Tuesday, June 28, 2011

Langkawi dan Anda


Rata-rata menganggap Pulau Langkawi merupakan destinasi percutian impian bagi warga Malaysia, tapi tahukah anda bahawa pulau ini menjanjikan sesuatu yang lebih daripada sekadar percutian? Di sini terdapat sedikit bingkisan daripada rentetan percutian 4 hari saya ke tanah sumpahan Mahsuri ini, namun hanya 5 aktiviti paling popular, iaitu:


1. Pantai

Bagi pencinta keindahan pandai pasti langkawi bakal menghidangkan anda pesisiran air masin yang pelbagai bentuk muka bumi. Ada yang berpasir halus, berbatu batan mahupun berpaya. Pantai Cenang adalah tarikan utama muda-mudi untuk melakukan aktiviti air, tak kira sekadar mandi ombak, menyalai kulit, bersukan air mahupun sekadar mencuci mata melihat gadis barat yang hangat berbikini.

Di Pantai Cenang anda boleh mendiami hotel mahal seperti Melitus dan Casa Del Mar sehinggalah kepada motel-motel murah yang tandasnya berbau hancing akibat penghuninya yang suka makan petai. Namun di sepanjang Jalan Kuala Muda ini lengkap dengan pelbagai fasiliti, kedai cenderahati, spa, kaunter penempahan aktiviti laut, kedai sewaan kenderaan, restoran ikan bakar mahupun rumah ibadat. Pantai Cenang mengalami pelbagai perubahan mendadak sehinggakan ia persis suasana percutian di Phuket. Selain itu terdapat beberapa lagi pantai awam yang popular di Langkawi seperti Pantai Kok-Teluk Burau.

Penulis lebih tertarik melihat keindahan pantai yang lebih tenang serta kurang pengunjung. Pantai Pasir Tengkorak lebih privasi kepada pengunjung yang mahukan lebih ruang. Penulis lebih teruja apabila mengunjungi Teluk Datai kerana ketika itu langsung tiada orang, memang tiada masalah untuk menukar pakaian tanpa segan silu. Privasi yang wujud di sini disulami dengan permandangan indah Laut Andaman bakal membuatkan anda terpesona dengan keindahan alam semula jadi. Tapi kini terfikir pula jika wujud aktiviti 'skodeng' di situ, tapi penulis yakin kerana lokasinya tersembunyi jauh. Teluk Datai lebih berbatu, ada pasir berwarna keemasan serta airnya yang jernih bak kristal.

Jangan pula anda membina hasrat untuk mandi di Teluk Ewa kerana ia merupakan perkampungan nelayan serta menjadi pelabuhan untuk industri perkilangan simen oleh Kedah Cement. Pantainya lebih berlumpur serta dipenuhi bot nelayan. Pantai Pasar hitam juga kurang daya tarikan kerana semata-mata mempromosikan deretan gerai dan sejarah dongeng peperangan antara kerajaan laut dan darat sehingga terhasilnya 'spot' pasir berwarna hitam.

2. Sejarah

Pulau Langkawi banyak memaparkan kisah dongeng dahulu kala. Memang tahyul kalau kita nak percaya kisah perhubungan luar nikah antara dayang dan lelaki yang kedua-duanya adalah bunian (lelf). Dayang yang digambarkan sebagai bertelinga panjang itu kemudiannya hamil lantas memilih untuk menanti saat kelahiran bayinya di sebuah pulau yang di tengahnya terdapat sebuah tasik. Namun anak yang dilahirkan itu ditakdir pendek umurnya lantas meninggal dunia lalu dimakamkan di dalam tasik yang kini dinamakan Tasik Dayang Bunting.

Keunikan Pulau Dayang Bunting ini pada mata penulis hanyalah pada struktur beberapa puncak bukitnya yang menyerupai sisi wanita hamil yang sedang baring sambil makan layan game Angry Bird. Namun sejarah dunia bunian ini bukanlah tarikan utama namun lebih memberikan tumpuan kepada kisah Mahsuri Binti Pandak Mayah. Kisah Mahsuri yang diketahui ramai ini boleh diperhalusi lagi dengan mengunjungi Kota Mahsuri yang menempatkan makamnya di situ, selain replika rumah melayu Kedah serta peralatan dan perkakasan Melayu tradisional.

Selain itu, penulis amat tertanya-tanya dengan suatu kubur purba yang tiada tercatat apa sejarahnya. Mungkin kesuntukan masa dan bahan rujukan, penulis gagal untuk menyatakan sebarang fakta di sini. Selain itu, sejarah lain seperti asal-usul nama pulau dan pantai serta nama perkampungan di Pulau Langkawi ini juga boleh anda kaji namun apakah signifikasinya dengan kehidupan kita? Tentu sekali ia bukan termasuk dalam silibus buku Sejarah Peradaban Melayu untuk menduduki SPM.

3. Aktiviti Pencinta Alam

Faktor geografi yang unik menjadikan Langkawi terkenal seantero dunia. Aktiviti Islands Hopping boleh dinikmati oleh mereka yang tiada masalah kesihatan seperti sakit lutut mahupun gaot atau kaki untut. Anda akan dibawa berkunjung dari pulau ke pulau dengan bot sewaan. nasib anda baik jika pemandu pelancong itu ramah bercerita, namun sebaliknya jika dia jenis orang yang mementingkan wang ringgit serta rupa paras. Anda akan kerap kali turun dari bot untuk berjalan kaki mendaki anak tangga untuk ke Tasik Dayang Bunting, meredahi laut cetek untuk mandi di Pantai Beras Basah mahupun berpanas menanti helang menjamah makanan yang dilemparkan.

Penulis terkejut dengan sebuah aktiviti yang amat ingin diwar-warkan di sini iaitu lawatan ke Kilim Geoforest Park. Keseronokan yang bakal anda alami ini setimpal dengan pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO kepada Kilim Karst ini yang mana batu-batuan berusia jutaan tahun serta struktur Sungai Kilim itu sendiri yang mana dikelilingi hutan paya bakau. Aktiviti di sini lebih membawa erti. Melawat habitat ikan sumpit yang nakal dan pintar ini membuatkan anda akan berhari-hari merindukan ikan sumpit. Anda boleh menyentuh dan bergambar ikan pari, belangkas dan siput harimau berlatar belakangkan kapal layar dari seluruh pelosok dunia sejauh Teluk Bodega.

Selain itu, anda akan dibawa mengunjungi Gua Buaya yang pintu masuk guanya menyerupai seekor buaya gergasi. Sememangnya ia merupakan habitat buaya sehingga kini tetapi populasinya lebih 'underground'. Anda juga akan melawat habitat gua kelawar dan melihat sendiri struktur 'stalagtite' dan 'stalagmite' di dalam gua batu kapur. Paling mengujakan adalah apabila anda dibawa ke tengah-tengah muara Sungai Kilim dan menyaksikan sendiri panorama indah serta sempadan perairan antarabangsa.

Aktiviti lain yang menjanjikan pengalaman indah adalah seperti menaiki kereta kabel Gunung Machincang dan Oriental Village, menunggang kuda, melawat taman buaya, Bird Paradise Wildlife Park, mendaki Telaga Tujuh dan Langkawi Fall. Jika memiliki sedikit lebihan wang, apa kata jika anda menyertai aktiviti 'scuba diving' di Pulau Payar?

4. Membeli-Belah

Pulau Langkawi merupakan zon bebas cukai, di mana anda akan dapat membeli belah dengan harga sebelum cukai. Tapi perlu diingati bagi mereka yang datang dari luar Langkawi, anda pelru sekurang-kurangnya menginap selama 3 hari 2 malam untuk mendapat keistimewaan ini. Jika tidak, anda perlu membayar cukai kepada kastam sewaktu hendak keluar nanti.

Pulau Langkawi dikenali sebagai syurga pencinta pinggan-mangkuk. Aktiviti Makcik Bedah ini dapat dilihat secara nyata di gedung-gedung sekitar Bandar Kuah terutamanya di Haji Ismail Groups dan Idaman Suri. Para isteri sibuk membeli-belah bagaikan percuma tanpa mengendahkan pendapat suami yang kad kreditnya sipi-sipi mencecah had. Jenama Corelle, Corning Ware, Luminarc, Vantage, Noritake serta Vision sentiasa meniti di bibir mereka yang telah lama menantikan saat ini.

Coklat juga tidak asing lagi, namun sila berwaspada dengan tarikh luput. Jika anda kurang awas, mungkin anda terbeli coklat yang hapak, berkulat mahupun mengandungi alkohol atau unsur lemak haiwan yang tidak disembelih. Rata-rata pengunjung memilih untuk tidak 'shopping'di Jetty Point atau Langkawi Fair Mall kerana faktor harga yang berbeza. Selain itu, anda boleh membeli kain batik Jawa dengan harga yang murah namun awas kerana seorang pengunjung hanya diwartakan untuk 5 helai sahaja, selebihnya akan ditaksir cukainya. Sila dapatkan informasi mengenai had nilai barangan yang anda beli yang mungkin hadnya adalah mengikut harga mahupun kuantiti.

5. Makan-Makan

Semestinya apabila anda berkunjung ke kawasan pesisiran laut, tentu sekali terbayangkan ikan siakap 3 rasa. Di pulau ini anda boleh menikmati pelbagai makanan tak kira masakan asli dan kontemporari Melayu mahupun ala Thai, Jawa, India, Oriental, Mexico dan banyak lagi. Syurga buat anda yang kaki mabuk, di mana-mana terdapat restoran yang menyajikan minuman keras. Tapi tiada maknanya jika anda tidak mencuba makanan lautnya!

Rasailah keenakan ikan yang segar dari laut, dimasak mengikut kesukaan anda. Udang karang yang gemuk digoreng secara 'deep fry', kerang bakar, sotong tom yam dan pelbagai lagi menu untuk anda cuba, tinggal lagi sedap ke tak sedap je lah. Gunakan kebijaksanaan anda untuk memilih restoran yang bersih, harga berpatutan serta selesa. Selain itu, terdapat restoran yang menyajikan makanan luar seperti The British Raj (briyani), Nasi Kandar Tomato (India Selatan), Unkaizan (Jepun), Artisan (pizza dan pasta), Telaga Arabic (Arab), Lan Kwai Fong (Cina) dan Frangipani (makanan Barat sambil menyaksikan matahari terbenam).

Tepuk dada tanya selera anda! Pasti anda lebih berpengalaman, mari berkongsi tentang apa yang boleh anda lakukan atau nikmati di Pulau Langkawi yang tidak terdapat di lokasi percutian lain.

Aktiviti lain; Homestay, Ibrahim Hussein Art Museum, Kampung Air Hangat, Mardi Agrotechnology Park, CHOGM Park & Eagle Square, Perdana Gallery, Langkawi Craft Complex, Taman Ular, Laman Padi, Gunung Raya dan banyak lagi.

Langkawi - Kilim Geoforest Park

I love this sweet yellow yacht boat.

Fully furnished with Astro.

Crocodile Cave.

Kilim river offers you a great moment.

Eagles feeding.

Kilim Geoforest Park: Proclamation made by the UNESCO.

Langkawi : Sungai Kilim & the mangoves,
25th of June 2011.

Monday, June 27, 2011

Langkawi - Islands Hopping

Depart from jetty, there was a gerak khas scene :P

This small island makes the total of 99 numbers of islands in Langkawi Archipelago.

Can you see a side view of a pregnant lady? The are head, breast and the preggy belly.

Lake of Dayang Bunting.

Nice fishing underneath shadow.

Heyya sexy curvy lizard.

Finally the boat drove us to Beras Basah Beach for free&easy activity.

Langkawi: Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa & Pulau Beras Basah,
25th of June 2011.

Sunday, June 26, 2011

Langkawi - Beach to Beach

Wonderful Cenang Beach.

Datai Bay.

Black Sand Beach.

Teluk Ewa.

Sunset and me. Oh i missed to put a picture of Pantai Pasir Tengkorak and Pantai Kok!

Beaches in Langkawi,
24th of June 2011.

Langkawi - Warm Welcome


Architecture and carving art of Kedah House.

Add Image
Greeting you with warm welcome.

A peacock or peahen it is?

Colours of Harmony.

Langkawi,
23rd to 26th of June 2011.

Thursday, June 23, 2011

Nature Treat

Redeem myself. Enjoying the scenery, neither blowing wind nor stalking people at the beach.

Langkawi,
23rd June 2011.

Wednesday, June 22, 2011

Panggilan Pulau

Last pergi sana tahun 2000, masa tu ingat lagi cuma 7 sekawan joli katak duit percuma tajaan Khir Toyo. Tak tahu apa plan asal Azmil Effendi tapi akhirnya membawa kali bersama ribuan ringgit ke gugusan 99 pulau di utara semenanjung. Yeah! Itulah Langkawi.

Zaman tu Underwater World masih dalam renovation tapi kami yang keliling pulau dengan hanya berbasikal sebab tiada siapa reti drive kereta. Tapi kurang memori sebab belum ada kamera digital. Ada pun cuma kamera yang guna filem. Kalau beli Kodak 36 dapat percuma 2, itu pun kalau ok. Biasanya yang last tu akan jadi warna merah.

Tapi kali ini 2011 kali kedua nak jejak pulau yang pasti banyak berubah. Dengar kabar ada macam-macam, jadi gunakanlah sepenuhnya 4 hari yang ada. Sudah pasti aktiviti Island hopping tidak akan dilepaskan, then cable car. Lain-lain tu mandi kolam sajalah. Mandi laut? Kurang berminat atas sebab kurang suka menelan air masin.

Selain tu, tujuan utama adalah untuk membeli belah. Ok fine, kena beli set Corning Ware dan Corelle. Ini memang kenikmatan tahap makcik bedah. Hahaha!! Lagipun kilogram yang diberikan oleh penerbangan MAS lebih dari mencukupi. Kita ada 150kg, mari belajar menggesek kad hutang.

Percutian ini bukanlah dirancang tapi ia adalah tiba-tiba. Aku tak tahu apakah relevannya tapi mungkin sudah takdir, seperti yang dikatakan panggilan pulau. Sahut saja seruan ini. Tapi memang amat berterima kasih dan tinggi penghargaan buat Encik Rijal yang sudi memberi tawaran yang menarik ini. Tak sabar nak rileks-rileks di apartment yang namanya aku sudah lupa. Paling kesal adalah perginya aku ke Langkawi tanpa kamera dslr nikon. Sigh!!!

Let's go bebeh!

Monday, June 20, 2011

Mengenal Bahana Perbualan (Part 1)

Perasan atau tidak, dewasa kini ramai di antara manusia di sekeliling kita makin pelik. Terang dan jelas sehingga kita rasa kehidupan ini sungguh misteri. Tak kira sama ada manusia itu tinggal di pekan kecil mahupun yang berijazah hidup di Kuala Lumpur lagilah bertambah misterinya.

Mungkin kerana desakan hidup, terutamanya apabila menyentuh hal percintaan, kerjaya mahupun tentang gaya hidup pasti ada sahaja kenyataan yang aneh dari mereka bisa membuatkan minda kita dihujani beribu persoalan, walaupun ketika memandu pulang setelah lepak bersama beberapa jam di kedai kopi.

Setelah dikaji, dirasakan ada beberapa andaian yang dibuat bagi menangani gejala ini. Jika kita terus melayan kerenah yang dibuat-buat ini, tentu kita sendiri yang bakal merasa kusut sehingga mahu berhenti kerja lantas menghadiri beberapa temuduga di negeri kelahiran masing-masing. Andaian-andaian ini bukanlah untuk menghakimi seseorang tetapi sebagai petanda kepada kita untuk menghentikan perbualan itu lantas bertukar kepada topik lain atau segera memanggil pelayan untuk membawa bil makanan.

Ayuh kita lihat beberapa contoh ini:


Contoh 1 : Degil

Seseorang itu hadir dengan penuh khilaf, memohon supaya untuk mendengar masalah yang bakal diceritakan. Cerita panjang melalut bukanlah masalah utama tetapi setiap kali dia meminta pandangan, acapkali pandangan kita itu bukan penyelesaiannya, walaupun dirasakan itulah yang sewajarnya. Si dia tetap akan memberi 'excuse' sehingga anda merasa sungguh 'fed up' dan merasa tertekan. Alih-alih nak juga dengar cakap dia, apa guna nak teruskan perbualan itu?

A : Aku nak brake up.
B : seriously?
A : Yup. Aku dah fikir masak-masak. Aku nak fokus dengan kerja, aku nak jaga family aku.
B : Okay la tuh. At least ko tahu mana priority ko sekarang ni.
A : Tapi makin lama aku cuba lupakan dia, makin aku sayang pada dia.
B : Eh? Apa ko ni?
A : Ntah.
B : Ko ni dah 17 kali ajak aku minum, kata nak serious lupakan orang tu.
A : Bukan, sekarang ni family asyik tanya bila nak bertunang.
B : Cari la orang lain, ada nye jodoh ko.
A : Tapi aku rasa dia sorang je yang paham aku.
B : Ko kata dia gunakan ko, gunakan duit ko. Pastu tak serious nak kumpul duit untuk kawen.
A : Memang la. Tapi aku rasa aku memang patut tolong dia. Siapa lagi kalau bukan aku.
B : Dulu jugak ko kata dia tak pernah bayar balik duit ko. Pastu dia siap couple dengan opismate dia. Ko jugak yang makan hati. Pastu sibuk nak delete pic dalam henfon pun nak tanya aku.
A : Masa keluar makan ari tu, aku nampak dia jujur guna touch&go dia, bukan touch&go aku.
B : Biarlah!
A : Maknanya dia still jujur terhadap aku.
B : Apa kena mengena touch&go dengan hutang piutang dia?
A : Ye lah, nanti lama-lama dia bayar la kot?
B : Pulak dah! Apsal ko nak citer apa ni dengan aku?
A : Dia nak wat personal loan, tak de pejamin.
B : Ko nak sain la ni? Tak payah!
A : Tapi dia kan dah mula jujur skrang. Takkan dia tak bayar.
B : Ko ni nak minta pandangan aku ke hape? Tak paham la ko ni.


Contoh 2 : Prospek

Sekiranya rakan anda yang telah lama menghilang tiba-tiba menghubungi anda untuk melepak bersama, anda pasti gembira dan merasakan diri anda rupa-rupanya masih diingati. Tanpa berfikir panjang anda terus memakai pakaian cantik-cantik untuk menemui rakan anda tadi siap sembur sedas dua minyak wangi di leher. Tapi awas! Tidak semua yang berniat ikhlas.

Jika anda bernasib baik, mungkin rakan anda sekadar ingin melayang kad jemputan kahwin lantas membuat ayat-ayat jiwang romantis seperti di dunia ini hanya dia seorang sahaja yang kahwin atau mungkin membuat lawak kurang ajar dengan mengatakan dia tak sabar nak makan nasik minyak gulai kari batang pisang resipi kampung anda. Lebih dasyat lagi kalau dia berpura-pura ikhlas mahu mendoakan jodoh anda di Taman Raudhah sewaktu menunaikan umrah. Anda akan sedar diri selepas rakan anda menetapkan saiz hadiah yang perlu anda bawa sewaktu menghadiri kendurinya nanti kerana dia tahu anda seorang jurutera mahupun penjawat awam.

Beberapa tahun kebelakangan, 'trend' berjumpa kawan lama telah dipraktikkan untuk suatu lagi tujuan yang sungguh materialistik yang bisa memutuskan talian persahabatan. Berlatar belakangkan produk unik dengan jaminan secara 'verbal' mahupun imajinasi menerusi pelan yang terancang dan 'option fast-track', awas anda mungkin mangsa perniagaan 'multi-level marketting' atau lebih dikenali dengan abreviasi MLM. Jika anda gagal bangun dari mimpi-mimpi yang mereka dodoikan, anda mungkin melaburkan ribuan ringgit, kehilangan kerja mahupun menanggung hutang dengan bank.

Masak di rumah dan tak perlu keluar untuk makan, lebih baik?

Tuesday, June 7, 2011

Nasib Taurus

Kalau di pejabat kerja yang masuk tak seimbang dengan apa yang disiapkan. Pilih-pilih yang mana urgent sahaja. Tapi adakah ini termasuk dalam senarai malang aku untuk masukan suku kedua 2011? Belum lagi aku habis repair kereta kesan daripada kena pecah cermin, alarm yang rosak pun belum ganti lagi.

Tapi lain pula yang berlaku, memang malang tidak berbau. Sudah jatuh ditimpa tangga, kepala terhantuk batu kaki tersadung lubang dan badan rebah ke tanah becak. Mahu disenaraikan?

1) Bermula dengan kisah menyayat hati apabila aku pulang ke rumah di suatu malam, habis rumah dipecah masuk pencuri. Dia taram habis aku punya barang, lumayan dia! Bukan setakat DSLR Nikon dan 2 laptop Toshiba dan Compaq aku tapi barang lain juga! Cermin mata gelap, dua-dua siap casing dia ambil. Perfuma malas nak periksa, letih saja buat koleksi. Pengurut Osim aku yang kecik tu pun dia bedal. Alih-alih beg berisi wang syiling daripada pengalaman penyimpan wang untuk masa depan juga turut lesap. Tahniah pencuri berjaya!!

2) Demam panas pula menguji aku. Hari pertama aku sudah tidak ada tenaga, punya surat MC dari doktor tapi kerana bebanan kerja yang banyak, aku perlahan-lahan cuba sudahkan. Akhirnya aku pulang jam 5.30pm macam staff lain. Malam tu aku rasa sangat sakit, terus sekali lagi ke klinik untuk mendapatkan rawatan selanjut kerana ubat yang diberi sebelum ini kurang berkesan. Apabila doktor menunjukkan bacaan suhu 39.4 darjah selsius aku terus akur dan esoknya aku hanya terperap di rumah. Malamnya aku tak dapat tidur, mungkin suhu kian meningkat. Trauma demam denggi pada awal januari masih belum reda kini perlu akur lagi dengan dugaan yang mendatang.

3) Ya, aku sekali lagi perlu akur dengan kerja. Kerja memang tidak akan ada kesudahannya. Tiket yang sudah lama dibeli terpaksa dilepaskan begitu sahaja. Cuti yang telah diluluskan terpaksa ditunda kepada hari yang sesuai, selagi masih sah dalam tempoh laku 6 minggu. Kali ini aku terpaksa melepaskan percutian 5 hari ke Jakarta demi sesuatu yang belum menjamin kebahagiaan. Aduh!!

4) Kusangkakan panas berpanjangan tapi hujan lebat mengalirkan bah di petang hari. Kesakitan pada tengkuk aku terpaksa dilalui selama 5 hari tanpa boleh menoleh ke kiri mahupun ke bawah. Pada mulanya aku menyalahkan bantal, dengan terus menjemurkan di bawah panas, tetapi meleset. Aku ke kedai membeli bantal baru, ternyata tanggapan ini juga meleset. Kerana menanggung sakit, dan kehidupan tidak lagi selesa, aku akur untuk pergi mengurut. Kelekaan aku mencari penawar mengundang padah apabila dimaklumkan urat sudah lama tegang dan kini bersimpul. Sakit yang berasal dari bawah belakang ini sebenarnya menjalar ke leher dan terus menarik urat-urat lain di kepala. Azab perit perlu ditanggung selama diurut, demi kesihatan terpaksa menahan sakit. Hitam leher dengan corak abstrak darah beku sebagai kesan untuk mengalir buang angin yang terkumpul dalam urat.

5) Kini terus perlu menyiapkan kerja yang masih belum surut, dan tiada petanda akan surut. Malah ugutan pula yang diterima, panggilan mencemuh dan sebagainya. Apakah aku lembab atau aku perlu memiliki 6 tangan seperti dewa purba jawa? Tiba-tiba ada mesej pesanan ringkas masuk, dari seorang rakan yang memaklumkan dia tidak dapat membayar hutangnya seperti yang dijanjikan malah dia memohon lanjutan masa. Selebihnya pesanan dari teman lama, ajak lepak minum yang pastinya punya rencana mengembangkan sayap perniagaan MLM. Nafas dalam ditarik, hembus sepenuhnya dan buka mata luas-luas. Lihatlah dunia betapa hidup ini memerlukan pengorbanan. Heyyarkkkk!!!

Sunday, June 5, 2011

6 Tahun Laskar Pelangi: 1992

Darjah 2, tak banyak memori yang dicatatkan. Masih segar di ingatan berada di kelas 2 Merah yang paling hujung mengadap padang bola sepak yang dipisahkan dengan semak samun parit sumbat. 1992 lebih baik kerana sudah tahu membaca. Akhir peperiksaan darjah 1 hanya berada tempat ke-12 dalam kelas, semestinya mengharapkan sesuatu yang lebih untuk tahun ini.

Nostalgia terbesar, bersama Naim dan Naqui setiap petang. Menjadi tetamu paling kerap berkunjung ke rumah cikgu Ee Teck Ong dan cikgu Ramesh. Mungkin kerana ayah Naim, cikgu Tajuddin yang menjadi rakan sukan dua guru bukan bumiputera ini. Kami tiada segan silu mengunjungi rumah bujang ini. Sambil baring boleh main permainan video Mario Brothers, agak haus dek panas teguk sahaja air sejuk dari peti ais di dapur. Cikgu Ee dan cikgu Ramesh memang hanya memberikan kelebihan kepada kami bertiga, keistimewaan yang tidak diberikana kepada orang lain.

Pernah sekali, kami yang memiliki perasaan inkuiri melihat serangga berterbangan, iaitu tabuan tanah. Menerusi kajian yang telah dibuat, akhirnya kami menjumpai sarang haiwan ini di sebatang pokok yang agak tinggi di tepi padang. Naim lebih dahulu menjumpai sebatang buluh yang bersesuaian panjangnya, lantas kami memusnahkan sarang tabuan tanah ini sehingga sebahagian daripadanya jatuh ke bumi. Lantas kami bertempiaran lari menyelamatkan diri dengan selamatnya.

Malang tidak berbau, petang ini latihan hoki diadakan. Cikgu Ramesh yang merupahan jurulatih pasukan hoki SKRKT turut berada di padang tidak jauh dari situ. Kami yang sedang gembira di kejauhan melihat tabuan menggila berterbangan ke sana sini bagai terpinga-pinga apabila istana yang sekian lama dibina rosak teruk. Tidak lama kemudian, kelihatan sebutir bola hoki meluru jauh keluar dari gelanggang lantas berhenti hampir dengan pokok tadi.

Kami dari jauh berasa amat panik. Mahu sahaja kami jerit supaya jangan diambil bola itu jika tidak mahu menerima padah. Apakan daya, kami hanya diam membisu melihat dari jauh. Seorang pemain hoki sekolah berlari mendapatkan bola hoki tadi. Seperti yang diduga, beliau dihambat oleh tabuan, dan disengat pada leher. Sungguh amarah dendam membara tabuan-tabuan itu, dendam kesumat! Kemudian bergegas mangsa itu dihantar ke klinik. Kami hanya diam membisu menyimpan kisah rahsia abadi ini buat selamanya.


**beberapa bulan lepas, terserempak dengan seorang kawan lama dan memaklumkan Cikgu Ee sempat memeluk Islam sebelum beliau meninggal dunia di usia muda kerana sakit jantung. Sedih mengingatkan kenangan lalu, beliau amat serius melatih pasukan bola tampar.

Wednesday, June 1, 2011

Khair-ul-Manazil






Historical but abandoned,
Khair-ul-Manazil, the mosque near purana qila.