Sunday, January 26, 2014

Jasli

Dalam semua ahli Gang Lanun, aku paling segan dengan Abang Jas. Sebelum kenal dengan dia, orang kata dia ni sangat teliti, orang yang dia tak kenal memang dia tak akan tegur, tambahan lagi kalau dia tak berkenan. Jadi bila tahu dia adalah sebahagian Gang Lanun, kalau dia bercakap aku tak berani menyampuk.

Apabila dia lintas di depan, boleh nampak rambut dia disikat kemas, hitam berkilat disapu gel, tak pernah nampak serabai. Kasut dia yang muncung panjang hitam sama berkilat, kalau tersepak kaki aku mahu berdarah menitik ke lantai. Orangnya tubuh sihat, tak mencerminkan umur sebenarnya. Kalau sekali imbas, memang aku bayangkan dia sebaya aku. Padahal Abang Jas lahir pada tahun 1967.

Di meja Abang Jas, jangankan sampah, seketul habuk pun susah nak nampak. Tak percaya? Lap dengan tangan tengok, pasti licin bersih. Kemas mejanya. Apatah lagi keretanya, siap ada kotak khas untuk letak kasut, barangan sukan dan sebagainya. Menurut teman rapat, air sejuk dalam gelas tentu akan ada wap air yang meleleh, namun tak akan pernah berpeluang jatuh menitik di atas mejanya. 

Beberapa bulan kenal, barulah aku berani bercakap dengan Abang Jas. Dulunya aku hanya dengar, dan berani menyampuk. Pernah aku terserempak di Taman Metropolitan Kepong semasa berlari keliling tasik, dia seakan tak nampak aku. Abang Jas lari melurus, tak pandang kiri kanan. Tapi sewaktu majlis berbula puasa tahun 2013 di rumah Kak Zal, aku dapat tahu Abang Jas tak boleh makan makanan yang biasa. Katanya ada masalah dalam perut, jadi Kak Zal masakkan bubur nasi istimewa yang terus menjadi menu utama malam tu.Teringat lagi malam tu bersama Kak Akashah, kami mencari ubat Habbatus Sauda tapi tak jumpa.

Abang Jas yang sebelah kanan ni.

Abang Jas memang nampak sihat, badan dia langsung tak mencerminkan dia menyimpan sakit. Sehinggalah suatu ketika dia kerap cuti dan khabarnya dia dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Aku menjangkakan keadaannya tidak serius sebab sepanjang aku melihat dia, dia memang sihat. Kawannya juga ada memberitahu Abang Jas adalah pelatih di sebuah gimnasium. Aku tak pasti, tetapi aku pernah melihat dia bersukan di gimnasium di pejabat beberapa kali.

Sehinggalah di suatu hari, aku nampak Abang Jas sedikit kurus di pejabat. Tapi bila bersemuka, dia nampak bersahaja, masih boleh berjenaka. Kami satu kumpulan bermain wang kutu. Waktu itu sudah tiada sempadan nak bergurau senda, kalau ada berita terkini langsung sahaja dail nombor interkom terus berbual dengannya. 

Berita menggemparkan Abang Jas masuk wad kecemasan di Hospital Sungai Buloh. Aku berasa sungguh hairan, dan tidak menyangka. Khabarnya sudah empat hari, namun pada 10 November aku bersama Kak Haniza mengambil peluang untuk melawatnya di wad 4C. Keadaan nampak terkawal, Abang Jas masih boleh senyum dan bersenda gurau. Waktu itu Abang Jas menunjukkan hadiah telefon pintar baru hadiah daripada abangnya yang bekerja di London. Aku memuat naik aplikasi Whatsapp untuk Abang Jas, lantas kami boleh berbual, bertanya khabar dan menjadi medium perantara untuk Gang Lanun. Abang Jas pesan supaya datang melawatnya lagi, katanya sangat bosan di wad tiada hiburan.

Selepas bercuti dari Bali, aku ada menelefon Kak Haniza bertanyakan pasal Abang Jas. Katanya belum keluar dari wad, dan tiada khabaran terkini. Pada 22 November, aku dan Kak Haniza sekali lagi pergi melawat Abang Jas. Kali ini, aku benar-benar terkejut. Abang Jas nampak sangat kurus, dan dia memakai alat bantuan pernafasan seperti pesakit lelah. Kak Haniza kelihatan sangat risau, kami hampir tidak mengenali Abang Jas. Abang Jas nampak letih, sesekali melihat Abang Jas bernafas, perutnya turun naik mengepam udara bagaikan dipaksa. Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul. Ketika ini, kakak Abang Jas ada di tepinya, sesekali kakaknya mengalirkan air mata tatkala kami memberi semangat untuk melihat Abang Jas kembali sembuh. Sebelum sempat kami pulang, Abang Jas membuat permintaan untuk membelikannya ayam panggang Kenny Rogers.

Pada 26 November, aku menerima mesej pesanan ringkas dari Shahrunnizar akan keadaan Abang Jas makin menurun. Katanya, paru-paru yang sudah dijangkiti kuman itu kini telah berfungus. Esoknya, selepas menyiapkan segala dokumen sebelum hari terakhir aku di AlloyMtd, aku bersama Kak Akashah, Kak Fifi dan Kak Zal pergi melawat Abang Jas. Kali ini, ramai rakan pejabat hadir, tapi Abang Jas sudah tidak sedarkan diri. Doktor memberikannya sejenis ubat yang kuat supaya Abang Jas berada dalam keadaan tidur. Seorang demi seorang diberikan masa pergi berbisik ke telinga Abang Jas untuk berkata sesuatu. Aku dapat mendengar tangisan kakaknya, dan setiap yang keluar dari situ ada yang basah pipinya kerana menahan sebak.

Pada 30 November 2013, tepat jam 4.32 pagi Abang Jas telah disahkan meninggal dunia. Mesej ringkas daripada Che Suriani membuatkan ramai ahli Gang Lanun bagaikan tidak dapat menerima khabaran berita ini. Aku bersama kawan lain mengambil kesempatan menziarahi Abang Jas buat kali terakhir di pengebumiannya di tanah perkuburan Kampung Semilang, Jeram, Selangor. Semoga roh arwah Jasli Bin Haron dicucuri rahmat. Gang Lanun amat merindui Abang Jas, Al-Fatihah.

Friday, January 17, 2014

Selamat Bertunang Missone Hazel

"Kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepian pantai."

Peribahasa di atas merujuk kepada langkah pencegahan yang dikatakan lebih wajar dilakukan dalam kehidupan kita jika takut ditimpa musibah. Kebarangkalian untuk berlaku musibah tidak dapat diketahui, seperti mana dalam kajian bidang pengurusan risiko, atau Risk Management. Namun setiap aktiviti yang memiliki hubung kait dengan aktiviti lain dapat dianalisa bagi merungkai risiko yang wujud lantas dapat disusuli dengan langkah pencegahan yang bersesuaian.

Menjelang hari bahagia, kadang kala kita lupa bahawa setiap tindak tanduk kita diperhatikan oleh rakan. Biar secara sedar atau tidak, nyata atau maya, kewujudan hasat dengki serta rasa iri hati sentiasa mengalir dalam diri setiap insan normal. Cuma yang membezakannya adalah tahap kemampuan seseorang mengawal perasaannya justeru daripada mengelakkan daripada perkara negatif berlaku.

Penulis telah mengalami suatu fasa di mana ternyata sekali sifat hasat dengki ini sentiasa ada walaupun pada rakan-rakan yang pada fizikalnya dikatakan rapat dengan kita. Bagaimana ia terjadi? Persoalan ini mungkin hanya kita yang dapat menjawabnya tapi kita tidak sedar kerana ianya berlaku secara tidak sedar. Perasaan negatif ini membiak sedikit demi sedikit dan akhirnya berkembang menjadi nafsu amarah yang berpuaka.

Bagaimana dan apa yang harus anda lakukan menjelang hari bahagia?

Kepada yang bakal bertunang, uruslah majlis anda sebaik mungkin. Jangan jadikan kejadian menimpa Samsinar Khamsi sebagai contoh, tapi teladan kepada semua. Jika difikir secara logik, tiada hak untuk rakan mencemburui rakan baiknya. Jika benar dianggap rakan baik, kenapa perlu cemburu? Memang sukar membendung perkara ini berlaku, namun berbekalkan pengalaman dan ketabahan, diharapkan Wan Hazila dapat merencana perjalanan terbaik. Persetankan segala risiko negatif ini kerana matlamat utama anda adalah hari bahagia anda. Jadi apakah fungsi pengurusan risiko di sini? Ucapan yang terbaik buat Wan Hazila, selamat menempuh hari kebahagiaan dengan pasangan pilihan hati anda. Selamat bertunang. Lepas ni boleh kareoke lagi ke tak?

Thursday, January 9, 2014

Carlos


Today i found myself to deeply miss my Carlos. Sweet and strong cat.

Monday, January 6, 2014

2014..

Selamat Tahun Baru 2014 uolss!! Sepanjang tahun 2013, agak sempit laluan buat aku. Kenapa agaknya? Terlalu banyak perkara berlaku. Apapun aku happy di samping insan yang kusayangi. Chewah!! Bajet sungguh ayat kau. Nape ada motif ke?

Tahun 2013 aku banyak melancong. Kalau nak senaraikan, banyak juga duit habis. Tapi memang puas hati. Pengalaman di Surabaya memang mengujakan. Dua puncak gunung berapi ditawan. Bolehlah tawan setakat mendaki dalam 4 jam sahaja. Kawah Ijen je susah sikit sebab jauh dan mencanak. Broga mudah sahaja, tunggang kuda. Di Bangkok lebih kepada bersiar-siar di bandar, antara kehidupan sibuk di kota dan keriangan malam. Bermalam di atas kapal layar di Halong Bay pula memang suatu kelainan walaupun sukar mendapatkan makanan halal di Vietnam. Medan pun indah juga tau. Bali pula sangat romantik. Singapore pula sangat marvelous!

Selepas menyambut Aidilfitri di bulan Ogos, kehidupan berubah sama sekali. Pengalaman bekerja di tapak bina di Kajang untuk MRT membuka kepada laluan baru. Pada mulanya memang tak suka nak arwah, tapi kerana pengalaman setitik itu aku dipanggil untuk mencuba nasib di MMC-Gamuda, tapi keputusan belum keluar lagi. 10 Oktober aku melayangkan surat berhenti kerja dengan MTDC, dengan rezeki dan usaha dapat banyak juga interview dan hanya satu sahaja yang tak berjaya. Selebihnya terpaksa ditolak. Terima kasih Acreworks kerana sudi menerima lawatan sementara aku. Jika tiada aral melintas, jadilah pula pelatih untuk program The Apprentice. Tak pasti lagi sama ada akan jadikan PNB atau Naza TTDI. Agak-agak mana satu? Apapun, perniagaan Sareewala masih diteruskan.

Bila memandang Kia Rio diluar, sayu hati sebab banyak jasanya. Namun, nak kawal selianya makin meninggi. Sekarang ada Honda City, sekali sekala bawa Rio pusing kawasan. Tapi kali ni dah lama Rio tak gerak, sebab kerja di hari sabtu memang penat. Lepas ni kena tekad semula untuk jual Rio, harap-harap apa cara paling sesuai?

Rumah masih macam dulu. Dapur belum berasap. Gabby dah dapat baby. Happy sungguh tengok Babyshe melompat-lompat, cute!! Bree pun baru beranak, dapat tiga terus. Lepas ni, kalau ada duit lebih bolehlah diteruskan niat nak memasak di rumah ni, kena beli dapur dan siapkan kabinet. Rumahku syurgaku. Haha!! Okay, dah lewat malam. Goodnite.