aku mula fikir akan faiz yang akan kawen 2 mei, luqman di nigeria, faizal di JPS kuala selangor, hakim di JKR kuala lumpur dan shahrul di negeri sembilan. wish you all the best where ever you are, what ever you do and who ever stands by you. i miss every moment eternally! taxi delhi memang unik, dengan kereta ambassador lengkap power brake ni, sungguh romantik dan mengundan special attraction kepada sesiapa yang berjiwa seni seperti aku. kenapa aku sedih? tak paham. setiap gambar yang aku belek akan mengimbau kisah yang terjangkau dari objek yang tertera di atas gambar.
by da way, gambar ni diambil semasa naik tavera chevrolet yang dipandu saleem yang hanya sempat bekerja dua minggu sahaja, kita menuju ke india gate. semasa dalam perjalanan pulang, saleem telah terkeliru dengan arahan pihak kami, dan beliau kaget serta hilang tumpuan lantas diblok oleh kereta lain di hadapan, betul-betul di persimpangan hotel hyatt dan bangunan engineers india. saleem dipukul sehingga darah mengalir laju menitis dari bibirnya. saleem masih senyum menyatakan dia tidak apa-apa, sekadar perkara harian yang dilalui seorang pemandu awam. saleem pernah offer makan beriyani di rumah parents nya di uttam nagar. namun dia telah diberhentikan oleh tuannya, encik thakur lalu pergi tanpa sempat aku mengenalnya lebih. aku mula teringatkan saleem yang memang setia memandu, cuma dia kurang ilmu selok belok jalan raya di new delhi. semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment