS for south asia. 2 lagi tu anak prof rahmat, padanlah prof pun terus duk depan ngadap anak dia buat showcase. madame norlin yang baju merah tu sedang baca surat khabar. lupa pulak, prof rahmat ni dulu bekas timbalan naib canselor UITM. kepada bekas pelajar UITM, sila recognise beliau. beliau cukup mesra dan selambar. kelakar juga, even saya muda remaja, dia tegur sama macam tegur yang lain, siap gelak tuh.
sebelah tu my boss encik anuar abdul, project manager berbaju denim biru. beliau cukup berjiwa rakyat. paling best beliau cukup stylo! nak tahu kenapa? lain entry la kita soksek-soksek. haha..
No comments:
Post a Comment