Sunyi sepi, cuma boleh dengar bunyi jiran menumbul sambal belacan. Sudah malam macam ni pun baru nak makan nasi ke? Semalam dia alih perabut pun waktu malam juga, dekat pukul 1 pagi. Malam ni agak panas, sebelum nyamuk menyerang, baik pasang ubat nyamuk siap-siap, tak perlu nak menggara bila tidur nanti.
Baring, melunjur kaki sambil menggeliat. Mulut menguap dan tangan digenggam erat, macam inilah gaya sebelum tidur, ambil mood! Kepala runsing memikirkan hari-hari mendatang yang belum tentu tahu kesudahannya. Tahun yang mencabar, tapi tiada pilihan. Selagi kepala tak henti berfikir dan selagi itulah mata memandang ke atas melihat kipas berputar laju macam ada UFO nak mendarat di atas muka ni. Mula mengelamun jadi Fox Mulder mencari kebenaran kewujudan makhluk asing bersana ejen Dana Scully.
Sikit-demi sikit, badan rasa makin lemah. Tenaga kurang dialirkan, rasa nafas makin perlahan. Bila angin merempuh kulit muka, sesekali bulu mata bagaikan berat sangat, menarik kelopak menutup mata. Seluas katil, seluas itu juga bantal bertaburan sekeliling badan supaya perasaan tidak melayang memikirkan sesuatu yang di luar jangkaan.
Kenapa manusia berasa risau dan gementar kalau tidak dapat melihat? Antara penglihatan dan pendengaran, yang mana satu dirasakan lebih penting? Badan mengiring ke kanan, terpandang Samsung S3 menyala kelip signal berwarna biru. Sesekali terpandang langsir yang tinggi lampai bergerak mengikut alunan angin seperti seorang dewi malam yang serba putih berdiri memandang aku. Aku pusingkan badan ke kiri pula.
Aku kuatkan azam, aku pejamkan mata seeratnya. Seperti orang buta, aku hanya melihat kehitaman. Sesekali aku terkenang peristiwa sepanjang hari ini, terkadang membawa kepada kenangan nostalgia lampau. Berdebar rasa jantung, darah bagaikan mengalir laju. Aku menjadi runsing. Suhu di dalam bilik ini tiba-tiba dirasakan makin sejuk. Kaki menguis-nguis kain selimut mencari perlindungan. Sedikit demi sedikit aku mendengar bunyian yang seperti bermain disekitarku.
Bunyi apa ni? Seperti bunyi orang berdengkur di sebelahku. Cepat-cepat aku membuka, terbeliak akan tetapi aku takut nak menoleh ke belakang. Aku membaca ayat Kursi dan terus pejamkan mata agar aku bangun esok pagi dengan amannya.
Tuesday, April 28, 2015
Monday, April 27, 2015
wefie?
Bila tengok gambar ni aku nak tergelak pun ada. Sampai satu saat rasa pelik pun ada. Cer tanya balik pada kami time ni, korang ni kerja apa? Dengan konfiden kami jawab, we are Tabung Haji!! Haha..
Saturday, April 25, 2015
25 April
"Pantang keturunan aku ahli musik!!"
- Mak Dara
"Majulah sukan, untuk negara"
- Hasbullah Awang
"Melayu mudah lupa"
- Tun Mahathir Mohamed
"Berita disunting oleh Mariamah Tijor"
-Pembaca berita Radio RTM
"Daun sehelai dimakan kuda"
- Tan Sri SM Salim
"..siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka!"
-Susan Lankester Deanna Yusof
Dengan perkataan-perkataan ini, mereka diingati sehingga kini. Namun sekiranya lama tidak engkau melihat aku, apakah masih ada tanda ingatannya buat aku? Atau mungkin aku mati, tiada yang tahu di mana kuburnya.
Selamat hari lahir buat diriku.
25 April 2015..
- Mak Dara
"Majulah sukan, untuk negara"
- Hasbullah Awang
"Melayu mudah lupa"
- Tun Mahathir Mohamed
"Berita disunting oleh Mariamah Tijor"
-Pembaca berita Radio RTM
"Daun sehelai dimakan kuda"
- Tan Sri SM Salim
"..siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka!"
-
Dengan perkataan-perkataan ini, mereka diingati sehingga kini. Namun sekiranya lama tidak engkau melihat aku, apakah masih ada tanda ingatannya buat aku? Atau mungkin aku mati, tiada yang tahu di mana kuburnya.
Selamat hari lahir buat diriku.
25 April 2015..
Wednesday, April 22, 2015
Ujian..
Kita selalu cakap pada orang, bila orang tu berjela panjang menceritakan perihal suatu kisah duka atau masalah, kita akan menyatakan agar bersabar. Jika dipanjangkan lagi mungkin ditambah lagi supaya berdoa yang terbaik. Kita berasa wajib untuk memberi sepatah dua kata namun yang bermain di benak hanyalah kosong sahaja. Mungkin sama sekali kita malas mendengarnya, dengan jalan pintas ini kita dikira memiliki sifat prihatin yang menjadi norma dalam jiwa seseorang masyarakat Malaysia.
Tahun 2015 kali ini bakal melabuhkan tirai sukuan pertama. Perubahan pada negara dari segi sistem percukaian sehinggalah kepada ikutan masa kini hanyalah dikatakan masalah, meniti dibibir namun kadang kala kita bukanlah memikul beban itu sepenuhnya. Mungkin emosi, perasaan tidak puas hati dan sebagai menunjukkan protes atas logik akal fikiran. Mahu atau tidak, sebagai rakyat itulah pilihan yang ada.
Dulu aku selalu berfikir, apakah rasanya menjadi orang yang betul-betul mengalami masalah wang? Apakah yang dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Apakah sekiranya aku tidak mampu untuk membeli Iphone melayakkan aku untuk merasakan diri aku sebagai seorang yang mempunyai masalah wang? Apakah selama ini aku menabung atau selama ini pendapatan aku memang tidak melayakkan aku untuk menabung? Apakah menabung itu khusus untuk hari tua, atau sempatkah kita tua untuk merasai hasil tabungan itu?
Ramai yang tidak pernah mengadu pasal masa, termasuk aku. Jika aku tidak mengecapi sesuatu impian, aku tidak pernah menyalahkan faktor masa. Mungkin kerana masa yang berlalu itu tidak berjasad, hanya menunjukkan kesan setelah kita melepasinya dan menyesali akan pentingnya ia. Jika sibuk sekalipun, jari menunding kepada manusia, atau ketirisan dari pihak lain. Mungkin faktor berkait namun masa paling bererti apabila kita dirundung masalah kesihatan. Benarlah kata-kata bahawa masa itu emas, tetapi kita selalu menggadainya. Andai esok mati, apakah yang paling kita mahu lakukan?
Jika sakit, apakah indikasi rasa sakit itu sama untuk setiap manusia? Apakah demam panas pada suhu 41 darjah selsius pada diri kita itu dirasai sama jika berlaku pada orang lain juga? Ini disokong oleh preskripsi doktor yang memberi ubat pada dos yang sama pada setiap pesakitnya. Namun, ada yang cepat pulih manakala ada pula yang mengalami kesan sampingan yang berbeza. Kadang kala kita rela untuk membayar kos perubatan demi untuk mendapat sekeping surat sakit, tetapi bagaimana pula bila kita benar-benar sakit dan berdepan dengan kos rawatan yang kita tidak mampu membayarnya? Atau rawatan penyakit itu memberi impak besar kepada kehidupan kita kemudiannya? Penyelamat adalah insuran, namun kita harus sedar bahawa insuran adalah jalan terkahir sesuatu penyelesaian dalam pengurusan risiko.
Kita hidup bukan sendirian, walaupun tinggal seorang diri tetapi masih tetap memerlukan orang lain. Bagi yang hidup berpasangan, pastinya mengharapkan kebahagiaan. Perkara paling ditakuti adalah kecurangan, penindasan, penipuan, perpisahan dan sebagainya yang membawa kesedihan. Namun apakah indikasi terpenting dalam kesetiaan suatu perhubungan? Tidur bersebelahan seorang isteri dengan suaminya, apakah di dalam hati suami itu hanya ada wajah iserinya? Apakah ketika si suami pergi bekerja, si isteri di rumah tidak bermain mata? Bagaimana jika wujud kecurangan yang terperinci mahupun yang telah direncana terlebih dahulu agar tidak dapat dikesan oleh pasangan? Jika perkara ini yang membelenggu kita, tentu sekali hidup kita terasa amat sunyi bagaikan jauh dari insan tersayang.
Apakah kiranya jika kita berada dalam situasi di mana semua masalah ini bergabung serentak dan menjadikan diri kita sebagai insan terpilih untuk melaluinya?
Subscribe to:
Posts (Atom)