dari dulu sampai skang dia anak ayah. apa-apa hal dia cari ayah dia. alasan utama katanya ibu suka cubit. masa baby, dia tak suka didukung atau dicium. kalau dukung pun cuma orang lelaki je. pastu dia tak suka orang tua especially yang berkedut. cukup mengada-ngada. padahal masa baby dia berat so memang sakit lengan kalau dukung lama-lama. skang sebab ayah dia busy, so dia duduk ngan ibu dia, tak leh pisah walau 13 saat. sepanjang hari siang dia lepak ngan ibu dia di kedai kek yang dulu asalnya nak letak nama mahathir cake house.
along memang hantu mainan. kalau ternampak mainan di pasaraya atau pasar malam wajib dibelinya, sekurang-kurangnya belon. skrang dah tadika, umurnya 5 tahun tak salah. tapi berkat diet seimbang, skang sudah slim. sampai ke hari ini, along masih sukar dikawal, agak buas, namun dia memang penakut.
pernah berlaku kureng sopan kerana kerap kali berulang along memanggil ibunya dengan nama "jue" di khalayak ramai, tak kira waktu kenduri, malam raya atau jamuan tahlil. lantas dicubit. masa kenduri abang aku di batu gajah, dia adalah suspek utama yang dituduh memakan coklat hantaran. namun, kelibat bergaya dan eksen belagak hero selalu membuat orang ramai tak jadi marah, terutama ayah dia yang cukup penyayang. sebab tu anak ayah!




7 comments:
genetik keturunan ang nie..kiut miut jugak...chubby...tembam..puteh...ikut sapa si along kecik neh?
ikut aku kot kalau part kiut tu..hahaha. (risau faridah terajang lari jauh skit...) haha.
alahai comellss..mst dia penin dpt uncle ting tong..hihi..
ni dah terbalik..patut najib anak mahathir (politik..politik...)ni mahathir lak anak najib..
kiut...awat hang x kiut cam dia???haha...
xdak rupa mahathir pun.... rupa hang pun xdak syed... tapi sifat2 tu ade la macam hang... hahaha... dah ajaq dia ckp urdu ke? pipi memang tembam giler... dapat kt aku memang merah la pipi dia...hahaha...
*Kl along nie ilang, ang jgn cari aku taw*
norihan : awas ko! aku la paling baik slalu bagi dia cekelat kitkat kegemaran dia. haha... ting tong??
has : aku kiut dah kecik2 dulu. dah besar ni jadi tak kiut sbb aku sengaja cover2 takut ko minat aku plak. hahaha..
naim : ko ni rakus btul! mesti pipi bini ko pun merah..haha.
achik : nape? ko suka makan sup bayi ke? haha..
Post a Comment