Showing posts with label koleksi kampung padang. Show all posts
Showing posts with label koleksi kampung padang. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Tekaan Dalam Kesamaran

Petang, dalam pukul 3. Aku rasa sungguh berat hati nak masuk ke pejabat pulang dari menghantar dokumen, terus aku masuk ke tandas. Kaki aku melangkah perlahan.Sunyi sepi koridor hanya terdengar hentakan tapak kasut aku. Mata aku hanya memandang mozek berkilat, sesekali aku boleh nampak wajah yang terbentuk bagai cermin di lantai.

Selepas memetik suis lampu, tangan aku yang berat menolak pintu dan membawa masuk badan aku yang berat ke dalam tandas. Lama aku berdiri menghadap cermin. Satu persatu mangkuk sinki dilihat amat kering dan bersih menandakan sudah lama tidak digunakan.

Aku mendongakkan kepala, terdapat penyembur kebakaran berwarna merah di atas. Bosan dengan peredaran masa yang perlahan, aku menoleh ke belakang dan memilih pintu pertama. terdapat 4 pintu kesemuanya, 3 untuk tandas jenis duduk dan satu untuk yang gemar mencangkung.

Aku hanya duduk di atas tandas yang tertutup. Aku bingung, memikirkan sesuatu yang aku sendiri belum pasti. Aku mendesak diri, untuk tidak memikirkannya lagi akan tetapi aku sendiri bingung mengapa aku tidak bisa berhenti memikirkannya. Sungguh aneh tapi itulah hakikatnya.

Dalam melayani perasaan, terdengar ada orang memasuki tandas. Langkahnya meluru masuk ke tandas jenis duduk disebelah. Mungkin mengalami sakit perut, aku mendengar pelbagai jenis bunyi, siap meletup-letup. Tentu sekali air di dalam mangkuk tandas berkocakan, jelas sekali bunyi percikan. Hati aku bertanya, siapakah gerangan manusia itu? Gamaknya memang benar-benar sakit perut yang memulas ataupun terkena Diarrhea.

Hati aku masih tertanya-tanya. Setahu aku, tidak ramai pekerja lelaki yang bertugas di tingkat 4. Satu persatu wajah mengisi ruang minda, mengimbau siapakah agaknya manusia yang kini sedang berperang dengan kesakitan perut memulas itu. Tiba-tiba terdengar bunyi telefon bimbit berdering. 

Aku terfikir mesti dia tidak akan menjawab panggilan tersebut kerana ingin merahsiakan indentitinya. Akan tetapi tekaan aku meleset apabila dia dengan yakin terus menjawab panggilan tersebut dan dengan jelas sekali aku dapat mengecam pemilik suara tersebut. Memang sah, memang orang itu. Dalam hati aku sedang ketawa kecil. Tak sangka walaupun berjawatan tinggi tetapi tidak dapat lari dari merasa sakit perut. Pemikiran sejak kecil di mana aku membayangkan sultan, raja atau yang dipertuan agung tidak pernah buang air besar apatah lagi kentut.

Monday, June 4, 2012

Kesulitan Amat Dikesali

Dua ratus kilometer telah diharungi, dalam keadaan panas terik. Apakan daya penyaman udara tidak berfungsi baik. Daripada deruman enjin manjadi tidak keruan, lebih baik buka tingkap sahaja. Seperjalanan berhenti seketika di dua hentian rehat dan rawat. Sekali untuk pam tayar di Sungai Buloh dan makan tengah hari di Tapah.

Sabar menanti, satu persatu punat ditekan. Tidak tahu konti radio mana yang sedang memutarkan lagu dan yang pasti sanubari hanya berkehendakan lagu yang menepati citarasa dan perasaan ketika itu. Kenderaan diperlahankan seraya pedal memecut dilepaskan seratus persen.

Sebaik tiba di gerbang plaza tol, tangan dihulurkan dengan pantas terus palang dibuka. Perkhidmatan Touch & Go amat praktikal di waktu kenderaan tidak bergitu banyak. Terus meluncur dengan kelajuan sederhana, menikmati panorama Ipoh, satu persatu susur keluar dilepasi, tanpa dikunjungi.

Sebaik tiba di susur keluar berhampiran Kinta City, niat di hati ingin mencari sesuatu untuk dibawa pulang, namun tak mengapa kerana tiada siapa di rumah. Mungkin di lain kali. Kali ini terus kereta memecut laju kerana  mengejar masa. Kini di belakangku terdapat beberapa kereta yang mengekori dengan kelajuan yang sama dengan mengekalkan jarak kepala. Dari jauh plaza tol dilihat, tapak plaza tol lama lokasi Jelapang sebelum meneruskan perjalanan mendaki Banjaran Klebang dan menyusuri Terowong Menora.

Tiba di plaza tol, tangan sekali lagi dihulurkan dan menanti palang dibuka. Entah kenapa mungkin telingaku pekak, sekali lagi kad disentuh dan telinga cuba memfokus bunyi "beep" yang harus dikeluarkan oleh mesin itu. Kali ini kenapa tidak?

Aku kaget. Melihat kenderaan di belakang yang daripada dua kini sudah menjadi lima. Tak mungkin Touch & Go aku sudah tidak berbaki. Tetapi aku sendiri lupa bila kali terakhir aku melakukan tambah nilai. Aku sentuh sekali lagi, namun tiada bunyi "beep" aku aku dengari. Aku kini benar-benar panik.

Aku mengambil langkah paling bertimbang rasa dengan menghidupkan lampu kecemasan. Kemudian aku menaikkan tangan tanda memberi isyarat berlakunya masalah namun barisan kenderaan makin panjang. Aku menarik nafas panjang. Tidak aku sangka kejadian ini akan berlaku, mungkin aku amat cuai sehingga memberikan masalah kepada pengguna lain.

Aku menarik picu untuk membuka pintu. Tebal mukaku, kaki dikeluarkan dari kereta disusuri tubuh lain. Aku menunjukkan wajah bersalahku supaya mereka bersimpati dengan mala petaka ini. Aku tidak sengaja dan aku harus menerima apa sahaja akibatnya, itulah yang dikatakan takdir.

Aku melihat pemandu di belakang mengeluarkan kepalanya dari tingkap, seorang demi seorang dan mereka membuat memek wajah terpinga-pinga. Aku bertamba takut, dan kini aku memandang kiri dan kanan, kiri dan kanan dan sesekali senyum kambing. Oh, aku baru tersedar bahawa aku menyentuh kad perniagaan milik seorang pegawai Unit Trust, bukan kad Touch & Go. Aku terbuat silap kerana meletakkan keduanya di dalam bekas yang sama. Aku amat menyesali akan kejadian ini.

Tuesday, February 7, 2012

Goodie Bag

Tiap kali kenduri, tuan rumah akan menyediakan goodie bag sebagai ole-ole untuk para tamu sebagai tanda terima kasih, selain adat lama yang memberikan bunga telur. Begitu juga sewaktu kenduri yang diadakan untuk majlis perkahwinan kakak aku sekitar tahun 2009.

Riuh rendah, satu persatu goodie bag diberikan kepada tetamu yang hadir. Aku hanya memerhatikan sepupu aku yang ditugaskan, walaupun kelam kabut tapi berjalan lancar. Nak dijadikan cerita, ada seorang kanak-kanak yang cukup comel menyerikan suasana.

Aku lupa namanya, tetapi dari awal lagi dia hadir dengan menaiki basikal kecil yang sesuai dengan tubuhnya. Bergaya mengalahkan artis, kaca mata hitam tidak lekang darinya. Dari satu tempat ke satu tempat, dia tidak lokek bertegur sapa, berjenaka dengan sesiapa sahaja. Tak kira warga tua mahupun rakan seusianya, mulutnya petah berkata-katanya membuatkan orang senang dengannya.

Umurnya sudah tentu anda boleh jangka, pasti seusia kanak-kanak sekolah rendah. Kelibatnya dari mula, hingga tamat kenduri. Kemudian dia hadir berdekatan rumah pengantin dan tanpa segan silu dia terus menyapa aku untuk meminta goodie bag. Katanya dia adalah tetamu istimewa. Lantas aku mencapat satu goodie bag dan berikan kepadanya. Tapi dia minta lebih, mungkin sebiji dua lagi. Alasannya dia sakit, macam-macam penyakit ada.

Aku menyangka dia berjenaka seperti kanak-kanak lain. Cuma gurauannya sedikit berani. Aku berkata tidak, kerana wajar hanya satu goodie bag diperuntukan untuk seorang tetamu. Aku yang malas berfikir terus beredar dari situ, dan keletahnya dillihat terus dari jauh. Tertanya kepada diri sendiri, siapakah kanak-kanak ini? Mungkin anak kampung ini juga.

Beberapa minggu kemudian, ketika aku pulang ke kampung secara tidak sengaja aku bercerita tentang kanak-kanak ini kepada Maksu. Maksu bertanya, anak siapa? Aku nyatakan yang aku tidak mengenalinya tapi cara percakapannya seperti warga tempatan. Apabila gambar ini diajukan, terus Maksu berkata, "Oh budak ni, dia sakit. Dari kecik dah ada penyakit macam-macam. Sakit jantung, masalah buah pinggang, kencing manis pun ada. Tengoklah perut dia pun buncit. Dah meninggal dah baru-baru ni."

Aku terkejut! Terus aku rasa menyesal kerana tak percayakan kata-katanya dahulu. Mati-mati aku sangka dia bergurau. Kalau aku tahu, tentu aku berikan lagi satu atau dua goodie bag seperti yang dia minta. Kadang-kadang kita tidak menyangka perkara sebegini akan membuatkan kita diulit rasa bersalah dan menyesal. Maaflah, aku tak tahu. Kini sudah bertahun kisah ini berlalu. Al-Fatihah buat rohnya.

Monday, February 14, 2011

Teratak Mariam









Rumah moyang saya, Tok Mat Akib & Tok Mariam.
Kampung Padang, Jalan Kuala Kenderong.

Thursday, November 4, 2010

missy (kes 2)

yah (bukan nama sebenar) adalah seorang misi yang amat digeruni. dengan raut wajah ketimuran dengan sedikit aura aborigin dan kulit sawo matang, yah memang digeruni bukan sahaja dikalangan pengunjung pusat kesihatan ibu dan anak, malah rakan sejawatan. yah yang lengkap berpakaian serba putih dengan topi nurse yang tegak di atas kepala, melangkah laju dari satu sudut ke satu sudut dengan penuh bertenaga.

yah merupakan misi yang tidak asing lagi, dikenali oleh setiap ibu-ibu yang beranak kecil. yah menggalas tanggung jawab untuk memberikan suntikan kepada bayi-bayi supaya kekal sihat tanpa penyakit-penyakit berbahaya. sekali yah menjeling, ramai yang akan menitiskan peluh dingin. bibir yah yang juih dan muncung lagi tebal satu inci itu sentiasa menjadi igauan seluruh penduduk sekitar. itulah hebatnya yah, yang pasti lantang bersuara, mengkritik pedas lagi menusuk kalbu. seminggu dibelenggu trauma kalau diherdik yah!

pagi yang dingin, mak ngah ah (bukan nama sebenar) membawa anak kembarnya ke pusat kesihatan ibu dan anak dengan membawa bersama kad merah sebagai rekod penerimaan suntikan. mak ngah ah tak kurang hebatnya, selain memiliki anak yang ramai, beliau juga seorang wanita yang bersusuk tubuh tinggi lampai dan kuat bekerja dengan kudratnya sebagai penoreh getah.

missy yah : satu dah sudah dah, mana kembar yang satu lagi tu? sedia lekas!

mak ngah ah : sat, budak ni menggelepar macam dia paham pulak nak kena cucuk.

missy yah : lekas lah, kita ni banyak kerja. bukan nak cucuk punggung hok ni jer. banyak punggung lagi.

mak ngah ah : sekejap lah...ish payah pulak! **bayi meronta-ronta... sesekali sukar ditiarapkan atas ribaan mak ngah ah.**

missy yah : lekas lah!! **nada suara kian meninggi**

mak ngah ah : hinsss... hurm..uh!!! ish...uh?? hurmm...ish? ish???

missy yah : apa yang payah sangat tu??

mak ngah ah : kembar dia molek, tapi dia ni buas sikit. sabit kulit gelap buleh ke dia.

missy yah : lekas lah!! **menjerkah**

mak ngah ah : ish apa yang payah pulak ni?? **mengeluh suara nada rendah**

missy yah : wohh!! dah beranak banyak tu pun tak pandai lagi nak pegang anak ke???? orang pegang macam ni **marah**

yah terus meletakkan jarum suntikan dari tangannya ke dalam kotak putih yang terletak di atas meja. dengan penuh ceghe yah terus mengambil bayi atas ribaan mak ngah ah untuk ditiarapkan sebagai demo dengan menganggap mak ngah ah sebagai tidak pandai menyelesaikan keadaan.

gedeganggg!!! seraya bayi tadi menangis, menjerit kesakitan. kepalanya terhantuk sisi meja. air muka yah terus berubah namun beliau sedaya upaya mengawal keadaan dengan membuat muka tak bersalah.

mak ngah ah : hahhh!!! tu pandai sangat la tuh pegang budak?? bibir pun sekati!!!

missy yah : ????

Tuesday, September 21, 2010

missy (kes 1)

Menanggung beberapa jenis penyakit memaksa Che Mat (bukan nama sebenar), seorang petani untuk berulang alik ke pusat perubatan kerajaan bagi mendapatkan rawatan. Terus dari unit pesakit luar, Che Mat menuju ke bilik doctor dan diberi pemeriksaan badan. Setelah melalui proses diagnosis, Che Mat diarahkan untuk membuat ujian darah.

Che Mat agak penakut. Bukan takut akan ubat-ubatan mahupun kecut apabila diajuk menjalani pembedahan, namun trauma dimarahi jururawat yang dikatakan sangat garang, terutama jururawat hospital kerajaan. Jolokan Misi Garang amat terkenal, turut member impak kepada ramai yang telah melalui peristiwa perit ini.

Che Mat : Sakit dok nak masuk jarum ni?

Misi : Wohhh! Tua dah! Nak mati sat lama lagi sakit!! Sudah. Sat lagi ambik satu tabung ni, gi ke tandas. Kena buat ujian air kencing pulak.

Selesai ujian darah darah, terus Che Mat berlari ke tandas seperti yang disuruh jururawat tadi. 5 minit kemudian, Che Mat membawa bersama tabung yang berisi air kencingnya itu lantas diletakkan di dalam bakul yang diletakkan khas di atas meja kaunter. Jururawat tadi menjeling tajam.

Misi : Sudah?

Che Mat : Tu dia dalam bakul.

Che Mat tersenyum malu. Jarinya menunjuk ke arah tabung yang terisi penuh dengan urine yang kekuningan warnanya. Mungkin Che Mat berasa serba salah jika sampel urine tersebut meloyakan jururawat tersebut.

Misi : Senyum buat apa?

Che Mat : Hah??

Misi : Buat apa tak bawak air kencing tu secupakkk??!!

Wednesday, July 14, 2010

aduka

Sebenarnya bagi sesiapa yang sudah biasa dengan Empangan Temenggor atau Tasik Banding, akan mengetahui banyak kisah-kisah misteri yang tidak terjangkau dek akal fikiran. Salah satunya; mengenai seekor gajah besar bernama Aduka yang pernah menjadi `pengawal’ di sekitar kawasan empangan tersebut.

Kewujudan Aduka (dijumpai sedang berkeliaran di Hutan Belum bersama sekeping tag/sticker tertindik di telinganya yang memaklumkan nama tuan asalnya - Aduka dari Siam), pada sekitar tahun 80an memang satu lagenda. Malah sebuah artikel lengkap dengan gambar Aduka dan penjaganya pernah disiarkan di Majalah Variasari tidak lama dulu - sebuah majalah hot ketika itu persis Majalah Mastika kini.

Gajah ini memang jinak pada penjaga atau pengasuhnya, iaitu salah seorang anggota sentri Unit Kawalan Kawasan (UKK) PDRM, yang mengawal di kawasan Empangan Temenggor (kawasan itu perlu dikawal 24 jam setiap hari memandangkan kepentingan empangan tersebut, tambahan ianya berada di garisan sempadan negara Thailand).

Sebaliknya Aduka akan bertindak ganas laksana seorang Panglima yang mempertahankan kawasannya dari dicerobohi gajah-gajah liar. Dengan tubuhnya yang gagah dan gadingnya yang besar, Aduka dapat mengurangkan kedatangan gajah-gajah lain yang sentiasa menakutkan pengguna jalanraya di kawasan itu (gajah-gajah ini sebenarnya suka tidur di atas jalan tar di waktu malam untuk memanaskan badan mereka).

Tidak susah hendak memelihara atau mengasuh Aduka ini. Menurut penjaganya, kebanyakkan masa Aduka akan berada dalam hutan untuk `meronda’ dan hanya muncul 2 atau 3 kali seminggu di kem sentri mencari penjaganya untuk diberi makanan berupa roti atau bijirin. Sekali-sekala, sewaktu diberikan nasi putih yang dicampur dengan pisang masak atau sejenis tumbuhan yang digelar tebu gajah, Aduka akan menari-nari macam gajah sarkas.

Tidak semua orang boleh mendekati Aduka meskipun ia jinak. Dan istimewanya ia seolah-olah memahami `duty roster’ anggota @ penjaganya itu. Hanya pada waktu penjaganya bertugas barulah Aduka akan mendekati kem sentri dan tidak ragu-ragu menonjolkan kelibatnya pada orang ramai. Tubuh Aduka hampir sebesar trak tentera. Seringkali Aduka muncul di jalanraya menuju ke Empangan Tasik Temenggor, yang mana ketika dahulu hanya digunakan oleh penduduk tempatan yang tinggal di situ sahaja. Kebanyakkannya dari masyarakat Orang Asli, yang tinggal di perkampungan Pos Kema yang dipantau oleh JHEOA.

Adakalanya pekerja-pekerja Jabatan Kerajaan seperti JBA, FELCRA, JKR, TNB, JHEOA, dan Anggota Keselamatan juga kerap berulang-alik ke sana. Mereka-mereka ini pada waktu tertentu akan terserempak dengan gajah-gajah atau binatang liar lain melintasi jalanraya berkenaan.
Biasanya, mereka yang kerap melalui kawasan ini sudah bersedia menghadapi keadaan demikian. Jika dihadang oleh binatang liar ini, terpaksalah mematikan enjin kenderaan dan berdiam diri sahaja sambil berdoa agar binatang itu cepat berlalu. Sulitnya, jika binatang liar tersebut tidak mahu berganjak, maka terpaksalah menanti dengan sabar dan tawakkal kepada Allah semata-mata. Sudahlah telefon bimbit belum wujud ketika itu, jalanrayanya jarang dilalui kenderaan lain memandangkan ianya hanya menghubungkan kawasan pendalaman tersebut sahaja.

Kadang-kadang Aduka sendiri yang menghalang laluan ini, sekiranya dia cuba memaklumkan terdapat sesuatu bahaya di hadapan. Misalnya terdapat kumpulan gajah liar yang melintas, atau bahaya lain yang hanya mampu dikesan oleh deria ke tujuh haiwan istimewa itu. Ini berdasarkan satu kejadian, di mana Aduka tidak membenarkan sebuah trak JBA yang melalui jalanraya itu dari bergerak ke mana-mana.

Sekumpulan pekerja JBA yang seramai lebih kurang lima ke enam orang, sebenarnya dalam perjalanan pulang dari Empangan Temenggor setelah selesai menjalankan tugas pemeriksaan di empangan itu. Mereka hanya mampu mendiamkan diri dan mematikan enjin kenderaan selama hampir lima jam di tengah jalanraya yang diselubungi hutan tebal dan jauh di pendalaman itu.

Mereka tidak mampu melakukan apa-apa selain akur dengan sikap Aduka ketika itu yang sedang berdiri hampir sama besar dengan trak mereka, dalam keadaan seperti resah-gelisah.
Dalam kegelapan malam, mereka dapati tubuh Aduka seperti keputih-putihan disinari cahaya bulan. Kemudiannya selepas Aduka mengundurkan diri semula ke dalam hutan tebal, mereka pun meneruskan perjalanan pulang.

Tidak berapa jauh dari tempat mereka 'ditahan' itu, kelihatan bekas pokok-pokok dirempuh di kiri-kanan jalanraya oleh sekawan gajah liar melintas. Lantas mereka dapat fahami tindakan Aduka sebelumnya itu. Mengapa Aduka tidak bertindak menghalau gajah liar itu? Mungkin jarak yang tidak mengizinkan Aduka berkejar ke sana, atau sememangnya Aduka sedar yang kumpulan gajah itu tidak menggangu dan sekadar mahu meneruskan perjalanan mereka yang tidak ketahuan tujuan dan arahnya.

Sebenarnya, memang banyak kisah-kisah menarik gajah Aduka sepanjang hayatnya di situ, malah ketika waktu matinya juga amat menarik untuk dikongsi atau mungkin terdapat hikmah di sebaliknya. Selain kisah Aduka, banyak lagi kisah misteri dan kisah pelik lain yang sering terjadi di Tasik Banding dan Empangan Temenggor. Misalnya, peristiwa Pihak Berkuasa mahu memindahkan perkampungan Orang Asli yang kini jauh tenggelam di dasar Tasik Banding, terjadi pelbagai peristiwa pelik dan aneh.

Malah kisah-kisah misteri sewaktu, sedang dan sesudah pembinaan Empangan Temenggor tersebut. Antara kisah atau insiden yang paling menyayatkan hati penulis, bahkan telah menggemparkan negara pada tahun 1988 - ialah tragedi kematian 21 orang masyarakat Orang Asli dari Sungai Siput, Perak yang karam dan lemas di Tasik Banding sewaktu berperahu menuju ke Pos Kema.

Mayat–mayat mangsa tersebut termasuklah seorang bayi yang masih melekat dalam dukungan ibunya, menjadi kembung dan mengembang telah dibawa ke Rumah Mayat Hospital Gerik yang kemudiannya diserbu wartawan dari merata pelusuk untuk membuat liputan secara langsung. Hampir seluruh penduduk Gerik juga mengerumuni Rumah Mayat itu untuk menyaksikan mayat-mayat tersebut, termasuk penulis sendiri yang masih kanak-kanak ketika itu.


**gambar dan karya asli oleh penulis : GDHP, mengisahkah tentang Aduka.

**kepada pembaca, artikel ini ditulis bukan saya tetapi seorang penulis yang menggelarkan diri sebagai GDHP dan salah seorang daripada mereka sedang menyiapkan komik tentang aduka.

Thursday, June 3, 2010

normah meri

gosip merupakan aktiviti yang dilakukan setiap hari. tanpa gosip, hidup seseorang itu bagaikan sunyi sepi, jauh dari berita sensasi dan mungkin disisihkan masyarakat. gosip sebagai wadah untuk meleraikan segala persoalan, seperti si buncit yang buncit yang memburaikan segala isi perut.

puan normah suka bertandang ke rumah jiran. tidak kira pagi atau petang walaupun lepas maghrib. perselisihan faham beliau dengan ibu mertuanya sememangnya menjadi topik hangat setiap kali berjumpa kaki segosip.

hidup puan normah tidak sebahagia wanita lain yang berjodohan dengan lelaki kacak nan kaya. puan normah berumah tangga seawal usia pelajar lepasan SPM.dengan bakat memasak makanan melayu yang basic, sudah memadai bagi dirinya untuk dinikahkan dengan encik amri.

sejak kenduri menyambut, dari siti mulalah hidup puan normah yang serumah dengan ibu mertuanya. setiap perilakunya diperhatikan. dari cara memegang sudip kuali, menyental seluar dalam suami, menyapu ruang dapur sehinggalah saat puan normah mengandungkan anaknya yang ke-8. ya, beranak rapat adalah sinonim dengan puan normah atas kurniaan kesuburan ke atas dirinya.

melihat rakan seangkatan yang masih solo, puan normah juga kepingin bergaya. jangankan memakai cermin mata hitam, memakai seluar sekali pun akan diherdik ibu mertuanya. oleh itu, hanya kesabaran yang menguakan jodohnya dalam mengharungi bahtera rumah tangga, membela anak-anak yang hanya setahun beza umurnya.

jika yang sulung anaknya bisa mula berjalan, si adik masih memakai lampin minta didukung manakala di dalam perut mengandung yang bongsu, menunggu hari kelahiran. terkadang itu, puan normah tidak sempat berdandan lengkap. seorang anak tertumpah nasi, seorang lagi menangis kerana di dalam lampin yang ada isi, kain batikyang dipakai puan normah tidak sempat disisir rapi. jangankan memakai baju cantik, tengah hari apabila si anak tidur barulah beliau berjumpa air untuk mandi menyucikan diri.

bergosip dan terus bergosip. menceritakan kepada sahabat jirannya tentang wacana kehidupan yang dialaminya. si ibu mertua sudah lama mendabik dada, tidak mahu lagi hidup serumah. suaminya kini membuat dapur baru sebagai menghormati ibunya. kini sebuah rumah memiliki dua dapur yang bersebelahan.

kini ibu mertuanya sudah lama pergi. kini puan normah bebas ke mana pergi. suaminya juga sudah berkereta wira, kerata buatan malaysia. anak yang sulung tamat SPM kini setiap hari pergi mengail ikan untuk dibuat pekasam. adik beradik perempuan pandai menguruskan rumah, mengemas, menyapu dan membasuh pinggan.

petang ini puan normah bersama dengan bayinya hadir ke rumah jiran. sambil kopi dihidangkan, puan normah yang duduk bersila di lantai menepuk-nepuk peha si bayi supaya tidur lena. sesekali anaknya itu menangis sambil menggeliat. sebaik kopi dituang mencecah cawan, seawal gosip lebih awal dibincangkan.

"mika tahu dak cerita laki mek?"

"kami tahu belaka dah! tak berkenan aku laki mek tu serupa orang isap dadah!"

"sabit pun. lalu kot tepi rumah kami tu mata dia merah. menurun abang dia jugak. mat char! abis kut merata kampung tu dia duk curi getah buku."

"berapa kali nak duduk penjara langsung dah. menyusahkan orang tak sudah-sudah. yang mek tu tahan, nak betul ke laki dia jugak. eh mika tak gi ke kenuri cucu hasan tanjung hari tulat ni?"

"kami tak kena!"

anaknya menangis lagi. diselak t-shirt yang dipakai, puan normah menyusukan bayinya itu agar esakan tangisan akan berkurangan. ya! hebat naluri si ibu yang mengetahui anaknya lapar minta disusu. gosip terus bergosip. sesekali puan normah yang rancak bercerita mencebik bibir menahan sakit.

"ssssssss......adoihhh!"

"wat pa tu?"

"tak dak pa. sssss.....adoihhhh! tajam sungguh."

"ada gigi dah kot?"

"saja pun, lambat ada gigi ni suka duk kikir! adoihhhh!"

Pangggg!!! kini anaknya kembali menangis....

Wednesday, February 17, 2010

saadiah terus bercinta

tiap-tiap pagi mengayuh pedal basikal, meluncur laju membelah angin pagi. basikal ini sudah bertahun digunakan tetap gagah. saadiah yang ramah menegur siapa sahaja yang melepasi pandangan. girang gembira, terus mengayuh basikal. biarpun jalan lengang, mulut saadiah ramah.

saadiah ada gaya tersendiri. beliau gemar memakai baju 'maxi' yang dijahit sendiri. labuh seperti jubah, lengan baju sangat besar. rambut disanggul di atas ubun, dilitupi selendang kapas sewarna. itulah saadiah, seorang wanita.

berkayuh basikal setiap pagi, bersama sedikit barang di dalam raga. biarpun mendaki bukit, melepasi tanah perkuburan walhal panas terik bukan penghalang. selagi kudrat masih ada, itulah pengorbanan yang mampu dilakukan oleh saadiah demi kesinambungan cintanya.

saadiah bukan berhajat kosong. saadiah berbasikal bersama bungkusan makanan. setiap hari membawa makanan ke balai polis mejadi tanggung jawab saadiah biarpun upahannya sekadar penat dan lelah. setiap hari tanpa cuti, saadiah gigih meneruskan rutin ini demi sebuah cinta.

cinta itu membahagiakan. kerana cinta kita hidup. saadiah seorang wanita perihatin. pernah sekali saadiah singgah di rumah membawa bungkusan makanan dan menurutnya, "berikan pada adik. tadi makcik dengar ada budak kecik menangis, mungkin dia lapar. suaplah dia makan, nanti diamlah tangisnya." aku kelu tak berkata apa.

saadiah merupakan insan terpilih. hidupnya seorang saadiah melakar sebuah kisah cinta yang abadi, mekar di sanubari setiap yang mendengarnya. bukan dongengan atau fantasi maya, kisah cinta saadiah seutuh hikayat klasik 'romeo dan juliet'.

sekilas pandang tahun awal 60-an, saadiah dijodohkan dengan seorang lelaki idaman seorang perwira. mungkin mimpi indah saadiah menjadi kenyataan untuk berjodohan dengan lelaki yang berkerjaya dalam sektor pertahanan. dapat dibayangkan srikandi yang menjadi tonggak wira seorang lelaki waja.

saadiah mengabiskan masa seharian sebagai suri rumah tangga. menemani suami pada masa lapang menjadi kebiasaan baginya, demi memupuk kasih sayang yang tidak pernah pudar saban hari. bertitikkan suatu tarikh, saadiah bersama suami masuk ke hutan yang tidak jauh dari rumah mereka sebelum ke seberang sungai perak.

kisah cinta abadi ini diuji dengan sebuah ketentuan yang tertulis. saadiah bersama suami telah terserempak dan ditahan oleh sekumpulan ahli bintang tiga. di situ mereka diikat pada batang pokok besar. dipukul dan disoal berkali-kali, akhirnya tubuh yang sihat menanggung kesakitan.

sekali lagi kesabaran saadiah diuji. suami yang dicintai telah diseksa di depan mata. jeritan menanggung sakit menjadi tontonan saadiah yang diikat tak berdaya. titisan darah kini membasahi tanah, saadiah meronta-meronta minta dilepaskan namun terlambat. suaminya yang dikelar kini tiada bernyawa, pergi tak kembali.

alangkah pilunya hati saadiah, suami yang tercinta kini rebah di bumi. berlaku di hadapan matanya, tak biasa dilupakan sepanjang hayatnya. hanya anak-anak pengubat rindu kasih, cinta seorang wanita kepada suaminya takkan luntur biar masa berdekad pergi. mujur sehingga kini saadiah masih ada kudrat, terus meniti hari-hari mendatang biarpun sejarah hitam mencoret diari hidupnya.

mungkin seluruh pengguni di balai polis tidak akan menyentuh makanan itu, jelas sekali ia dibuat khas oleh saadiah kepada suaminya. yang melihat pasti terharu. suaminya masih hidup di dalam pemikiran saadiah. sebelum mengayuh pulang, pasti saadiah akan singgah sebentar di pasar untuk membeli sedikit barang basah untuk di masak. saadiah sentiasa gembira, ceria, ramah berbicara dan tidak lekang dari senyuman.

walaupun suami telah lama pergi, namun pasti memori yang terlalu kuat itu tetap mekar di hati saadiah. kesan tekanan jiwa yang dihadapinya, berlaku pula di depan matanya, sukar titik hitam itu pudar dari sejarah. saadiah tetap saadiah, siapa lagi yang bisa menandingi kisah cinta saadiah. ayuh sadiah kayuh! cinta itu tidak gila, namun cinta itu sebuah pengorbanan.


inilah saadiah, tetap ramah biar sendirian. gigih menyayuh basikal.


**menu yang diterima dari saadiah :
(menu kononnya untuk adik "kecik" yang menangis)
1) bihun yang siap dicelur dengan kuah sup, masih panas.
2) sayur-sayuran yang belum dimasak.
3) beberapa tiub yang diisi air suam (tiub plastik yang digunakan untuk aiskrim malaysia).
4) gula-gula sugus.
5) kuih muih.

Monday, November 2, 2009

dilema

pasar malam memang meriah, ramai pengunjung termasuk anak-anak muda yang hadir sekadar mencuci mata. sinaran cahaya dari mentol seakan pesta menerangi seluruh pelosok gerai begitu kekuningan jadinya. tawar menawar terdengar di sana sini. melalui gerai-gerai pakaian berwarna-warni merambangkan mata, menggamit rasa berkenan.

anak : mak! lawanya baju ni!!
ibu : mu tak buleh pakai, mu kecik lagi. sat gi kata di orang pakai baju anak dara.

terus melangkah lagi, deretan gerai menjual pakaian tiada penghujungnya. kemeja-T, kain pasang, seluar jeans sehinggalah kepada kain pelikat gajah duduk serta kain langsir.

anak : mak! yang ni lawa kan kalau orang pakai?
ibu : ish mu nih! mu besar dah, pakai apa baju budak kecik.

sampai di gerai kain tudung, si ibu singgah sebentar melihat koleksi terbaru. terdapat tudung bawal, tudung mawi, tudung dato' K dan tudung ariani. terdapat tudung yang sarat labuci, manik dan dihiasi dengan sulaman membuatkan agenda si ibu terpesong lantas membeli dua helai kain tudung.

anak : mak nak buat apa asyik beli tudung ja. tudung kami yang sekolah tu pun dah kena kaler air mak tak ganti lagi.
ibu : dah aih! baju mak yang kaler hijau ngan kuning cair tu mak tak dak lagi tudung nak padan. kena la beli. uish!! tengok tu ada kain pasang kerat siap dah tuh lawa jugak kot buleh sepasang dua. mu nak dak?

keghairahan membeli belah meransang jiwa si ibu terus berbelanja. jiwa seorang wanita telah ditewaskan oleh peniaga dengan begitu mudah, hanya dengan koleksi kain angkasawan bisa meruntunkan jiwa si ibu.

ibu : jom lah balik. nak hujan dah. abang kat rumah lapar sat gi sejuk burger yang mak beli nih tak sedap pulak! lekas!

sampai di rumah, si anak terus duduk di hadapan kaca TV menonton siri drama gerak khas.

abang : mak beli apa? banyaknya...
ibu : tak dak duk beli apa pun. mula lalu di kedai kain tu ingat nak beli ke Iya sepasang dua tapi dia tak berkenan.
anak : apa mak nih? mak tak offer orang pun. semua mak beli yang mak punya.
ibu : tadi mak suruh pilih tak mau?
anak : orang pilih yang tu mak kata orang besar-besar dah, pilih yang ni mak kata orang kecik lagi tak boleh pakai. semua tak boleh. mak je boleh...
ibu : har har har...ha la kan! tak pa lah nanti mak beli lah kat sungai petani ka, ipoh ka.
anak : beli apa? kain mak jugak. yang tak berjahit pun bertimbun dalam raga.
ibu : har har har...!! woh marah bukan apa tadi dia berkenan t-shirt cutting-cutting nih bukan apa mak tak berkenan.
anak : bukan mak yang nak pakai.
ibu : dah lah! makan lekas burger nih. sat gi kucing makan!

Saturday, September 12, 2009

kelas mengumpat

perlu ke intro sebelum mengumpat? perlu kot.. sebabnya bila kita nak mengumpat tu, perlu test market dulu sama ada ahli group tu membenarkan dalam hati akan topik yang bakal diusulkan atau bakal join the mengumpat assessment. setakat ini, aku pernah mendengar beberapa gaya atau bait kata yang digunakan oleh pengumpat professional. maybe boleh share sempena bulan ramadhan yang mulia ini. cekidaud!

pengumpat tak mengaku pengumpat :
"weh..aku ni bukan nak mengata tapi orang kata memang sungguh. betui ka dema kata laki yah bisu tu tak berapa cerdik?"

pengumpat sedar diri :
"aku ni bukan nak bawak mulut. saja pun ustad hat mari ceramah dulu tu pun ada kata mengumpat tu berdosa tapi, kita ni bila dah tahu tu mula teringin la nak bermulut je lah, nak mengata tu dak! anak kakak rokiah tu aku rajin duk nampak dia tu duk isap rokok di sungai, mata merah jek. mesti mengisap dadah!"

pengumpat tegas :
"weh!! nak dengar cerita dak? laki zawyah menikah muda. saja laki dia dahi licin!"

pengumpat nak salahkan orang lain yang mula buat cerita :
"baru-baru ni aku jumpa melah dengan kiah di kenuri menikah anak pian hat mata kuyup sebelah tu. aku ni dengar-dengar je lah, bukan aku kata tapi dema kata sendiri. kalu dema tak kata aku tak tahu!!! anak pian tuh kena tangkap basah. dah menikah dah! saja buat kenuri tu nak tutup mulut orang kampung tak bagi orang bawak bercerita. kembung dah perut pengantin nye. dalam 3 bulan dah kot?"

pengumpat pioneer :
"eh try tengok tuh, mika perasan dak laki milah hat baru ni jalan nak senget-senget sikit. ni mesti penyakit kencing manis ni! tak lama lagi milah dapat ke dia la tanah kebun di bagan tuh. uiiiih!!!!! 3 ekar mika jangan tak tahu!"

pengumpat paling updated :
"amboi eh!!! aku tahu lama dah. aku memang perasan dari dulu lagi dah tak dak sapa cerita pun aku tahu. buleh baca! sebelum mika tahu lagi aku dah lama tahu. sebelum anak rahim tu kena tangkap basah, aku hari-hari dah duk tengok anak rahim tu duk basuh cadar hari-hari!! duk bawak masuk jantan ke rumah la tu bila rahim ngan bini dia gi kerja"

pengumpat ajinomoto penambah perisa:
"aku bukan nak menambah apa dak, tapi tengok lah, dah la perangai huduh, muka pun huduh. dengan batang idung kembang berbanir tu ada hati nak masuk meminang anak yah hat kerja astro tuh. benci tengok! betui orang dulu kata idung kembang mesti perangai tak tahu malu"

pengumpat alim :
"besar sungguh kenuri menikah anak dolah trektar tuh. nampak membazir dak? membazir kan! yang tu tuhan duk marah tu. kita bukan buleh buat besar-besar jatuh membazir amalan setan. dalam kitab pun ada cerita!! tapi aku tak percaya dema kata anak dolah trektar tu keja makan gaji di kolumpo. kecik dulu sekolah bukan duk pandai pun. ntah ke pinjam duit bank rakyat, pastu bayar tak bayar kete perdana yang bawak pengantin tadi tu kena tarik. mana kita nak tahu kan???"

pengumpat branded :
"aku ni segala pencuci muka semua aku beli hat mahal. hat mahal tu la elok! hat murah tu semua main bahan kimia. aku ada gi kenuri adik miah. patut ka pihak laki tu bagi hantaran barangan syurah? idak la aku. kalau aku jadi adik miah tu, la la tu jugak aku mintak cerai !!! kulit aku ni allergic dengan benda murah. rantai silver tak leh pakai, kena emas 916 jugak!!!"



bulan puasa tak baik mengumpat tau. tunggu dan tahan je dulu, masuk je shawal continue balik. hahahaha....

Tuesday, September 1, 2009

antara sedar dan tidak

suasana tengah hari yang sungguh panas terik. pemandangan kampung seperti hari-hari berlalu, dalam pada jarum jam semakin hampir menunjukkan masa 12 tengah hari, terdengar tumbukan lesung batu berdentam-dentum menggambarkan populasi masyarakat yang cukup gemar sambal belacan. sambil mengutip pucuk-pucuk ulam, dua jiran sibuk bercerita hal semasa.

pak ngah mat taib telah lama bersiap. baju kemeja rona biru kelabu dengan seluar coklat, rambut disisir rapi. pak ngah mat taib turun ke tanah, menyarung sepatu hitam tanpa bersarung kaki. terus menuju ke bawah rumah, menghidupkan enjin motosikal EX5nya dengan minyak dipulas beberapa kali.

"wohh! pulas deras lagi kot nak bagi runtuh rumah ni." mak ngah turun ke tanah menyarung selipar sambil melibas selendang ke belakang. dompet kecil diapit di celah ketiak, dompet yang diterimanya percuma dari kedai emas 4 tahun dulu.

"orang nak panas enjin. mika tahu penamo?" balas pak ngah mat taib selamba.

dalam pada itu, seorang wanita sedang menyidai baju di ampaian, dengan sekadar berkemban basah, air menitik dari hujung kain batik terus membasahi bumi. kain diambil dari dalam besen, diperah-perah, lalu dilibas-libas bagi membuang titisan air kemudian disidai.

"wohh!! nak ke mana tuh??? pakai lawa macam nak gi jauh." tanya wanita ini.

"makan kenuri." jawab mak ngah.

"hoo..kenuri demo di baling tu ka? kena belah mak ngah kan? ada nampak demo baling mari 2 minggu sudah. madah kenuri la tuh kot."

"ho lah! anak dua pupu dengan kami. ingat gi ni nak tengok orang tua demo tu sakit." jawab mak ngah lagi.

brommm! brommmm! kini motosikal pak ngah telah sedia untuk bertolak pergi. ditunggangnya ke tepi mak ngah yang maih berdiri bersembang.

"tak pa lah na. kalu sapa cari cerita kata kami gi makan kenuri. gi dulu lah weh." kata-kata mak ngah mengakhiri perbualan.

tangan mak ngah memegang erat bahu suaminya. kaki kiri memijak pedal, tangan kanan menyepit kain batik seraya membuat jangkauan mengangkang yang luas untuk duduk membonceng.

"allahhhhhu akbar!"

brommmm!!!! dengan pantas, dari gear satu, pak ngah mat taib meluncur laju terus menukar gear seterusnya dan hilang dari pandangan.

ibu ayam berlarian dikejar ayam jantan. burung murai hinggap di dahan jambu, berkicau-kicau memanggil teman lain. bunyi dentuman lesung batu masih kuat berdentum. begitu juga kedengaran minyak panas meletup-letup menggoreng ikan. dari rumah batu cikgu wan ghani, bunyi mesin pengisar nyaring memecah suasana.

brommmm!!! kelihatan pak ngah mat taib kembali ke halaman rumah.

"patut berasa ringan. tak dok oghe di belakang." suara pecah pak ngah mat taib menggamit rasa curiga wanita yang menjemur kain tadi.

"wok po???"

"mak ngah mu nih! aku ingat dia ada duk di belakang." jawab pak ngah.

"aduhhh! tunggu la oghe naik duduk betul dulu. ni dak! tak dan dan nak pulas minyak. sakit la belakang aku. pimpin sat. tak jadi la nak gi makan kenuri." jawab mak ngah yang sedang terbaring di atas tanah.

"lerr..tak dengar suara pun. kami pun tak perasan mak ngah jatuh. yang pak ngah ni pun satu kalut nak lekas sangat. tak dan oghe nak duduk molek pulas minyak slalu. nak gi kenuri jah bukan nya nak ke mekah pun!"

"mika tanak nasik dah ka?"

"dah! tak po lah, lepas usung mak ngah tu, mari makan di rumah kami je lah. nasik menggelegak dah tadi. bukan jenuh nak pengat dapur kayu, la ni oghe pakai periuk letrik dah. hahaha..."

Wednesday, July 29, 2009

emosi kalah bola

** belasan tahun dahulu…


Perasaan marah masih menebal, namun tidak setebal tadi. Hening malam di sepanjang jalan raya, hanya terdengar deruman enjin motosikal 2 lejang Yamaha SS miliknya. Samsuri kini semakin hampir tiba di rumah. Jam tepat 3 pagi, masih muda selaku jiwa remaja. Samsuri memperlahankan pecutan, masih terbayang riuh rendah sorakan penonton di Stadium Ipoh. Walaupun Perak tewas namun puas menontonnya secara “live” di stadium.

Melepasi sebuah restoran, tertera tulisan pada sekeping papan, senget dan hampir luluh menyembah bumi, “Restoran Tom Yam Kak Ti”. Samsuri yang hanya ditemani Didik hanya sekadar menoleh ke kiri.

“Depan tu sikit…aku turun situ je lah. Nak terkencing nih! Lepas tu aku berjalan je lah kelik ke rumah.”kata Didik.

“Ler..mari aku hantar mu sampai tangga rumah” balas Samsuri.

“Tak pa lah. Dekat dah. Aku lintas titi tu pastu jalan sikit dah sampai rumah aku. Mu nak hantar payah lah kena pusing masuk pastu nak keluar balik, payah kerja!”

Selepas turun, Didik terkinjit-kinjit turun berlari menuju ke titi. Jelas dari cermin sisi, dari atas titi kelihatan Didik membuka zip seluar lalu dari ketinggian magnitud aliran projektail bertenaga keupayaan tinggi, aliran dituju terus ke sungai dengan kelajuan kinetik maksimum. Tentu Didik merasa lega selepas pundi kencingnya meringinkan jisim selepas menyahsingkirkan bahan kumuh tersebut.

Kini samsuri keseorangan, ditemani angin malam. Anak kelawar terbang mengerumuni lampu jalan. Sungguh sunyi, tiada kenderaan yang hadir berselisih. Samsuri memandang ke hadapan, sejauh cahaya lampu motosikalnya menerpa turapan jalan. Di kiri dan kanannya hanya estet getah tua.

Samsuri menyanyi. Kesunyian terubat apabila lagu “Cinta untuk Nabila” menepati vokalnya seraya penghayatan hadir mengimbas kisah lampau. Saban kali tersenyum apabila terlupa lirik, namun kebolehan mengadaptasi emosi menghasilkan lirik rekaan yang mirip lirik asal. Dingin dan terus dingin.

Terus menyanyi, tatkala angin berhembus terasa motosikal tidak seimbang, dan seakan berat. Seekor kucing hitam melintas, berpinar mata kucing memantulkan balikan cahaya. Perasaan semulajadi menyelubungi diri, terasa seram seperti mengundang perkara buruk apabila melihat kucing hitam. Sesekali cermin sisi diperbetulkan. Lega. Tiada sesiapa yang memboncengnya di belakang.

Jalan menuruni bukit, laju. Lampu motosikal tiba-tiba malap namun kembali terang apabila kelajuan ditambah, pulas minyak! Angin malam terus berhembus, sejuk dapat dirasai hingga ke tulang selangka. Ah!!! Pandangannya gelap, tak dapat melihat!!!

Kini mana Samsuri kabur, gelap, hitam dan tiada apa yang dapat dilihat. Motosikal diberhentikan di bahu jalan. Sungguh cuak dibuatnya, rupanya sehelai daun besar yang terbang ditiup angin telah melekat di cermin helmetnya. Apabila daun tersebut dibuang, berderau darah Samsuri apabila melihat seorang tua berbaju seakan seorang papa kedana duduk mencangkung di tepinya. Alangkah terkejutnya beliau, namun perasaan gemuruh tadi kembali tenang apabila melihat di situ dekat dengan sebuah masjid yang bernama Masjid Banggol Belimbing.

“Pakcik nak tumpang ke? Kenapa duduk sini? Baru pukul 4 pagi, lambat lagi subuh.” soal Samsuri kepada orang itu.

Orang itu diam tanpa jawapan. Kepalanya tunduk ke bawah.

“Pakcik nak tumpang ke?” soalan ini terus berulang beberapa kali. Puas ditanya, Samsuri kembali bergerak menuju perlahan-lahan ke hadapan sambil matanya menoleh ke belakang.

Tidak lama selepas itu, kelihatan pada cermin pakcik tua itu seakan menggerakkan badannya, mendongakkan kepala. Samsuri lantas berhenti lalu menoleh ke belakang. Perlahan-lahan lelaki itu mengangkat kepalanya. Samsuri hanya menoleh, kemudian meneruskan perjalanannya. Maju ke hadapan terus menuju ke rumah yang jauhnya masih 30 kilometer.

Sampai di rumah, Samsuri terus tidur. Badannya menggigil kesejukan dan lebih buruk lagi tubuhnya demam kerana terlihat seorang tua tanpa wajah yang muncul di pertengahan jalan tadi.

Monday, July 27, 2009

aku bukan mat scoot

Bangun awal pagi, terus bersarapan pisang goreng. Benakku berkata aku harus dulu menjamah juadah ini sebelum ia sejuk, mengeras dan liat. Pisang disalut dengan bancuhan tepung gandum dan tepung beras, bukan campuran khas tepung jenama Adabi tetapi sesekali dulu pernah ibuku menggunakan tepung jenama Suri.

Terus mencapai teko, cawan kopi tersedia atas meja menarik nafsu ketagihan kafein. Hatiku terusik dengan tangkai teko yang licin berminyak. Mataku menjeling tajam tepat ke muka adikku yang khusyuk makan, siap bersila “ghenik”.

Tuala di bahuku. Berjalan menuju ke belakang, terus ke tandas. Damm!! Pintu ditutup laju. Hasrat untuk manjatuhkan air ke atas rambut belum kesampaian. Sejuk. Dingin pagi masih menggamit rindu si bantal empuk. Dengan kiraan satu..dua dan tiga! Pili mandian hujan terus menerpa wajahku, hidung yang tadi gatal kini mengerluarkan angin tajam, bersinn berkali-kali.

Harumah sabun jenama Popinjay berbau naik menghiasi ruang udara bilik air, sabun di sapu rata ke seluruh badan. Siap bersugi, pipi terasa kebas terus badan dikesat dengan tuala lantas berlari keluar untuk berpakaian. Siap! Baju merah seluar denim biru.

Kunci skuter dicapai, pacuan dua roda ini kepunyaan Paksu. Niat untuk ke pekan untuk membeli surat khabar telah makin segar di minda tatkala diri segar selepas mandi, mengundang suasana rajin membaca. Skuter Mosquito ini cukup kuat bunyinya, seraya enjin dihidupkan seekor kucing yang lena di balik tangga lari bertempiaran.

Memandu laju, melihat meter petrol kian susut. Lantas deria pertimbanganku memujuk diri menyinggah laluan ke stesen minyak petronas. Angin sejuk pagi menerpa ke muka, cukup dingin, sedingin angin hujan hujan khatulistiwa di tanah tinggi.

Uhuk! Uhuk! Batuk kerana dadaku sebu dengan udara nipis. Penyesalan menghiasi minda kosong ini kerana alpa menggunakan baju tebal. Seketika menunggang, kini tayar skuter mencecah lantai stesen minyak petronas.

Penuh bangga dengan skuter baru berkilat ini. Baru semalam ia dicuci dengan cecair buih syampu kereta Paksu. Tepat berhenti di sudut pam petrol, enjin dimatikan. Kunci dicabut, lantas perasaan yakin mendorong tangan membuka ruang tempat duduk. Seorang gadis pekerja petronas di situ memerhatikan kilauan skuter baru lagi bersih itu, nescaya ia terpesona dengan keindahannya.

Aneh! Hanya kutemui ruang meletak helmet yang kosong, Cuma diisi sehelai baju hujan. Aku terpinga-pinga. Idea tiba, aku berpura-pura niat mencari kain pengelap, tapi nyata meleset kerana ia tiada disitu. Ah!! Aku gagal sekali lagi.

Dengan penuh rasa rendah diri, aku kembali menutup pelana skuter. Tap!! Rupanya penutup tangki petrol berada di belakang. Tidak terlihat dek mataku, dan sungguhpun skuter itu dikilangkan begitu. Petrol dituangkan dan wang dibayar, lantas tangki ditutup dan terus berlalu tanpa memerhatikan gadis yang memulangkan wang baki. Aku malu dengan tindakanku. Kini hening dingin pagi mengubah rona ceria kepada malu. Kuingati lokasi kunci tangki petrol di situ, sampai bila-bila, sampai mati!

anak panah menunjukkan lokasi tangki petrol scooter mosquito yang tidak memerlukan anda membuka pelana tempat duduk. **gambar dipinjam dari internet, lalu dibuat pengubahsuaian dengan anak panah merah, skuter dalam cerita adalah bewarna merah.

Saturday, May 9, 2009

pening-pening lalat

lewat 70an di tengah hari, che hashim berdiri tercegat menunggu bas menuju ke suatu destinasi yang penting dalam hidupnya. terik mentari membayangkan betapa enaknya jika meneguk segelas air sejuk dalam gelas kurus nan cantik, kejernihan air bak embun pagi dengan kesegaran titis-titis air di luar gelas yang terbentuk hasil kondensasi. namun di hatinya, che hashim gusar jika terlepas perjalanannya kali ini kerana bas melalui lokasi tersebut satu jam sekali.

makin ramai yang berdiri di sampingnya. hingar tangis datang dari seorang kanak-kanak kecil berbangsa india dipangku ibunya yang memakai sari, lengkap dengan secolek merah di dahi, juga corak inai kemerahan menghiasi setiap julur jari sehingga ke pergelangan tangan. nenek tua yang menjinjing bungkusan pakaian, kelihatan penat, duduk mencangkung sambil mengipas dadanya dengan helaian tambang wang ringgit.

che hashim bagaikan hilang sabar, disepak seketul batu kecil. batu yang tidak berdosa itu melantun jauh ke tengah jalan. deruman injin kedengaran, namun hanya sebuah lori dengan muatan kayu kayan. nafas dalam dibebaskan. tiba pula satu keluarga yang kemas berpakaian. bau bedak harum semerbak, seharum bedak kegemaran ramai di era itu berjenama holiday on ice yang indah dalam botol tin biru.

hati kecil che hashim merona fikir, mungkin keluarga bahagia ini menghadiri kenduri kahwin kerana si isteri sibuk membuat ikatan riben di kasut anak kecilnya yang mula pantas bertatih. che hashim keseorang, mula mengingati isteri di rumah yang mungkin sibuk menyalai ikan loma. tatkala awan mendung berarak, hatinya gusar memikirkan hirisan buah gelugur di atas atap rumbia dapur kayunya yang dijemur sebelum ke sini, itulah bekalan asam keping untuk musim terakhir tahun ini.

sepatu hitam che hashim cukup berkilat, bersinar mencahayai silauan kekemasan. debu asing hinggap sebentar, disapu che hashim saban kali. deruman enjin kembali kedengaran, cukup kuat menggegar turapan jalan. beg dijinjing segera, lantas kakinya terjingkit, melonjak kepala dan memasang mata tepat ke arah selekoh tajam. tekaannya benar, bas yang ditungggu hadir.

dengan perlahan, bas merapati mereka yang sekian lama menunggu. bas buatan tata-india, syarikat red and yellow omnibus kini berhenti di hadapan mereka yang telah membentuk barisan. satu persatu melangkah naik, sementara konduktor sibuk menjerit, "yang belakang rapat lagi!! yang belakang rapat lagi!!"

keadaan bas cukup sesak. namun che hashim bertuah kerana seorang anak muda yang berhati mulia telah menjemputnya duduk di kerusi, seraya ucapan terima kasih diucapkan. bas mula bergerak, dari perlahan bergerak laju, selaju kereta kuda. ibu india yang mendukung anaknya berdiri tidak jauh darinya, rasa bersalah jika dia terus mementingkan diri.

seorang lagi anak muda di sisi che hashim dengan belas ihsannya berdiri, memberi tempat duduknya kepada ibu india itu. che hashim berasa lega kerana ada yang lebih perihatin menghulurkan bantuan awal. ibu india itu duduk, kini anaknya diam di dalam dodoi ibu. che hashim mengesot ke tepi tingkap, memberi ruang lebih supaya ibu itu bisa menletakkan anaknya di atas kerusi, musykil si ibu india penat memangku anak yang mungkin berumur setahun itu.

pandangan che hashim kini adalah kehijauan hutan belantara. sesekali melepasi kampung melayu, kolam ikan, lereng bukit dan sungai. panas, kian bahang. matahari memancarkan sinarnya masuk menerusi tingkap. namun che hashim tabah, lebih tabah apabila dia melihat lebih ramai yang terpaksa berdiri. sesekali pening, di ambil botol kecil minyak angin cap kaki tiga yang disimpan dalam peket kemejanya. diurut perlahan bagi melegakan pening-pening lalat yang ditanggung.

sesekali lenguh, che hashim tidak lagi berminat memandang keluar. ingin sekali rebah bermimpi sejenak, namun bahang panas mematikan nikmat itu. dilihat jam yang melekat ditangannya, sejauh sejam perjalanan masih perlu dirempuh. pemandangan luar kian kabur, hijau pepohon bertukar menjadi jalinan bintik hijau yang kian luas mewarnai pandangan. kabur dan terus kabur. sesekali tersentak kepalanya di pengalang tingkap bas, bagai terjaga dari ulik separa lenanya. sesekali bas melalui bayang pokok hutan, udara nyaman menghembus di dada.

sabar menanti tiba ke destinasi, bahu che hashim kebas. di urut mesra perlahan-lahan. cukup lega. dilihat ibu india lentok membuai mimpi, terburai jatuh selindangnya, bonjol sanggul berhias bunga jasmin putih kelihatan. memerhati sejenak ruang dalam bas, bahu che hashim yang hilang kebasnya kini merasa suam, kian panas bagai peluh meleleh jatuh. meraba tangannya menyentuh kepala anak kecik india yang bertongkat sisi kepala di bahunya. sekali lagi haba dirasa.

"alamakkk!!! budak ni muntah,"hati kecil che hashim merintih. pantas diambil kain sapu tangannya, di lap jari jemari yang dicemari muntah anak kecil itu. dikuis butiran nasik dari kumbah muntah di bahunya. dibuang kain sapu tanga itu ke luar tingkap. lantas che hashim bangun dan bergerak meninggalkan tempat duduknya, dia ke hadapan mendekati tangga. dari jauh diperhatikan ibu india itu masih lena kepenatan.

pemandu bas di tepi che hashim bersuara, "tunggu lah, nanti sampai sana ada bilik air. basuh lah. tu ada lagi isi ikan bilis di lengan baju, makan pagi nasik lemak kot budak tu. haha... bau kuat sungguh!" kini hati che hashim bertambah panas, mahu hatinya memaksa pemandu itu mempercepatkan perjalanan. che hashim tidak menyangka kejadian ini menimpa dirinya. kini bau nasi lemak basi meruap ke seluruh bas, sehingga ada yang menutup hidung. oh sungguh malang!

Tuesday, April 28, 2009

sarung nangka di bawa lari

**kalau tak paham words dia, sila tengok di bawah ada translation**

"eee...geram nye kat paula! sian kat paulina...yang incik braco ni pulak bodo pi percaya cakap ghemma, mesti ghemma nak rampas rumah agam dia, sama bodo dengan estefania. nasib baik memito ada nenek peedad..."semangat aku membuak-buak bila abeh tengok cite paula paulina, drama sepanyol yang aku tak putus-putus ngadap tv lepas aku khatam nengok cite la'usur padora dulu. muka pelakon sama je heroin dia. cukup mengasyikan. katop tv turun pangkin umah tok! ada tok ngah...aku lebih suka panggil dia pak ngah sebab dah terbiasa.

"weiii...pak ngah! taut burung ka???? sian burung tuh kot anak dia duk cari mak dia,"aku sergah pak ngah. melatah jap pak ngah, "mu tahu di mana?**mencarut dulu, so kena sensored ler**... mbohhh duk hidup serupa tu la burung, pandai-pandai la cari makan sediri. apo yang mu ni bodo sangat, burung ni jantan mana nak bagi susu ke anak dia. har har har!!!"balas pak ngah. cess...mana sempat aku nak belek jantina burung terbaru koleksi tekukur dia ni.

"moooooooww!!!!!" bunyi lembu sendawa kerabu pucuk paku. haha...sejak bila lembu makan kerabu? tapi tengok je lembu ni buat aku nak suh pak ngah ungkit cerita lama. pak ngah bab-bab cerita nostalgia ni memang dia arif lagi melucukan.

"pak ngah!! lembu tu ka dulu pakai spek mata suraya?" aku tanya pak ngah sambil terus duduk kat tangga. hish terbakar punggung aku, anak tangga ni panas. "mu ni bodo kali ke-2. tu lemung laki mek jebuh. hat terlekat di penyidai tu lemung orang lain," jawab pak ngah.

"masa tu pak ngah duk sini ka? macam mana lembu tu buleh lekat?"aku saja wat-wat tanya nak suh pak ngah flashback cerita dulu.

"lemung tu lalu kot belakang umah pah mahamad, tubik kot tepi tuh, lalu kot tepi belesah, kona pulak kot depan lepas tu lalu di penyidai umah sa'ari . gilaaaa.... macam mana lemung tu tersangkut elok-elok sarung nangka di tanduknya, molek-molek jadik spek mata,"pak ngah mula celoteh, sambil ikat tali di kaki burung.

sambung lagik,"pas tu ka, lemung tu serupa orang buta, melilar jalan kot tengah tembak . nampak suraya keluar dari rumah dia pakai tudung tuala good morning, lari tercidik-cidik pegang tarik baju dia ke bawah ". aku mencelah,"pasal pa???" pak ngah jawab, "haaa lah! tak pakai sarung nangka dia! sat gi terbonyot-bonyot malu nampak dek orang".

"pastu suraya panggil pak ngah...pak ngah woooiii tulung sat! ambik benda lekat di tanduk lemung tuh!! lekas la!! sayangggg weyy..baru beli," pak ngah cerita sambil tunjuk dengan mulut ke arah lokasi kejadian. "pak ngah tanya ke suraya. sapa punya? dia kata hat kak kami. bahau!!! mesti hat dia punya. wok po dia nak bergegas ambik kalu kak dia punya. aku tengok saiz pun besar, tahu hat dia punya!"serius muka pak ngah.

"pak ngah pun gi la ambik, pas tu tambat lemung di pokok cenerai. beri ke suraya, dia terus lari kelik rumah. masa tu cu sinah ada sini, tang mu duduk tu dia duduk. cu sinah tanya pak ngah...baru beli sungguh ka? mana pak ngah tahu. tapi rasanya lama dah, pasal pak ngah nampak tahik lalat keliling getah pelipat cangkuk hat di belakang tuh! gelak dia sinah. har har har...kuat sungguh sinah gelak serupa mat tajilah jugak,"pak ngah pun gelak sampai nampak gigik tunggul. haha..

yeahhh...ikatan kat kaki burung dah siap. sangkut sangkar dia kat ujung perabung umah tok. tapi burung ni nampak kejutan budaya tak biasa lagi. esok lusa ok la kot. aku ngan pak ngah masuk umah makan biskut pat segi cicah kopi, petang-petang best layan kopi sambil sambung dengar cerita pak ngah. haha!!!


translation:
1. taut ; sejenis cara memerangkap binatang, jerat
2. lemung ; lembu sebagai sebutan oleh melayu pattani
3. belesah ; madrasah
4. kona ; membelok (corner)
5. tembak ; jalan raya
6. tercidik-cidik ; terkedek-kedek, berlari seperti kanak-kanak
7. terbonyot-bonyot ; keadaan bergerak ke atas dan ke bawah secara berterusan
8. bahau ; tipu, bohong, kenyataan palsu

lembu tido di tepi jalan.

Wednesday, April 22, 2009

facial cleanser

lepas mandi, lap badan, lilit tuala. tappp! bukak pintu kayu bilik mandi terus je menuju ke bilik pakai baju. musim raya ni ramai je yang datang umah aku, terutamanya dapur tempat melepak segala makcik-makcik. malu ah nak lintas ke bilik melalui dapur gak. ampess! terpaksa.

masuk bilik, adik aku sergah. hahhh!! "dah mandi dah. sapa dalam bilik air?"adik aku tanya. aku cakap," tak de sapa. pi lekas, satgi ada je sesapa nak pakai bilik air. kena paksu usung tok jariah nak bagi mandi, abis la jawabnya sejam bilik mandi tak busy."

"ada pencuci muka?"adik aku tanya lagi. "ada! nak pakai ambik ah. aku punya yang kaler hijau tuh, ada katttt...aku lupa tang mana. cari la senirik dalam bilik mandi,"aku balas. terus dia lari tercidik-cidik ke bilik mandi. selak langsir pastu terus blah.

siap-siap pakai baju, agak dah lawa dah, keluar la dari bilik. kebetulan masa tu ada baby sarah. eleh sarah baby lagi la masa ni. skang dia dah hilang bau bayi, hang tinggal hanya bau hamis kanak-kanak yang berpeluh masam. haha..dukung sarah kat akuarium.

lama lepas tuh, bawak masuk dalam. pergi kat akak aku. "nah ambik saerah kau,"aku letak sarah kat mama dia. saja panggil saerah sebab nak bagi tak best kunun-kunun siti saerah adik siti nurhalisun. haha. masa tu berat sarah bleh tahan tahap obesitinya. biasa bayi. besar nanti pandai-pandai diet senirik.

pastu adik aku datang, baru lepas mandi. muka berjerawat nampak la merah-merah. baru lepas picit kot. dasar keturunan resdung! padahal mak ngan ayah aku sebijik jerawat kecil pun tak de. jeles sungguh.

"weyy, geno aku pakai pencuci muka tu muka aku jadi macam terik-terik?"tanya adik aku sambil pegang-pegang pipi dia. sumpah aku ingat dia nak fitnah kulit dia best, nak je aku kutuk. bajet kulit terik bermakna kulit yang anjal takdok kedut langsung. apa yang terik aku tak nampak pun. sinar glow lagi la tipu kalau ada.

"tadi aku pakai pencuci muka mu. ok je, la ni pelik. tapi ok je tak da apa-apa,"adik aku bagitau diri sendiri untuk sedapkan hati. tapi muka macam tak puas hati macam nak salahkan cleanser body shop aku. punya la aku beli yang siap ada jojoba bead, suka duka jiwa dia nak fitnah cleanser aku buat dajal.

aku pun gi usha-usha bilik mandi. dalam hati nak cek kot dia pakai paghak, abeh cepat la pencuci muka aku. musim raya ni semua balik, memang banyak pengepow. kena pulak semua jenis kulit berminyak. tapi aku agak runsing tengok terlalu banyak botol-botol cleanser, scrub, berus gigi jangan crite dari yang baru sampai yang kembang mencapah. stok lama tak buang-buang.

atas kolah mandi sepanjang-pangjang bersusun je cleanser. ada biore, ada body shop aku haha...dulu la skang tak pakai dah, ada himalaya akak aku, seba med, johnson&johnson, avon maksu, clearasil ngan oxy sapa ntah. atas rak pulak penuh shampoo, siap ada yang meleleh sapa la tak letak elok-elok, tak pun budak main tiup buih belon. shower hujan ni pun meleleh jugak!

"pluppp" aku tertolak benda kecik masuk dalam kolah. rupanya bekas contact lense akak aku. haha...aku amik balik letak kat atas. nampak tepi toilet ada pampers bayi dibungkus rapi takmau bagi bau, elok duk gantung dalam beg sanitary plastik!

aku perasan sesuatu. aku pangil adik aku, "yingggg!!!!". pastu adik aku datang. aku soal siasat lagi,"aku lupa nak tanya, pencuci muka aku yang ni, macam tak luak, mu tak pakai pun. pakai yang mana?" bergema suara aku dalam bilik air. adik aku tunjuk kat satu cleanser botol hijau dengan mulut. "tuuuu..." muncung je.

"lerr..aku punya yang ni! hijau! body shop. tapi yang tu pun hijau jugak. sapa punya?" membebel jap, terus aku capai pegang botol tu. setelah dibelek-belek, aku tau ni maksu punya. "weyy..ni bukan facial cleanser lah!!! cuba baca betul-betul!!! dia tulis kat sini, syurah - pembersih peribadi wanita dengan ekstrak daun sirih???" aku tak dan abeh cakap dah nak gelak. adik aku pun terus lari masuk bilik nak tampung malu. aku pergi cerita kat ina ngan anna, semua gelak. haha..


close up skit...aku memang skang taksub pakai himalaya sebab murah dan sangat keherbaan. tapi shower gel aku pakai marks&spencers, scrub dia pun aku salah beli sebenarnya, nak beli body scrub tapi terambik facial scrub. kat new delhi marks&spencer murah je. kat UK mesti lagi murah macam sabun lux?

sila klik himalaya untuk sedikit info.

Sunday, April 5, 2009

medan kidd

19feb aku balik kampung tapi nak singgah ke ipoh dulu sebab ada exam SPA. sampai KLIA pagi 20feb jam 8pagi, terus ambik teksi ke hentian duta. tak sanggup naik ERL sebab beg berat dipenuhi kain sari, berat gila. amibik tiket ke ipoh, terus bas memecut laju. memang siksa perjuangan saudagar sari. haha!

letak je punggung dalam bas, dapat tengok seat hampir penuh. ok, aku duk sebelah pakcik tua yg berwajah semangat seperti penyanyi RTM si azizul khamis (tak minat langsung sbb patriotik semacam). aku bajet nak tido, sampai ipoh nanti anna ambik dan dia kata dah book hotel. jeles pakcik tua duk seblah tingkap, aku nak tido pun malu sebab seat tepi laluan n seberang aku ada awek yg boleh tahan. muka orait, cun tapi tak jelita, pendek kata macam muka watak dalam movie cite serial killer yg kena bunuh 1st skali. haha..

baru je nak lelap, pergh! pakcik tepi aku bersuara. mula tanya nama...nak pi mana...sampai la kepada soklan dulu-dulu skolah mana. habis tu ingat dia stop, skali dia cite pasal anak dia yang keje di putrajaya. bangga la tu. pastu sambung cite anak sedara dia yang keje di pasir gudang...meleret sampai cite kisah macam mana dia knal bini dia. hishhh..phsyco! kalau dia muda sikit nak je aku buat muka dihipnotis tapi hormat la, tapi overall aku tengok keluar cermin tingkap...nampak sign board 'IPOH 180km! wah azabnya!

punya lah inkuiri pakcik ni, sampai berbuih air liur putih di hujung bibir. loya esofagus aku. dia pot pet pot pet , "kite kalo caghi bini, bior sedap mata memandang. sughuh bini melawa, baghu tak malu kalo pegi kenughi kawen oghang!" pekat berbahasa peghok. tringat aku kat niner masa bas melintasi susur keluar slim river.

terus meleret, sampai kepada kisah skandal cinta sahabat lelakinya yang bercerai angkara bini malas berhias diri. pakcik ini sempat bagi hint suh carik bini bekerja, kurang-kurang kalau bini nak beli alat mekap dia buleh guna duit seniri. bagus pakcik! wa caya sama lu! padan la dia naik bas pun pakai kasut hitam persis budak seratas, tapi pakcik tak pakai stokin nampak tak kemas.

bas keluar dari hiway, susur keluar di simpang pulai. tapi pakcik ni dah macam pak uda crite pi mai tang tu, cakap yakin je, tak berenti plak tuh, cakap siap perasan crite die macam best sangat. aku tabah menghadapi dugaan ni. mata aku terlalu berat, jiwa letih dan mengidam kedamaian. sampai di medan kidd, pakcik ni still di ayat-ayat akhir menceritakan perihal keenakan masakan bininya. aku sekali sekala mengerling ke kiri melihat awek tadi senyum-senyum! cis!!

setibanya di medan gopeng (aku lupa, bajet sampai medan kidd. haha.), aku menunggu kakakku si anna. rupanya on da way. katanya tadi singgah jusco beli scarlet dia. maklum ler hari ahad meman wajar berpeleseran di soping komplek. fine! tak jeles langsung sebab aku hanya memerlukan katil untuk beradu mimpi soklan exam bocor. haha..

sambil menunggu, aku nampak awek tadi duduk kat satu kerusi kaler oren, depan gerai jagung manis. aku sengaja gi dekat-dekat, buat-buat tanya pasal teksi. nasib baik dia layan. haha. lama jugak la dalam 10 minit berchatting, siap aku tanya datang ipoh buat apa? katanya baru dapat kerja di ipoh, datang dari seremban tapi kampung neneknya di tanjung tualang. haha. dia tanya aku, "penat ke layan orang tua kat sebelah tadi". pergh!!! aku bertindak sungguh jujur. aku crite ketapa azabnya aku melayan orang yang nonstop bercerita sebagaimana bas pun nonstop jugak. kutuk-kutuk skit pakcik tu secukup rasa. puas!! haha. siap describe loghat peghak pakcik tuh.

tiba-tiba awek tu dapat call. pastu dia mintak diri. aku pun hangguk je lah. usha dia jalan sambil seret beg beroda kaler hijau yang tertera tulisan "pakej haji dan umrah...*something* travel and tour".

dalam dia berjalan, sampai satu kereta iswara hitam. pintu bukak, pastu pompuan tu jerit ke arah orang ramai-ramai hisap rokok, "ayah...cepatlah!" skali ayah dia pakcik tua yang aku kutuk secukup rasa tu. aku paling muka kelain...malu dan terkejut, namun aku tak kesali. haha!!

pastu anna sampai, terus pi seri malaysia dan tidur!! sambung azab pagi esok pulak tenyeh pen buat karangan tak beremosi sebab otak masih fobia.

sempat candid bajet nak mula simpan sume pengalaman hidup pasni, tapi benci tengok muka macam keling akibat kesan la nina di india yang opst terlebih sudah! stacy sukka tangkappp gamba.

akhir kata, selamat berblog buat teman kita, natasha aqilah!!! haha!

Tuesday, March 31, 2009

persiapan kenduri kendara (part 1)

aku rasa, orang kampung aku paling cerewet bab kenuri menikah. mula dari perancangan lagi dah ada mulut juih yang nak komen. seriyes. adat kenuri menikah mula dari sorg manusia yang tiba-tiba tubik crite nak ada boipren atau gepren. pastu start la bawak mulut. coh ceh coh ceh...katakan la dah merisik ke pastu bertunang. lepas je bertunang, soheh kaun mak hawa ni saja buat-buat konpius dok tanya haribulan.

selaku tuan rumah yang nak handle kenuri, paling selamat dia kata "tengok dulu katanya nak tunggu cuti skolah". tapi nak tak nak last-last kena decide gak bila. pastu tok ketua yang sedia kala ada gout tu tepaksa naik turun tangga gi tanya mulut ke mulut(bukan CPR). pastu dia listkan. wakil setiap umah yang nak kenuri kenara ni akan duduk semeja, bincang! takut berselisih tarikh. sat lagi 2 kenuri sama sehari, haru dibuatnya. mengikut adat, mesti nak wat cara rewang. tak mau katering-katering bufet-bufet(bupe) nih. katanya tak hormat tetamu. tetamu akan mari agak tengah hari dengan perut lapar tak berserak pagi, mari ke rumah lepas salam berkaut, terus nak letak punggung cetek(huruf e pertama ada tanda koma atas) di kenuri dan ada bentara hidang pakai dulang. wah! aku rasa sikit-sikit kehotelan. haha..proses memadah juga mesti disampai secara lisan, kad dianggap sekadar lambang budget kenduri, so buatlah kad cantik-cantik, berbau wangi dan sentiasa lebih advance dengan design yang latest.

so tak heran lah. agak lagi sebulan nak kenuri, tuan rumah kena buat meeting. aku ingat lagi, untuk kenuri paksu dan abang aku, aku siap kena buat poster, tampal di dinding dewan. aku tulis sume perkara yang penting atas poster tu termasuk perkara meeting(anak sapa nak menikah), tarikh meeting, venue, masa dan paling penting adalah makanan yang akan dihidangkan masa meeting. mak aku mula asal nak buat laksa, tapi rumah sebelum tu ada dah buat dah. sat gi kata tiru pulak. nak buat bubur kacang yang ekonomik, sat gi ramai tak mari sebab tak best. so buat bihun sup. meeting ni bertujuan nak ambik kehadiran dan menetapkan tugasan setiap rangka kerja termasuk ketua setiap kumpulan, hasilnya sebuah carta organisasi. sebenarnya diorang siap mengutarakan request bentara dan semua tukang basuh dan tukang segala tukang sekurang-kurangnya nak upah. biasa bagi kain tuala, ada yang kaya sikit bagi duit. mampos! ok, habis meeting.

kayu api jangan dilupa.

next, agak lagi 3 minggu, mula gi cari atau beli nyiur. aku ingat aku pergi ngan lori pick up gi amik nyiur hampir 100 bijik, pastu dalam masa 5 hari aku habiskan kupas kulit nyiur tu. seriyes ada kesan gelembung air kat jemari mungil aku ni (haha). tujuan nyiur ni nak buat kerisik. sebab gulai wajib dimasak dihari kawen tu adalah gulai daging masak hitam, memang special tak dapat kat tempat lain(tapi ada dah tempat lain tiru resipi). lagi seminggu lebih nak kenuri, ada suatu petang tu pompuan-pompuan datang ramai-ramai ke rumah untuk mengacau kerisik.orang lain sampai nak sumbat bahulu ke mulut pun tak jadi, gelak jadi tak bunyi tapi bahu henjut-henjut. aku ingat lagi aku jugak yang antara yang memarut nyiur tu(pakai mesin lah). so, tuan rumah memang wajib menyediakan makanan kepada peserta kerisik ni, sekurang-kurangnya kuih muih dan teh-o.

pastu lagi seminggu nak menikah, khemah pun mula dipasang. giliran lelaki gagah menunjuk bakat duduk saja, sebab yang betul-betul buat kerja berapa kerat je, muka yang sama gi mana-mana kenuri tu lah muka fevret yang betul-betul pasang khemah. yang lain tu cuma sekadar lap-lap peluh, display sarung parang di pinggang dan kain tuala good morning di leher. pas tu tunggu makanan disajikan. makan tak cukup? order lagi.

tangan dengan mulut sama naik, lebih cerita pada buat kerja. haha..tapi best! lupa penat kerana ketawa.

pasukan ini menyediakan makanan untuk doa selamat.

sehari sebelum kenuri, yes kena la sembelih lembu. nak meraikan mereka yang menyembelih ni memang tak sah tanpa makanan. sebelum dan selepas penyembelihan. siap sembelih, terus dipotong, dibasuh dan ready untuk dimasak malam nanti, gulai masak hitam dan bahagian tulang sedikit dibuat kari bersama batang pisang. petang yang sama, akan nampak di jalanan makcik-makcik berjalan macam itik, di tangan ada pisau yang berbalut kertas surat khabar. tujuannya nak ke bangsal untuk menghiris bawang dan sebagainya.

malam kenduri ingat rilex ke? oh tidak, umah aku buat doa selamat supaya majlis berjalan lancar. lancar je ke? kot la ada yang pengsan, hujan ke, ribut ke...haha tapi yang penting mintak dijauhkan je, janganlah sampai kurafat. (dengarnya seminggu sebelum kenduri orang dulu-dulu akan membuat satu tiang dan membalutnya dengan kain kecik kaler kuning lalu dipahatkan di bucu perabung rumah, konon nak jauhkan mala petaka pada hari keraian. ish syirik! haha...orang dulu-dulu tak de nak TV nak ramalan cuaca). makan nasik putih berlauk je la malam tu,dan sup tulang dari lembu yang disembelih juga disediakan. boleh hirup, boleh tapau.

kambing ini diberi nama dafi oleh sepupu saya bernama amira. ia disembelih sebagai aqiqah untuk anak paksu, syazanani dan majlisnya diadakan pada malam yang sama.

semasa kenduri paksu, malam itu diadakan majlis khatam dan marhaban.

lepas doa selamat (jeng3!), peserta yang pakar membuat acar sayur akan stand by. para lelaki akan menggoreng ayam sambil meratah(siap dapat rokok dunhill free lagi, yang underage pun terlibat, teh tarik lah...ada-ada je nak request). proses membuat acar sungguh rumit, menggunakan cuka. kuah nya dibuat dahulu dan sayur-sayurnya dicelur lebih kurang jam 3 pagi. namun kuah dan sayur akan dicampur dalam pukul 10 pagi esok. memang sepanjang malam ada yang berjaga, especially kawal ayam goreng tak habis dilahap budak-budak nakal. menurut petua, jikalau ingin tahu rasa kuah atau pes acar tersebut sedap, rasa kuah itu dan jika anda rasa nak terbatuk, maka sedap lah tu.

ini tempat bagi membasuh pinggan mangkuk milik surau kampung.

semasa kenduri kawen abang, lemang dibuat untuk hidangan pada petang sehari sebelum majlis kenduri.

paginya, proses gotong-royong membuat kerabu pucuk paku bersama taugeh, perut dan etc dimula seawal 8.00 pagi. sebagai tanda menghargai tenaga para veteran(diorang ni je yang reti tahap masin yang best), kena la masak untuk sarapan percuma. proses memasak gulai daging masak hitam pun masa ni sekadar diperangatkan kerana siap dimasak malam tadi. namun, kuah ayam masak merah dimasak seiring kerabu pucuk paku. dan tika itu jua, campuran acar sayur dibuat. sungguh kelam kelibut. wajib dipastikan semua masakan disiapkan sebelum tengah hari. siap, para hadirin sempat pulang ke rumah untuk mandi dan pakai lawa-lawa melaram sehabis glemer kerana tugas sekarang dipikul pihak bentara untuk rewang.

mari memasak bersama chef ismail, "wong lo ka! panas badan pun tiada"

makan tengah hari mula disaji jam 12 dan akan beransur tamat apabila pengantin tiba. pelbagai acara dibuat semasa tempoh bersantap seperti marhaban, kompang tika pengantin tiba, DJ memutarkan lagu (seriyes kerje dia merapu selama 3 jam), silat pulut meraikan pengantin bersantap, kareoke dan sebagainya mengikut kreativiti dan budget (rumah aku buat marhaban dan kompang je). fuh, belum cerita apa yang berlaku dalam rumah dengan hantaran, bunga telur, pelamin, bilik pengantin, masakan pengantin bergubahan(ada lauk extra nak bagi special kat pengantin), goodie bags, acara minum petang untuk keluarga pengantin dan sebagainya.

meja makan pengantin belum siap.

tamat kenduri menandakan beban untuk mengembalikan suasana kembali kepada asal, yes sila berkemas. memang penat! tapi itulah adat kampungku. haaa...ni baru part 1, next ada cerita lagi)

Friday, March 27, 2009

jodoh mat tajilah

perselisihan faham antara suami isteri adalah suatu perkara berbangkit yang harus dielakkan. namun, tidak dapat dinafikan ia tetap berlaku. perkelahian ini kadang kala tidak dapat ditangkis. punca utama kes ini berlaku adalah sifar egois dan tiada persefahaman. tapi benar, meskipun perit melalui duka tertegang urat namun ia secara tidak langsung melatih kesabaran dan muhasabah diri.

penduduk darat kampung padang sering memperkatakan kisah pasangan mat tajilah dan isterinya yang berasal dari banjarmasin. mereka sering bertelagah dan menggemparkan penduduk kampung sehinggakan anak mereka, noriah dan adik mek dikatakan mencari kedamaian di luar, iaitu mencari kasih cinta bersama abang-abang askar di kem batalion 304 di kampung air suda.

setiap kali menjelang senja, suara pikuk anak-anak kian ditelan desiran sayap pungguk yang terbang ke sarang. sunyi dan sepi. dua tiga kanak-kanak dilihat beriring sejalan menuju ke rumah mak teh sakpah untuk mengaji muqaddam. namun, lorong mat taib hanya sepi seketika. tatkala masuk waktu, maka berlaunglah suara mat zain, "radio 3 ipoh start dahhh!!!". ini menandakan mat tajilah dan isterinya mula bertekak.

suara mereka bertelagah memang jelas didengar. mana tidak diiyakan, pintu rumah kecil sumbangan PPRT itu terbuka luas, hanya akan ditutup tika mat tajilah berasa mengantuk mahu beradu. cahaya pelita minyak tanah menerangi sudut tengah rumah itu, percikan cahaya keluar menerusi bukaan pintu, menampakkan dua insan yang saling bercekak pinggang, kadang kala bersila persis bersantap malam.

selapas penat beradu suara menegakkan terminologi diri terhadap isu yang dibangkitkan, masing-masing kekal memendam baran di dada. acuh tak acuh, senario ini tidak hanya diikuti mereka berdua namun jiran tetangga sudi memasang telinga sebagai wacana diskusi harian di pagi esok.

sikap kurang cerdik mat tajilah sering menjadi tohmahan masyarakat. memang benar dia tidak pernah ke sekolah, namun sifat suka mencuri beliau tidak dapat disangkal lagi setelah dilihat mencuri dua tandan pisang awak di kebun jirannya sendiri untuk dijual di pekan hari. walaupun ditegur, alasan yang kurang waras sering diberikan. contohnya, "aku bukan nak mencuri, tapi mana aku tahu itu pisang mu!". memang menjemput diri makan penampar.

jangan sangka ia terhenti di situ. selepas seketika, terdengar suara mat tajilah memekik kuat, bermakna tempoh persendaan mereka belum ada penghujungnya. kisah pertelagahan mereka pasangan laki bini bukan berlangsung sekali satu malam. malah, setelah kurang 30 minit diam tanpa suara, para jiran menyangka mereka sudah berhenti dan berkemungkinan sudah lena dibuat mimpi asmara. namun sangkaan ini meleset. pekikan suara kembali berkumandang. sekali lagi mat zain mengumumkan, "radio 3 ipoh mula pulakkk!" beginilah saban hari.

embun pagi membasahi rumput hijau. ayam berkokok disahut kuapan lembu. sebaik jendela kayu puan sata dibuka, daun pintu rumah mek chu sediakala ternganga luas. lantas para suri rumah terus membuat liputan kurang rasmi sesama mereka merujuk kejadian semalam. ada di antara mereka yang sekadar mendengar, ada yang menokok tambah dan ada pula yang sakan membuat ulang tayang seperti apa yang dikendap. itulah gosip, sebuah permainan harian yang makin dilayan, makin ditagih.

berikut adalah komen-komen mereka yang pernah dirakam sekitar darat iaitu jiran tetangga mat tajilah, terserah kepada anda menilainya:

mek chu :
"masa kelahi nampak macam nak angkat penumbuk, lepas kelahi boleh tidur berdua".

puan sata (isteri mat zin):
"dalam duk kelahi tu, berenti sat. duk tak lama sambung semula. duk tak sat aku dengar mat tajilah suruh bini dia cucuh api rokok. lepas tu sambung lagi".

mat zain :
"dua-dua tak berapa cerdik".

melah :
"jenuh la kalau kelahi kopi duk di tengah. agak dahaga, tuang secawan. sambung kelahi. lepas tu tuang lagi secawan. bangun pagi esok, kencing tubik secupak".


sekian.