Kehidupan kadang-kala amat menzalimi. Bagi yang bahagia, kecapilah nikmatnya selagi ada. Bagi yang belum kunjung tiba, carilah di mana letaknya. Menyelami hati seorang wirawati yang gigih berjalan di bawah terik matahari mencari sisa logam yang mampu dijadikan hasil jualan, kemudian membawa bersama rezeki untuk keluarga.
Sesekali bertanya di dalam diri, apakah usaha hari ini menjamin kehidupan di masa akan datang? Kenapa sungguh sukar hidup ini, selagi dikejar semakin menjauhi. Dugaan pasti menghampiri cuma mampukah diri ini menempuhi setiap liku yang berduri.
Sedetik melihat kesusahan orang lain, hati bertanya lagi. Walaupun dirinya bukan siapa-siapa, tiada tempat di dunia ini untuk dia menempa nama, namun apakah aku harus sekadar menutup mata menoleh ke lain mengharap ada keindahan lain untuk ditatapi. Bukankah itu menzalimi sebuah kehidupan? Pandanglah dia dengan sekelumit perasaan, renung dan fikirkan bahawa tiada jaminan kepada kita bahawa tidak menjadi sepertinya. Siapa tahu takdir diri kita?
Barulah perasaan sedih dan pilu mengelilingi hati, terselit duka dan penyesalan di dalam diri. Menyedari bahawa bukan sahaja keindahan yang harus dijadikan puncak impian namun pandanglah pada yang cela kerana di situ ada luka yang mahukan kita mencari penawarnya.
Kepada semua yang dirundung duka gelap mendung awan kegagalan, bangkinlah bersama kekuatan yang setiap insan punyai. Jika hentinya gerimis hadirnya pelangi, hentinya lahar berapi subur tanah dibajai. Kehidupan ini sungguh misteri.
4 comments:
terbaikkkk..... teruskn usaha anda yg murni ini utk memberi ruang seluruh alam menginsafi kewujudan diri ini... :)
lebih insaf jika lihat sendiri. hehehe..
btul...saya stuju..kna tgk sndri..bru leh rasa feel dia :)
ya btol tu en sobri yaacob. eh.. nak usha blog en sobri lah kejap... hehe..
Post a Comment