Showing posts with label cerita mereka. Show all posts
Showing posts with label cerita mereka. Show all posts

Tuesday, April 28, 2015

Malam..

Sunyi sepi, cuma boleh dengar bunyi jiran menumbul sambal belacan. Sudah malam macam ni pun baru nak makan nasi ke? Semalam dia alih perabut pun waktu malam juga, dekat pukul 1 pagi. Malam ni agak panas, sebelum nyamuk menyerang, baik pasang ubat nyamuk siap-siap, tak perlu nak menggara bila tidur nanti.

Baring, melunjur kaki sambil menggeliat. Mulut menguap dan tangan digenggam erat, macam inilah gaya sebelum tidur, ambil mood! Kepala runsing memikirkan hari-hari mendatang yang belum tentu tahu kesudahannya. Tahun yang mencabar, tapi tiada pilihan. Selagi kepala tak henti berfikir dan selagi itulah mata memandang ke atas melihat kipas berputar laju macam ada UFO nak mendarat di atas muka ni. Mula mengelamun jadi Fox Mulder mencari kebenaran kewujudan makhluk asing bersana ejen Dana Scully.

Sikit-demi sikit, badan rasa makin lemah. Tenaga kurang dialirkan, rasa nafas makin perlahan. Bila angin merempuh kulit muka, sesekali bulu mata bagaikan berat sangat, menarik kelopak menutup mata. Seluas katil, seluas itu juga bantal bertaburan sekeliling badan supaya perasaan tidak melayang memikirkan sesuatu yang di luar jangkaan.

Kenapa manusia berasa risau dan gementar kalau tidak dapat melihat? Antara penglihatan dan pendengaran, yang mana satu dirasakan lebih penting? Badan mengiring ke kanan, terpandang Samsung S3 menyala kelip signal berwarna biru. Sesekali terpandang langsir yang tinggi lampai bergerak mengikut alunan angin seperti seorang dewi malam yang serba putih berdiri memandang aku. Aku pusingkan badan ke kiri pula.

Aku kuatkan azam, aku pejamkan mata seeratnya. Seperti orang buta, aku hanya melihat kehitaman. Sesekali aku terkenang peristiwa sepanjang hari ini, terkadang membawa kepada kenangan nostalgia lampau. Berdebar rasa jantung, darah bagaikan mengalir laju. Aku menjadi runsing. Suhu di dalam bilik ini tiba-tiba dirasakan makin sejuk. Kaki menguis-nguis kain selimut mencari perlindungan. Sedikit demi sedikit aku mendengar bunyian yang seperti bermain disekitarku.

Bunyi apa ni? Seperti bunyi orang berdengkur di sebelahku. Cepat-cepat aku membuka, terbeliak akan tetapi aku takut nak menoleh ke belakang. Aku membaca ayat Kursi dan terus pejamkan mata agar aku bangun esok pagi dengan amannya.

Friday, August 15, 2014

Eksekutif Sangat

Pagi. Lebih kurang dalam pukul tujuh setengah, aku dah mula drive kereta menuju ke terminal putra, stesen hujung sekali sebab kat situ ada parking bertingkat. Bayaran empat ringgit sehari, berbumbung dan ada sekuriti memang sesuai untuk memastikan kereta anda selamat.

Sampai je di terminal putra, terus beratur nak scan kad rapid, kemudian laju meluncur ke atas melalui ramp yang spiral, selalunya jam begini tingkat tiga masih ada kosong. Tapi hari ni agak ramai orang, masuk saja tingkat empat, Nampak satu lampu hijau. Memang tuah aku, aku tahu petak itu milik aku. Cepat-cepat aku ke situ dan beri signal untuk buat reverse parking.

Lega. Siap parking, aku sapu-sapu muka sambil mengadap cermin nak pastikan tiada kulit mahupun bibir kering yang boleh menjejaskan imej, bukan apa nanti orang dalam tren geli pulak tengok aku. Aku sendiri geli tengok orang yang terlepas pandang, ada yang terkeluar bulu hidung, tahi hidung, ada juga yang kolar baju terangkat, ada yang butang baju atau zip yang lupa di pasang. Malu kan?

Dari dalam kereta, aku boleh tengok semua orang dressing up to date, stylo berjalan menuju lif, ada yang guna tangga sebab lif cuma ada dua saja. Nampak amoi berskirt pendek dengan kasut ballerina, gadis melayu berbaju kurung moden jalan sambil tekan-tekan smartphone, makcik berhandbag louis vuitton yang rushing sambil ekjas tudung fareeda dan juga jejaka hot yang masih ekjas-ekjas rambut spike dia. Semuanya menjaga keterampilan, berbeza beberapa tahun dulu orang lebih suka bersahaja dan kalau boleh nak ke pejabat sekadar memakai baju tidur.

Aku menekan suis-suis, off radio dan air cond, capai beg dan keluar dari kereta. Aku terikut-ikut budaya mereka, macam laju-laju atau terkial-kial lambat ke pejabat padahal rasanya masih awal. Mungkin mejadi lambang karier sebagai pegawai eksekutif kot, busy, nak gi meeting kat hotel jumpa client orang putih pastu ada skandal. Berangan je orang malaysia, padahal waktu lunch kemain masuk lorong cari nasi campur murah.

Aku pun kena la ikut style diorang. Konon, padahal praktikal je. Tekan je alarm kereta, terus meluru laju sambil menjinjit beg warna coklat tua tu. Tapi aku pun sama, apa barang naik lif, guna tangga la lebih sihat dan menghargai  masa macam amoi-amoi dan lengchai-lengchai tu.

langkah disusun rapi, kuatkan sikit hentakan supaya bunyi tapak kasut tu. Confident, tegakkan postur badan, muka pandang ke depan, maju ke depan selari dengan wawasan 2020. Setiap zon ada tangga, jadi aku melintas laluan sambil berlari-lari anak, macam bersain, semua konon nak rush. Kali ni aku nak berada di hadapan, setibanya aku di pintu, sepenuh tenaga aku gunakan untuk membukanya.

Nah ambik kau! Sebaik aku membuka pintu, jantung aku macam gugur ke bumi, hancur berkecai. Apa yang aku lihat adalah sebuah alat pemadan kebakaran dan hose fire reel yang bewarna merah yang sedang mentertawakan aku. Malu.

Sunday, January 26, 2014

Jasli

Dalam semua ahli Gang Lanun, aku paling segan dengan Abang Jas. Sebelum kenal dengan dia, orang kata dia ni sangat teliti, orang yang dia tak kenal memang dia tak akan tegur, tambahan lagi kalau dia tak berkenan. Jadi bila tahu dia adalah sebahagian Gang Lanun, kalau dia bercakap aku tak berani menyampuk.

Apabila dia lintas di depan, boleh nampak rambut dia disikat kemas, hitam berkilat disapu gel, tak pernah nampak serabai. Kasut dia yang muncung panjang hitam sama berkilat, kalau tersepak kaki aku mahu berdarah menitik ke lantai. Orangnya tubuh sihat, tak mencerminkan umur sebenarnya. Kalau sekali imbas, memang aku bayangkan dia sebaya aku. Padahal Abang Jas lahir pada tahun 1967.

Di meja Abang Jas, jangankan sampah, seketul habuk pun susah nak nampak. Tak percaya? Lap dengan tangan tengok, pasti licin bersih. Kemas mejanya. Apatah lagi keretanya, siap ada kotak khas untuk letak kasut, barangan sukan dan sebagainya. Menurut teman rapat, air sejuk dalam gelas tentu akan ada wap air yang meleleh, namun tak akan pernah berpeluang jatuh menitik di atas mejanya. 

Beberapa bulan kenal, barulah aku berani bercakap dengan Abang Jas. Dulunya aku hanya dengar, dan berani menyampuk. Pernah aku terserempak di Taman Metropolitan Kepong semasa berlari keliling tasik, dia seakan tak nampak aku. Abang Jas lari melurus, tak pandang kiri kanan. Tapi sewaktu majlis berbula puasa tahun 2013 di rumah Kak Zal, aku dapat tahu Abang Jas tak boleh makan makanan yang biasa. Katanya ada masalah dalam perut, jadi Kak Zal masakkan bubur nasi istimewa yang terus menjadi menu utama malam tu.Teringat lagi malam tu bersama Kak Akashah, kami mencari ubat Habbatus Sauda tapi tak jumpa.

Abang Jas yang sebelah kanan ni.

Abang Jas memang nampak sihat, badan dia langsung tak mencerminkan dia menyimpan sakit. Sehinggalah suatu ketika dia kerap cuti dan khabarnya dia dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Aku menjangkakan keadaannya tidak serius sebab sepanjang aku melihat dia, dia memang sihat. Kawannya juga ada memberitahu Abang Jas adalah pelatih di sebuah gimnasium. Aku tak pasti, tetapi aku pernah melihat dia bersukan di gimnasium di pejabat beberapa kali.

Sehinggalah di suatu hari, aku nampak Abang Jas sedikit kurus di pejabat. Tapi bila bersemuka, dia nampak bersahaja, masih boleh berjenaka. Kami satu kumpulan bermain wang kutu. Waktu itu sudah tiada sempadan nak bergurau senda, kalau ada berita terkini langsung sahaja dail nombor interkom terus berbual dengannya. 

Berita menggemparkan Abang Jas masuk wad kecemasan di Hospital Sungai Buloh. Aku berasa sungguh hairan, dan tidak menyangka. Khabarnya sudah empat hari, namun pada 10 November aku bersama Kak Haniza mengambil peluang untuk melawatnya di wad 4C. Keadaan nampak terkawal, Abang Jas masih boleh senyum dan bersenda gurau. Waktu itu Abang Jas menunjukkan hadiah telefon pintar baru hadiah daripada abangnya yang bekerja di London. Aku memuat naik aplikasi Whatsapp untuk Abang Jas, lantas kami boleh berbual, bertanya khabar dan menjadi medium perantara untuk Gang Lanun. Abang Jas pesan supaya datang melawatnya lagi, katanya sangat bosan di wad tiada hiburan.

Selepas bercuti dari Bali, aku ada menelefon Kak Haniza bertanyakan pasal Abang Jas. Katanya belum keluar dari wad, dan tiada khabaran terkini. Pada 22 November, aku dan Kak Haniza sekali lagi pergi melawat Abang Jas. Kali ini, aku benar-benar terkejut. Abang Jas nampak sangat kurus, dan dia memakai alat bantuan pernafasan seperti pesakit lelah. Kak Haniza kelihatan sangat risau, kami hampir tidak mengenali Abang Jas. Abang Jas nampak letih, sesekali melihat Abang Jas bernafas, perutnya turun naik mengepam udara bagaikan dipaksa. Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul. Ketika ini, kakak Abang Jas ada di tepinya, sesekali kakaknya mengalirkan air mata tatkala kami memberi semangat untuk melihat Abang Jas kembali sembuh. Sebelum sempat kami pulang, Abang Jas membuat permintaan untuk membelikannya ayam panggang Kenny Rogers.

Pada 26 November, aku menerima mesej pesanan ringkas dari Shahrunnizar akan keadaan Abang Jas makin menurun. Katanya, paru-paru yang sudah dijangkiti kuman itu kini telah berfungus. Esoknya, selepas menyiapkan segala dokumen sebelum hari terakhir aku di AlloyMtd, aku bersama Kak Akashah, Kak Fifi dan Kak Zal pergi melawat Abang Jas. Kali ini, ramai rakan pejabat hadir, tapi Abang Jas sudah tidak sedarkan diri. Doktor memberikannya sejenis ubat yang kuat supaya Abang Jas berada dalam keadaan tidur. Seorang demi seorang diberikan masa pergi berbisik ke telinga Abang Jas untuk berkata sesuatu. Aku dapat mendengar tangisan kakaknya, dan setiap yang keluar dari situ ada yang basah pipinya kerana menahan sebak.

Pada 30 November 2013, tepat jam 4.32 pagi Abang Jas telah disahkan meninggal dunia. Mesej ringkas daripada Che Suriani membuatkan ramai ahli Gang Lanun bagaikan tidak dapat menerima khabaran berita ini. Aku bersama kawan lain mengambil kesempatan menziarahi Abang Jas buat kali terakhir di pengebumiannya di tanah perkuburan Kampung Semilang, Jeram, Selangor. Semoga roh arwah Jasli Bin Haron dicucuri rahmat. Gang Lanun amat merindui Abang Jas, Al-Fatihah.

Monday, February 25, 2013

Pakcik Kelakar

Aku tak kenal siapa dia ni, tapi status pakcik la. Dia ni kerja dengan in-house consultant dekat ofis aku kerja. Tiap kali dia datang ofis, aku dengar mesti orang ketawa. Dia jarang di ofis, sebab kerjanya lebih di site. Tetibe suatu hari aku tengok fesbuk si lily. Aku nampak pakcik ni ada gambar yang ditagged kepada beberapa orang yang bekerja dengan consultant tu, termasuklah seorang boss ni, kak saripah.

Nak ketawa aku tengok gambar-gambar dia. Sambil kerja dia boleh posing sakan amik pic kemain. Orang yang lalu lalang drive kereta tak perasan ke? Tak pe lah, asal dia bahagia. Lagipun dia buat orang ketawa, dia pun happy, release tension pun juga. Paling tak tahan tengok dia buat kuak kupu-kupu atas divider jalan. Walaupun bahaya tapi aku rasa dia ni sporting habis. Siapa dia ni eh??



Friday, October 19, 2012

Kakcik Diganggu Lagi

Awal-awal pagi lagi telefon bilik hotel dah berbunyi. Kakcik kata orang tu suruh dia bersiap cepat sebab awal-awal pagi lagi sebelum mulakan sesi pemilihan, semua orang akan berkumpul di dewan dan sama-sama menyanyi lagu Negaraku. Kakcik kata bakal roommate dia tu sampai lambat sikit sebab dia datang terus dari rumah nenek dia. Alang-alang rumah nenek dia dekat situ, jadi dia bermalam dulu di situ kemudian baru bertolak ke hotel.

Kakcik lepas letak ganggang telefon, terus mandi, buat kopi dan lepas tu terus keluarkan semua borang siap stapler sekali dengan attchment. Senang, satu peserta dapat satu set, siap disusun cantik ke dalam fail. Kakcik kata banyak juga sebab peserta sahaja ada 200 orang, tetapi ada batch kedua yang datang sebaik sesi pertama habis, mungkin dalam 200 orang juga. Takut tak sempat, jadi dia buat sekali gus.


Tak lama lepas tu masuk je subuh, Kakcik terus pakai baju kurung, terus angkut satu persatu barang dan beg laptopnya ke dewa. 4 kali berulang-alik, lepas tu baru dia pergi breakfast di coffee house. Di situ makan pagi seawal 630 am. Jadi, sebelum orang ramai bersesak-sesak di barisan bufet lebih baik Kakcik makan dulu. Tapi Kakcik perasan ada 3 orang pegawai polis di lobi hotel, mungkin bertugas dan singgah di situ tetapi lengkap dengan uniform. Ditenung lama-lama ke luar, nampak Land Rover warna biru di luar. Ramai pula polis dan petugas lain mengkerumi kenderaan biru tu.

Selesai makan, Kakcik terus ke dewan untuk membuat trouble-shooting, mana tahu kalau projector rosak atau sambungan wayar tak betul. Tak pun slides presentation masih ada nak perbaiki masih sempat. Sedang khusyuk Kakcik buat kerja, petugas lain pun ramai dah tiba. Suasana pun makin bising. Seorang pelayan hotel datang menghampiri Kakcik memberitahu ada pesanan dan barang untuk Kakcik. Sama ada Kakcik nak ambil sekarang atau nak dihantar ke bilik hotel. Kakcik malas nak fikir, terus cakap bilik hotel sahaja.

Dalam ramai-ramai petugas, Kakcik pun sibuk dengan presentation. Lepas habis presentation Kakcik juga nak edarkan borang untuk setiap calon isi segala maklumat latar belakang. Kakcik tak tenang hati sebab laptopnya ada masalah iaitu bateri cepat habis. Kadang kala walaupun sudah disambung ke soket tapi masih tetap bateri tak dicas. Mungkin adaptor dan longgar, ketuk-ketuk sikit lepas tu ikon bateri pun tunjuk proses cas berjalan. Tapi kena selalu pantau, kadang-kadang dia boleh berhenti sendiri.

Masa berlalu dengan cepat, dua sesi pemilihan calon untuk program khas kementerian dah habis berjalan dengan lancar, esok pula untuk sambung sesi ketiga tetapi hanya satu sesi sahaja. Petang dah boleh mula berkemas pulang. Kakcik orang pertama yang masuk ke dewan, Kakcik juga yang terakhir keluar, jadi segala suis lampu semua perlu dipastikan sudah ditutup. Tekan sahaja punat 6, terus lif membawa Kakcik ke atas, buka sahaja lif terus masuk ke bilik dan terus lelapkan mata sebentar. Kakcik tengok katil sebelah roommatenya dah lama berbuai mimpi, berselubung dalam selimut hotek yang putih gebu. 

Kakcik pun rebah sahaja ke atas katil, tudung belum dibuka tetapi mata lebih awal tertutup rapat. Malam itu juga amat sejuk, padanlah bilik hotel tidak menyediakan perkhidmatan pendingin hawa. Angin bertiup perlahan masuk dari tingkap. 

Seperti semalam, sekali lagi telefon bilik hotel berbunyi. Kakcik menyangka penyelia hotel tetapi hanya diam sahaja tanpa suara. Kakcik terus meletakkan telefon itu dan dipandangnya jam tepat jam 4 pagi. Selang 2 minit, telefon itu sekali lagi berdering dan sekali lagi tiada suara yang bercakap. Kakcik hairan, terus tanpa berfikir panjang Kakcik teringatkan barang dan pesanan yang diterima siang tadi, katanya dihantar terus ke bilik hotel tapi di mana pula? 

Kakcik terpandang di meja solek, ada dulang yang berisi gelas, sudu kecil, paket gula dan kopi serta uncang teh. Di tepinya ada sampul surat yang tebal berisi sesuatu di dalamnya. Diambil lantas dibuka, di dalamnya ada borang, ada 3 helai kain kapas putih yang dipotong petak sama saiz serta tali rafia. Kakcik berasa amat panik. Kemudian sekali lagi telefon berdering.

Kakcik berasa sungguh serba salah tetapi tetap Kakcik paksa dengan kuat semangat untuk menjawab panggilan. Sebaik ganggang diletakkan ke cuping telinga, ada suara wanita yang halus menyuruhnya untuk membuka pintu. Kakcik terus meletakkan telefon. Terus Kakcik pergi ke tingkap dan melihat ke bawah, ada dua orang lelaki sedang berbual sambil menghisap rokok. Kakcik dapat mendengar perbualan mereka.

Alangkah terkejutnya Kakcik apabila mendengar bahawa ada petugas yang telah mati dalam kemalangan menuju ke hotel itu. Kakcik membayangkan roommatenya yang dikhabarkan melalui email akan ke situ sesusah pagi. Darah cepat mengalir terus ke muka, Kakcik berasa sungguh takut dan kali ini Kakcik langsung tidak menoleh ke belakang, ke arah katil roommatenya.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk kuat. Kakcik terus berdebar. Hanya suara halus wanita yang persis seperti  yang membuat panggilan tadi. Kakcik kini bertambah panik. Dicampaknya bungkusan sampul surat tadi ke luar tingkap. Kakcik perlahan-lahan duduk di katilnya dan terus merebahkan tubuhnya. Mata hanya terpejam, perlahan-lahan selimut ditarik. Kakcik hanya berdoa agar cahaya matahari segera menjengah.

Dalam ketakutan, Kakcik mendengar pintu biliknya dibuka. Kunci diputar, dan kedengaran engsel daun pintu bergesel. Kakcik makin panik. Kakcik tidak dapat membayangkan sekujur tubuh yang tidur di katil sebelah. Kakcik membuka kelopak mata, dilihat di atas terdapat bungkusan putih, berkepul-kepul. Terdapat banyak sekali juraian kain putih yang beralun-alun ditiup angin. Kakcik makin panik.

Kakcik merasakan kakinya disentuh, Kakcik terus pejamkan matanya. Tiba-tiba ada suara yang membisik ke telinganya, menyebut, "ooo.. di sini kamu tidur ya, puas aku mencari kamu!" Kakcik terus menjerit sekuat hatinya menyebut "pergi!!!! Kau dah mati kenapa nak ganggu hidup aku lagi?? Pergi!!!"

"Perempuan, kau bermimpi!" Tiba-tiba Kakcik tersentak. Kakcik menampar pipinya. Sekali lagi Kakcik menjerit. Kakcik makin panik kerana dia benar-benar tidak bermimpi. "Perempuan! Aku cekik kau nanti. Sebabkan kau aku tak dapat tidur."

Kakcik menjawab, "Pergi! Aku tak mahu engkau ganggu aku! Aku tak kenal engkau!"

"Siapa yang kenal engkau? Aku pekerja di sini. Siapa suruh kamu tidur di bilik dobi ni? Kau tak nampak kawan aku di katil sebelah ni, dia staff di sini. Sama-sama dengan aku dari Acheh bekerja di sini. Barang kali engkau ni sudah gila."

Kakcik terus memandang ke kiri, dilihatnya tercegat wanita berabut kerinting sedang memerhatikannya. Terus Kakcik mengucap berkali-kali. Lantas Kakcik bertanya, "Maaflah, saya takut. Tadi saya dengar roommate saya dah mati. Mati accident."

"Kamu tidur dengan laki-laki? Yang mati itu petugas laki-laki, orang India. Dari tadi kamar Puan ada panggilan katanya seorang perempuan mencari roommatenya tak pulang sejak petang dari dewan acara. Puas kami cari Puan sepatutnya di kamar 609 tapi ini bilik dobi. Tak nampak penuh iron board dengan seterika di situ. Yang bergantung-gantung ini semua pakaian tetamu hotel dan sarung bantal yang sudah dibasuh. Putih bersih cuciannya. Ini tingkat 3, bukan tingkat 6!"

Thursday, October 18, 2012

Friday, March 16, 2012

No Foolin'

I was so surprise to read this, totally had nothing to explain. It happened on someone i know through Facebook. Simply stupid to generate money but it is much more stupid to simply give money to someone you admire at first. What parameters used to evaluate people for you to trust to? Sick!

Saturday, March 10, 2012

Bila Sudah Bosan


Ini adalah tragedi yang berlaku ke atas boss saya (sila click untuk enlargement) apabila dia sudah bosan. Boss saya mengalami kecederaan pada tulang belakangnya justeru terpaksa bercuti lama sehingga sembuh dan arahan doktor kepadanya agar mengurangkan aktiviti lasak termasuk sukan futsal.

Hobi boss saya yang ini memang futsal, dan kali ini boss saya tidak dapat mewakili tingkat 4 untuk menempa kejuaraan untuk liga interfloor tahun 2012. Kami amat berasa kehilangannya. Semoga cepat sembuh. Terbukti boss saya mengalami kebosanan berehat di rumah untk jangka masa lama sehingga dapat dilihat jelas pada paparan di atas.

Monday, February 27, 2012

Drama Klasik: Rumah Terbakar Nampak Asap, Hati Terbakar Tak Siapa Tahu

Pagi ini Kak Ira kurang tidur, matanya kuyup. Melangkah masuk ke pejabat dengan penuh longlai namun ditabahkan jua demi mencari sesuap nasi berlauk untuk anak-anak di rumah. Kak Ira yang berhati lembut, sopan dan ayu terus menuju ke mejanya. Tiba-tiba, terdengar suara terpekik-pekik memecah kesunyian pagi.

Cukup tinggi lontaran vokal Mr.Lecthumanan. Pengurus bahagian teknikal produk konkrit pra-tetuang ini adalah bos kepada Kak Ira. Dengan perasaan terkejut, Kak Ira hanya mampu berdiri terpaku memandang ke arah Mr. Lecthumanan. Kak Ira akur, mungkin semalam dia ada melakukan kesilapan namun dalam soal pekerjaan ini, tak siapa yang bisa lari dari berbuat silap lebih-lebih lagi urusan teknikal.

Kemarahan Mr.Letchumanan terus menerus berpanjangan. Seorang demi seorang yang baru tiba ke pejabat semuanya memerhatikan keadaan ini. Kak Ira terus duduk di kerusinya, lantas mukanya tunduk memerhatikan helaian kertas yang berbaki sisa kerja semalam yang masih banyak. Tak termampu rasanya untuk mengembleng seorang diri, namun prinsip syarikat adalah mahukan pekerjanya untuk berdaya saing di samping mempunyai kebolehan yang pelbagai.

Kak Ira menekan suis komputer, lantas terus meneruskan pekerjaan walaupun masih terlalu awal, berbeza dengan pekerja lain yang berpusu-pusu menuju ke kafe untuk bersarapan. Makian dan cercaan kian reda, suara Mr.Lecthumanan beransur perlahan. Apakan daya, tidak tertahan sebak di hati, air mata seorang ibu yang berkumpul di kelopak akhirnya mengalir membasahi pipi. Satu persatu titisan air mata jernih ini menerpa ke meja, lantas disapu dengan kertas tisu.

"Tak sarapan ke?" Ujar seorang teman. "Tak mengapalah, kau saja yang sarapan," hanya ini yang mampu dibalas oleh Kak Ira. Semenjak beberapa hari yang lalu, Kak Ira sering diundang malang. Kali ini, entah kenapa air matanya tetap mahu mengalir jua meskipun dia sudah beberapa kali menasihati diri agar cekal dan tabah. Mungkin Kak Ira berasa malu dengan pekerja-pekerja lain. Sampai hati Mr.Letchumanan memarahinya di depan yang lain, di masa hari masih pagi sebelum waktu pejabat. Apakah kerana kelemahan ini dirinya terus diaibkan di khalayak ramai?

Personaliti Kak Ira memang diakui ramai. Suaranya amat lembut, jarang sekali ditinggikan. Tidak pernah ada yang dimarahinya, apatah lagi mahu mengarah-arahkan orang. Suaranya yang pembut dan perlahan itu kadang-kala menyebabkan dia berasa tersisih. Mungkin padanya ramai yang tidak mahu berkawan dengan dirinya yang disifatkan sebagai lemah dan terlalu keperempuanan. Cukuplah sekadar bersendirian mengubat luka di hati.

Tiba-tiba seorang kawan datang menyentuh bahunya. "Kenapa kau menangis Ira? Kau sakitkah?" Kak Ira tersipu-sipu menyapu pipinya hang basah. "Eh, tidaklah! Aku tak apa-apa," ujar Kak Ira.

"Kau jangan bohong! Aku nampak kau menangis tadi. Ceritalah pada aku, mungkin aku dapat membantu. Sekurang-kurangnya kitakan kawan, apa salahnya untuk berkongsi kesusahan," tangan kawannya menepuk-nepuk bahu Kak Ira.

"Bukan. Aku cuma sedih. Aku tersentuh hati kerana sebaik sahaja Mr. Lecth nampak aku masuk ke pejabat di seawal pagi ini, bukan penghargaan yang aku dapat. Malahan dia terus memarahi aku, suaranya semakin marah semakin tinggi. Aku malu diaibkan begini," Kak Ira menceritakan pengalamannya.

"Mr.Lecth marah pada kamu? Apa salah kamu? Bila kejadian ini berlaku?" Kak Ira ditanya lagi.

"Apa besar sangatkah kesalahan aku padanya? Aku tahu aku seorang wanita lemah tapi jangan layan aku sebegini. Aku punya maruah, dan aku di sini adalah untuk bekerja mencari rezeki yang halal untuk keluargaku. Kalau benar salah aku, aku bisa memperbaiki cuma berilah aku peluang. Kejadiannya baru tadi, bagaimana kau tidak nampak atau kau cuba untuk mengurangkan kesedihanku?" balas Kak Ira.

"Ya, aku nampak kau masuk ke pejabat tadi. Tapi di waktu itu aku tidak nampak apa-apa yang salah. Bahkan tika itu Mr.Lecth sedang berbual di telefon bimbitnya," jelas kawan Kak Ira.

"Telefon?? Jadi dia bukan marah pada aku?" Kak Ira ingin mendapatkan kepastian.

"Ya! Aku sangat pasti. Tadi orang yang dimarahi itu adalah subkontraktor kita. Aku kenal dan tahu kerana masalah semalam apabila barang yang patut dihantar dari kilang semalam tergendala kerana jumlahnya tidak cukup. Itu sahaja. Tiada kena mengena dengan kau. Sudahlah, kau jangan nak perasan. Semua di antara kita tahu suara Mr. Lecth itu kalau bercakap di telefon pun, satu bangunan bergegar. Sudahlah, keringkan air mata kau tu. Nah ambil tisu ni," nyata kawan Kak Ira lagi.

"Oh, malunya aku. Padanlah semasa aku menangis, tiada siapa yang menegurku kecuali kau. Semuanya tidak mempelawa aku sarapan bersama padahal aku belum makan pagi lagi. Kalau begitu, marilah kita ke bawah membeli kuih, masa masih ada 15 minit lagi. Marilah"

Sunday, January 29, 2012

Awan Nano

Seseorang sedang memikirkan nasibnya, memandang jauh ke luar tingkap rumahnya yang gelap di malam hari. Terkenang kisah lalu, lantas cuba untuk membuat pilihan dan akhirnya mendapat jawapan yang buntu:

4 tahun lepas:
"kenapa nak brenti? Tunggu la dulu. Apa ni kita kena la tunjukkan kesetiaan kita sebagai pekerja. Kerja setahun nak berhenti ni apa cerita? Sabar la sikit je lagi. Nanti naik la segala gaji apa semua tu. Kita akan propose, jangan risau. Tak payah nak masuk keje gomen, nanti lepas 3 atau 4 tahun gaji you saja dah dua kali ganda diorang. Mana you nak?

4 tahun kemudian:
"Payah la, dah jauh sangat ketinggalan. Kalau dapat pun sikit je, tu pun tak janji la dengan condition yang macam ni. Silap jugak, dah 4 tahun kalau kat luar banyak dah boleh dapat. Itu lah dulu patut join je mana-mana company."


Wednesday, January 4, 2012

Kisah Sekeping Foto

Me :
Akak, Usop eksiden kat mana?

Akak :
Entah, katanya hari tu dia dari kampung, penat gamaknya tiba-tiba ada lembu melintas. Masa nak elak tu kereta terbabas merodok ke tepi. Teruk jugak la kereta tapi nasib baik dia sorang. Tercampak dia ke sebelah.

Me :
Dia ok tak?

Akak :
Dia ok. Tapi katanya bengkak muka dia. Tapi dah scan dokter kata tak de apa-apa.

Me :
Bahaya lembu ni kan, kita drive malam-malam bukan nampak dia melepak kat atas jalan. Nak elak dia kita pulak eksiden. Kesian Usop.

Akak :
Suama akak dulu pun macam tu jugak. Tapi nak buat macam mana, ajal kan.

Me :
Eh, laki akak meninggal eksiden kat mana?

Akak :
Kat Kelantan, Pasir Putih.

Me :
Bila eh?

Akak :
Lama dah. Masa tu yang kecik baru 3 bulan, skarang dah nak masuk tingkatan 1. Abang dia 3 tahun. Budak-budak tak ingat apa, ye lah diorang gambar pun tak der masa tu bukan macam skarang.

Me :
Tak de gambar?

Akak :
Ada la satu. Itu pun kecik. Ni ha dalam dompet akak, dah bertahun dah ini ajer yang ada. Gambar ni pun kecik, gambar nak buat passport. Panjang ceritanya macam mana boleh ada gambar ni. Itu pun jodoh akak nak bertemu dia. Hahaha..

Me :
Sayang kan? Ini je gambar yang ada. Anak akak tak de ikut muka cina sangat kan? Dua-dua melayu habis. Mata la ada sikit nampak kecik je mata Farah.

Akak :
Dulu akak duduk kat Kulim. Lepas kawen memang duduk di sana. Masa tu akak tak kerja sebab dah ada anak. Dulu akak kerja, siap pergi la interview nak jadi pramugari MAS tapi last tu tak dapat pergi sebab banyak kali sangat nak kena datang KL. Akak duk Melaka, tak larat la nak ulang alik.

Me :
Eh tak pernah tahu pun akak dulu duduk Kulim?

Akak :
Dulu suami akak kerja kat Kulim. Lepas tu last dia dapat tukar kerja kat Kerteh. Rumah memang kat Kulim so dia banyak ulang alik. Dia meninggal pun bulan puasa.

Me :
Eh, macam mana boleh eksiden di Kelantan?

Akak :
Masa tu laki akak balik rumah ingat cuti. Kat Kulim la masa tu. Tiba-tiba ada call, zaman tu henfon besar jenama apa entah. Lepas berbuka katanya kena balik ke Kulim. Penat la, akak cakap balik pagi esok ke. Dia kata urgent, kena pergi jugak. Benda dah nak jadi kan, tapi akak tak expect apa-apa masa tu. Lepas berbuka dia terus drive pergi.

Me :
Lepas berbuka memang mengantuk.

Akak :
Tapi dia memang dah biasa. Memang selalu ulang alik. Lepas dia bertolak pergi tu, akak dengan anak-anak masuk tidur je lah. Dia eksiden di Pasir Putih, nak elak lembu terus berlanggar dengan treler. Meninggal. Akak esok pagi baru tahu.

Me :
Ye ke, sedihnya..

Akak :
Malam tu memang tak de apa-apa. Lagi berapa hari entah nak raya, memang ingat dia balik tu terus nak cuti raya, nak balik Melaka. Dah jadi dia nak pergi selamanya. Ada la malam tu tiba-tiba anak akak dua-dua tu menangis. Terkejut juga la. Itu je lah kalau orang tanya kot-kot ada apa-apa petanda ke.

Me :
Abis tu, siapa yang uruskan?

Akak :
Akak pagi esok tu baru tahu. Pagi tu akak macam biasa la call dia tapi tak de orang angkat. Kadang tu dia kerja. Tapi berkali-kali call lepas tu ada orang beritahu kata dah meninggal. Akak masa tu tak de pilihan. Masa tu jenazah kat hospital di Kelantan. Akak terus ambil dukung yang kecik, Sepol dah boleh jalan. Terus akak amik bas balik Melaka. Tinggal lah semua apa dalam rumah tu bawa apa yang boleh je lah.

Me :
Tinggal? Lepas tu macam mana?

Akak :
Ye lah akak sorang macam mana nak angkut. Bawa kain baju je lah. Anak kecik kan nak guna banyak. Lepas sampai Melaka baru pergi ke Terengganu. Tanamnya di Dungun.

Me :
Eh? Dungun? Macam mana tanam di Dungun pula?

Akak :
Dia kan mualaf, dulu-dulu masa muda dia pernah kerja jaga site kat Dungun. Ada la keluarga angkat dia. Kawan-kawan dia pun kenal keluarga angkat dia tu.

Me :
Abis tu akak sempat tak?

Akak :
Masa nak bertolak tu ada call, jenazah kat Kelantan lagi. Lepas tu kitorang on the way terus ke Dungun, sampai memang terus pergi kubur. Bawak la dua-dua anak akak. Nasib baik tak buat akal tak de pulak menangis. Akak pergi dengan ayah akak ngan mak akak. Tapi banyak kawan-kawan dia la yang tolong uruskan.

Me :
Akak selalu ke pergi ziarah kubur?

Akak :
Macam mana nak pergi. Akak mana ada kereta. Itu je lah kali pertama dan terakhir akak tengok kubur dia. Sekarang kalau nak pergi pun akak tak ingat kat mana. Dah lama kan, dah 12 tahun dah. Kalau ada keluarga angkat dia yang tengokkan kot tak tahu lah. Rasa nak jugak tengok kubur dia macam mana. Tengoklah bila-bila.

Me :
Laki akak orang mana?

Akak :
Dia orang Klang. Kan hari tu akak pergi Klang, mak dia meninggal dah. Mak dia ok la, tahu kan akak Islam. Dulu-dulu kalau pergi rumah dia, dia tak de la bagi makan apa yang dia masak. Dia ok, tapi skarang dah tak contact dah sangat lagipun akak tak kenal sangat adik beradik dia. Benda dah lama. Akak pun lepas tu kena kerja semula la, nak besarkan anak. Akak pun dulu mana tahu nak jadi, kita mana tahu kan masa depan kita macam mana, kena terima je lah. Kadang ingat dah ok, tapi dah takdir. Ada orang kawen bahagia, ada yang tak, macam akak kena terima je lah walaupun bukan senang tapi nak buat macam mana lagi.

Me :
Sedih pulak, sure tak leh lupa.

Akak :
Hahaha.. Kalau ingat-ingat, kadang tu ada la jugak teringat kat dia. Sebab tu akak simpan lah gambar dia dalam dompet akak, lagipun itu aje yang ada. Panjang ceritanya.

Me :
Apa dia?

Akak :
Hahaha.. mana boleh cite skarang! Itu rahsia, nak cite pun panjang. Jom lah dah tengah hari. Nak pergi beli makanan, Emma dah masak belum. Hari tu Emma masak pedas, anak akak tak leh makan. Hahaha.. Kena cakap kurag pedas ni. Hahaha..

Friday, December 16, 2011

Keluar Air Mata Bila Membaca

Remaja 16 Tahun Meninggal Dunia Akibat Kebanyakan Masturbasi.

Seorang remaja berusia 16 tahun asal Brasil dilaporkan meninggal dunia akibat kebanyakan melakukan masturbasi. Demikian dilansir Daily Chili, awal pekan ini. Ia dikabarkan melakukan masturbasi sebanyak 40 kali sepanjang malam, pada bulan lalu, dan ditemukan meninggal pada pagi hari oleh sang ibu. Si ibu berencana membawa putranya ke pengobatan kecanduan seks namun terlambat.

Seorang teman kelas si bocah yang namanya dirahasiakan itu mengatakan sang teman kecanduan seks dan suka melihat tubuh perempuan dalam segala bentuk dan umur. Ia juga bahkan meminta temannya menonton dirinya melakukan masturbasi melalui kamera. Di kamar remaja itu ditemukan tumpukan majalah pornografi. Bahkan, terdapat kumpulan gambar-gambar erotis dan film juga ditemukan di komputernya.

sumber: website yahoo versi indonesia

p/s: diharapkan budak "hustler" tidak mengalami kecanduan seks haha!!!

Thursday, September 22, 2011

Kasih Ibu

Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.

Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya.

Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya.

Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!

Source: Article on Facebook

Sunday, August 14, 2011

Abang (Part 3)

27 Mac 2011

Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011

Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011

Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu
selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011

Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang, "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya."

"Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011

Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar
berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap."Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!" Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahuabang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berathati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut
menjemput abang. Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu adaorang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abangpada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas... Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang, "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang.Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

tamat...

source: unknown mail

Saturday, August 13, 2011

Abang (Part 2)

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan
bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011
Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011
Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik,
mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011
Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang?

Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang
dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011
Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?" Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!" Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya
menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke aras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang
tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu. "Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih
agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama.
Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi! Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

bersambung...

source: unknown mail

Friday, August 12, 2011

Abang (Part 1)

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur
tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

bersambung esok...

source: unknown mail.

Tuesday, July 19, 2011

Hand of Hope

Gambar ini adalah gambar bayi yang baru berusia 21 minggu yang belum dilahirkan bernama Samuel Alexander Armas yang dibedah oleh seorang doctor bernama Joseph Burner.

Bayi tersebut telah disahkan mengidap penyakit 'spina bifida' yang disahkan tidak dapat diselamatkan jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel, Julie Armas seorang jururawat obstetric di Atlanta. Dia mengenali seorang pakar bedah bernama Dr.Bruner. Dr Burner yg bertugas di Vanderbilt University Medical Center in Nashville, telah menjalankan satu pembedahan khas ke atas bayi ini sewaktu bayi ini masih lagi di dalam rahim.

Sewaktu pembedahan berlangsung, doctor telah mengeluarkan rahim dari seksyen-C dan telah mebuat satu bukaan kecil untuk melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut. Apabila doctor tersebut telah selesai menjalankan pembedahan ke atas Samuel, bayi kecil tersebut telah mengenggam jari doctor tersebut melalui bukaan kecil tersebut dengan tangannya yang telah berkeaadaan sempurna.

Dr Burner berkata, ketika jarinya digenggam,itulah saat paling mengharukan dalam hidupnya dan untuk seketika beliau kaku.

Gambar ini telah diambil dengan jelas sekali. Penulis telah menamakan gambar ini dengan tajuk 'Hand of Hope-Tangan Harapan". Dalam tulisannya berkenaan gambar ini,

"
Jari kecil bayi berusia 21 minggu,Samuel Alexander Armas keluar dari rahim ibunya untuk menggenggam jari tangan Dr Joseph Burner seolah-olah berterima kasih kepada doctor yang menghadiahkan sebuah kehidupan kepadanya".

Ibu Samuel berkata, mereka menagis beberapa hari apabila melihat gambar tersebut. Dia berkata,
"Gambar ini mengingatkan kita bahawa mengandung bukanlah mengenai kecacatan atau penyakit,tp ia adalah mengenai seorang insan kecil."

Samuel dilahirkan sihat dan pembedahan ke atasnya dilaksanakan dengan berjaya.


Source: Copy & Paste dari email.

Wednesday, April 6, 2011

Usop Wilcha


"Usop Wilcha, bukanlah pelakon sepenuh masa. Dia juga bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat Oil & Gas, Tanjung Offshore Berhad. Padanlah, malam tadi ketika temubual bersama Scha & Awal di program Fuh, Usop mengenakan jaket Tanjung, siap bertopi lagi. Lagi kejutan, kami dapat tahu yang Usop Wilcha merupakan bapa saudara kepada Scha."


source: copy cari email berantai.

Friday, November 19, 2010

gema aidil adha

malam dan hujan renyai di luar. jelas terdengar titik air menyentuh atap genting, satu persatu berganda menjadi ribu. dingin menerpa, menyeluk ke dada bagai menghirup bau pudina. mudah sekali merawat, lapangkan lengan dan sorongkan bantal.

hanyut dibuai mimpi tak berwatak. sayup malam hanya gelap menemani. sesekali dentuman mercun mengganggu seni tidur. "prangggg!!!!!"

kuat bunyinya. sekali lagi.

"prangggg!!!"

lagi selimut ditarik terus menyelubungi diri. bantal di sisi didakap erat.

"prangggg!!! pranggg!!!"

mata terbeliak. haru dibuatnya. mengapa dentuman ini begitu kuat, seperti hanya di balik cuping telinga.

"pranggg!!!! woii!!! bukakk!!!!"

eh? apakah masih perlu memejam mata? gusar hati, darah memecut laju, jantung kencang tiba-tiba. terbangun dari pembaringan, terus memetik suis lampu. kini suara sahut menyahut bagaikan perang.

pintu bilik dibuka separuh. kepala menjengga ke luar, hanya tangga lurus ke bawah disuluhi percikan sinar lampu yang samar. bayang-bayang diri sendiri menambahkan seru kaget. kini tubuh penuh di hadapan pintu. melihat tangga yang tersuluh itu, dengan separuh lantai bawah kini terlihat dengan bola mata.

"bukak pintu ni!!! cepat!!!"

"pranngggg!!!!"

kaki yang terketar-ketar secara perlahan menuruni tangga. pandangan terus ke arah daun pintu yang bergegar. sungguh kuat dan makin kuat. namun diri ini terpinga-pinga. daun pintu di tengah-tengah, dengan kiri dan kanannya juraian kain langsir hijau menutupi tingkap.

mujur rumah usang ini dipagari jaringan besi di setiap tingkap dan pintu. sebelum apa-apa berlaku, lampu ruang tamu harus dinyalakan, disusuli lampu anjung luar.

"pranggg!!! cepattt!!!"

mengapakah suara ini makin terpekik-pekik bagai orang gila? kenapa tidak sabar? makin kaget. namun kerana bersendirian, kes ini harus ditangani secara berani dan profesional. sebaik lampu luar memancar sinar, alangkah terkejutnya melihat bayangan manusia yang berdiri di luar.

sungguh, bayangan itu bergerak-gerak. bukan seorang tetapi banyak dan mereka memenuhi setiap sudut langsir. apakah yang menanti di luar? daun pintu terus bergegar.

"pranggg!!" kini aku tahu, daun pintu ditendang-tendang dengan kaki.

dengan bacaan basmallah, daun pintu dibuka seraya terkesima melihat apa yang terpampang.

"siapa?" mulut bertanya.

sekelip mata bunyi bising tadi terus membisu. sekumpulan manusia tercegat di hadapan. beberapa orang memegang kayu. sempat ditatap manusia yang terhadapan sekali ini berambut panjang, gelap kulitnya dan tangannya memegang sepuntung rokok berbara. tubuh tingginya membuat sesiapa yang memandang akan terus menggigil.

"nak cari siapa?"

soalan ini dibiarkan tidak terjawab. mujur 'grill' di rumah ini masih utuh jika tidak tentu daun pintu ini lerai dipukul terajang oleh mereka. mungkin mereka sedar, mereka tersalah sasar. seorang demi seorang daripada mereka beredar dati situ, terus berlalu pergi. hanya bau asap rokok yang lewat beredar.

agaknya siapakah mereka? kenapa mereka berlalu pergi begitu sahaja?

sekian.



selamat hari raya aidil adha.

Wednesday, August 18, 2010

pengalaman ngeri di susur keluar sungai petani utara

dari kerteh, zakuan memandu perodua myvi miliknya merentas negeri terengganu dan kelantan, terus menyusuri lebuhraya timur barat. hari-hari berlalu amat memenatkan, seperjalanan mula dari kuala lumpur menuju kerteh semata-mata demi tugas. kini destinasinya adalah alor setar. perjalanan waktu malam ini amat syahdu dan sejuk, mengenangkan ini adalah malam pertama ramadhan.

niat di hati yang suci untuk menemani ibu, setidaknya jika sampai awal bolehlah sama-sama bersahur. berpuasa di hari pertama kali ini amat berbeza bagi zakuan. setahun ayahnya pergi, kini ibunya bersendirian di rumah. walaupun jarak alor setar yang jauh ini adalah suatu kekangan tapi tetap dianggap subjektif.

saban hari di mindanya berpancar wajah ibunya, entah apa yang dilakukan di rumah. panas demam, batuk sendu dan lenguh-lenguh lutut mungkin dialami ibunya namun apakan daya tinggal berjauhan, demi mencari rezeki. ah, kali ini perjalanan akan lebih selesa, setibanya di sempadan negeri kedah.

menyusuri jalan persekutuan, masuk ke jalan bandaran dan terpacul di hadapannya papan tanda menuju lebuhraya PLUS. pantas stereng dipusingkan ke kiri dan ke kanan. membara di dalam hati membakar semangat dengan api menjulang tinggi, terus zakuan memecut laju menyusuri susur masuk sungai petani utara.

sudut lengkok jalan sememangnya disusuri dengan licin, kepala sama ikut teleng sudut sendeng turapan jalan. jalan yang lengang, tentunya bebas untuk memilih lorong tanpa berfikir panjang. lampu keretanya menerangi pandangan hadapan, sejauh mata memandang. tiba-tiba, suatu kelibat melintas.

ah! bukan kucing! bukan juga anjing. tanpa sempat membrek, objek yang melintasi jalan itu dilanggar. dalam hatinya kini hanya menanti dan membayangkan bunyi susulan yang mungkin bakal memberi wajah kepada objek tadi. gedeganggg!!! bunyi yang kuat kedengaran di bawah keretanya, lantas pemanduan menjadi lebih perlahan kini.

dalam benak zakuan, objek yang dilanggar tadi bukan sejenis hidupan berdasarkan susuk tubuhnya yang menyerupai suatu bongkah. mungkin kotak hitam? atau mungkin ketul kayu? tapi dari mana ia datang?

bunyi gelodak di bawah keretanya kini makin perlahan. tanpa ragu-ragu, zakuan terus memandu ke hadapan agar lekas tiba. malang tidak berbau, dilihat pada paparan, suhu enjin keretanya kini meningkat ke tahap bahaya. ah! tentu panas. tiada air kah? atau kesan dari perlanggaran tadi?

zakuan menyalakan lampu kecemasan lantas perlahan-lahan memberhentikan keretanya di bahu jalan. kini suasana girang menyambut ramadhan bergantu kerisauan dengan nasib yang bakal menimpa keretanya. oh myvi ini baru setahun umurnya.

akan tetapi, jauh dari belakang, zakuan melihat kelibat cahaya nan satu perlahan-lahan bergerak menuju ke keretanya. kenapa hanya satu? tentu bukan kereta atau bas. dilihat pada cermin sisi sebuah motosikal ditunggang oleh lelaki yang lengkap berhelmet.

"kenapa berhenti bang?"

zakuan cuak! siapakah lelaki ini. apakah mereka adalah jejaka yang baik hati ingin menolongnya. tetapi kenapa mesti lelaki ini? pelbagai andaian bermain di fikiran. zakuan kini runsing dan tidak dapat berfikir lagi.

"kereta saya tiba-tiba naik temperature."

"oh boleh saya tengok?"

"silakan."

dalam sibuk jejaka berhelmet itu memeriksa enjin keretanya, zakuan secara dia-diam memegang pengunci stereng yang diletakkan di kerusi belakang.

"rilex bang! sikit je. ini paip dia dan rosak."

fuh! zakuan berasa lega. kesyukuran dipanjatkan. tetapi zakuan khuatir kerana di waktu dini hari begini mana ada bengkel kereta yang dibuka. dia tidak mahu bermalam di bahu lebuhraya itu.

"tapi saya nak balik alor setar."

"tak apa. kami ni pomen. bengkel dekat saja di sungai petani. kalau nak towing kami boleh uruskan."

"saya macam mana?"

"abang naik dengan kami, suruh sapa-sapa ambil di sungai petani. sebelum pergi boleh ambil barang-barang berharga yang ada dalam kereta. takut hilang!"

setelah menelefon, abangnya bersetuju untuk mengambil zakuan di bengkel tersebut di sungai petani dan terus ke alor setar. abangnya menasihati zakuan supaya sentiasa 'follow up' dengan bengkel tersebut kerana kereta itu merupakan nadi zakuan untuk bekerja.


pagi esok.


"hello, encik kereta saya macam mana?"

"ok, kita sedang baiki. sikit jam lagi siap lah."

"berapa anggaran kos?"

" dalam seribu. mungkin tak cecah seribu."

"oh! mahalnya!!!"

"ada barang yang rosak teruk dan kena tukar. kalau tidak macam mana nak ok enjin ni. esok boleh datang ambil"

hari berikutnya

"abang, kereta saya dah ok?"

"dah ok."

"berapa?"

"seribu lapan ratus."

"eh semalam cakap seribu sahaja?"

"awak punya karburator, gasket, semua tu kena ganti juga. so, tambah harga lagi la."

"kalau datang esok akan jadi dua ribu lah?"

di dalam hati zakuan berasa sangat kesal dengan nasib yang menimpanya. apakah benar komponon enjin keretanya itu perlu digantikan kerana rosak? atau mereka mengambil komponen bari dan digantikan komponon lama? atau mereka telah mengaturkan semua kemalangan ini demi mengaut untung? dugaan ramadhan mengajar erti kesabaran.


sumber : zakuan, ex-housemate