Tuesday, February 25, 2014
Sareewala is Back!!
Salam,
Lantaklah, kalau ada orang nak kecam atau nak saman ke apa sekalipun, alang-alang trafik tiba-tiba mencanak, bolehlah kiranya untuk ambil peluang ini untuk mempromosi stok baru untuk koleksi Sareewala. Ramai pelanggan yang sedang mencari tema untuk baju raya tahun ini, tak salah jika ingin mencuba sesuatu yang baru.
Terima kasih pada pelanggan tetap dan sangat dihargai sokongan anda. Biarlah orang nak keji atau nak terasa hati, nak meroyan bagai, tak sampai 24jam trafik mencecah 692, sambil menjengan sudilah untuk ke pautan Sareewala untuk cuci mata. Stok punjabi suit bakal tiba pada hari esok jika tiada aral melintang. Agaknya entry ini nak dijadikan bahan oleh haters? Silakanlah. Pembaca boleh menilai siapa yang keterlaluan dan memperlihatkan perilaku sendiri.
Tawaran istimewa untuk pelanggan Sareewala, selamat menjamu mata. Sudikan untuk ke blog Sareewala.
Have a good day!!
Please click here : http://warm2welcome.blogspot.com/
Monday, February 24, 2014
Jawatan & Lagu Tema
Perasan tak, ada sesetengah jawatan boleh dikaitkan dengan bait lagu tertentu. Maksud penulis bukanlah pekerjaan sebagai penyambut tetamu kaunter di kedai kareoke. Pekerjaan yang dimaksudkan adalah pekerjaan yang dipopularkan menerusi lagu-lagu yang saban hari berkumandang di corong radio. Penulis mempunyai beberapa rakan yang sesuai untuk dedikasi lagu ini. Mari kita lihat, khusus untuk rakan Seratas.
1. Gerak Khas
"Bergerak, wahai demi untuk negara.. Melawan siapakah musuh durjana.. Tak kira, pangkat, darjat atau pun harta.."
Ini adalah lirik dalam lagu OST Gerak Khas yang amat sinonim dengan tugas polis. Polis yang gagah berdiri tegak, memacu pistol kepada penjahat yang botak dan bertatu pantas menundukkan penjenayah. Lagu ini didendangkan oleh AC Mizal beduet dengan Abby Abadi sebelum mengenakan hijab selepas kerana bercerai dengan Norman Hakim.
Dedikasi untuk : Hasnor Nashrah
2. Malaysia Boleh
"Jika kau fikirkan kau boleh.. Kau hampir boleh melakukan.. Jikakau fikirkan kemenangan kau hampiri kejayaan.."
Baik lagu ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada atlet sukan negara ketika negara hangat menempuh perlawanan Piala Thomas tatkala Rashid Sidek sedang bergelut menentang Ardi Wiranata dari Indonesia. Lagu ini juga ditujukan khas buat rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada sukan negara. Setiap petang sekitar tahun awal 90an, kanak-kanak pulang ke rumah dari sekolah agama rakyat terus nak main badminton. Begitulah hebatnya lontaran vokal Roy Azman yang merupakan penyanyi RTM. Namun lagu ini juga sesuai ditujukan kepada para peniaga online menual produk kesihatan, bisnes MLM, jual baju bayi dan insurance pelindungan hayat.
Dedikasi untuk : Hasanah (ejen takaful aku), Nur Tasnim (Shaklee), Aini (Shaklee)
3. Keranamu
"Pakar IT pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan.. Berkereta jenama negara, megah meluncur di jalan raya.. Alam siber teknologi terkini, kejayaan semakin hampiri.."
Penulis kurang pasti akan penyanyi lagu ini, akan tetapi lagu ini dipercayai digubah oleh komposer terkemuka tanah air bernama Pak Ngah Suhaimi yang pernah menaikkan nama penyanyi tersohor seperti Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Lagu ini menyentuh akan profesyen seperti pakar IT yang dipercayai menjadi menyumbang kepada pendapatan negara kasar GDP yang menunjukkan sektor perkhidmatan sebagai penyumbang terbesar. Pakar IT melibatkan mereka yang bekerja dalam sektor IT, bergelumang dengan perisian komputer dan multimedia.
Dedikasi untuk : Faeiz Taib, Ashabul Yamin, Natasha Aqilah (bahagian akaun)
4. Pelamin Anganku Musnah
"Masihkah, kau ingin lihat.. air mata ini berguguran.. Puaslah hatimu kini.. Memainkan perasaanku selama ini."
Lagu ini menceritakan tentang impian perkahwinan yang hancur berkecai. Memang sedih jika pelamin yang diangankan selama ini lengkap dengan tema warna dan konsep katering serta goodie bag, akhirnya tidak menjadi kenyataan. Jika masih dalam fasa awal, mungkin masih boleh dicegah. Namun, bagi yang telah berkahwin, perkhidmatan paling sesuai dituju adalah untuk mendapatkan rundingan kadi atau khidmat mahkamah syariah. Lagu nyanyian Azie ini sesuai untuk menggambarkan tugas penjawat awam yang menguruskan kes-kes penceraian terutamanya yang melibatkan pencerai berprofil tinggi seperti artis dan orang kenamaan.
Dedikasi untuk : Wan Hazila
5. UTC
"UTC..! UTC..! Pusat pelbagai perkhidmatan.."
Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre merupakan pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada warga sekitarnya dengan keunikannya yang dibuka sehingga malam. Oleh itu penduduk boleh mengunjungi UTC untuk melakukan pelabagi urusan seperti pembaharuan pasport, perkhidmatan pejabat pos, Jabatan Pendaftaran Negara, pertubuhan bukan kerajaan dan macam-macam lagi. Antara yang menarik perhatian penulis adalah penjawat awam diberi peluan untuk bekerja lebih masa, ini adalah suatu berita yang baik. Silalah berkunjung ke UTC jika anda tidak berkesempatan untuk berurusan diwaktu biasa tanpa perlu mengambil cuti separuh hari.
Dedikasi untuk : Hasmahafizi (UTC Pudu)
Sunday, February 23, 2014
Diva Kolesterol
Apakah ciri-ciri seorang diva? Tidak semestinya diva adalah seorang penyanyi tersohor tanah air mahupun primadona filem atau pemegang jawatan CEO syarikat ternama. Diva muncul dalam pelbagai watak. Ada diva yang hanya pakai kasut ballerina saiz 3, dengan pembayang mata warna hijau, konon comel ambil gambar kasi peace to all. Tapi kena pakai sweater lah untuk cover kolesterol.
Kalau dah diva, tentu selalu meluat dengan orang, tak kira sesiapa sahaja. Nak-nak kalau kau tu penjual Shaklee online, memang menempah bencana alam. Tu kira masih selamat, kalau Facebook kau kena block macam mana? Tak usah merayu mengalir air mata bagai, makin dirayu makin dimaki kau sampai kena kanser rahim. Bagi yang tak faham, suda ko jangan baca. Naif sangat kan?
Buat salah ke tak buat salah ke, asal kau ada memiliki atau mengamalkan ciri yang tak kena dengan emosi semasa dia tak kira waktu datang bulan atau tak, nahaslah kau! Kau ingat dia suka nak baca status Facebook kau menjual segala produk kesihatan? Kawan dia sendiri jual Shaklee, sama saiz sama padan, kena juga. Inikan pula memang dia dah meluat kat kau. Makan hati la. Iyalah, diakan diva. Diva apa? Diva kolesterol.
Kenapa kolesterol? Kenapa tak diva primadona atau diva ratu kareoke lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu? Jawapannya, ingat sikit, orang lain yang cantik pun tak sediva dia. Diva ni asalnya bukan dibuat-buat, tapi jadi sendiri. Dia punya garang, dendam kesumat, memaki di Facebook semua dia boleh buat. Mari kita senaraikan klausa-klausa mengikut garis panduan piawaian ISO9000:2008 untuk keperluan anda menjadi diva kolesterol. Lulus Sirim peringkat Mukim Ah, Pida 6 dan Daerah Selama.
1. Newsfeed Facebook dia yang punya
Kenapa pula? Silap kau tulis komen atau status, maut padahnya. Dia meluat. Tak tahulah kenapa. Jangan ingat kau muat naik gambar comel, tukar status in a relationship, buat pemasaran jual Shaklee, apatah lagi nak jemput datang kenduri. Status kau naik selang sehari pun bagi dia dah meluat. Kau boleh cakap, dah tak suka, unsubscribe lah. Tapi dah dia tak suka, Apa nak buat. Tapi apa dia buat? Baca nombor 2 pula.
2. Status amukan puaka panjang sejengkal di Facebook
Ini memang makanan diva. Diva mestilah nak meraih perhatian dunia. Diva lantang bersuara, berani menterjemahkan isu perut dan ayat memang tak boleh blah. Pernah sekali diva yang seorang ni, sebab tak jemput kenduri, dia boleh tulis status memaki hamun siap tulis nama insan yang ditujukan. Kira dia betul sangatlah tu, tindakan tu habis macholah, habis bijak lah konon. Anda bijak menilai, buatlah pilihan yang tepat. Kalau anda yang tak diva tak boleh tulis status panjang-panjang, dia sahaja yang boleh sebab dia rasa orang tak meluat dengan status dia gamaknya.
3. Pemberi nasihat
Ini wajib! Syurga neraka, dia dah nampak dari awal. Biasanya kalau nak menampak diri diva ni maksum, segala tindak-tanduk kerbau kita ni akan dihukum salah, dan disusuli nasihat berunsur keagamaan. Diva banyak duit, kadang tu ada yang dah pergi umrah. Nasihat yang diberikan biasanya menyuruh kita bertaubat, memohon maaf, sedar diri dan diakhiri dengan doa dari diri diva supaya kita berubah kembali kepada jalan yang benar. Ini skrip, mungkin diva ada simpan manuskrip awal dalam telefon pintar dia.
4. Sentimental
Klausa ni penulis kurang pasti, sama ada sentimental, sentimen perkauman mahupun mental. Mungkin kesemuanya. Diva ni walaupun dia nampak ego, tapi dia ada sifat sentimental yang kadang kala merubah menjadi mental kerana dipandu oleh emosi yang kritikal. Sebagai mengambil contoh terpencil, diva mampu menyimpan pembalut gula-gula Nicolette selama belasan tahun kerana menyimpan hati kepada seseorang dan setelah saban tahun gambar pembalut gula-gula itu dimuat naik dalam aplikasi Facebook. Diva memang suka simpan gambar lama, lepas tu upload, mabuk gamaknya, tak kiralah bujang ke laki orang. Dah!! Baca yang seterusnya pula.
5. Mengungkit
Nak jadi diva, rasanya perlu ada diari. Tulis segala perincian, kerana suatu hari nanti boleh rujuk balik, ungkit semuanya. Oleh yang demikian dia tulis status Facebook panjang berjela. Diva tiada masa nak jaga perasaan orang lain, tapi sekali kau guris hati dia, sampai mati kau akan dikecam. Proses ungkit kadang kala berlaku secara keterbalikkan. Pendek kata, kadang kala diva mengungkit sesuatu perkara yag jika difikirkan kembali ianya turut dilakukan oleh diri diva. Kalau dah diva, sudah pasti kebenaran akan menjadi miliknya. Jangan nak melawan, nanti dia lari, diam membisu tak komen dah.
6. Kalis Kolesterol
Klausa ini hanya praktikal untuk diva tahap profesional. Kalis kolesterol adalah kekuatan diva. Diva memang anti dengan ciri gedik, namun diva yang gedik boleh pula. Akan tetapi, diva menggunakan sejenis alat untuk menjadi pelindung, iaitu alat kalis kolesterol itu sendiri yang biasanya merupakan baju sejuk atau sweater. Sweater ini memberi motivasi kepada diva supaya berani membuat tindakan diluar kemampuan insan lain melepasi garis norma. Contohnya, hanya diva yang boleh muat naik gambar suami rakan seperjuangan, atau diva dengan tanpa segan silu buat kenyataan rela berjodoh biarpun bermadu. Kalau orang lain buat, sudah tentu menerima kecaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)