Showing posts with label diary. Show all posts
Showing posts with label diary. Show all posts
Friday, November 4, 2022
Kenangan Berteman Carlos
Thursday, January 11, 2018
Girls in Kimono
Kyoto, once the capital of Japan, is a city on the island of Honshu. It's famous for its numerous classical Buddhist temples, as well as gardens, imperial palaces, Shinto shrines and traditional wooden houses. It’s also known for formal traditions such as kaiseki dining, consisting of multiple courses of precise dishes, and geisha, female entertainers often found in the Gion district.
Kyoto,
22 March 2016
Wednesday, January 3, 2018
Saturday, June 11, 2016
Puasa
Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa dan Selamat Bertarawih kepada semua. Jika ada salah dan silap, bersama kita saling memaafkan.
Ramadhan Al-Mubarak.
Monday, April 27, 2015
wefie?
Bila tengok gambar ni aku nak tergelak pun ada. Sampai satu saat rasa pelik pun ada. Cer tanya balik pada kami time ni, korang ni kerja apa? Dengan konfiden kami jawab, we are Tabung Haji!! Haha..
Thursday, January 1, 2015
it's new year
Hai kawan-kawan, Selamat Tahun Baru 2015.
Semoga kalian dikurniakan kehidupan yang indah, kejayaan dalam kerjaya dan sihat selalu.
Wednesday, August 6, 2014
Monday, January 6, 2014
2014..
Selamat Tahun Baru 2014 uolss!! Sepanjang tahun 2013, agak sempit laluan buat aku. Kenapa agaknya? Terlalu banyak perkara berlaku. Apapun aku happy di samping insan yang kusayangi. Chewah!! Bajet sungguh ayat kau. Nape ada motif ke?
Tahun 2013 aku banyak melancong. Kalau nak senaraikan, banyak juga duit habis. Tapi memang puas hati. Pengalaman di Surabaya memang mengujakan. Dua puncak gunung berapi ditawan. Bolehlah tawan setakat mendaki dalam 4 jam sahaja. Kawah Ijen je susah sikit sebab jauh dan mencanak. Broga mudah sahaja, tunggang kuda. Di Bangkok lebih kepada bersiar-siar di bandar, antara kehidupan sibuk di kota dan keriangan malam. Bermalam di atas kapal layar di Halong Bay pula memang suatu kelainan walaupun sukar mendapatkan makanan halal di Vietnam. Medan pun indah juga tau. Bali pula sangat romantik. Singapore pula sangat marvelous!
Selepas menyambut Aidilfitri di bulan Ogos, kehidupan berubah sama sekali. Pengalaman bekerja di tapak bina di Kajang untuk MRT membuka kepada laluan baru. Pada mulanya memang tak suka nak arwah, tapi kerana pengalaman setitik itu aku dipanggil untuk mencuba nasib di MMC-Gamuda, tapi keputusan belum keluar lagi. 10 Oktober aku melayangkan surat berhenti kerja dengan MTDC, dengan rezeki dan usaha dapat banyak juga interview dan hanya satu sahaja yang tak berjaya. Selebihnya terpaksa ditolak. Terima kasih Acreworks kerana sudi menerima lawatan sementara aku. Jika tiada aral melintas, jadilah pula pelatih untuk program The Apprentice. Tak pasti lagi sama ada akan jadikan PNB atau Naza TTDI. Agak-agak mana satu? Apapun, perniagaan Sareewala masih diteruskan.
Bila memandang Kia Rio diluar, sayu hati sebab banyak jasanya. Namun, nak kawal selianya makin meninggi. Sekarang ada Honda City, sekali sekala bawa Rio pusing kawasan. Tapi kali ni dah lama Rio tak gerak, sebab kerja di hari sabtu memang penat. Lepas ni kena tekad semula untuk jual Rio, harap-harap apa cara paling sesuai?
Rumah masih macam dulu. Dapur belum berasap. Gabby dah dapat baby. Happy sungguh tengok Babyshe melompat-lompat, cute!! Bree pun baru beranak, dapat tiga terus. Lepas ni, kalau ada duit lebih bolehlah diteruskan niat nak memasak di rumah ni, kena beli dapur dan siapkan kabinet. Rumahku syurgaku. Haha!! Okay, dah lewat malam. Goodnite.
Wednesday, August 14, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Missed Flight
Last January, I supposed to spend quality time in Myanmar. I bought return flight ticket to Yangon, expected to visit the relic place of Bagan. Unfortunately, for the third time I cancelled by holiday due to a few reasons. I started wishing to visit Myanmar since I saw pictures uploaded in Facebook by a friend, Bagan is truely amazing!
It was about the visa. Tourist visa consumes 5 working days to be completed, in case if there is no problem in between you, immigration and the embassy. I cant imagine right now what kind of issues commonly to fail visa application to Myanmar, but you may have to plan for it in advance. Then, i also made less study about Myanmar. Plus you may know how critical is the recent condition in Myanmar, either peace or having crisis.
Bagan, the main focus on my visit, is actually about 8 hours drive from the city of Yangon. What options you have to take you there. Is there any public transportation like bus and taxi? Maybe you can book a flight, which will take less 3 hours to reach there. I just had my beautiful days in Yogjakarta, then Cameron Highlands, so why not i make some savings as I have another important travel to Hanoi. I cant wait to see Halong Bay, another UNESCO heritage site.
Friday, February 1, 2013
Tuesday, January 1, 2013
Friday, December 28, 2012
Keeper
Sampai saja LCCT, aku yang masih lagi mood jawa Jogja tak habis, tiba-tiba perasan ada segerombolan pemain Harimau Malaya yang turut sama berada di arrival hall. Pada mulanya, aku tak rasa apa-apa, cuma aku terbayangkan status fesbuk malam tu yang rata-rata mengecam referee dari Korea. Habis segala group K-pop kena kutuk, tak kira sayur kimchi dan channel KBSW sama kena tempias. Aku memang sah-sah takk tengok match malam menentang Thailand tu, cuma tahu result sahaja, maklumlah bilik hotel tiada TV. Jadi aku tidak memasang niat apa-apa. tapi disebabkan keeper Farizal Marlias ni sangat sporting, lepas seorang polis ambil gambar dengan dia, lepas tu giliran aku pula. Hahaha!
LCCT,
14 Dec 2012.
Thursday, December 27, 2012
Sate Ayam Jogja
Gerimis petang, aku diusung oleh beca tua menyusuri Jalan Malioboro yang sibuk dengan aktiviti perdagangan. Terpampang luas juraian kain rentang serta papan iklan jualan mura di kiri dan kanan jalan yang majoritinya menjual pakaian, makanan, barang perhiasan, buku serta hasil kerja tangan. Pasaraya Matahari di dalam Malioboro Mall juga tidak melepaskan peluang untuk membuat promosi sempena pesta jualan murah di tengah-tengah kesibukan Bandar Yogjakarta.
Beca dikayuh perlahan, dikayuh oleh seorang lelaki tua yang gelap kulitnya. Sambil mengayuh, dia petah menceritakan tentang anaknya yang bekerja di Malaysia. Makin lama makin perlahan kayuhannya, terlihat betis kakinya yang kurus. Terketar-ketar kulit apabila kakinya menekan pedal. Mungkin sakit, tapi apakan daya demi sesuap dia harus membanting tulang nan empat kerat.
Kemudian, berjalan kaki melintas Jalan Malioboro yang sibuk untuk melihat lebih dekat Muzium Benteng Vredeburg. Malangnya, masa melawat telah berlalu dan hanya mengabil foto bangunannya sahaja. Terlihat tugu gangsa Soekarno yang tegak berdiri menjadi monumen gah di situ. Dari pengamatan, Muzium Benteng Vredeburg adalah muzium yang memaparkan sejarah ketenteraan termasuk kisah peperangan yang berlaku di sekitar Jawa Tengah. Struktur kubu yang cantik ini digunakan sebagai markas oleh tentera Belanda sewaktu memerintah Indonesia.
Berjalan laki terus menghampiri deruan ombak manusia berjalan kaki bergegas ke destinasi yang tidak diketahui. Disepanjang lorong pejalan kaki, deretan wanita duduk mencangkung menjual sate ayam. Berkepul asap memenuhi udara sambil suara mereka merayu simpati agar ada yang singgah membeli. "Sate ayam! Sate ayam! 5 ribu untuk 10 cucuk".
Kiranya 10 cucuk dalam seringgit lima puluh sen, atau secucuk lima belas sen. Sungguh murah sate ayam yang dijual. Sate ayam dipanggang atas bara, dikipas agar tidak hangus terbakar, kemudian dipersembahkan di atas daun pisang sebelum dicurahkan kuah kacang dan sos soya. Melihat keistimewaan ini, hati terpanggil untuk berbelanja 5 ribu rupiah.
Rasanya tidak begitu berbeza, sedikit manis mungkin kerana sos soya yang dititiskan. Kuah kacangnya juga tidak terlalu pekat, tetapi melekat elok pada isi ayam. Sambil menikmati sate ayam ini, mata memandang gelagat anak muda Jogja yang melepak bersahaja. Di atas lantai bertanah, ratusan lidi sate bertaburan di sana sini. Ada kanak-kanak yang mengutip lidi-lidi dan kemudiannya bermain pedang dengan teman sebaya. Ternampak pula anak kecil bergaun biru mengutip lidi-lidi ini, kemudiannya diberikan kepada ibunya yang sedang berniaga menjual sate ayam. Baki masih ada dua cucuk lagi, mampu dihabiskan atau bagaimana?
Jalan Malioboro, Yogjakarta,
11-14 Disember 2012.
Jalan Malioboro, Yogjakarta,
11-14 Disember 2012.
Sunday, December 2, 2012
Monday, November 12, 2012
Apology Status: Pending
Menyelami perasaan seorang B, para pembaca diajak untuk mengundi sama ada kemaafan harus diberikan atau sebaliknya. B amat berasa bingung, dan penulis diajak berbincang tentang permasalahan ini. Pengalaman bercinta B memang sifar, B masih mentah dan memerlukan bantuan penulis untuk memohon pendapat. Mari kita sama-sama bantu insan bernama B ini:
Kes 1
A dan B merupakan pasangan yang sama seperti yang lain, mereka bercinta. Namun A mempunyai seorang bekas kekasih C. Si A telah pergi bercuti bersama C dan ternyata B sangat kecewa lantas kemaafan dipohon oleh A atas alasan percutian telah lama direncana dan tidak boleh dibatalkan. Maaf atau tidak?
Kes 2
A memohon maaf sekali lagi atas alasan merasa bersalah terhadap C selama mereka berkenalan. A memberi tahu bahawa dia merasa perlu untuk membuat C bahagia kerana sejak kebelakangan ini C diundang pelbagai masalah seperti mahu berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan A, merasa tertekan dengan menyalahkan B sebagai perampas serta pernah mengugut untuk bunuh diri. Maaf atau tidak?
Kes 3
Diketahui, A dan C pernah bersama, dan mereka mempunyai hubungan intim (hubungan di atas katil) sebelum ini sebagai pasangan suami isteri yang sah namun telah bercerai. Oleh itu A memohon maaf kepada B kerana hubungannya dengan C hanyalah kawan sahaja. Mereka pergi bercuti walaupun tidur sebilik tapi menurutnya mereka tidak berbuat apa-apa, walaupun bercium. Namun B sangat sukar mempercayainya. Maaf atau tidak?
Kes 4
Percutian yang dirancang ini adalah percutian kali kedua oleh A dan C. Sebelum ini A dan C telah menghancurkan hati B dengan mengunjungi sebuah pulau yang indah di negara gajah putih. Oleh itu, A memohon maaf atas alasan mereka sudah pernah melakukan apa sahaja sewaktu di sana, oleh itu B tidak harus berasa cemburu kerana tiada bezanya berhubungan intim sama ada di Malaysia atau luar negara. Maaf atau tidak?
Kes 5
A memberitahu B bahawa tetap ada percutian untuk mereka dan B harus memaafkan A untuk percutiannya dengan C. Maaf atau tidak?
Kes 6
A memberitahu B bahawa dia mengenali B sebagai insan yang sangat kuat semangat dan boleh menerima dugaan yang lebih berbanding C. Namun B merasa sesuatu yang tidak kena, lantas alasan ini dijadikan kayu ukur untuk B perlu menerima hakikat untuk memaafkan A. Maaf atau tidak?
Kes 7
Menurut A juga, B terlalu diam dan tidak pernah meluahkan hasrat di hati dalam melayari bahtera kehidupan bersama A. B dianggap sudah gembira dengan apa yang ada. Oleh itu, tidak salah untuk A menggembirakan C pula walaupun di hati A tetap menobatkan B sebagai yang disayangi. Maaf atau tidak?
Kes 8
A telah meminta izin untuk bercuti dengan C. Dengan hati yang luluh, B menyatakan ya, sebagai protes. B tidak menyangka bahawa A akan benar-benar akan berbuat demikian. Oleh itu, A menganggap B harus menerima hakikat ini apatah lagi untuk memaafkannya kerana A telah meminta keizinan. Pada awalnya A mahu membatalkan sahaja niatnya, berkali-kali diulang. Namun sekali B berkata ya, tak sampai 30 minit terus A menghantar pesanan khidmat melalui aplikasi Whatsapp kepada C bahawa rencana untuk masih mahu diteruskan. C amat gembira dengan menyatakan kesyukuran. Maaf atau tidak?
Kes 9
A dan C juga telah menempah percutian ke suatu destinasi lain, pada tahun hadapan. Maaf atau tidak?
Kes 10
A tidak mahu kehilangan apa yang dia miliki di dunia ini, termasuklah B yang dianggapnya selama ini sangat bodoh namun B walaupun sering 'moody' tapi masih tetap sayangkan A. Sepotong ayat oleh A kepada B memberitahu bahawa A tidak dapat hidup tanpa B. Hati B yang hancur luluh kini merasa tersepit. Maaf atau tidak?

Sunday, November 11, 2012
Tulisan Tanpa Harapan
Apabila mengharapkan diri kita bahagia, tak semestinya berakhir dengan apa yang diharapkan. Ungkapan janji tinggal janji cukup dramatik tapi apabila berkata tentangnya, mungkin berlaku kepada orang lain. Tak perlu memikirkan soalnya, kecuali suatu hari kita berdepan dengan situasi ini.
Manusia bertindak, melakukan apa yang dirasakan patut. Sama ada perlu, atau harus berlaku, pada mereka asal berkenan di hati mengapa perlu ditangguhkan. Perkara yang tidak ada penghalang semuanya didorong oleh perasaan. Begitu berkuasa perasaan itu, tidak bisa dihalang tembok batu. Jika mereka mahu, sesukar manapun mereka tetap dengan keputusan itu.
Apa yang perlu anda buat? Tak perlu berbuat apa. Biarkan diri anda menjadi orang bodoh yang akan terus diperbodohkan berkali-kali. Kini anda sedar betapa bodohnya mempercayai akan suatu janji, yang akhihrnya diri anda yang disakiti. Penyesalan bukan penyelesaian.
Apa yang anda perlu sedar? Hati manusia berubah. Hati manusia lebih kejam berbanding apa yang disangkakan. Hati, bukan mudah dijaga, sekali parut hitam lama cuba dipadamkan, sampai masanya ia muncul kembali. Siapa diri anda untuk orang lain menjaga perasaan anda? Jika perasaan anda bukan lagi keutamaan baginya, tentu perasaannya terhadap anda juga telah tiada. Anda hanya seorang manusia yang tiba-tiba berhenti berjalan kaki dan berdiri di tengah khalayak umum di sebuah lorong pejalan kaki.
Berdiri mengadap luar, rasakan apa yang diberitahu oleh hati anda. Jika perkara yang paling dilarang tetap terjadi tanpa anda tiada hak menghalangnya, mungkin anda harus menyedari akan hakikat sebenarnya. Kalau dulu pernah terjadi, kini akan berulang lagi, dengan sengaja dan terancang, janganlah mengharap lagi. Sayang bukan bererti memiliki, kerana sayang manusia berlalu pergi. Manusia mempunyai ideologi, tanpa keterpaksaan, apa yang dibuat amat menunjukkan niat dan kehendak dirinya. Satu-satunya hak anda dalam situasi ini adalah untuk tidak diganggu lagi. Selamat bercuti.

Sunday, October 28, 2012
Saturday, October 27, 2012
Friday, October 19, 2012
Gabby
She is Gabrielle Solis, commemorate to a character played by Eva Longoria in The Desperate Housewife. A wife to Carlos Solis, she is the most beautiful lady in the residential compound along the street of Wisteria Lane. Nick name Gabby.
Hi Gabby!!
Subscribe to:
Posts (Atom)