Tuesday, July 8, 2014
Sunday, July 6, 2014
Thursday, July 3, 2014
Budaya Dalam LRT
LRT adalah sejenis pengangkutan awam yang menjadi trend dari dulu lagi. Kalau di Malaysia, bermula sejak menjadi hos Sukan Komanwel, jadi penggalak untuk menaik taraf sistem pengangkutan. Selain menjadi pengangkutan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, terdapat pelbagai lagi kebaikannya, termasuklah penjimatan masa serta kos.
Kalau di Eropah, sistem pengangkutan LRT atau Metro telah lama dipraktikkan, seawal zaman hitam putih lagi di mana bandar-bandar seperti London, Moscow, Sarajevo dan beberapa lagi. Namun kini ia menjadi tuntutan untuk menyediakan pengangkutan ini siap dengan kemudahan serta keselesaan. Kesan dari ini, dapat dilihat perilaku serta tabiat yang dilihat, serta boleh diklasifikasikan.
1. Berdiri Walaupun Kosong
Terdapat segelintir yang apabila melangkah masuk, terus berdiri. Lokasi paling menjadi kesukaan adalah bersandar di tepi dinding berhampiran pintu. Selain itu port lain yang dilihat menjadi kesukaan adalah pada bahagian sambungan antara koc tren. Walaupun terdapat kerusi yang kosong, namun mereka dilihat enggan duduk. Mungkin kerana mereka suka berdiri, atau gusar pakaian menjadi berkedut, atau demi kesihatan, atau mungkin juga menghormati pelekat tanda yang menyatakan kerusi harus diberikan kepada golongan tua, perempuan mengandung, cacat atau kanak-kanak. Mereka yang suka berdiri ini biasanya dilengkapi dengan gajet seperti telefon pinta siap dengan earphone, bermain game di tab atau mendengar Mp3. Orang yang berdiri ini biasanya lebih cergas daripada yang duduk, kerana yang duduk saban kali menguap dan tidur hingga berbantalkan bahu penumpang di sebelah tanpa meminta izin.
2. Mengharap Simpati
Terdapat segelintir golongan, terutamanya wanita yang mengandung, tak kira perutnya besar atau kecil, atau mungkin kerana mengalami kegemukan yang apabila masuk ke dalam koc LRT terus meluru beridir dihadapan mereka yang duduk dengan menyua perut. Perut biasanya disuakan dekat dengan muka mereka yang duduk, sebagai amaran untuk memberikannya tempat duduk tersebut.
3. Mabuk Duduk Belakang
Ada yang suka berdiri di koc paling depan, mengadap cermin seperti menikmati perjalanan roller coaster. Mereka ini sebolehnya akan tetap mahu ke lokasi itu walaupun harus menolak orang lain melalui ruang sempit. Dahulunya lokasi ini selalu diberikan kepada kanak-kanak prasekolah yang sedang masih mencari cita-cita bersesuaian, namun kini kanak-kanak lebih didedahkan dengan kerjaya di Kidzania.
4. Wak Doyok Wannabe
Terdapat mereka yang suka berdiri, mengadap cermin. Sambil berdiri mereka sibuk untuk memperkemaskan rupa paras terumatanya rambut atau bulu-bulu di muka. Apabila memasuki terowong gelap, cermin tadi merubah menjadi cermin muka, lantas dilihat golongan ini akan beraksi seperti di meja solek di rumah.
5. Degil
Bagi yang bersimpati, yang duduk mahu memberikan tempat duduk tadi kepada mereka yang lebih berhak. Namun, ada di antara mereka yang degil dengan menolak permintaan itu. Penulis pernah melihat seorang manita yang enggan duduk setelah disyorkan oleh seorang lelaki. Kerusi itu kosong tanpa siapa yang berani duduk, kerana gusar diberi jolokan penting diri. Akan tetapi, perempuan yang degil tadi telah berbisik kepada rakannya dengan menyatakan dia marah kerana dianggap mengandung, padahal mengalami masalah obesiti dan perut buncit.
6. Bising
Bagi yang suka bercakap, berbual rancak seperti ingin mewar-warkan ke seluruh dunia. Dengan gedik atau bersungguh-sungguh, mereka berbual tentang perihal di pejabat, seperti memarahi boss yang menyusahkan hidupnya, mahu memberi tugas semuanya kepada dia dengan menyatakan semuanya mahu dihempukkan kerja ke atas batu jemala patik. Ada juga yang menyanyi sambil mendengar Mp3, ada juga anak remaja berbangsa India yang dengan lantang memasang loud speaker lagu-lagu bahasa Tamil dan Hindustan.
7. Menghargai Masa
Mereka mungkin bekerja di syarikat multinasional, atau mungkin memagang jawatan penting di syarikat, apabila keluar dari LRT, mereka terus memecut laju untuk turun di tangga. Biasanya adalah gadis berbangsa Cina. Mereka mungkin juga telah kelewatan, atau sudah menjadi tabiat untuk sentiasa bergegas menuruni tangga sebagai mengambil watak seperti bekerja sebagai pegawai eksekutif di bandar besar seperti New York. Tak kurang juga yang tak sabar-sabar nak keluar dari koc dengan mengeluarkan kata-kata "excuse me!", padahal orang di depannya juga ingin keluar di stesen berikutnya itu.
8. Ulat Buku
Memang sangat baik, budaya membaca adalah budaya masyarakat berilmu. Membaca jambatan ilmu, tapi jika anda sekadar membaca novel cinta penulisan Melayu seperti novel Ombak Rindu sangat tidak menjadi masalah. Tapi sekiranya anda duduk di kerusi tengah, anda membaca surat khabar penulisan Cina, habis kedua-dua riba penumbang di sebelah anda di hidangkan dengan hamparan kertas itu. Seharusnya lebih peka untuk keselesaan orang lain.
9. Selfie
Budaya selfie juga menjadi tren namun bukan di pagi hari. Jika anda menggunakan tren LRT pada hari minggu, anda dapat melihat anak gadis, bertigaan serentak memuncungkan bibir untuk berselfie menggunakan aplikasi Camera 360. Budaya ini hanya wujud ketika waktu cuti kerana kebanyakan pengguna sedang menuju ke lokasi hiburan. Ada juga yang menjadikan dual-lens camera telefon pintar untuk memperbetulkan lilitan tudung serta meratakan bedak di wajah.
10. Diva
Diva naik LRT? Tentunya tidak, sebab diva tak selesa menggunakan pengangkutan awam. Diva suka menggunakan kereta sendiri kerana sambil memanaskan enjin, diva boleh selfie dahulu dalam 10 cerapan, lantas dimuat naik ke Facebook atau Instagram.
Subscribe to:
Posts (Atom)