Friday, December 31, 2010

bye-bye 2010


my name is nahar, i have no wish list or target for 2011, nor passed years. life goes on, as time goes by, happy new year!

Thursday, December 30, 2010

Nahas Udara (part 2)

for previous entry, please click here.

4. Pan Am Flight 812

Punca : Instrument & pilot error
Lokasi : 68km northwest of Denpasar, Bali, Indonesia
Mangsa : 117 mati (semua)

Pada 22 April 1974, pesawat Boeing 707 milik Pan American World Airways ini dijadualkan berlepas dari Kai Tak International Airport di Hong Kong menuju Sydney, Australia dengan melakukan transit di Bali, Indonesia. Sebaik menghampiri Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar pesawat ini bersiap sedia untuk mengurangkan ketinggian untuk mendarat, sebaliknya terhempas di kawasan pergunungan yang kasar permukaannya.



5. Korean Air Flight 858

Punca : Bom
Lokasi : Laut Andaman
Mangsa : 115 mati (semua)

Pada 29 November 1987, pesawat Boeing 707 milik Korean Air atau KAL 858 melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Saddam, Baghdad, Iraq ke destinasi Seoul, Korea Selatan namun membuat transit penumpang di Abu Dhabi, UAE dan Bangkok, Thailand.

Sebaik menuruni pesawat di Abu Dhabi, sepasang ejen perisik Korea Utara telah menghidupkan bom masa yang telah diletakkan pada ruang 'overhead compartment'. Pesawat malang ini melakukan penerbangan seterusnya untuk menuju ke Bangkok namun bom telah meledak sewaktu berada di ruang udara Laut Andaman.

Pasangan ejen perisik ini telah dikesan menaiki pesawat ke Bahrain. Apabila menyedari akan dicekup pihak berkuasa, pasangan lelaki telah nekad untuk menghisap rokok yang disapu sianida lalu mati manakala pasangan perempuan bernama Kim Hyon Hui ditangkap lantas dijatuhkan hukuman mati. Namun demi membaiki hubungan dua negara Korea ini, Kim Hyon Hui diberi pengampunan oleh Presiden Korea Selatan.



6. Japanese Airline Flight 123

Punca : Kegagalan Mekanikal
Lokasi : Lembangan Pergunungan Osutaka, Jepun
Mangsa : 520 mati dan 4 terselamat

Gambar, sumber : wikipedia

Pesawat Boeing 747 ini sarat dengan 509 penumpang dan 15 krew, namun tarikh malang 12 Ogos 1985 menurunkan reputasi Japan Airlines (JAL). Kecelakaan ini merupakan kemalangan terburuk pesawat (tunggal) dalam sejarah apabila mengorbankan 520 orang.

Pesawat domestik ini berlepas dari Osaka menuju Haneda (Tokyo), mengalami masalah imbangan pugak menjejaskan sistem hidraulik lantas 32 minit kemudian terhempas. Mangsa yang terselamat merupakan 4 perempuan yang duduk di sebelah kiri bahagian tengah pesawat.

Mereka termasuklah adalah pramugari JAL yang sedang bercuti, wanita 34 tahun, kanak-kanak 8 tahun dan seorang lagi kanak-kanak 12 tahun yang dijumpai terlekat pada dahan pokok. Tragedi ini mengorbankan ramai rakyat Jepun yang bercuti sempena Hari Obon, termasuklah penyanyi tersohor Jepun, Kyu Sakamoto dan ahli perniagaan bank terkemuka yang merupakan bapa kepada pemain viola Jepun, Diana Yukawa.

Rentetan daripada kejadian ini, keyakinan rakyat jepun beralih kepada pesaingnya iaitu penerbangan All Nippoin Airways. Bilangan penumpang JAL menurun sebanyak satu pertiga, seterusnya memaksa syarikat Boeing untuk bertanggung jawab atas kelekaan sewaktu prosedur pemeriksaan. Kesal dengan apa yang berlaku, JAL membayar wang pampasan sebanyak 780 juta yen dan president JAL telah meletak jawatan manakala pengurus bahagian pemeriksaan komited untuk meminta maaf dengan membunuh diri.

Wednesday, December 29, 2010

isa khan niyazi

isa khan tomb.

rest in peace.

view from the fortress.

mix of india traditional and persian art.

the columns.

octagonally made.

Nahas Udara (part 1)

1. Princess Kashmir (Air India)

Punca : Terrorist Bombing
Lokasi : Kepulauan Natuna, Indonesia
Mangsa : 16 mati, 3 terselamat

Pada 11 April 1955, Princess Kashmir milik Air India berlepas dari Mumbai, India menuju ke Hong Kong dan seterusnya ke Jakarta dengan membawa delegasi China dan Eropah Timur bagi menghadiri Asia-Afro Bandung Conference di Jakarta, Indonesia. Namun, sewaktu menuju ke Jakarta, pesawat ini telah meletup, dan menjunam ke Lautan Pasifik diikuti beberapa lagi letupan susulan.

Ia dikatakan dirancang oleh Ejen Perisik Kuomintang yang bermotif untuk untuk membunuh Zhou Enlai dengan menggunakan bom masa.



2. Libyan Arab Airlines

Punca : ditembak jatuh oleh jet Israel
Lokasi : Semenanjung Sinai
Mangsa : 108 mati, 5 terselamat

Pesawat 114 milik Libyan Arab Airlines ini seperti biasa berjadual dari Tripoli, Libya ke Cairo, Mesir melalui Benghazi. Namun pada 21 Februari 1973, Pesawat ini telah mengubah sedikit laluannya berikutan cuaca buruk di utara Mesir akan tetapi tersasar masuk ke ruang udara Semenanjung Sinai yang dikuasai tentera Israel. Sebaik menyedarinya, Pesawat Libyan Airlines ini kembali untuk memasuki ruang udara Mesia namun ditembak jatuh oleh dua pesawat F-4 Phantom IIs.

Kes ini telah mengundang kemarahan ramai pihak, namun UN tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Israel walaupun 30 ahli International Civil Aviation Organisation mengundi untuk menjatuhkan hukuman ke atas Israel. Akan tetapi, pihak Amerika mengutuk serangan itu walhal menteri pertahanan Israel hanya membuat kesimpulan sebagai "error of judgement".



3. The Ankara (Turkish Airlines)

Punca : Kegagalan kabel kawalan dan pintu kargo
Lokasi : Ermenonville, France
Mangsa : 346 mati (semua)

Pada 3 Mac 1974, Pesawat 981 The Ankara milik Turkish Airlines telah berlepas dari Istanbul, Turki dan mendarat di Orly, Paris. Seramai 50 penumpang melakukan transit, dan menerima lebih ramai penumpang menjadikan kesemua berjumlah 333 orang dengan 13 anak kapal dan kemudian meneruskan penerbangan ke Heathrow, London.

Sebaik melakukan penerbangan dan melepasi ruang udara bandar Meaux, pesawat menerima amaran akan masalah tekanan dan kelajuan lebih. Dikatakan berlaku kecelaruan transmisi dan hilang dari radar. Ketika ini pintu kargo telah terbuka dan barangan kargo telah mula tercampak keluar bertaburan di kawasan hutan Ermonenville dan pesawat jatuh berhampiran pekan Senlis. Antara yang terbunuh adalah 17 pemain rugby England yang pulang dari perlawanan menentang France pada sehari sebelumnya, 4 model fesyen British dan 48 pelatih pengurusan bank dari Jepun.

Tuesday, December 28, 2010

cuti natal


Natal? Rasanya perkataan Natal sesuai digunakan di negara-negara tak bersalji yang menyambut Krismas. Sempena hari natal, aku balik kampung. Asal nak rehatkan mata sekejap sahaja dalam barang sejam dua. So, petang jumaat tu terus balik rumah dan landing atas katil. very soon, sedar sahaja dah pukul 9 malam. Alamak!! Belum packing!!

Siap packing semua, jam 12 malam aku bertolak. Hiway clear, tapi kenderaan banyak so tak leh bawak laju. so, 4 jam kemudian aku sampai ke kampung halaman, nak lena tak boleh sebab ada kucing baru di rumah yang harus kita bersuai kenal.

Sabtu, pergi kenduri Pajan. Tetamu tak terduga yang hadir, yang sepatutnya tak hadir pula berbuat dosa. Mereka yang berdosa adalah Zaidi Mat Gam dan Zamri Anuar. So, sempatlah juga bermesra dengan pengantin sebelum angkat kaki balik rumah. Line up; Mat Alip, Pe-on (Fairuz Zamri), Pijoe, Domme dan Ah Chin.
Ahad, aku ke Ipoh buat edisi cari kasut kepada sang PMR 8A, konon nak kasut futsal. Macamlah hero sangat main futsal! Last-last beli di Al-Ikhsan sahaja, so susah-susah saje nak round Kinta City jasko.

Isnin, aku rasa malas nak balik. Dah malam, aku ke klinik sahaja, sakit perut minta MC. Pergi klinik pun dah pukul 8 lebih. Tengah hari tu pergi Baling beli pinggan mangkuk. Doktor salahkan makan lauk kenduri. Nasib baik doktor baik, dia tanya dia jawab, dia bagi MC. Beres! First time aku buat jahat, tapi sebenarnya ini adalah cara aku nak kelim balik dulu aku selalu balik lambat tapi tak pernah kelim cuti. Bulan ni aku kena potong 2.5 hari gaji, so revenge!!

Bertolak pukul 10. Jalan Clear, so pukul 1.15 pagi dah sampai. Lepas iron baju, fesbuk kejap upload-upload pic kawen Pajan-Emon, then terus lena. Best!!!

Friday, December 24, 2010

Lewis

he is Lewis, 9 months old from england. he was on his journey to meet his father in melbourne to celebrate christmas. transitted at KLIA for a few hours, Lewis and his mother had breakfast and we shared a table as too many people at that moment. Lewis said 'bebeh' and pointing at a big harrods teddy bear.
old town white coffee cafe, KLIA, 4 dec 2010.

Thursday, December 23, 2010

as the music plays




crowd, dilli haat is always happening. walking myself there with no intuition suddenly turned to be great!people enjoying the days, winter in delhi offers you many cultural activities and dilli haat is one of the place to be at. a boy with traditional dress, playing his indian drum then influenced some yougsters to dance in their own steps. happy and happening.

dilli haat, 5 dec 2010.

Wednesday, December 22, 2010

Jalan Malam

**Aku merujuk kepada pencerita, bukan penulis blog!**

Dulu Aku dengan kawan ramai-ramai naik moto, lewat malam, balik dari tengok bola di Stadium Perak di Ipoh. Masa tu Perak lawan Selangor! Balik tu lalu jalan dekat Kampung Banggol Belimbing nampak macam orang gila duduk bercangkung di tengah jalan. Betul-betul di garisan putih ‘line’ tengah jalan. Situ memang keras.

Diorang tu siap pusing balik nak tegur suruh jangan duduk tengah jalan. Kesian, takut nanti ada lori langgar pulak. Malam-malam banyak lori lalu, lori balak dengan lori tangki simen. Sekali tegur, orang gila tu tunduk je, tak toleh langsung.

Orang gila dengan baju koyak-koyak, warna baju pun berkarat. Lampu jalan tak ada, tak nampak jelas rupa orang gila tu, lagipun kepala dia tunduk ke bawah. Dia tunduk mencangkung, diam je! Lepas anyak kali panggil baru baru dia toleh. Sekali toleh, tak de muka! Lepas tu dia ketawa suara kasar, ada kata dia terbang lepas tu, tak tahu lah Aku tak toleh belakang dah. Terus pecut. sampai rumah tak berani melepak dah, terus demam.

Kat mana Kampung Banggol Belimbing tu?

Kampung Banggol Belimbing tu dekat dengan simpang jalan lama ke Sungai Siput yang ada jambatan lama, nama Jambatan Bailey. Sekarang tak lalu dah jambatan tu kecuali kalau nak ke Kati boleh terus sampai ke Karai. Di Kampung Banggol Belimbing tu sekarang tepi jalan baru ada masjid. Dalam kawasan masjid tu ada kubur, tapi tak besar sangat. Itu yang ada hantu mengusik.

Jambatan Raja Dr. Nazrin Shah, Tasik Raban.


Tapi semenjak ada jalan baru tu, tak dengar dah cerita pasal hantu mengusik di kampong tu. Dengar orang kata, Jambatan Raja Nazrin tengah malam pun ada nampak-nampak jugak. Sebab tu awal-awal buka jambatan tu selalu ada accident.

Nampak apa?

Katanya, tengah-tengah malam kalau lalu di jambatan tu, dah lah dinding tinggi sampai tak nampak air Tasik Raban, jambatan pula panjang, di tengah-tengah jambatan tu nanti ada orang mengusung keranda, lepas tu tak teragak-agak nak cross jalan. Tengah-tengah usung keranda sapa nampak pun mesti terkejut. Bila mengelak tu yang nak jadi punca accident.

Tuesday, December 21, 2010

graf kubik

berdasarkan bahasa, maybe student belah vietnam kot! (tuduh).

Monday, December 20, 2010

Selamat Datang ke Penerbangan MH653


Dalam pukul 7.21pm, pesawat Malaysia Airlines MH653 telah selamat berlepas dari Lapangan Terbang Pulau Pinang untuk menuju Kuala Lumpur. Sarat dengan 93 penumpang dan 7 anak kapal, pesawat MH653 dipandu oleh Kapten G.K Ganjoor membawa bersama Dato Ali Hj. Ahmad (Menteri Pertanian), Dato Mahfuz Khalid (Menteri Kerja Raya) dan Mario Garcia (Duta Cuba ke Jepun).

Gambar Hiasan dari koleksi peribadi.


Tepat jam 7.54pm pada ketinggian 4000 kaki dari aras laut di ruang udara Batu Arang, pesawat MH653 bersedia menuju ke Subang. Beberapa minit kemudian, pesawat MH653 membuat laporan ke menara kawalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, "We're now proceeding to Singapore..."

Pada jam 10.15pm, semua talian komunikasi dengan pesawat MH653 telah terputus.

Beberapa minit kemudian jam 10.36pm, penduduk kampung Ladang, Tanjung Kupang di Johor telah melaporkan terdengar bunyi letupan kuat di kawasan paya. Setelah disiasat, letupan tersebut adalah datang dari bangkai pesawat MH653 yang telah menjunam dari sudut hampir tegak pada kejuan tinggi. Tiada yang terselamat malahan tiada tubuh yang dapat dikenalpasti.

Tragedi 8 Disember 1977 ini telah ditugukan oleh kerajaan Johor dengan membina sebuah tapak peringatan di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Terdapat sebilangan pihak menuduh rampasan kapal terbang ini dilakukan oleh Japanese Red Army namun daripada hasil X-ray bangkai pesawat, tiada sebarang bukti bagi menyokong hipotesis ini walaupun sama ada ia ditembak dari bawah. Sehingga kini, penerbangan MH653 masih diguna pakai untuk destinasi Pulau Pinang ke Singapura.


**sumber : wikipedia

Saturday, December 18, 2010

dihantui hari tasaday


Faridah Huda mereka kanak2 bijak..tapi mereka sering bagi taklim mmbuatkan golongan sasaran rase tertekannnnnnnnnnnn...
March 13 at 9:29am

Anand Kaneshiro kelas yg plg boringg..hehe..
March 14 at 9:06pm ·

Faridah Huda asek kena marahhh ja ngan depa...
March 15 at 10:46am ·

Norhafiza Fiza tapi kami kumpulan mistral tetap besatu!kumpulan lagi satu hapus kira..**selingan**..yup boring dok kelas nih ..tgk muka bdk2 pompuan mcm tak ikhlas jek begambo...mcm nak makan org
March 16 at 12:21pm ·

Faridah Huda hahhaha..muka budak pompuan mmg bengang...sorang pun x senyummmm....tertekaannnnn....igt lg time ustad juaini soh baca quran...budak pompuan semua hapus kira...kikiki
March 16 at 12:34pm ·

Norhafiza Fiza cuma nour yg besuara..tu pun tenggelam timbul..sayup2 kedengaran
March 16 at 2:09pm ·

Anand Kaneshiro hahaha hidup kumpulan mistral jenama kipas angin..baru perasan tak ceria langsung muka budak pompuan..ganasss..
March 17 at 1:15am ·

Zah Zaha dahsyatnye igatan kwn2 ku...np cm xigt je,huhuhu
March 17 at 9:21am ·

Norhafiza Fiza ala che jah..berapa kerap je kita boleh belawak dlm kelas nih...tapi time maths ngan ckgu azmi best...sbb dia jadikan contoh kepala sknaq dgn bentuk BULAT...INI BULAT YER
March 17 at 12:01pm ·

Faridah Huda apemmmm...tak tahhhhaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnn...saket perut gelak neh....hahaha..lawak betoiiii
March 17 at 12:11pm ·

Faridah Huda Aku mmg igt la ape yg berlaku time form 3..mmg ptt dikenang dlm sejarah hidup..hahhaha..aku baru bukak mulut sket je..dah kena tempikkk...tu belom lagi isu aku p kelas pakai kebaya/kebarung...terus kena serang pas tu..belom lagi isu stokin..selinsing lengan baju..dan sgla mcm..sungguh caring depa noo kat kita kaum hawa...
March 17 at 12:21pm ·

En ZOro Dacascos comelnya..wahahahh
March 17 at 1:54pm ·

Zah Zaha apem:btul la, cm xigt je...nape ek???
uda: bgus la memori hg..
March 17 at 2:26pm ·

Norhafiza Fiza Ala che jah nih..cube igt2 balik.ada lagi masa kena dnda ngan pak sohor sapu bilik warden akibat dok gelak kuat huha2 masa prep.tapi aku dpt escape sbb buat2 sapu smpah.padahal aku gelak paling kuat..
March 17 at 3:17pm ·

Norhafiza Fiza Kalau time mawadi bg taklim siap sedia la bdk2 pmpuan..hehehe lawak btoi...
March 17 at 3:28pm ·

Faridah Huda btol2..apem ngan pae terlepas...yang kena aku, anand, acik ngan samseenar....padahal hat gelak plg kuat mmg dpa dua..aku tukang crita gamaknya....pas tu tpaksa la ikot bontot c.sohor p sapu n kemas bilik waden....hohohoho..horlicks!
March 17 at 3:29pm ·

Norhafiza Fiza hahaahaha aku dah tak tahaaaan...pae kan mana boleh kena denda ngan pak sohor sbb dia ngan sir telah mnjadi tetamu khas pak sohor bersiar2 kat kwasan skolah menaiki van RUSA..lawak sehh..'apa kita kata kita akan buat'...
March 17 at 3:33pm ·

Anand Kaneshiro adehh tak brenti gelak dok igt pasal 3k..che jah cepat refresh..terlebih makan rempah adabi ka..hihi...
March 17 at 4:31pm ·

Azian Salehudin che jah x mkn rempah adabi dh..la ni mkn aiskrim.huhu
March 17 at 5:20pm ·

Zah Zaha anand:btul la..awat xleh refresh nie..huhuhu
March 17 at 6:26pm ·

Norhafiza Fiza kami igt sgt bab2 lagho mcm nih..hehehe..
March 17 at 6:29pm ·

Faridah Huda saja la pun....hehhehee
March 17 at 6:32pm ·

Zah Zaha ntahla pem...cik jah nie plupa kot..xpe2 yg pntg cik jah still igt bdk E1-1..ari tasaday:)
March 18 at 9:02am ·

Hafizah Othman eh x sangka ada lg gmbr ni....rindunya.....cik jah selalu selamatkan aku time math....
August 7 at 3:36am ·

Nahar Abdullah hari TASADAY??
8 minutes ago ·


...ekceli tasaday tu bukan tuesday, tapi tak tahu lah hari apa yang dimaksudkan cikjah. tasaday yang real tu adalah orang tasaday yang dijumpai di filipina yang masih mengamalkan aktiviti kehidupan prasejarah namun menurut sumber ianya hanyalah sebuah keadaan yang digembar-gemburkan oleh barat. sebenarnya orang tasaday tidak wujud, dan kini ianya dipadam dari buku teks sekolah.

Thursday, December 9, 2010

salam maal hijrah

aci tak nak wish salam maal hijrah tapi letak pic di atas yg macam orang nak berkenalan? dengan niat yang baik, semoga tahun baru menantikan kejayaan buat anda. ok, esok kita tukar pic lain. sudah!

Friday, December 3, 2010

the passanger

very comfort, smoothly move on the road shoulder of the national hiway near kamruddin nagar, nangloi. no! no! im not asking you to look at the motocycle even he seemed to be aware with the lense. okay, just scroll down a bit and see who is the passanger.

would you be the next passenger?

Tuesday, November 30, 2010

pantun orang merajuk

bayangkan, seharian berjalan kaki melawat kawasan archeologi mehrauli, dengan kepala pening dan perut yang tak sedap. hati tak sabar nak tengok gambar yang telah di snap. terharu aku bila tengok gambar aku seperti di atas. terima kasih lah shahrul! jasa anda tidak diperlukan lagi :p hahahaha.. seriyes aku cakap kat dia gambar tu tak de nilai seni. paling dikesalkan sebab bukan senang nak pergi lagi. kot ya pun, ambik la gambar aku ikhlas sikit! hahaha.. aku terduduk-duduk nak ambik angle untuk snap gambar dia, tapi shahrul snap sebelah tangan pegang ais krim! hahaha.. mujur ada faiz yang baik hati. ok, tengok gambar bawah ni.


walaupun aku punya kemre adalah kecik, brand kodak je pun. penataan cahaya pun tak reti nak ekjas, tapi dapat juga gambar yang sedikit berjiwa ni. bila copy semua gambar dalam memory card, tidak syak lagi muka mamat di atas (shahrul) telah memonopoli kapasiti. tapi statement aku pasal "keikhlasan mengambil gambar" tu telah membuatkan shahrul berkecil hati, kena pulak angin tak okay terberantakan pulak dengan rumet beliau si hakim. lagi melarat dia punya rajuk.


kini, aku terdetik nak karang pantun. dah lama tak buat pantun. kali ni aku tulis pantun pasal orang yang merajuk. ada peribahasa untuk orang haloba; orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang. tapi untuk orang merajuk apa pula? bagai ning yatimah dalam batu belah batu bertangkup? hahaha.. layan je lah, jangan nak terasa pula. aku ikhlas mengarang pantun ni dengan bersahaja. tak dedikasi pada sesiapa pun.



Wahai engkau bermuram durja,
Jalan ke mana minta dipapah,
Sekali pujuk rasa manja,
Berkali pujuk naik menyampah.

Wahai engkau kenapa marah,
Mulut muncung mengaku tidak,
Kawan menegur minta berubah,
Umur tua lagak budak-budak.

Wahai engkau duduk berangan,
Rasa gembira tidak terperi,
Buang kawan demi perasaan,
Kelak susah tanggung sendiri.

Wahai engkau diam membisu,
Kutahu dirimu si hati batu,
Demi ego sanggup menunggu,
Untung tidak masa yang lalu.

Monday, November 29, 2010

sari merah

cuba kita amati gambar di atas, justeru aku mahu bertanya kepada pembaca blog aku yang berjantina perempuan. sanggupkah kalian bekerja sebagai buruh? lebih-lebih lagi dengan memakai baju kurung atau kebaya. tapi itulah realiti di negara lain.

bayangkan perempuan bersari merah itu mungkin ditakdirkan lahir dalam keluarga susah, dan mungkin ada anak kecil yang mendesak dia untuk mencari rezeki. namun nasib beliau tidak dibela, malah dilayan sama seperti tenaga buruh lelaki. seberapa berat beban yang dipikul oleh orang lelaki, itulah juga yang dia perlu korbankan. bayaran upahnya juga sama.

aku tertarik dengan sari merah ini kerana warnanya amat menyerlah. selain kagum dengan kudrat perempuan itu bekerja di tapak bina, aku juga tertanya-tanya apakah makanan yang dimakan olehnya saban hari? berapakah upah yang diterima olehnya? tak mustahilkah tangan yang melilit sari bisa menggoncang dunia?

tiba-tiba aku imagine, kenapa dia pilih untuk buat kerja ni? aku bayangkan suami dia yang suruh memandangkan duit tak cukup nak beli makanan. kalau di malaysia, agaknya ada tak berlaku macam ni? mesti perempuan ni pernah merungut penat dan minta untuk menjaga anak di rumah sahaja. agaknya apa jawapan suaminya?

Wednesday, November 24, 2010

sukan dan seratas

kita mengenali sukan sejak bila? dari kecik, apa yang budak-budak buat? tentunya ialah bermain. bermain juga adalah sukan tetapi sukan akan disulami emosi. kenapa ada emosi? lihat saja, apabila pasukan yang disokong kalah kita merasa duka nestapa. kalau dibuatnya menang, terus meloncat-loncat gembira. lihat saja sukan asia guangzhou yang berlangsung sekarang, ramai yang akan emosi ketika menonton perlawanan badminton. kalau kalah, terus tutup TV atau mengeluarkan kata-kata kesat atau mencarut.

kalau main bowling kita nak marah siapa kalau masuk longkang? ofkos salahkan lane tak rata atau bola berat sangat tak leh balance badan so fokus hilang. kalau strike? terus sahaja mahu buat aksi duduk tahiyat awal sambil mencanakkan jari telunjuk. tapi, kali ini saya ingin menyentuh arena sukan bukan di peringkat daerah larut matang dan selama tetapi senario di seratas itu sendiri. jatuh lagi dikenang, mari kita lihat ulasan penulis :

1) bola sepak
sukan paling glamor adalah sukan bola sepak. sebut sahaja bola sepak, tentu sahaja ramai yang akan turun padang untuk menunjukkan bakat kepada cikgu talib dengan harapan membukit larut supaya dipilih mewakili sekolah. apabila berjaya mewakili sekolah, tentu sekali diri atlit itu akan merasakn dia sangat hot. kenapa hot? bukan menyumbat goal tapi merasakan ada gadis bawah umur yang akan menaruh hati bercouple. bintang skuad seratas tiada yang lagenda tapi kisah suka duka mereka menempuh perlawanan demi perlawanan sangat terpahat di sanubari. mohd hidhir pungot pernah menjawat goalkeeper namun seringkali dicerca kerana bolos. zaimi yik pula dilihat sungguh lincah namun kekurangan kalsium telah menyebabkan kakinya tidak mampu melangkah jauh. bintang mohd abdul wahab pula lebih menyerlah dengan menaruhkan kekuatan pada rambutnya yang belah tengah. apapun, mereka mampu menyinar meskipun tewas perlawanan menentang sebuah sekolah di kawasan kampung sungai bayor.

2) bola keranjang
pasukan bola keranjang lelaki kurang menyerlah. lagenda seperti yusnizam dan seri kelana tiada pengganti. namun, diwarisi bakat sedikit kepada mohd salam yahya namun beliau kidal dan sering mencemuh kerana kasut pallas jazz miliknya yang sering kali dicuri oleh penjahat asrama. mohd hidhir pungot yang tinggi melayut pula gagal membuat lompatan tinggi justeru sukar membuat jaringat tepat. namun kategori lelaki sering dilihat tewas terutamanya apabila bertemu pasukan sekolah hua lian meskipun dilatih oleh guru matematik cina bernama chuah ling tong. dalam pada itu, pasukan wanita lebih menyerlah apabila menjuarai peringkat SBP zon utara sehingga mewakili zon ke peringkat kebangsaan tapi sampai di situ sahajalah kemampuan mereka kerana zon-zon lain terutamanya dari kolej tunku kursiah dan sekolah tun fatimah sangat hebat. tunjang utama mereka iaitu norihan hamid, hasnor nashrah, azira zamaran dan beberapa lagi bukanlah menjadi perbualan hangat para lelaki tetapi kakak sa'adah. setiap kali kakak sa'adah melompat untuk membuat slam dunk, seluruh pelajar di koridor kelas akan terus tajam mata ke suatu arah yang tidak perlu disebutkan lagi.

3) kriket
pasukan kriket seratas hanya dimonopoli oleh mereka atlit rumah enggang seperti saiful rizal, anuar hassan dan azmi saad. kenapa hanya enggang? tentu sekali kerana ia diperkenalkan oleh senior enggang atau blok D itu sendiri. mereka amat bertuah kerana dilihat unik, namun tidak ramai yang akan pergi menyokong kerana tiada siapa yang faham cara pengiraan mata. lagipun atlit enggang tidak langsung offer pelajar lain untuk turut serta.

4) hoki
sukan hoki agak hambar bagi batch 17 tapi junior seratas telah memperlihat kekuatan apabila sering menjuarai mana-mana perlawanan. mungkin kerena cikgu rahim dan cikgu ismail telah memilih kasih sehingga sesiapa yang bermain futsal di atas padang kapet hijau akan dihambat oleh cikgu-cikgu ini walaupun ianya lengang tidak digunakan. sering kali hari ahad sebelum menyaksikan tayangan kartun sailormoon dan mutiara naga, para pelajar akan bermain futsal di situ, kemudian dari jauh hon motosikal buruk cikgu rahim akan kedengaran dan pelajar bertempiaran lari ke asrama. mangsa utama yang menjadi sasaran guru ini adalah alif imran, syaihan dan beberapa lagi nama. masih terpahat kisah pelajar lelaki disuruh untuk membuat sejumlah bayaran ketika mengambil keputusan SPM sebagai pampasan atas kerosakan yang tidak ada bukti kukuh itu. tetapi penulis masih ingat bagaimana mokhtar ahmad dan zurul kamal telah didenda senior kerana bermain hoki di dalam dorm (tiba-tiba).

5) rugby
tidak pergi jauh, pasukan rugby seratas hanya bergaya ketika bergambar. tangan berpeluk tubuh, muka garang ditampilkan tetapi apabila bertemu pasukan sekolah king edward VII tentu sekali kecut skrotum. jika terus berhempas pulas, mahu terkehel buku lali atau patah tulang bahu seperti mohd saini pajuri yang pernah cedera parah. pemain rugby paling terkenal adalah mohd zulkepri, mohd nazri dan amin ibrahim namun penulis berasa curiga kenapa terdapat watak seperti mohd hidhir pungot dan zaimi yik fiak pada gambar di bawah? semua acara mereka mahu sertai. tetapi jika kini dilakukan ujian kecergasan, apakah samsul shahril akan berjaya dipilih masuk?


6) olahraga
acara kegemaran pelajar seratas adalah 100 meter tetapi tahukah anda fakhzan rosli lebih menyinar dalam acara 400 meter di sukan MSSD larut matang dan selama? sekurang-kurangnya beliau memungut pingat di acara tersebut namun acara 100 meter hanya membarisi peserta di peringkat saringan sahaja. nama-nama besar seperti rozanizam zainol (enggang), alif imran (rajawali) dan bazli nizam (helang) adalah mereka yang disebut-sebut memberi saingan sengit (tiada nama atlit garuda disebut hehehe..) sewaktu acara. jika kategori wanita tentu sekali nama-nama berikut diramal bersaing; norihan hamid (garuda), azira zamaran (rajawali) dan fadhilah asmoai (helang) . kenapa tiada nama peserta wanita enggang? tentu sekali tiada yang lulus ujian kecergasan. peserta wanita enggang hanya menaruh harapan pada norhafiza osman meskipun acara 800 meter mahupun lontar peluru. tetapi paling menarik untuk disentuh adalah pada tahun 1997 apabila acara 8x50 meter telah memaksa noorhani jusoh untuk turut berlari kerana rumah rajawali tidak cukup atlit.

7) catur
siapakah atlit catur terkenal seratas? bakat ini jarang disebut-sebut tetapi beliau adalah haniza mohd nor yang dianggap sungguh dewa dengan buah catur. tiba-tiba sahaja beliau akan menuturkan kata-kata "check" membuatkan hati anda berasa hendak marah, dan disusuli kata "check-mate" seraya anda berasa malu untuk tidak lagi bermain catur dengannya. walaupun bakat catur tidak ditentukan oleh kemampuan menguasai bahasa arab kelas ustaz juaini namun ianya lebih kepada tumpuan dan teknik serangan yang dirancang rapi.

8) bola jaring
jarang sekali mendengar update dari sukan ini tetapi penulis sekadar menyebut beberapa nama sebagai menghargai sumbangan mereka : wan hazila, siti rahayu dan kembar jazilah-jamalina. update mereka telah hilang dari rangkuman file kerana latihan diadakan di bawah lereng bukit berhadapan pangsapuri guru.

9) sepak takraw
sukan ini tidak popular, namun giat dijalani oleh mereka ahli-ahli tetap sukan takraw yang dibarisi oleh mohd hakimi abdul rahman dan mohd naim (sekadar menyebut beberapa nama). lokasi gelanggang takraw terletak di antara gimnasium dan pangsapuri guru. pernah sekali penulis melihat kaki mohd hakimi yang panjang telah terlekat pada jaring berikutan ingin membuat lipatan killer selain beliau hebat membuat servis kuda kepang. selain itu, persoalan kini apakah mohd naim kini masih bermain sukan ini berikutan masalah obesiti yang melanda beliau. khabarnya kini berpindah kepada sukan bowling (yang tidak memilih rupa bentuk badan) dan pernah menjuarai bowling terbuka reunion seratas di One Utama tahun lepas.


...kenapa tiada nombor 10??? anda boleh isikan sendiri. mungkin anda ada sukan anda yang tersendiri atau nama anda lupa disebut di dalam sukan-sukan di atas. jika tiada, mungkin anda lupa yang anda adalah ulat buku yang hanya mahu ke kelas ketika menunggu siren masa makan malam (makan petang pukul 6.30pm) dengan melalakukan homework matematik tambahan atau anda sibuk menonton drama TV3 di asrama meskipun dihalang cikgu hamidah dan pakcik shahar.

Monday, November 22, 2010

wirawati musytari

Beliau cekap di dapur, berikan sahaja kuali, lesung batu mahupun tulang kepala lutut lembu nescaya akan menghidangkan anda hidangan istimewa yang lazat. Beliau adalah macrieda atau seperti nama yang tertulis pada surat beranaknya, Faridah Binti Hashim.

Berasal dari Parit Buntar, macrieda merupakan kawan bangku sekolah saya. Beliau menjawat jawatan penting seperti pengawas sekolah namun tidak pernah sombong dengan khalayak ramai. Mari kita lihat ciri-ciri Mek (panggilan pendek Macrieda) yang tiada pada orang lain yang mungkin membawa anda untuk berkenalan lebih lanjut dengan beliau:

1. Bijak memasak
Ya! Tidak dapat dinafikan Mek pandai memasak. Sebut saja apa-apa jenis makanan semua resipi di hujung jari beliau kerana selain pengalaman beliau juga arif membuat carian di Google. Kek Batik pernah menceriakan penghuni kelas 5 Musytari suatu ketika dulu. Tapi kini Mek lebih gemar mencuba resipi pudding istimewa pelbagai perisa dan warna selari dengan evolusi masa kini. Teknik memasak yang sempur seperti mereneh sup di dalam kuali memang nampak aneh tapi rasanya cukup membuat anda terangkat! Selain itu, beliau juga bijak menggunakan sumber yang ada seperti mana, kiub ais yang melekat di dalam beg plastik dileraikan dengan hanya satu libasan di dinding dengan sungguh bersahaja sambil mulut sedang asyik bergosip, superb!

2. Kreatif
Beliau kreatif! Bukan kreatif membuat kad hari jadi atau apa-apa tetapi kreatif dalam memadankan warna tak kira memilih baju, kasut ataupun pewarna pudding jellynya. Lihat sahaja pakaiannya semasa menghadiri kenduri kendara, tentu mahu menjadi paling terkehadapan selain bijak memilih aksesori.

3. Rajin & Pemurah
Ya! Beliau sangat rajin mengalahkan organizer. Teringat kes lama di One Utama di mana beliau telah bermurah hati untuk menyediakan makanan percuma berupa sandwich dan air kotak kepada semua hadirin hadirat yang turut serta menjayakan Seratas Bowling Tournament sempena Gathering Batch 17. Walaupun padah memakan diri akibat salah pilih Parking, namun beliau pasrah menerima kritikan organizer. Apapun, beliau merupakan pemegang anugerah JLo buat julung kalinya.

4. 1 Malaysia
Benarkah? Tentu sekali! Tidakkah begitu Winders Chaarlz? Beliau menyokong skuad Malaysia di mana-mana acara dunia tanpa mengira bangsa dan masalah kulit. Beliau menyokong Choong Wei walau diri menaruh hati pada Lin Dan. Beliau pura-pura jatuh hati pada Paul the Octopus walaupun sebenarnya Mek sibuk memerhatikan atlit wajah tampan di Piala Dunia. (Eh?? Malaysia mana masuk World Cup! Sorry..) Mek juga giat mengemaskini status di Facebook berkenaan perkembangan terkini atlit Malaysia di Sukan Asia Guangzhou tetapi pemerhati melihat hanya nama Koo Keng Keat tapi tiada nama Nicole Ann David. Mungkin memilih jenis organ pembiakan tertentu? Semangat 1 Malaysia beliau jelas lagi sewaktu perayaan Thaipusam kerana beliau bersama Nurul Hasanah gigih membuat liputan langsung dari dalam perkarangan Batu Caves.

5. Gosip
Ini negative atau positif? Apapun, kebolehan mengadaptasi kes-kes terkini mahupun berstatus kes terpencil amat dihargai oleh rakan rapat. Gosip sememangnya dilihat negative namun jauh di sebalik itu, muhasabah diri adalah aspek terpenting di mana nilai-nilai persahabatan dan adat resam menjadi kata kunci dalam setiap perbualan yang dibahaskan. Mek lantang membuat penegasan bahawa kawan yang tulus bukanlah akan hanya hadir sewaktu memerlukan sesuatu tetapi hilang semasa tidak memerlukan. Ada benarnya Cuma tepuk dada tanya selera.

Mek bersama teman Parit Buntarnya, Annand (gambar ihsan)


Sudahkah anda jatuh hati pada Mek? Sila tuliskan karangan tentang diri anda tak lebih 100 patah kata dan hantarkan kepada Chicky Hours, Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor selewat-lewatnya pada 1 Disember kerana hadiah misteri menanti anda yang paling kreatif dan berjaya menambat hati. Selamat mencuba!! (teringat dulu-dulu teringin nak masuk peraduan melukis Chicky Hours TV3 nak lukis tweety bird kuning tu).

Lupa pula, tujuan utama menulis artikel ini adalah untuk mengucapkan terima kasih secara bercetak kepada Mek yang telah menyediakan juadah (beliau masak sendiri) berupa mihun sup, rending ayam dan pudding custard berjelly merah. Tak lupa kepada Haniza yang sudi bawa lemang dan kek swiss roll yang dibeli entah di mana.