Showing posts with label budak hingus. Show all posts
Showing posts with label budak hingus. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Persoalan Tipikal Di Usia Kecil

Pernahkah di masa kecil anda terfikir untuk bertanya sesuatu soalan yang dianggap sangat misteri meskipun kini ia telah terjawab menerusi pengalaman yang mendewasakan. Soalan-soalan ini biasanya tercetus apabila seorang kanak-kanak itu melihat suatu kejadian lantas ditafsirkan oleh mindanya sendiri, kemudian dianalisa tanpa mengambil kira faktor biologi mahupun sosial masyarakat. Analisa ini biasanya menemui jalan buntu. Mari kita lihat beberapa persoalan yang pernah muncul, mungkin anda juga turut mengalaminya atau tidak.

Caption: Budak ini miskin tapi kaya dengan senyuman :)

1. Asal kejadian manusia daripada tercantumnya 2 nukleus yang berbeza jantina kemudian membentuk zigot, sehinggalah embrio ini membesar hidup di dalam kandungan ibu dan fetus ini lahir ke dunia sebagai bayi yang comel. Namun bagaimana ia keluar dari perut ibu? Perkataan perut sering diguna pakai kecuali mereka yang membaca dan mengetahuinya adalah rahim si ibu. Di saluran manakah bayi dilahirkan? Apakah ia sama seperti proses penyahtinjaan (buang air besar)? Kanak-kanak selalu membayangkan seorang ibu yang sarat mengandung tidak sesuai berada lama di dalam kamar mandi atau tandas kerana digusari terberanak sewaktu sedang membuang air besar.

2. Biji benih hidup apabila ia dapat berjuang untuk hidup, dengan kehadiran udara dan makanan yang cukup seperti air dan nutrien tertentu. Sekiranya seorang kanak-kanak tertelan biji limau, nescaya dia akan panik dan terus murung. Kemurungan ini berpunca apabila dia membayangkan benih ini akan bercambah, dan mengeluarkan helaian daun (sama ada mono-kotiledon atau di-kotiledon) dan terus menjalar, membesar di dalam perut sehingga pada suatu hari pucuk daun pokok akan keluar dari mulut sewaktu sedang lena di atas katil. Oleh itu, tertanya-tanya sama ada apakah di dalam perut anda itu sedang bercambahnya tumbuhan yang telah anda telan biji benihnya?

3. Konsep benda hidup dan benda bukan hidup sering disalah tafsirkan. Sekiranya anda sedang bermain patung kertas, pernahkan anda menanda pangkah pada leher patung kertas tersebut? Perbuatan ini dilakukan kerana faktor kepercayaan karut yang diwarisi sejak turun termurun namun kelemahan dalam konsep ini diburukkan lagi apabila anda menontoh filem cereka ‘Chucky’. Ketika itu anda tertanya dalam hati bagaimana sesuatu benda hidup itu memiliki nyawanya?

4. Pernahkah anda terfikir bahawa wujudnya perbezaan proses biologi antara manusia miskin dan manusia kaya? Apabila kita membayangkan orang yang kaya, sudah tentu seorang kanak-kanak akan membayangkan lelaki kacak bertubuh sasa memakai sut lengkap bertali leher. Namun terdetik di hati untuk mengetahui sama ada raja atau sultan, apakah mereka juga membuang air besar? Membuang air besar tidak dianggap sebagai suatu proses dalam kitaran biologi iaitu system pencernaan tetapi dianggap sebagai sesuatu yang mengaibkan dan tidak manis untuk diperbincangkan. Semestinya seorang raja itu akan sentiasa wangi, dan sebagai kanak-kanak tidak salah jika anda menganggap seorang raja tidak pernah membuang air besar atau kentut.

5. Menonton televisyen dengan adik beradik dewasa lain selalu menimbulkan kontroversi apabila anda yang jahil bertanya soalan yang tidak relevan, atau terlalu berani mengeluarkan andaian yang nyata tidak benar. Apabila kanak-kanak melihat babak seorang wanita berlari ke tandas dan muntah, dia dengan pantas akan tahu perempuan itu telah mengandung. Ada golongan kanak-kanak yang berpendapat proses mengandung itu boleh terjadi dengan hanya seorang perempuan itu tidur di sebelah seorang lelaki tanpa melakukan persetubuhan. Ada juga berfikir proses mengandung terjadi apabila seorang perempuan dewasa makan nasi dengan banyaknya dan ada juga kanak-kanak apabila ditanya, “bagaimana perempuan itu mengandung?” Dia menjawab, “Kena rogol.” Oleh itu sebuah institusi kekeluargaan akan terperanjat dengan kenyataan yang anda perjelaskan itu. Namun misteri ini terjawab setelah anda berada dalam kelas Sains bab 1 di tingkatan 3.

6. Apabila menjelang hari raya, tentu anda akan dijamu dengan pelbagai juadah seperti ketupat, lemang, rending dan kuih muih istimewa. Untuk kanak-kanak yang langsung tidak ke dapur, mereka hanya tahu makanan ini tersedia untuk dimakan, tanpa mahu berfikir bagaimana ia dimasak dan proses-proses yang terlibat. Kanak-kanak sering keliru bagaimana datangnya lemang. Wajarlah sewaktu kecil, kanak-kanak apabila melihat pohon buluh yang tumbuh dalam perdunya akan menyifatkan di dalam batang buluh itu terdapat lemang. Namun kanak-kanak sentiada berasa pelik bagaimana beras pulut boleh berada di dalam batang buluh tersebut.

Sunday, June 5, 2011

6 Tahun Laskar Pelangi: 1992

Darjah 2, tak banyak memori yang dicatatkan. Masih segar di ingatan berada di kelas 2 Merah yang paling hujung mengadap padang bola sepak yang dipisahkan dengan semak samun parit sumbat. 1992 lebih baik kerana sudah tahu membaca. Akhir peperiksaan darjah 1 hanya berada tempat ke-12 dalam kelas, semestinya mengharapkan sesuatu yang lebih untuk tahun ini.

Nostalgia terbesar, bersama Naim dan Naqui setiap petang. Menjadi tetamu paling kerap berkunjung ke rumah cikgu Ee Teck Ong dan cikgu Ramesh. Mungkin kerana ayah Naim, cikgu Tajuddin yang menjadi rakan sukan dua guru bukan bumiputera ini. Kami tiada segan silu mengunjungi rumah bujang ini. Sambil baring boleh main permainan video Mario Brothers, agak haus dek panas teguk sahaja air sejuk dari peti ais di dapur. Cikgu Ee dan cikgu Ramesh memang hanya memberikan kelebihan kepada kami bertiga, keistimewaan yang tidak diberikana kepada orang lain.

Pernah sekali, kami yang memiliki perasaan inkuiri melihat serangga berterbangan, iaitu tabuan tanah. Menerusi kajian yang telah dibuat, akhirnya kami menjumpai sarang haiwan ini di sebatang pokok yang agak tinggi di tepi padang. Naim lebih dahulu menjumpai sebatang buluh yang bersesuaian panjangnya, lantas kami memusnahkan sarang tabuan tanah ini sehingga sebahagian daripadanya jatuh ke bumi. Lantas kami bertempiaran lari menyelamatkan diri dengan selamatnya.

Malang tidak berbau, petang ini latihan hoki diadakan. Cikgu Ramesh yang merupahan jurulatih pasukan hoki SKRKT turut berada di padang tidak jauh dari situ. Kami yang sedang gembira di kejauhan melihat tabuan menggila berterbangan ke sana sini bagai terpinga-pinga apabila istana yang sekian lama dibina rosak teruk. Tidak lama kemudian, kelihatan sebutir bola hoki meluru jauh keluar dari gelanggang lantas berhenti hampir dengan pokok tadi.

Kami dari jauh berasa amat panik. Mahu sahaja kami jerit supaya jangan diambil bola itu jika tidak mahu menerima padah. Apakan daya, kami hanya diam membisu melihat dari jauh. Seorang pemain hoki sekolah berlari mendapatkan bola hoki tadi. Seperti yang diduga, beliau dihambat oleh tabuan, dan disengat pada leher. Sungguh amarah dendam membara tabuan-tabuan itu, dendam kesumat! Kemudian bergegas mangsa itu dihantar ke klinik. Kami hanya diam membisu menyimpan kisah rahsia abadi ini buat selamanya.


**beberapa bulan lepas, terserempak dengan seorang kawan lama dan memaklumkan Cikgu Ee sempat memeluk Islam sebelum beliau meninggal dunia di usia muda kerana sakit jantung. Sedih mengingatkan kenangan lalu, beliau amat serius melatih pasukan bola tampar.

Tuesday, May 24, 2011

6 Tahun Laskar Pelangi: 1991

Terdapat pelbagai reaksi, ada yang menangis berlinangan air mata, berjujuran tanpa henti. Ada yang tenang, senang dan bersahaja namun apabila ditanya hanya anggukan atau gelengan kepala sebagai jawapannya. Ada yang kaget, meliar matanya mencari ibu yang mungkin merenung di mana-mana sudut tingkap bilik darjah.

Hari pertama persekolahan sememangnya menuntut ibu bapa untuk turut sama hadir ke sekolah, tunggu dari mula hingga akhir loceng sekolah berbunyi. Namun itulah upaya pendokong kejayaan anaknya yang mungkin suatu hari nanti bakap menjadi seorang peguam, tentera udara, peniaga pasar malam mahupun juruwang restoran makanan segera.

Di mana posisiku ketika itu? Mungkin kerana dibesarkan di dalam keluarga yang besar bilangan adik-beradik jadi aku harus hanya tempuh hari-hari ini dengan sekuat hati, kerana itu sahaja pilihan aku. Guru kelas, Puan Zainoor Aini. Tubuhnya besar, persis seorang ibu biasa cuma dia seorang guru oleh itu harus bergaya lebih sedikit berbanding suri rumah kampung.

Aku berada di dalam kelas yang dimuatkan 52 orang pelajar. Kerusi panjang yang sama seperti di kantin, kami duduk bersama bersebelahan. Aku melihat ada yang masih belum bisa memegang pensel dengan sebetulnya. Ada yang dari awal melihat muka aku, ya aku hodoh tapi kamu sememangnya berbau kuah laksa, comot bajunya dengan gigi hitam rongak di mana ada.

Kringgg!! Semua yang berada seisi kelas terus meluru lari keluar menemui ibu dan bapa masing-masing. Aku ke belakang, mengambil bekas makanan dan berjalan keluar, sambil meneguk sisa air teh yang sudah dingin-dingin rasanya. Tapi aku merasakan suatu jarak yang amat besar, yang memisahkan aku dengak keriangan kanak-kanak lain.

Aku sedar, kekurangan ini harus aku lawan, supaya standing dengan yang lain. Apa yang membuatkan aku berfikir gaya dewasa, lupakan seketika. Lihatlah banyaknya buah belimbing besi yang kekuningan, pokoknya hanya beberapa langkah dari kelas 1 Merah. Ayuh baling apa-apa yang ada, supaya buhanya jatuh ke tanah, kemudian dibasuh dan boleh merasa manis atau kelat, dibuat sebagai makanan sambil berjalan pulang. Rumah tidak jauh, tapi aku memilih untuk melalui jalan pintas, merentasi belukar dan rimbunan perdu buluh yang membuatkan tanahnya gelap dan lembap, serta sesuai untuk pembiakan binatang berbisa.

Menggendong beg besar, yang labuhnya sampai ke paras lutut, aku masih mampu meneruskan perjalanan. Di kepalaku hanya ada beberapa agenda, mahu mempunyai getah pemadam berbau strawberi, mahu beritahu emak bahawa baju abangku ini besar sangat, kurang selesa dan jangan lupa pesanan dari cikgu bawa berus gigi. Esok ada jururawat akan mengajar teknik penjagaan gigi yang sempurna. Siapa lupa, akan diberi daun lalang untuk memberus gigi. Takut juga! Tapi ketakutan yang paling besar bagi aku adalah setiap kali berapa dalam kelas Bahasa Melayu, kerana aku masih tidak tahu mengeja, kerana aku tidak ke sekolah tadika.


18 May 2011: Tiada lagi kamera DSLR nikon, laptop Toshiba dan Compaq serta beberapa barang peribadi lain.

Monday, October 11, 2010

berfesbuk

Hasmida Hj Isa Abby jamuan raya??? da abis la syed nahar b abdullah oiiiii....

Nahar Abdullah bahaha..ye asmidar! hahaha.. klasik pula aku spell nama ko asmidar.. mcm ogy ahmad daud la pulak...

Hasmida Hj Isa Abby ishhhh salah spelling ko tu....hasmida la hehehhee....lupa nama aku ekkkk

Nahar Abdullah mmg la, tapi skolah dulu panggil asmidar...sape asmidar? anak pak kasim.. kan?tapi pesal nama ayah ko hj isa..kenapa panggil kasim???

Hasmida Hj Isa Abby ala nama glamour la....hehhehe ko ingat lg ekkk nama ayah aku...

Nahar Abdullah mesti la igt..kedai makan ayah ko tu..pagi2 aku pergi beli nasik lemak.. 20sen je. skang mana nak dapat? hahaha.. tepi tu ada kedai akak maria n kedai gunting rambut ayah zamzuriani...

Hasmida Hj Isa Abby yup betu...tapi skang maner ader da sumer tu....kedai gunting ada lg tapi nani da tak duduk situ kak maria pun da tak ada kat situ.....sumer da berubah la....

Nahar Abdullah dulu2 aku berusaha keras naik basikal pergi kedai eda untuk beli ais kepal pakcik yunus.. tepi tu tgk ada pula kedai pomen ayah yati. nampak kereta kecik kaler oren..balik aku corner jauh skit jalan kat area rumah ee sebab aku malu korang dah mula menuju sekolah agama. aku kan tak pergi sekolah agama..haha malu jer!

Hasmida Hj Isa Abby ooooo.....masih segar di ingatan aku kenangan masa kita kecik2 dulu...mlm2 masa tu kita standard 6 p class mlm kan....eiiii takut hantu....ehmmmm ko ingat tak kita nyer school ada wat expo masa tu kita baru standard 4 kot ekkk....ker 6 haaaa???

Nahar Abdullah expo? yg kena beli pakai kupon tu ke? aku terlibat sama dida jaga booth rojak. then kita org blur bila cikgu saripudin (abg mahzam) tiba2 garang2 suruh cepat2 potong hidung nenas. orang mata nenas..tapi dia over eksaited pulak sebut idung. ...ceh..ahahaha.. darjah 6 masa ni, sebab aku ingat lagi ilyani khalid bagi aku kupon percuma satu stack! haahaha..zaman ni aku banyak habiskan kehidupan dengan usop, azami, pejo..sebab kami duk jauh. hahaha...

Hasmida Hj Isa Abby ehhmmmmbetul tu...ehhh ilyani dok maner ekkk skang?? aper citer dia?? ko tau??dulu kita ada 2 usop kan....skang da tgl satu jer....cikgu ee pun da pergi meninggalkan kita ...tapi alhamdulillah dia pergi membawa ISLAM dalam diri....

Nahar Abdullah ilyani ntah la..last dgr dia pergi australia kot. ntah sapa cite aku pun tak ingat. tak rapat sgt dgn dia.yes, kita ada usop bakar n usop ghani..usop bakar yg duk base camp tu, usop ghani yg kecik2 aktif sukan tu...kecik tapi lari laju.eh c...ik ee teck ong (lupa nama dia), meninggal di mana? dia baik giler kan. dulu satu rumah dgn cikgu ramesh..

Hasmida Hj Isa Abby dia baru ajer meninggal ehmmmm bulan lapan ker tujuh lepas.....tgh main volleyball katanya jantung....anak ada soranng...kawin ngan cikgu gak...wife dia org kl...Alhamdulillah la dia da masuk islam....usop ghani pun da meninggal...masa form... 3... ko tau??

Nahar Abdullah hahhh??? usop ghani tu??? kena apa??? kesian nya.. dia ada sedara2 dengan tok nan. kalau ko knal tok nan la yg ajar aku mengaji..then tok nan meninggal aku tak pi sgt dah...usop ghani umah dia kat area sekolah menengah tu kan?? eh eh!!! ter...gezutnya aku!!!!

Hasmida Hj Isa Abby da lama pun dia meninggal katanya sakit ....tapi x pasti sakit aper... masa tu baru abis PMR...result x kuar lg....rasanya dia sakit paru2 kot...tok nan yg dok kat umah salwa tu ker??

Nahar Abdullah haah...toknan tu ada kena mengena ngan salwa bahari gak..diorg kan sedara mara ngan wahyu anak pakcik wahab tukang kebun tuh. kesian usop, aku bleh ingat lagi dia ngan akak dia nama mardhiah kot. usop dulu rumah biru, kami sama2 masuk 4x200... relay tapi aku rumah kuning dapat la emas hahaha..sebab sham terel sgt lari laju. olahragawan... tak tau langsung dia dah meninggal. sedihnya...addi tak bgtau pun, masa aku praktikal kat TNB, ada beberapa kali jumpa nazri, addi.. maybe sbb dah terlalu lama dia meninggal.. nazri tak bajet aku tak tahu..

Hasmida Hj Isa Abby mayb la kot...ala da lama sgt pun....ko sama aku ar umah kuning...sama2 masuk lari kan....tapi sayang aku x dapat olahragawati thn tu...tapi x apa masa kat sek menengah dulu dapat gak merangkul gelaran olahragawati...hehhehee...tercapai has...ratku....Alhamdulillah...

Nahar Abdullah ko atlit ke skolah menengah? hahaha... ye lah ko kan pegang gelaran menantu...fevret cikgu aini utk dijodohkan dgn sham. tapi azlina tetap setia menanti sham. hahahha... kelakar btul!eh aku baru add rohaida. dia dah kawen. mcm knal je suami... dia. muka mcm cumi atau rosaimi adik nazimah rumah tepi rumah afzan.. ye ke atau aku silap??

Hasmida Hj Isa Abby mmg cumi @ rosaimi....tapi bukan adik nazimah la...adik nazimah tu mat si nazimah kawan kakak ko .... maner lak menantu pilihan ko ni memandai ajer...skang sumer da ada family sendiri la....da bahagia pun...dorang pun mungkin da lupa aku......ko add la sham cikgu ani n ramai lg ...

Nahar Abdullah eh...cumi bukan mat ke? mcm org yg sama je? memori aku terputus seketika. sham ada fesbuk ke? apa nama dia pakai?? tak mo la add cikgu aini, add sham ok la kot...hahahaha..oh ye! baru ingat! mat tu nama dia muhammad! cumi rumah kat mana? ya...ng aku ingat yusaimi je yg jual apam balik kat pasar malam tu..

Hasmida Hj Isa Abby cumi rumah sebelah rumah rohaida la....hhheheee....sebelah2 ajer dorang dok....sham pycha ko cari ar n add dia...dia pun da kawin...ehhhh eda da kawin ko tau dak???

Nahar Abdullah eda siap hantar kad pada aku. dia sms minta alamat. tapi tak dapat pergi sebab aku kerja. ko pergi tak?



...at least fesbuk dah boleh mengembalikan aku dengan kenangan lama. tapi aku terkejut yusof ghani sudah meninggal.. alfatihah!

Thursday, December 24, 2009

kenapa lambat?

tingggg.... **ada message masuk**

"RM0. JOM GELAK sampai terbalik! Ceriakan hidup anda dengan lawak yg pasti menggeletek anda! Muahahaha. Cuma 30sen/hari. Hantar DAFTAR LAWAK ke 27800 sekarang!" daripada maxis 27800.

arghhhh! tension mendapat message yang lebih kurang setiap hari dalam 5 atau 6 kali. mengapakah masalah ini membelenggu aku? meskipun sudah banyak menyatakan hasrat tidak sudi menerima message junkie begini pada setiap kali operator maxis bertanya khabar, membuat kaji selidik kepuasan pengguna post-paid.

namun kini, aku sering merasakan diri aku tidak gembira. walaupun aku ketawa, tapi ia tidak bermakna aku puas dengan apa yang ada. perasaan ini bukan paksaan atau pun dicipta sendiri tapi ia hadir dari lubuk nurani secara semula jadi.

aku berfikir, kenapa aku selalu menjadi yang terlambat untuk setiap perkara? diam-diam aku mengambil pen dan kertas, merencana garis keluar setiap bukuan minda supaya dapat motivasi diri. lambat? terakhir? tidak moden? tak tahu? mari lihat senarai yang sempat dicatat :

1) sewaktu rakan seperjuangan memecut laju kenderaan masing-masing sewaktu di kolej, aku masih beum memiliki lesen memandu. jangankan gear, warna minyak hitam pun aku tak tau. saat menumpang seorang kawan, radio era ditunekan. mendengar jenaka apek senario di konti bersama soalan-soalan yang dianggap bodoh dan kelakar oleh kawan aku, "apakah warna minyak hitam kereta?". soalan itu telah membuat manusia di sekeliling aku gamat ketawa. aku turut ketawa tapi jauhd i sudut hati memikirkan jawapan soalan tadi.

2) zaman persekolahan, aku menggunakan kotak pensel yang paling basic, iaitu kotakp ensel yang cuma ada dua komponen. bekas dan penutup, itu sahaja yang menjadi peti simpanan pensel merah HB, pisau belit, pemadam (dihiasi dengan gambar serta ada bahagian atas pemadam itu bewarna hijau) dan pembaris yang skalanya sudah kabur. berbeza dengan addi nul hanif yang cukup advance, kotak pensel beliau cukup moden. tekan sahaja punat ini, keluar pembaris. tekan itu keluar pengasah. pintu kotak pensel ada 2 belah, di bawah dan di atas. pensel semua panjang-panjang, berjenama stabilo dan terdapat beberapa batang pensel yang tak perlu diasah. tak perlu diasah? ya, jika mata pensel sudah tumpul, pindahkan saja ia ke atas dan secara mekanikalnya, mata baru yang tajam akan muncul. diikuti dengan ketaksuban terhadap pensel petik/picit (di kelantan lebih dikenali sebagai kalam pecet) yang terdapat di pasaran dalam pelbagai warna, saiz serta pakej (beli pensel mekanikal dapat ubat pensel serta pemadam, dalam paket). begitulah peredaran masa yang aku tak dapat mengejarnya. paling sedih jika dikenangkan perihal pensel warna LUNA, kasut sekolah, brek basikal alloy, sticker pokemon dan sebagainya.

3) henfon! ya, henfon aku memang tak canggih. sehingga kini aku masih menggunakan model vodafone yang paling basic. hitam putih, hanya boleh sms serta menerima/membuat panggilan. selebihnya jangan ditanya. tahukah anda perasaan ketika ingin menjawab panggilan? apabila henfon berdering, anda melihat manusia sekeliling. dalam LRT yang sesak, dengan para pelajar sekolah yang bermain memegang I-fone, aku menjadi serba salah untuk menjawab panggillan. jika pemanggil itu bukan mustahak bagiku, akan aku tekan butang silent atau reject call saja kerana aku tidak sanggup dihina dalam hati oleh setiap pengguna LRT.

4) sewaktu di sekolah menengah, persatuan pengakap merupakan organisasi yang paling lemah, buntu tanpa aktiviti. pasukan pancaragam merupakan yang paling aktif, semua pelajar (yang sukakan keindahan seni) ingin menyertainya. oleh itu selain daripada warga zuhrah, hanya mereka yang cantik sahaja diberikan peluang oleh cikgu zul seperti norhafiza osman. pelajar lelaki jangan mimpikan cikgu zul, di makmal kemahiran hidup pun akan dimalukan oleh cikgu noh bin lasa. ketika di tingkatan 4, aku menyertai pasukan pancaragam. aku yakin, ramai yang tidak tahu akan kewujudan aku, muktamir mukhzani dan beberapa lagi. kami membawa hati jauh ke kelas-kelas yang kosong untuk melepak, tidur serta berbual. tiada rakan pancaragam yang bertanya khabar apatah lagi mahu memberikan tunjuk ajar seperti mana pada ketika itu aku melihat faizah irnawati diberikan watak bermatin kastenat, rafidah bermain drum serta nazrizawati yang sememangnya mereka bukan pelajar zuhrah. kami terkilan, terutama ketika mengisi buku ko-kurikulum. pelajar lain memujuk cikgu dengan merajuk-rajuk walaupun untuk naikkan lagi 2 markah. kami yang sememangnya disisihkan terus dimarahi guru dengan diberikan markah yang sedikit (tak boleh cerita, private). kami berbakat tapi tiada peluang (statement bunuh diri).

5) aku tidak popular, seperti yang aku berkehendakan. namun, apabila keputusan kuiz fizik, ramai yang tidak tahu aku bukan sekadar menyertai kuiz tersebut padahal aku mendapat pencapaian kepujian bersama seorang lagi pelajar (sama ada firdaus atau syueib). namun, ketika guru memberitahu terdapat seorang pelajar biologi memperoleh kepujian, masing akan menuduh ia milik zul affiq dan faizal uzairi (hasanul tak masuk sebab dia tak available weekend tu). sehingga kini mungkin ramai rakan rapat yang belum tahu, tak mengapa di sini aku memberitahu.

6) aku lemah dalam subjek pendidikan islam. ustazah rohami dan guru-guru agama yang lain akan memarahi aku setiap kali keputusan peperiksaan diberikan. aku akui, aku bodoh dalam tajwid. bahagian awal, dari nombor 1 sampai 10 aku memberi jawapan yang sama iaitu mad arith lisukun. mudah-mudah terkena 1 atau 2 yang betul secara kebetulan. aku tidak pernah menjejak kaki ke sekolah agama rakyat semasa di sekolah rendah. namun semasa di seratas, semua guru agama menyifatkan semua pelajarnya sudah reti. oh sekali lagi aku diabaikan. ia masalah yang sama ketika berada di dalam kelas bahasa arab yang mana aku tak pernah lulus buat 5 tahun pembelajaran (5 kali 4 ujian = 20 kali tak pernah lulus bahasa arab). tapi aku tidak malu jika kawan-kawan sibuk nak tengok kertas, aku berikan dengan hati yang terbuka. tak pernah nak cakap "wei hang dapat berapa? aku dapat rendah ja....90 ja..." padahal markah aku 37 sahaja!

7) sewaktu bersekolah rendah, rumahku jauh dari rumah. sudah banyak kali aku menyatakan aku tidal larat untuk membuat kayuhan terutama ketika pulang ke rumah. beberapa kilometer, membuatkan lutut aku mengalami disfungsi kerana perut yang lapar gagal menyalurkan tenaga yang kuat. di tambah pula pukul 2 petang perlu ke sekolah lagi jika ada tuisyen. so, aku tak pergi tuisyen. lebih membebankan lagi adik aku si nazwan tu menumpang aku. oh sungguh berat!! setiap kali melihat pelajar yang berebut menaiki tangga bas, aku merasakan bahagianya tak payah kayuh basikal bawah panas mentari. jika berselisih dengan bas, aku akan kayuh selaju mungkin supaya bas itu tidak memotong aku di mana kawan-kawan aku di dalam bas itu akan mentertawakan aku sambil melemparkan ais ketul. oleh itu, lurah dinaiki atau dituruni, aku tetap kayuh laju-laju. jarak dianggarkan 5 kilometer. selepas itu, aku berpindah lagi jauh dan jarak itu menjadikan mustahil untuk mengayuh basikal oleh itu ayah aku membenarkan aku menaiki bas. aku suka mengayuh basikal jika basikal itu adalah basikal BMX atau yang setaraf. tetapi basikal yang aku guna itu adalah basikal yang menyerupai makcik-makcik pergi beli sayur.

8) aku merupakan pelajar yang menerima RMT atau dengan nama lain adalah rancangan makanan tambahan. aku bersyukur kerana kuantiti makanan agak banyak. namun dari isnin hingga jumaat, tiada menu nasik lemak. aku menyukai nasi lemak, terutamanya nasi lemak cikgu yang berlaukkan ayam goreng. sungguh emosi melihat sham bersama ibunya makan di bahagian dalam kantin. sham tidak memakan kulit ayam yang masin-masin sedap, dia membuangnya. ketika itu aku rasa sungguh hina kuah laksa RMT ini yang hanya rasanya seperti kuah kertas tisu kisar. aku masih mengingati nasi lemak SKRKT sungguh sedap dan aku menjamahnya sekarang!!! ya sekarang juga!!!

9) hobi masa lapang aku di seratas adalah membuat kerja amal. membuat kad dekorasi ucapan merupakan yang paling hangat, aku mengambil upah percuma. berbekalkan kertas, perca, pen yang dipinjam sertas potongan kartun majalah ujang, aku menyiapkan sebuah kad yang sungguh kreatif (kreatif padahal tahap minda umur 15 tahun pada 1999). saingan sengit daripada pencabar ahmad baqi tidak pernah melunturkan semangatku. baqi menggunakan bahan yang dibeli dari pasaraya besar di pulau pinang, manakala kertas dan perca aku hanyalah lebihan daripada norasheedah abdul razak yang banyak membantu. prop yang kurang, aku sekadar berharap kepada design dan tema sahaja. berbeza dengan ahmad baqi yang lengkap dengan gam UHU, kulit kerang, 'mountin' board (tak tahu spelling), pen dakwat basah dan sebagainya. namun aku bersyukur karya aku tetap disebut-sebut sehingga kini setelah aku menerima pujian untuk kad sempena persaraan uncle joe tempoh hari di MTD.

10) yang terakhir amat pendek. aku ingin menyoal setiap guru seratas, "kenapa bagi aku sijil berhenti sekolah dengan kelakuan yang sekadar BAIK". aku mengetahuinya setelah aku berada di UTM, di mana aku terlihat sijil berhenti sekolah milik mohd hakimi bin abdul rahman (mat nate) yang jelas tertulis "AMAT BAIK DAN TERPUJI". aku tidak menyangka akhlak mereka begitu, benarkah mereka betul-betul memiliki akhlak terpuji seolah-olah aku membayangkan akhlak rasulullah. oh sungguh tidak adil! sehingga kini aku menyalahkan pengetua tuan haji ahmad roli bin hasan ke atas kegagalanku memasuki matrikulasi. dia ambil, peram lepas tu esok tarikh tutup baru hari ni nak bagi dan menyatakan dia tak mahu sign. sungguh hina akhlak itu!


sekadar gambar hiasan, tatkala kesunyian aku sering kali berYM dengan kenalan lama di new delhi dulu. tika ini beliau pulang ke paris. beliau adalah guru bahasa peranchis di sebuah kolej swasta di lajpat nagar.

Friday, November 20, 2009

flashback to 90s

kalau korang ingatlah...

kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask. lagi satu Gaban dan kesatria baja hitam. flashman ngan maskman jangan cite lah start kul 4.30 petang.

waktu petang tengok cite pasukan bola tampar jepun, dialih bahasa. tak salah tajuknya Mairo Attack dengan trade mark 'terimalah piring terbang'! huh dibalas dengan lompatan 3 summersolt. hahaha!! satu lagi cite Akantare yang heidimatsu mewarisi kilang membuat Momohiki. pastu cite Ring Hanikoma. aku suka tengok cite bola sepak kartun tajuk Kickers. kalau drama moden yang aku ingat cite oh my home atau dalam bahasa jepunnya adalah ah wagaya.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah sebab memang diarahkan suh bawah berus gigi semalamnye? hmm, mesti pegang cawan atau kole warna-warni kan? . mencangkung kat tepi longkang dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah, gila lemah lutut kita! ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 50 sen jek beb.....paling kelakar tengok geng-geng poyo yang meipu membaca buku konon, salin sinopsis je. alah apa nama program buku nilam?

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan. kelepap!! kan ?

nasik lemak bubuh kuah laksa? mee goreng bubuh kuah kari? haha..semuanya cuma 20sen jek kat kantin.

korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo, marco tapak hijau atau Pallas Jazz. kalau nak bergaya sikit mestilah kasut spark Bata atau twinkle yang iklan dia dia blink-blink bintangnya. konon kalau tengah malam lintas jalan mesti tak eksiden punya. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa.......

internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. tu pun cite melayu paling hangat adalah sembilu I dan II.

kite pegi kedai runcit, beli Cikerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum, gula-gula yang dapat cincin tu. tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la (ekceli jutaria), Donkey la, Happy Family. (watak paling aku ingat dalam happy family adalah ; stanley stone, barbara bun dan daisy dose)

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim kat tepi gate luar skola tuh....ais krim potong yang di tenyeh dengan kacang tumbuk.

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. best dapat RMT sebab makanan banyak, panas dan minum air kotak susu coklat free.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa... tapi rounders pukul dengan bola getah, bukan yang keras macam orang besboll main tuh.

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang lidi cungkil-cungkil, 'Pepsi Cola one-two-three' , zero-point, 'Police & Sentry', main kejar2 duduk.....

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen, ais-krim Pong kot? Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! bleh share!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik dengan getah. main masa cikgu mesyuarat. hmmm...ni pun kita main dulu ni. baling-baling kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah main patung kertas yang bleh salin-salin baju tuh. alah dekat dia punya baju tu kertas tu ada macam cangkuk kena lipat sangkut kat bahu patung kertas tuh. siap ada yang tahyul kata patung tubleh hidup so calit pangkah kat leher dia. ni semua pengaruh filem child play. jahat ko chucky! pastu dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl'. yang budak skang tau, yg Westlife nyanyi.......bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam..

AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. apatah lagi diorg tak percaya penah ada TV hitam putih..... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. tapi ada jugak yang reti tu pun kalau umah dia pakai TV yang berusia lama.

dan diorg tak rasa macam mana teruja nak pakai henpon masa kat univesiti. fuh di awal-awal kewujudan henpon, jenama pun kelakar jek. pakai siemen yang bentuk macam kepala usop sontorian tuh. hahaha..lempar kat anjing sure anjing tu cepet kakinya.


pernah tak naik bas ni? gila macam nak kanser otak aku bergegar!

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile tengok budak-budak kecik main komputer, selamba je main warcraft, dota dan half life.
4. kita geleng kepala bile nengok budak-budak skolah menengah guna handphone yang ada 3G. siap buat video call lah, komen fesbuk kat henpon jek.
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu.
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir jugak walaupun rasa macam tak semua yang aku tulis korang alami. tapi at least, ada lah jugak. sedih ke rindu ke atau malu? ntah..tapi tetap perasaan tu ada.

pantasnya masa berlalu!!!
**p/s : isi asal aku copy n paste jek, tapi banyak benda yga ku tokok tambah apa yg pernah kualami. hehe..

Monday, September 28, 2009

kanak-kanak di aidilfitri

ini baby mek nurul, namanya nur alisa erdina kot? lupa lah panjang and complicated sangat.

this is maimunah. ali mana?

syazanani binti shamsuri.

haaa!!! ini hasha yang telah didapati masuk ke bilik belakang lalu memakan minyak rambut. haha..

rahimee dengan baju melayu saiz kecik.

mahathir makan sausage ke carrot bakar?

aiman and jaja.

sarah comot makan aiskrim.

Monday, September 7, 2009

syazanani

ini nursyazanani, anak sulong kepada paksu dan maksu kathy merangkap sepupu saya. seorang kanak-kanak periang dan suka bergaya. tak payah suruh pun dia reti posing depan camera. cayalah!

sengih yer?? hahaha... seksi sangat ler tuh.

Friday, September 4, 2009

baby hasha

ini adalah my brother's very first daughter, nama hasha. ada yang kata ia adalah gabungan nama sha dan kak wani tapi ternyata tidak. hahaha..baby ini sangat obesiti. ini gambar lama, yang terbaru dia dah kurus skit tapi still berat dan obes. kira diet yang dijalankan kurang berkesan. baby ini suka bermain air liur,oleh itu pipinya yang tembam itu selalu dibasahi air liur. hahaha.. jarang jumpa dia ni sebab dia selalu lepak rumah semi-d baru milik ayah n mak dia di taman sinaran hijau. nama macam taman angkasa lepas alien mana ntah.

Tuesday, April 7, 2009

usop 'burn' yang ligat

"cak cilok hat-hat, cak cilok koci lompat, nestum nestat pak ali tukang cat, babi bulu pak itam jilat? weyyy...mahzam jadik! larikkkk!!!" sekumpulan anak-anak kecil darjah 5 kuning lari bertempiaran bermain "aci-kejar".

tawa riang anak-anak ini bisa membuatkan hati kecilku mendesik kata kasihan buat mahzam yang terpaksa dibuli kerana tubuh yang montel. usap bakar dan addi seraya berlari keegoan dengan yakin mengetahui akan mahzam tak berdaya mengejar mereka.

"weyyy....kali ni puas lari! mesti sampai loceng bunyi pun mahzam jadi lagik. hahahaaa..!!!" pekik usop bakar dengan gahnya. sambil berlari, dia mengekori belakang rohayati yang tika itu membawa buku latihan yang dipesan cikgu ani untuk dibawa ke kelas. rohayati memang ringan tulang, sesuai dengan tudung merah jambunya sebagai pengawas.

"pap!!" usop bakar terus belari laju dan sejurus rohayati menjerit, "aaaaaaawwww!!". namun rohayati berlalu pergi tersipu-sipu menahan malu setelah punggungnya ditampar usop bakar. terbakar hatinya untuk membalas dendam namun kudrat memikul himpunan buku yang meninggi membuatkan dia lekas-lekas ke kelas. "jaga hang usop! aku cerita kat mak hang!"terkeluar suara kecil rohayati.

di situ pula kelihatan rosne azlin, nurhaida dan hasmida bermain 'zero-fence'. setiap kali peserta memulakan lompatan getah, mereka berwajah serius, fokus dan kental. selepas berjaya membuat lompatan aras kepala, hasmida memasuki fasa tarian. serentak rosne azlin dan nurhaida bernyanyi sesama mereka, "blue black ikan tosei, si-li-ar-li-ar-wer, mother-mother i can see...one! two! three! four! five! six! seven!..."

"gedebuk!!" hasmida jatuh, kakinya diselit usop bakar! hasmida hanya mampu menangis kerana tariannya yang hanya tinggal 3 saat itu telah terbatal. usop bakar sungguh girang, berlari tanpa henti. sungguh bebas...... riang..... tanpa sempadan...! terus menguatkan hayunan kaki usop bakar melangkah jauh sambil mendepa tangan gaya kapal terbang.

"kringgggggg!!!!!" loceng berbunyi tanda masa berehat telah tamat. namun sedikit pun tidak mematahkan semangat usop bakar untuk terus berlari. "weyyy..chop! aku nak masuk kelas dah,"pekik mahzam. "hahahaaaa.... hahahahaa!!!" usop bakar terus menggelakkan mahzam yang tercungap-cungap di pintu pagar sekolah. langkah demi langkah, usop bakar mengorak makin laju. tiba-tiba...

"piyekkk!!" bagai dilintasi malaikat, semua para pelajar terpaku. melihat larian usop bakar yang berhenti secara tiba-tiba. seorang demi seorang berlari mendekati usop bakar. "aaaaarrrrgh hahaha...wuhuuu! hahahahaaaaa!!!!" semua yang melihat kejadian itu mentertawakan usop bakar kerana terpijak tahi lembu.

Wednesday, March 18, 2009

5 kuning dalam memori

aku saruk stokin, pastu jalan kaki tunggu van tepi jalan. setiap kali ditahun baru, bukak sekolah budak-budak akan semangat nak gi sekolah. baju kemeja baru, putih bersinar dengan kolar yang masih keras terpacak, smart dipakai topek. aku tahu baju tu baru beli. topek baru melepasi aku, menuju sekolah dihantar kakak die yang baru bertunang. mereka bertolak jauh dari batu 6, keluar pagi-pagi, 4 org atas satu moto bersama 2 lagi adiknya. suatu pemandangan biasa. pertengahan tahun 1990an pil perancang sukar didapati sama ada di klinik dokter venka, pasaraya, toko ubat mahupun kedai tabib cina. aku mula terbayang perasaan jeles yg bakal dialami sewaktu perhimpunan pagi ni. aku perasan even kakak topek pecut laju pulas minyak, kolar baju topik sikit pun tak berkibas. sah baju baru! sifat mazmumah aku yg suka melengahkan masa memaksa aku pakai kasut marco murah yg bertapak hijau ni ke sekolah dengan 70% masih basah walaupun aku dah jemur semalaman bawah peti ais.

hari isnin, perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa. semangat abang mahzam, cikgu saripudin berdiri tegak menyanyikan lagu negaraku, kelibat hafizzudin menaikkan bendera semakin perlahan setelah mendahului melodi nyanyian. sewaktu cikgu rodiah yang bersuara persis petir memanah setan berucap sebagai guru bertugas, aku mendengar addi berbicara soal kasut jenama spark barunya yang sungguh canggih siap dengan pemantul cahaya. mataku menjeling teman-teman dari kampung perah, sebahagian besar berselipar, sambil rizal yang masih selsema pagi terkedu-kedu menyedut hingus. "esok sapa nak pesan nasik lemak?" ujar azlina. "esok mak aku kata sapa nak order burger kena bagi duit hari ni 7 kupang," rosne azlin menyampuk. aku terbayang burger daging tanpa mayonese yg dibelah dua dan dibalut tisu kertas bewarna kuning yg biasa dibawa rosne tahun lepas. tamat ucapan, kami semua bernyanyi lagu perak nombor 1. serentak bahu anak-anak skrkt membidang ke atas menarik nafas dalam tiap kali tiba di not-not tinggi bagi mengawal pitching. kemudian, satu demi satu barisan berbaris keluar menuju ke kelas. para pengawas sibuk mencatit nama mereka yg lewat atas buku 555 dengan pensil yg intergrated ada pemadam kat atas.

tiba di kelas 5 kuning, tibalah masa untuk bergurau senda selagi guru sibuk bersembang di perjalanan. nurhaida yunus dengan bangganya mengeluarkan pensil kaler luna yg baru dibelinya, cukup istimewa kerana bukan 12 tapi 24 batang kesemuanya dari putih ke hitam. di bahagian bawah kotak diberikan pengasah percuma. menurut nurhaida, "pengasah ni kalau guna jangan tiup, nanti tumpul". yati segera mengiyakan. dikeluarkan pula krayon jenama buncho olehnya bagi meraih kagum dari teman seperjuangan. aku bertanya, "eda..kalau aku nanti masa kelas seni boleh aku pinjam?" pantas nurhaida menjawab, "boleh tapi masa kaler jangan tekan. habis guna susun balik dari kaler putih sampai ujung skali kaler itam". aku cukup terharu mendengar jawapan nurhaida yg berjanji memberi pinjam. addi pula mengeluarkan pensil canggih, belum pernah siapa memilikinya. menurut beliau, pensil itu dibeli khas di pasaraya EEQ. bahagian utama pensil itu berbau haruman pisang vanila. setiap mata yang tumpul boleh dicabut dan dimasukkan dari belakang dan secara bergiliran, mata baru yg tajam akan berada di hadapan. tercengang yusuf dan mahzam. tidak cukup dengan itu, addi terus menambat pesona kami pabila mempamerkan bekalan mata-mata pensil untuk stok beberapa bulan, bukan satu tapi 3 papan! menurut addi, "ni abang chik aku yang beli".

suasana kelas 5 kuning bertambah meriah, riuh macam pasar mini po-ai. zulhamidulisani dilihat terus bercerita dengan penuh perasaan, dikelilingi azura, zamzuriani dan rohayati. hamidah menggelengkan kepala tanda membantah. azizul amin yg merupakan ketua kelas dengan berani memukul meja guru dengan pembaris kayu cat kuning yg berukuran 1 meter panjang dan lantas menjerit, "sapa bising aku tulih nama!" yusuf dan mahzam segera menekan hidung masing-masing meniru perwatakan seekor anak babi comel sebagai tanda protes terhadap azizul amin. dalam kemeriahan suasana hingar ini, tiba-tiba kedengaran satu pengumuman, dibuat sekali lagi oleh azizul amin, "cikgu ani dah datang!". semua para pelajar 5 kuning kembali ke tempat masing-masing bagi bersedia memulakan sesi pembelajaran.

Friday, March 13, 2009

impian seorang kanak-kanak

kecik dulu ayah aku garang, tapi dia takkan lupa kalau balik dari kedai mesti belikan aku cekelat. fevret aku cekelat kandos. tapi kalau dapat cekelat hacks pun tak pe lah. aku tau ayah aku lupa nak beli, just dia bagi apa yg standby dlm poket. namun, aku punya cita-cita tatkala di usia itu, segalanya bermula dengan ayat 'kalau aku ada duit aku nak beli...'. meh aku list apa yg agaknya aku ingat sampai skang:

kalau aku ada duit aku nak beli...:
1) air mesin vending, just bubuh duit n tekan nak air apa. aku menyimpan hasrat nak beli mesin tu n letak kat umah tepi kerusi ruang menonton. agak dahaga tekan keluar air cincau...konon spesel kes aku punya mesin cap cari aku je kalau tekan mesin tak mintak duit.(buduh nya)
2) kotak pensel yg penuh butang miseri. tekan punat ni keluar pemadam, tekan tu keluar pengasah. lebih memberansangkan bukaan utama ada di dua belah side. pencil case ni diperbuat dari plastik, lining luar lembut ada sponge kot, dihiasi wajah kartun terkini.
3) pemadam banyak-banyak. aku nak wat koleksi dari huruf A sampai Z. pastu pemadam jugak pelbagai bau haruman, even ada pemadam bentuk tembikai bau pun tembikai. aku jugak tak perlu runsing kalau kalah gusti pemadam jika bekalan stok byk. tapi juara tetap juara, namun kawan aku rata-rata siap potong pemadam kepada beberapa bahagian. keji betul sifat tercela mereka. sampaikan pernah dapat pemadam kaler hijau saja, menang skali lagi baru dapat bahagian baah dia, ada huruf A n gambar apple kecik.
4) nasik lemak cikgu. kat kantin cuma cikgu bleh makan nasik lemak cikgu. harga maybe singgit lebih, namun wang saku aku cuma singgit sehari termasuk tambang bas pergi 20sen balik tumpang kawan. jeles kat cikgu yg bawak masuk anak dia makan kat dalam manakala aku dan anak-anak non-cikgu hanya beratur menunggu mee goreng taruk kuah kari atau bihun taruk kuah laksa (nak bagi sedap). kini, di sekolah rendah turut menjual minuman kultur hidup vitagen dan nugget, so aku nak beli mesin masa kembali ke zaman persekolahanku.
5) moto yg sama sebijik ngan moto milik satria baja hitam (moto belalang tempur). dengan hanya menjerit nama belalang tempur, ia akan datang dengan sendirinya ke arah kita melalui kesan sensor infrared lampu di bahagian depan moto tersebut.

Thursday, January 8, 2009

mak enon is back

ainul...dulu study unimas amik art study ke?

sedih pilu nak fly back to delhi, so arrive KL awal aku divert my steps and take monorail to bukit bintang. kalau lecturer hydrology mesti familliar ngan word "precipitation", means hujan. mmg lebat. so, dari monorail, step out to Lot10 n ada la lintas pi sungei wang plaza. nothing i bought only i had my lunch at foodcourt lower groundfloor Lot10. weird chicken chop with likely plastic fried rice with melon n choco-smoothies. on da way back to klsentral (dalam monorail), i noticed a very girly voice, "syyyyyyyyed.." tomey nyer enon! long lost fren. enon kata dia keje HR office. masa singkat, aku pun blah...then aku terfikir, last time aku jumpa dia kat bus station. now monorail (upgrade skit). so here i announce the crown of miss public transportation goes to Ainul. huhu.. enon is a friend of mine, since primary school. ayu la dia!