Tuesday, November 30, 2010

pantun orang merajuk

bayangkan, seharian berjalan kaki melawat kawasan archeologi mehrauli, dengan kepala pening dan perut yang tak sedap. hati tak sabar nak tengok gambar yang telah di snap. terharu aku bila tengok gambar aku seperti di atas. terima kasih lah shahrul! jasa anda tidak diperlukan lagi :p hahahaha.. seriyes aku cakap kat dia gambar tu tak de nilai seni. paling dikesalkan sebab bukan senang nak pergi lagi. kot ya pun, ambik la gambar aku ikhlas sikit! hahaha.. aku terduduk-duduk nak ambik angle untuk snap gambar dia, tapi shahrul snap sebelah tangan pegang ais krim! hahaha.. mujur ada faiz yang baik hati. ok, tengok gambar bawah ni.


walaupun aku punya kemre adalah kecik, brand kodak je pun. penataan cahaya pun tak reti nak ekjas, tapi dapat juga gambar yang sedikit berjiwa ni. bila copy semua gambar dalam memory card, tidak syak lagi muka mamat di atas (shahrul) telah memonopoli kapasiti. tapi statement aku pasal "keikhlasan mengambil gambar" tu telah membuatkan shahrul berkecil hati, kena pulak angin tak okay terberantakan pulak dengan rumet beliau si hakim. lagi melarat dia punya rajuk.


kini, aku terdetik nak karang pantun. dah lama tak buat pantun. kali ni aku tulis pantun pasal orang yang merajuk. ada peribahasa untuk orang haloba; orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang. tapi untuk orang merajuk apa pula? bagai ning yatimah dalam batu belah batu bertangkup? hahaha.. layan je lah, jangan nak terasa pula. aku ikhlas mengarang pantun ni dengan bersahaja. tak dedikasi pada sesiapa pun.



Wahai engkau bermuram durja,
Jalan ke mana minta dipapah,
Sekali pujuk rasa manja,
Berkali pujuk naik menyampah.

Wahai engkau kenapa marah,
Mulut muncung mengaku tidak,
Kawan menegur minta berubah,
Umur tua lagak budak-budak.

Wahai engkau duduk berangan,
Rasa gembira tidak terperi,
Buang kawan demi perasaan,
Kelak susah tanggung sendiri.

Wahai engkau diam membisu,
Kutahu dirimu si hati batu,
Demi ego sanggup menunggu,
Untung tidak masa yang lalu.

Monday, November 29, 2010

sari merah

cuba kita amati gambar di atas, justeru aku mahu bertanya kepada pembaca blog aku yang berjantina perempuan. sanggupkah kalian bekerja sebagai buruh? lebih-lebih lagi dengan memakai baju kurung atau kebaya. tapi itulah realiti di negara lain.

bayangkan perempuan bersari merah itu mungkin ditakdirkan lahir dalam keluarga susah, dan mungkin ada anak kecil yang mendesak dia untuk mencari rezeki. namun nasib beliau tidak dibela, malah dilayan sama seperti tenaga buruh lelaki. seberapa berat beban yang dipikul oleh orang lelaki, itulah juga yang dia perlu korbankan. bayaran upahnya juga sama.

aku tertarik dengan sari merah ini kerana warnanya amat menyerlah. selain kagum dengan kudrat perempuan itu bekerja di tapak bina, aku juga tertanya-tanya apakah makanan yang dimakan olehnya saban hari? berapakah upah yang diterima olehnya? tak mustahilkah tangan yang melilit sari bisa menggoncang dunia?

tiba-tiba aku imagine, kenapa dia pilih untuk buat kerja ni? aku bayangkan suami dia yang suruh memandangkan duit tak cukup nak beli makanan. kalau di malaysia, agaknya ada tak berlaku macam ni? mesti perempuan ni pernah merungut penat dan minta untuk menjaga anak di rumah sahaja. agaknya apa jawapan suaminya?

Wednesday, November 24, 2010

sukan dan seratas

kita mengenali sukan sejak bila? dari kecik, apa yang budak-budak buat? tentunya ialah bermain. bermain juga adalah sukan tetapi sukan akan disulami emosi. kenapa ada emosi? lihat saja, apabila pasukan yang disokong kalah kita merasa duka nestapa. kalau dibuatnya menang, terus meloncat-loncat gembira. lihat saja sukan asia guangzhou yang berlangsung sekarang, ramai yang akan emosi ketika menonton perlawanan badminton. kalau kalah, terus tutup TV atau mengeluarkan kata-kata kesat atau mencarut.

kalau main bowling kita nak marah siapa kalau masuk longkang? ofkos salahkan lane tak rata atau bola berat sangat tak leh balance badan so fokus hilang. kalau strike? terus sahaja mahu buat aksi duduk tahiyat awal sambil mencanakkan jari telunjuk. tapi, kali ini saya ingin menyentuh arena sukan bukan di peringkat daerah larut matang dan selama tetapi senario di seratas itu sendiri. jatuh lagi dikenang, mari kita lihat ulasan penulis :

1) bola sepak
sukan paling glamor adalah sukan bola sepak. sebut sahaja bola sepak, tentu sahaja ramai yang akan turun padang untuk menunjukkan bakat kepada cikgu talib dengan harapan membukit larut supaya dipilih mewakili sekolah. apabila berjaya mewakili sekolah, tentu sekali diri atlit itu akan merasakn dia sangat hot. kenapa hot? bukan menyumbat goal tapi merasakan ada gadis bawah umur yang akan menaruh hati bercouple. bintang skuad seratas tiada yang lagenda tapi kisah suka duka mereka menempuh perlawanan demi perlawanan sangat terpahat di sanubari. mohd hidhir pungot pernah menjawat goalkeeper namun seringkali dicerca kerana bolos. zaimi yik pula dilihat sungguh lincah namun kekurangan kalsium telah menyebabkan kakinya tidak mampu melangkah jauh. bintang mohd abdul wahab pula lebih menyerlah dengan menaruhkan kekuatan pada rambutnya yang belah tengah. apapun, mereka mampu menyinar meskipun tewas perlawanan menentang sebuah sekolah di kawasan kampung sungai bayor.

2) bola keranjang
pasukan bola keranjang lelaki kurang menyerlah. lagenda seperti yusnizam dan seri kelana tiada pengganti. namun, diwarisi bakat sedikit kepada mohd salam yahya namun beliau kidal dan sering mencemuh kerana kasut pallas jazz miliknya yang sering kali dicuri oleh penjahat asrama. mohd hidhir pungot yang tinggi melayut pula gagal membuat lompatan tinggi justeru sukar membuat jaringat tepat. namun kategori lelaki sering dilihat tewas terutamanya apabila bertemu pasukan sekolah hua lian meskipun dilatih oleh guru matematik cina bernama chuah ling tong. dalam pada itu, pasukan wanita lebih menyerlah apabila menjuarai peringkat SBP zon utara sehingga mewakili zon ke peringkat kebangsaan tapi sampai di situ sahajalah kemampuan mereka kerana zon-zon lain terutamanya dari kolej tunku kursiah dan sekolah tun fatimah sangat hebat. tunjang utama mereka iaitu norihan hamid, hasnor nashrah, azira zamaran dan beberapa lagi bukanlah menjadi perbualan hangat para lelaki tetapi kakak sa'adah. setiap kali kakak sa'adah melompat untuk membuat slam dunk, seluruh pelajar di koridor kelas akan terus tajam mata ke suatu arah yang tidak perlu disebutkan lagi.

3) kriket
pasukan kriket seratas hanya dimonopoli oleh mereka atlit rumah enggang seperti saiful rizal, anuar hassan dan azmi saad. kenapa hanya enggang? tentu sekali kerana ia diperkenalkan oleh senior enggang atau blok D itu sendiri. mereka amat bertuah kerana dilihat unik, namun tidak ramai yang akan pergi menyokong kerana tiada siapa yang faham cara pengiraan mata. lagipun atlit enggang tidak langsung offer pelajar lain untuk turut serta.

4) hoki
sukan hoki agak hambar bagi batch 17 tapi junior seratas telah memperlihat kekuatan apabila sering menjuarai mana-mana perlawanan. mungkin kerena cikgu rahim dan cikgu ismail telah memilih kasih sehingga sesiapa yang bermain futsal di atas padang kapet hijau akan dihambat oleh cikgu-cikgu ini walaupun ianya lengang tidak digunakan. sering kali hari ahad sebelum menyaksikan tayangan kartun sailormoon dan mutiara naga, para pelajar akan bermain futsal di situ, kemudian dari jauh hon motosikal buruk cikgu rahim akan kedengaran dan pelajar bertempiaran lari ke asrama. mangsa utama yang menjadi sasaran guru ini adalah alif imran, syaihan dan beberapa lagi nama. masih terpahat kisah pelajar lelaki disuruh untuk membuat sejumlah bayaran ketika mengambil keputusan SPM sebagai pampasan atas kerosakan yang tidak ada bukti kukuh itu. tetapi penulis masih ingat bagaimana mokhtar ahmad dan zurul kamal telah didenda senior kerana bermain hoki di dalam dorm (tiba-tiba).

5) rugby
tidak pergi jauh, pasukan rugby seratas hanya bergaya ketika bergambar. tangan berpeluk tubuh, muka garang ditampilkan tetapi apabila bertemu pasukan sekolah king edward VII tentu sekali kecut skrotum. jika terus berhempas pulas, mahu terkehel buku lali atau patah tulang bahu seperti mohd saini pajuri yang pernah cedera parah. pemain rugby paling terkenal adalah mohd zulkepri, mohd nazri dan amin ibrahim namun penulis berasa curiga kenapa terdapat watak seperti mohd hidhir pungot dan zaimi yik fiak pada gambar di bawah? semua acara mereka mahu sertai. tetapi jika kini dilakukan ujian kecergasan, apakah samsul shahril akan berjaya dipilih masuk?


6) olahraga
acara kegemaran pelajar seratas adalah 100 meter tetapi tahukah anda fakhzan rosli lebih menyinar dalam acara 400 meter di sukan MSSD larut matang dan selama? sekurang-kurangnya beliau memungut pingat di acara tersebut namun acara 100 meter hanya membarisi peserta di peringkat saringan sahaja. nama-nama besar seperti rozanizam zainol (enggang), alif imran (rajawali) dan bazli nizam (helang) adalah mereka yang disebut-sebut memberi saingan sengit (tiada nama atlit garuda disebut hehehe..) sewaktu acara. jika kategori wanita tentu sekali nama-nama berikut diramal bersaing; norihan hamid (garuda), azira zamaran (rajawali) dan fadhilah asmoai (helang) . kenapa tiada nama peserta wanita enggang? tentu sekali tiada yang lulus ujian kecergasan. peserta wanita enggang hanya menaruh harapan pada norhafiza osman meskipun acara 800 meter mahupun lontar peluru. tetapi paling menarik untuk disentuh adalah pada tahun 1997 apabila acara 8x50 meter telah memaksa noorhani jusoh untuk turut berlari kerana rumah rajawali tidak cukup atlit.

7) catur
siapakah atlit catur terkenal seratas? bakat ini jarang disebut-sebut tetapi beliau adalah haniza mohd nor yang dianggap sungguh dewa dengan buah catur. tiba-tiba sahaja beliau akan menuturkan kata-kata "check" membuatkan hati anda berasa hendak marah, dan disusuli kata "check-mate" seraya anda berasa malu untuk tidak lagi bermain catur dengannya. walaupun bakat catur tidak ditentukan oleh kemampuan menguasai bahasa arab kelas ustaz juaini namun ianya lebih kepada tumpuan dan teknik serangan yang dirancang rapi.

8) bola jaring
jarang sekali mendengar update dari sukan ini tetapi penulis sekadar menyebut beberapa nama sebagai menghargai sumbangan mereka : wan hazila, siti rahayu dan kembar jazilah-jamalina. update mereka telah hilang dari rangkuman file kerana latihan diadakan di bawah lereng bukit berhadapan pangsapuri guru.

9) sepak takraw
sukan ini tidak popular, namun giat dijalani oleh mereka ahli-ahli tetap sukan takraw yang dibarisi oleh mohd hakimi abdul rahman dan mohd naim (sekadar menyebut beberapa nama). lokasi gelanggang takraw terletak di antara gimnasium dan pangsapuri guru. pernah sekali penulis melihat kaki mohd hakimi yang panjang telah terlekat pada jaring berikutan ingin membuat lipatan killer selain beliau hebat membuat servis kuda kepang. selain itu, persoalan kini apakah mohd naim kini masih bermain sukan ini berikutan masalah obesiti yang melanda beliau. khabarnya kini berpindah kepada sukan bowling (yang tidak memilih rupa bentuk badan) dan pernah menjuarai bowling terbuka reunion seratas di One Utama tahun lepas.


...kenapa tiada nombor 10??? anda boleh isikan sendiri. mungkin anda ada sukan anda yang tersendiri atau nama anda lupa disebut di dalam sukan-sukan di atas. jika tiada, mungkin anda lupa yang anda adalah ulat buku yang hanya mahu ke kelas ketika menunggu siren masa makan malam (makan petang pukul 6.30pm) dengan melalakukan homework matematik tambahan atau anda sibuk menonton drama TV3 di asrama meskipun dihalang cikgu hamidah dan pakcik shahar.

Monday, November 22, 2010

wirawati musytari

Beliau cekap di dapur, berikan sahaja kuali, lesung batu mahupun tulang kepala lutut lembu nescaya akan menghidangkan anda hidangan istimewa yang lazat. Beliau adalah macrieda atau seperti nama yang tertulis pada surat beranaknya, Faridah Binti Hashim.

Berasal dari Parit Buntar, macrieda merupakan kawan bangku sekolah saya. Beliau menjawat jawatan penting seperti pengawas sekolah namun tidak pernah sombong dengan khalayak ramai. Mari kita lihat ciri-ciri Mek (panggilan pendek Macrieda) yang tiada pada orang lain yang mungkin membawa anda untuk berkenalan lebih lanjut dengan beliau:

1. Bijak memasak
Ya! Tidak dapat dinafikan Mek pandai memasak. Sebut saja apa-apa jenis makanan semua resipi di hujung jari beliau kerana selain pengalaman beliau juga arif membuat carian di Google. Kek Batik pernah menceriakan penghuni kelas 5 Musytari suatu ketika dulu. Tapi kini Mek lebih gemar mencuba resipi pudding istimewa pelbagai perisa dan warna selari dengan evolusi masa kini. Teknik memasak yang sempur seperti mereneh sup di dalam kuali memang nampak aneh tapi rasanya cukup membuat anda terangkat! Selain itu, beliau juga bijak menggunakan sumber yang ada seperti mana, kiub ais yang melekat di dalam beg plastik dileraikan dengan hanya satu libasan di dinding dengan sungguh bersahaja sambil mulut sedang asyik bergosip, superb!

2. Kreatif
Beliau kreatif! Bukan kreatif membuat kad hari jadi atau apa-apa tetapi kreatif dalam memadankan warna tak kira memilih baju, kasut ataupun pewarna pudding jellynya. Lihat sahaja pakaiannya semasa menghadiri kenduri kendara, tentu mahu menjadi paling terkehadapan selain bijak memilih aksesori.

3. Rajin & Pemurah
Ya! Beliau sangat rajin mengalahkan organizer. Teringat kes lama di One Utama di mana beliau telah bermurah hati untuk menyediakan makanan percuma berupa sandwich dan air kotak kepada semua hadirin hadirat yang turut serta menjayakan Seratas Bowling Tournament sempena Gathering Batch 17. Walaupun padah memakan diri akibat salah pilih Parking, namun beliau pasrah menerima kritikan organizer. Apapun, beliau merupakan pemegang anugerah JLo buat julung kalinya.

4. 1 Malaysia
Benarkah? Tentu sekali! Tidakkah begitu Winders Chaarlz? Beliau menyokong skuad Malaysia di mana-mana acara dunia tanpa mengira bangsa dan masalah kulit. Beliau menyokong Choong Wei walau diri menaruh hati pada Lin Dan. Beliau pura-pura jatuh hati pada Paul the Octopus walaupun sebenarnya Mek sibuk memerhatikan atlit wajah tampan di Piala Dunia. (Eh?? Malaysia mana masuk World Cup! Sorry..) Mek juga giat mengemaskini status di Facebook berkenaan perkembangan terkini atlit Malaysia di Sukan Asia Guangzhou tetapi pemerhati melihat hanya nama Koo Keng Keat tapi tiada nama Nicole Ann David. Mungkin memilih jenis organ pembiakan tertentu? Semangat 1 Malaysia beliau jelas lagi sewaktu perayaan Thaipusam kerana beliau bersama Nurul Hasanah gigih membuat liputan langsung dari dalam perkarangan Batu Caves.

5. Gosip
Ini negative atau positif? Apapun, kebolehan mengadaptasi kes-kes terkini mahupun berstatus kes terpencil amat dihargai oleh rakan rapat. Gosip sememangnya dilihat negative namun jauh di sebalik itu, muhasabah diri adalah aspek terpenting di mana nilai-nilai persahabatan dan adat resam menjadi kata kunci dalam setiap perbualan yang dibahaskan. Mek lantang membuat penegasan bahawa kawan yang tulus bukanlah akan hanya hadir sewaktu memerlukan sesuatu tetapi hilang semasa tidak memerlukan. Ada benarnya Cuma tepuk dada tanya selera.

Mek bersama teman Parit Buntarnya, Annand (gambar ihsan)


Sudahkah anda jatuh hati pada Mek? Sila tuliskan karangan tentang diri anda tak lebih 100 patah kata dan hantarkan kepada Chicky Hours, Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor selewat-lewatnya pada 1 Disember kerana hadiah misteri menanti anda yang paling kreatif dan berjaya menambat hati. Selamat mencuba!! (teringat dulu-dulu teringin nak masuk peraduan melukis Chicky Hours TV3 nak lukis tweety bird kuning tu).

Lupa pula, tujuan utama menulis artikel ini adalah untuk mengucapkan terima kasih secara bercetak kepada Mek yang telah menyediakan juadah (beliau masak sendiri) berupa mihun sup, rending ayam dan pudding custard berjelly merah. Tak lupa kepada Haniza yang sudi bawa lemang dan kek swiss roll yang dibeli entah di mana.

Sunday, November 21, 2010

tughlaqabad

drive little further to okhla, there is tughlaqabad that was built by ghiyasuddin tughlaq in the 14th century.

these tughlaq architecture is very different that the rubble-built walls clinging to the shape of the hill, with perimeter almost 7 kilometers, completed with a citadel.

along the road, we can see the walls!

not far away, you will experience another amazing view of adilabad. it was built by his son named muhammad who is believed to be the murderer to the death of his father (based on readings).

eventually, both of them were buried peacefully at a same place, ghiyasuddin tomb that joined to the tughlaqabad fort by a causeway that crosses a lake. the tomb has a dome that made by white marble. (it was getting dawn, too bad! cant see the shining white marble.)

try to show the wall's angle but mr. photographer was fail..!haha!! still thank you faiz!

Friday, November 19, 2010

gema aidil adha

malam dan hujan renyai di luar. jelas terdengar titik air menyentuh atap genting, satu persatu berganda menjadi ribu. dingin menerpa, menyeluk ke dada bagai menghirup bau pudina. mudah sekali merawat, lapangkan lengan dan sorongkan bantal.

hanyut dibuai mimpi tak berwatak. sayup malam hanya gelap menemani. sesekali dentuman mercun mengganggu seni tidur. "prangggg!!!!!"

kuat bunyinya. sekali lagi.

"prangggg!!!"

lagi selimut ditarik terus menyelubungi diri. bantal di sisi didakap erat.

"prangggg!!! pranggg!!!"

mata terbeliak. haru dibuatnya. mengapa dentuman ini begitu kuat, seperti hanya di balik cuping telinga.

"pranggg!!!! woii!!! bukakk!!!!"

eh? apakah masih perlu memejam mata? gusar hati, darah memecut laju, jantung kencang tiba-tiba. terbangun dari pembaringan, terus memetik suis lampu. kini suara sahut menyahut bagaikan perang.

pintu bilik dibuka separuh. kepala menjengga ke luar, hanya tangga lurus ke bawah disuluhi percikan sinar lampu yang samar. bayang-bayang diri sendiri menambahkan seru kaget. kini tubuh penuh di hadapan pintu. melihat tangga yang tersuluh itu, dengan separuh lantai bawah kini terlihat dengan bola mata.

"bukak pintu ni!!! cepat!!!"

"pranngggg!!!!"

kaki yang terketar-ketar secara perlahan menuruni tangga. pandangan terus ke arah daun pintu yang bergegar. sungguh kuat dan makin kuat. namun diri ini terpinga-pinga. daun pintu di tengah-tengah, dengan kiri dan kanannya juraian kain langsir hijau menutupi tingkap.

mujur rumah usang ini dipagari jaringan besi di setiap tingkap dan pintu. sebelum apa-apa berlaku, lampu ruang tamu harus dinyalakan, disusuli lampu anjung luar.

"pranggg!!! cepattt!!!"

mengapakah suara ini makin terpekik-pekik bagai orang gila? kenapa tidak sabar? makin kaget. namun kerana bersendirian, kes ini harus ditangani secara berani dan profesional. sebaik lampu luar memancar sinar, alangkah terkejutnya melihat bayangan manusia yang berdiri di luar.

sungguh, bayangan itu bergerak-gerak. bukan seorang tetapi banyak dan mereka memenuhi setiap sudut langsir. apakah yang menanti di luar? daun pintu terus bergegar.

"pranggg!!" kini aku tahu, daun pintu ditendang-tendang dengan kaki.

dengan bacaan basmallah, daun pintu dibuka seraya terkesima melihat apa yang terpampang.

"siapa?" mulut bertanya.

sekelip mata bunyi bising tadi terus membisu. sekumpulan manusia tercegat di hadapan. beberapa orang memegang kayu. sempat ditatap manusia yang terhadapan sekali ini berambut panjang, gelap kulitnya dan tangannya memegang sepuntung rokok berbara. tubuh tingginya membuat sesiapa yang memandang akan terus menggigil.

"nak cari siapa?"

soalan ini dibiarkan tidak terjawab. mujur 'grill' di rumah ini masih utuh jika tidak tentu daun pintu ini lerai dipukul terajang oleh mereka. mungkin mereka sedar, mereka tersalah sasar. seorang demi seorang daripada mereka beredar dati situ, terus berlalu pergi. hanya bau asap rokok yang lewat beredar.

agaknya siapakah mereka? kenapa mereka berlalu pergi begitu sahaja?

sekian.



selamat hari raya aidil adha.

Wednesday, November 17, 2010

raya haji

selamat hari raya haji, maaf zahir batin kepada semua! ekceli saya baru saja balik dari drive thru mekdi, sebab tadi lapar sangat. lewat-lewat kedai apa yang bukak pun. sebelum tidur, post dulu satu entry sebab rasa tak sempurna pula kalau tiada entry khas raya haji. peace!!

raya haji? dalam peti ais ada air yogurt bliss perisa kiwi, cemerlang! at least bangun pagi ada pembasah tekak. beraya seorang diri di rumah di sentul ni, tak de apa yang boleh dijadikan kenangan. rumah pun tak payah kemas, lepak-lepak atas katil sebelum tidur ni okay juga boleh bau jirang sebelah masak nasik dagang, rendang, gulai dan semilir bau setanggi. okaylah, entry tak berwadah ni harus dihentikan sebelum beralih arah jadi entry mengumpat. so, bye bye!

Saturday, November 13, 2010

kenduri kendara lagi?

tadi aku dapat kad dari cik raziah ramli, lepas tu aku berfesbuk sebentar dan menjumpai kronologi perbualan menerusi komen...tertarik pula nak post.
  • Azizah Ghazali hmm..kn best klu ada ms 2..huhuhu
    December 22, 2009 at 8:38am
  • Faridah Huda Zah...aku ngan senah curious juga samada ang tau ke dak kndr apem..tp aku assume ang taw sbb aku dah bising2 di fb..kalo anda ade lebih indah!
    December 22, 2009 at 11:10am ·
  • Azizah Ghazali tau sal knduri 2..tp keadaan xmengizinkn tuk g...bl lg la kta dpt bkmpl rmai2 kn...
    December 22, 2009 at 12:30pm ·
  • Faridah Huda mungkin di kenduri ang pulak zah..hahhaha
    December 22, 2009 at 5:02pm ·
  • Nahar Abdullah ler....kalau azizah kawen jgn nak sedih sebab mek yg galakkan..hahahah..
    December 22, 2009 at 11:19pm ·
  • Azizah Ghazali ok gk galakkn 2...silap2 senah n mek dlu:)
    December 23, 2009 at 8:04am ·
  • Norhafiza Fiza mana che jah???
    February 27 at 9:52pm ·
  • Azizah Ghazali apem...sori xdt dtg ari2;(..apepn, tahniah:)
    March 1 at 8:35am ·

**p/s: banyak nyer kenduri mendatang...tapi yang mana awal disember ni aku excuse sebab ada tugas..

Friday, November 12, 2010

terpinga

Haliq (bukan nama sebenar) pulang ke kampung halaman bersama isteri dan dua anaknya. Alangkah damai dirasakan, sungguh mengujakan. Sesekali menghirup udara yang nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa merempuh pipi sudah lama diimpikan. Justeru percutian kali ini adalah dirancang seawal tiga bulan lalu.

Hari kian gelap, dan malam membuka tirai. Bersama seisi rumah menonton rancangan hiburan, terus lalai sambil ketawa, filem P.Ramlee walaupun diulang tayang banyak kali namun tidak kering gusi dibuatnya. Sekali telefon bimbit haliq berbunyi, tidak dihiraukan sama sekali.

Tidur malam tentunya di dalam kelambu. Di luar tentu sekali akan digigit nyamuk, tapi nyamuk kampong tidak membawa kuman Aedes seperti nyamuk bandar. Memang nyenyak, dini hari udara kian sejuk, menghembus masuk menerusi alang-alang rumah. Nada dering yang sama masih berkumandang. Kali ini Haliq bingkas mendapatkannya, dengan azam ingin mematikannya.

Sebaik mencapai telefon bimbitnya, panggilan terputus. Belum sempat Haliq menekan butang untuk mematikan telefon tersebut, sekali lagi nada dering berbunyi dan secara tidak langsung Haliq telah tertekan butang jawab. “hello??”

“maaf telefon malam buta, tapi urgent!”

“kenapa?”

“as expected, you kena jugak balik. Kalau tak site tak leh jalan.”

“I kan sudah apply cuti, lagi pun Rosli kan ada!”

“Rosli masuk ward. Penyakit dia datang lagi.”

“so? Takkan I jugak??”

“tak de back up, u aje yang ada. Even tak available, siapa lagi??”

“korang ni memang tau..”

“cakap banyak tak de, nak tak nak sebelum pukul 8 you kena ada di site ni, gila pukul 10 menteri nak lawat site? Sanggup ke nak menjawab dengan dato nanti???”

Mahu atau tidak, Haliq tiada alasan untuk berkata tidak. Jam di tangannya menunjukkan jam 3 pagi. Dengan lemah, Haliq melangah ke dapur yang gelap. Dipetik suis lampu, terus ke bilik air untuk menyegarkan badan. Bayangan muncul di fikirannya, cuti seminggu kini berbaki 5 hari sahaja. Tak mengapalah, berkorban demi kerjaya.

Terus mencapai apa yang patut, pakaian dimuatkan di badan. Terus ambil kunci kereta Avanzanya, seraya ke luar rumah untuk menghidupkan enjin. Isterinya terus bangun, ke dapur menyiapkan kopi. Sebaik kereta dihidupkan, bonet kereta di belakang dibuka. Kasut dan beg kecil berisi barang keperluan di isi. Sempat lagi mengemas barang-barang yang berselerak. Dari dauh, gelap pagi bersinar lampu biru dari dalam keretanya.

Sesekali deruman enjin motosikal melalui jalan raya. Waktu-waktu begini para penoreh getah akan mula bergegas lading untuk mencari nafkah. Haliq berdiri di belakang bonet masih terus mengemas barang-barang. Tiba-tiba dari jauh bunyi hon kedengaran. “Pinnnn!!! Pinnnn!!!”

Haliq menoleh ke belakang, matanya tidak dapat melihat jelas kerana silau, tetapi motosikal itu terus meluru laju tanpa henti. Haliq terpinga-pinga. Siapakah itu? Atau sekadar terpicit hon? Abaikan sahaja kerana Haliq perlu bergegas ke tempat kerjanya.

Selesai segalanya, Haliq terus memandu. Terasa nyaman dan sejuk, disulami bau-bauan ringan tetapi segar bunga campuran Ambi Pur yang tersangkut pada penghawa dingin. Selamat sampai, Haliq terus melakukan apa yang patut, agar selesai cepat dan mudah untuknya berehat untuk kembali ke kampong.

Malam harinya, Haliq selamat tiba. Dalam kepenatan, teh dihidangkan. Kebetulan bapa saudaranya, Pak Hamid turut berkunjung di rumah bapanya itu.

“hah Haliq, kamu okey ke?

“okay. Kenapa ayah?”

“tak de, Pak Hamid kau ni risaukan kau.”

“kenapa Pak Hamid?”

“sebenarnya, Pak Hamid nak tegur kamu, masa kamu tengah berkemas barang pagi tadi. Rasanya dalam pukul 4 lebih.”

“oh! Pak Hamid ke yang picit hon tu?”

“ye ler!”

“Lor!! Picit hon saje berhentinye idak. Kita ni tak nampak sebab silau.”

“Pak Hamid ni risau kat kamu.”

“Kenapa pula? Saya okey-okey saja…”

Haliq melihat ayahnya, pula kea rah ibunya. Isterinya menggeleng-gelengkan kepala. Anak-anaknya pula dengan wajah misteri hanya duduk diam terpaku.

“Kenapa? Ada apa-apa yang saya tak tahu ke??”

“Dia nak gi menorah, tapi masa picit hon tu, dia nak tegurlah kamu. Nak tanya kamu tu kenapa balik awal. Ye lah, baru sampai petang tu dah nak balik pagi buta. Itu pasal yang picit hon berkali-kali tu. Elok dia turun gear, nak berenti tu, Pak Hamid kamu ni nampak ada orang duduk di seat depan.”

“siapa?”

“sapa lagi!! Benda nak mengusik la!! Katanya jelas nampak dengan rambut kusut duduk betul-betul di seat driver. Masa tu kereta kamu kan pintu belakang terbuka dengan bonet pun terbuka jugak, lampu dalam kereta kaler biru tu pun menyala kan? Tu yang nampak tu!”

“Oh..ye ke? Tapi nasib baik saya okey-okey je. Kete memang dah sebis, Zenab pun dah vakum kereta kot, dengan bau pewangi kereta tu pun macam baru dia ganti.”

“saya ada vakum, tapi mana ada ganti Ambi Pur abang tu.”

“oh ye ke? Tak pe lah, janji semua ok dah lah. selamat pergi, selamat sampai. Heh hehhh…”

Wednesday, November 10, 2010

once upon a time (2002) at ipoh airport

that is sultan azlan shah airport, tiny and classic.

surroundings are residential area and apartments.

got cessna there.

air asia, i travelled once to johor bahru.

MAS only routes to kuala lumpur, penang and medan.

Monday, November 8, 2010

si punjut

Malam tu panas, panas sangat. Ingat tak? Punyalah panas sampai Maksu tidur bukak tingkap. Malam sebelum tu Ijat batuk. Batuk biasa-biasa je lah tapi Maksu teringat jugak orang tua-tua kata kena ambik nasik, letak atas piring lepas tu biar berembun kat luar rumah. Tak tau lah.

Tapi malam tu lain, panas dia sampai badan ni panas pedih. Kolar baju ni rasa lembap je dengan peluh. Paksu tak dak masa tu, dia kan suka minum tengah-tengah malam, dalam pukul 2 pagi baru balik. Tinggal Maksu, Ijat ngan Syaza je lah.

Tapi pelik. Sampai pukul berapa ntah, dalam pukul 2 pagi kot. Maksu sedar Paksu tak balik lagi. Masa tu musim orang duk mencuri, Maksu pun bangun la dari katil nak tutup tingkap takut jugak ler nanti pencuri seluk apa-apa yang boleh capai.

Masa Maksu bangkit tu, maksu capai tingkap yang hujung dulu sekali Maksu jatuhkan langsir. Lepas tutup tingkap naco tu, Maksu tutup yang sebelah ni pulak. Lepas tu baru nak tutup yang tengah sekali dengan langsir semua lah. Tapi, masa Maksu nak tutup tingkap yang tengah tu, Maksu perasan ada benda putih di depan Maksu. Maksud Maksu kat luar rumah, dia berdiri tepi beranda mengadap tingkap tu jugak.

Tapi masa tu Maksu tak terfikir sangat. Bila langsir dah jatuh, baru Maksu rasa lain macam. Sebab dalam kepala otak Maksu Cuma ingat tepi tingkap tu ada pokok pisang-pokok pisang je. Tapi takkan warna putih? Bulu roma memang naik la. Terus Maksu tidur, selimut habis satu badan tinggal muka je. Terus tak sedar.

Esok tu, mula nak cerita kat Paksu. Tapi biasalah, bila cerita dia bukan nak percaya. Silap-silap dia kata Maksu duk merapu. Lepas 3 hari baru Maksu cerita, tapi komen Paksu standard ar macam yang Maksu agak dah. Tapi Paksu kata ada kemungkinan tu Paklong kot, duk isap rokok di luar. Tapi Paklong tidur dah masa tu Maksu nampak sebelum tidur maksu lalu dapur nak pergi tandas.

Duk esok lusa lepas tu pulak, Koko ada bersembang dengan Paksu. Koko kenal? Anak Shaari bekas tok ketua nama Mat Arif tu. Dia kata, ada satu malam tu, dia tak leh tidur sebab dah tidur petang lama sangat. Lepas tu rasa nak beli burger dengan Pejo. Start je moto, dia kata lalu depan rumah ni, dia nampak benda besar dalam 2 meter tinggi.Dia rasa pelik lah jugak, kenapa tinggi sangat? Lepas tu memang putih je nampak. Toleh betul-betul baru dia perasan nampak pocong!! Elok siap duk nampak punjut ikat kat atas tu. Dia pun terus gi ambik Pejo, patah balik dari simpang pintu masuk rumah Pakcu Jamal tu, sampai sini tapi dah tak dak dah pocong tu.

Koko kata benda tu yang peliknya tak melompat macam dalam TV tu. Dia macam lalu sekali imbas, lalu mcm bergerak gitu je ikut angin. Tak dah melompat-lompat. Yang peliknya Paksu kata, Koko nampak pun betul-betul kat tepi beranda ni jugak.

munirah : tak mengaji


**cuba dengar, dalam kelucuan ada makna mendalam.

Saturday, November 6, 2010

diwali

happy diwali to all.

Thursday, November 4, 2010

missy (kes 2)

yah (bukan nama sebenar) adalah seorang misi yang amat digeruni. dengan raut wajah ketimuran dengan sedikit aura aborigin dan kulit sawo matang, yah memang digeruni bukan sahaja dikalangan pengunjung pusat kesihatan ibu dan anak, malah rakan sejawatan. yah yang lengkap berpakaian serba putih dengan topi nurse yang tegak di atas kepala, melangkah laju dari satu sudut ke satu sudut dengan penuh bertenaga.

yah merupakan misi yang tidak asing lagi, dikenali oleh setiap ibu-ibu yang beranak kecil. yah menggalas tanggung jawab untuk memberikan suntikan kepada bayi-bayi supaya kekal sihat tanpa penyakit-penyakit berbahaya. sekali yah menjeling, ramai yang akan menitiskan peluh dingin. bibir yah yang juih dan muncung lagi tebal satu inci itu sentiasa menjadi igauan seluruh penduduk sekitar. itulah hebatnya yah, yang pasti lantang bersuara, mengkritik pedas lagi menusuk kalbu. seminggu dibelenggu trauma kalau diherdik yah!

pagi yang dingin, mak ngah ah (bukan nama sebenar) membawa anak kembarnya ke pusat kesihatan ibu dan anak dengan membawa bersama kad merah sebagai rekod penerimaan suntikan. mak ngah ah tak kurang hebatnya, selain memiliki anak yang ramai, beliau juga seorang wanita yang bersusuk tubuh tinggi lampai dan kuat bekerja dengan kudratnya sebagai penoreh getah.

missy yah : satu dah sudah dah, mana kembar yang satu lagi tu? sedia lekas!

mak ngah ah : sat, budak ni menggelepar macam dia paham pulak nak kena cucuk.

missy yah : lekas lah, kita ni banyak kerja. bukan nak cucuk punggung hok ni jer. banyak punggung lagi.

mak ngah ah : sekejap lah...ish payah pulak! **bayi meronta-ronta... sesekali sukar ditiarapkan atas ribaan mak ngah ah.**

missy yah : lekas lah!! **nada suara kian meninggi**

mak ngah ah : hinsss... hurm..uh!!! ish...uh?? hurmm...ish? ish???

missy yah : apa yang payah sangat tu??

mak ngah ah : kembar dia molek, tapi dia ni buas sikit. sabit kulit gelap buleh ke dia.

missy yah : lekas lah!! **menjerkah**

mak ngah ah : ish apa yang payah pulak ni?? **mengeluh suara nada rendah**

missy yah : wohh!! dah beranak banyak tu pun tak pandai lagi nak pegang anak ke???? orang pegang macam ni **marah**

yah terus meletakkan jarum suntikan dari tangannya ke dalam kotak putih yang terletak di atas meja. dengan penuh ceghe yah terus mengambil bayi atas ribaan mak ngah ah untuk ditiarapkan sebagai demo dengan menganggap mak ngah ah sebagai tidak pandai menyelesaikan keadaan.

gedeganggg!!! seraya bayi tadi menangis, menjerit kesakitan. kepalanya terhantuk sisi meja. air muka yah terus berubah namun beliau sedaya upaya mengawal keadaan dengan membuat muka tak bersalah.

mak ngah ah : hahhh!!! tu pandai sangat la tuh pegang budak?? bibir pun sekati!!!

missy yah : ????