Monday, July 19, 2010

salfa's wedding and the kellie's castle

sabtu lepas, kami berkonvoi menghadiri kenduri salfarina. siapa salfarina? tak pernah aku selidik tapi orangnya kecil molek sangat comel. berasal dari gopeng, perak dan masuk seratas masa form 4. dia seorang yang rajin, sangat positif serta apa-apa yang dibuat sangat bersahaja. kini salfa bergelar seorang guru di puchong, selangor. kawin dengan siapa pun tak tau pulak tak sempat tanya, yang pasti cikgu jugak.

haa..! ini dia pengantin salfarina. padanan warna ungu dan lavender memang kena dengan salfa. maybe salfa ni lembut orangnya so, match dengan apa yg ada pada hari tersebut. agaknya salfa refer kitab tajul muluk ke?

sampai gopeng dua bijik kereta, bertemu pula gang-gang ipoh, menjadikan jumlahnya amat ramai dimonopoli oleh kaun hawa. lihatlah gambar sopan diorang, sopan kan? sopan depan lensa sahaja. lepas tu tak payah suruh, masing-masing tak dapat kawal perasaan bila berjumpa kawan lama. habis cendol! yes, kenduri salfa dihidangkan pelbagai lauk pauk melayu termasuk ayam bakar, pecal, gulai nangka, gulai daging dan cendol sebagai pencuci mulut.

eh kenapa hanya emon yang diexposed? tentulah kerana beliau baru-baru ni dah bertunang dan bakal meneruskan perjuangan di jinjang utara, eh bukan, jinjang pelamin actually. emon telah bertunang dengan seorang jejaka misteri yang masih belum dikenal pasti. namun begitu, gambar rajahnya dapat diteka oleh orang awam berikutan status di facebook beliau yang memberi hint. so apa theme colour wedding emon nanti?

ha, ini gambar masa melepak di dalam rumah. pandai bawa diri, mereka tak payah dijemput, pandai-pandai buat macam rumah sendiri. sopan santun, duduk tertib bersimpuh, tahu-tahu ketawa mengilai. itulah yang dikatakan meriahnya suasana. kelihatan nadia di situ, wah lama tak berjumpa.

haa..ini pula kisah pelajar kelas musytari. ayuni sangat ayu, kurus sangat. penat bekerja barang kali. huda masih seperti dulu, tak banyak berubah. doktor sally pula amat mengejutkan saya. dulu tepi meja saya je, tahu-tahu dah jadi doktor. wah!! tapi ke mana sally pergi, tak de dalam gambar ramai-ramai tu? makan atau sudah pulang?

sungguh senonoh bergambar begini. nostalgia teramat sangat apabila kami beramai-ramai digunakan sebagai prop untuk sesi bergambar oleh uncle kemreman. sungguh talented beliau, sampai pelbagai posisi (ekceli satu je) yang disuruhnya, siap terbaring dia di tengah-tengah bulatan mensnap gambar kami. tak sabar nak tengok hasilnya! salfa jangan lupa tag nanti di facebook.

mereka yang hadir : aku, ja'a, apem, tasnim, mek ai, kakwan, mastura, samsinar, liana, azua, nadia, azizah ghazali, emon, huda termizi, sally, nadia, azila (tak ingat nama) dan ayuni.

nak dijadikan cerita, setiap aktiviti menghadiri majlis kenduri akan disusuli dengan "moment". kenapa moment? ya, moment adalah sitilah yang direka oleh idea spontan zamri anuar. walaupun ketiadaan zamri anuar, kami tetap mahu ber"moment". niat murni kami untuk membuatkan zamri jealous ternyata berjaya apabila kellie's castle telah memberikan lokasi terbaik untuk bergambar tanpa tomakninah!

ini bukan roh hantu mangsa bunuh atau sundel bolong tapi beliau adalah samsinar yang telah mengoffer diri untuk menjadi model murahan. tentu murah, tanpa bayaran beliau sungguh ringan tulang temulang untuk berakting di depan lensa. fikir-fikir balik pic ni seram lah!

ini lah rupanya kellie's castle dari depan. kedudukannya atas bukit, susah sikit nak ambil sudut, tentunya sudut dongak sahaja. sesekali bangunan lama ini memperlihatkan senibina yang diceduk dari dua pengaruh. luaran nampak seperti mansion di italy, tapi perincian seperti senibina mughlai pun ada.

sewaktu sedang enak bergambar, tiba-tiba kami terperasan kehilangan seseorang. ya di mana mas? apakah mas diculik roh uncle willilam? tika itu kami sedang enak posing di bumbung kellie's castle, tiba-tiba ternampak kelibat mas berlari anak melintasi jambatan menyeberangi sungai. kami panik, lantas keterujaan bergambar mengatasi segalanya. sesalan yang lebih buat liana kerana tidak dapat sama-sama join ber"moment" bersama kami. kami di kellie's castle membawa bersama semangat zamri anuar justeru melawan taukeh dengan menghasilkan moment terbaik untuk diriakkan kepada beliau!

ini adalah gambar terakhir. di facebook telah hangat dibahaskan bagaimana apem berubah menjadi wanita sihir yang telah menjadikan mereka yang lain sebagai anak jin. tentu sekali gambar ini mampu menjadi sebuah nostalgia yang akan dikenang betapa gembiranya kami bersuka ria pada hari tersebut.


17hb Julai 2010
gopeng dan batu gajah, perak.

Sunday, July 18, 2010

Thursday, July 15, 2010

13 julai dan sareewala

**draft entry dibuat pada 13 julai.

hari ini 13 julai, tiada apa-apa yang special pun. sesekali saya akan buka diary, then baca kalau ada apa-apa pernah berlaku jatuh pada hari tersebut. actually 13 julai ada kenangan tersendiri lah. tak ada kenamengena dengan pembubaran malayan union mahupun perang di vietnam.

belek-belek diary, rupanya 13 julai aku bershopping di sarojini market, delhi. hahaha!! aku memang akan bershopping separuh hari bekerja supaya dapat bawak survinir kepada keluarga di malaysia. flight pukul 11 malam. so tengah hari tu sempat lah beli barang-barang wajib.

apa yang wajib? junub? pun bukan! ia adalah barang-barang seperti teh uncang jenama taj mahal, teh darjeeling dan assam, tepung attar, rempah serbuk dan tak ketinggalan beras basmathi. mak saya tak pernah pesan beras, tapi boss saya di KL yang katanya pesan. saya kurang percaya kalau boss saya yang decide untuk order 6 kilogram sebab dia juga pernah datang ke india, dan dia bukan pesakit kencing manis.

ini sah orang-orang disekeliling beliau, setiausaha mungkin? atau bini dia kot? tak apa lah, yang dikesalkan cuma muatan semasa check-in. bayangkan kalau dah beras 6 kilo, balance 14 kilo mana nak taruk barang kita dengan segala seluar dalam, kain sari dan sebagainya?

sari? eh lupa pula. inilah detiknya, 13 julai merupakan kepulangan saya kedua ke malaysia. ye, saya telah menuils blog sareewala sekitar hujung disember 2008 namun tempahan terbanyak adalah pada sekitar kepulangan julai. oh, terima kasih pada pembeli dan sememangnya saya menjanjikan kualiti terbaik. tentang harga saya pasti harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.

bayangkan, sari yang sama saya jual RM70 tetapi dijual di suatu blog ini dengan harga RM150. ya, percayalah! saya guna nama coimbatore kerana sari ini datang dari coimbatore di negeri kerala. blog ini pula menulisnya sebagai vaishalla dan ada juga nama lain. soalnya, ia adalah sari yang sama dengan kualiti yang memang sama. tapi koleksi saya dipilih berdasarkan citarasa saya, seperti mana itulah sareewala.

inilah rumah tamu di sunder vihar, saya menunggu kereta untuk keluar membeli belah. kenangan syiok! :P

Wednesday, July 14, 2010

aduka

Sebenarnya bagi sesiapa yang sudah biasa dengan Empangan Temenggor atau Tasik Banding, akan mengetahui banyak kisah-kisah misteri yang tidak terjangkau dek akal fikiran. Salah satunya; mengenai seekor gajah besar bernama Aduka yang pernah menjadi `pengawal’ di sekitar kawasan empangan tersebut.

Kewujudan Aduka (dijumpai sedang berkeliaran di Hutan Belum bersama sekeping tag/sticker tertindik di telinganya yang memaklumkan nama tuan asalnya - Aduka dari Siam), pada sekitar tahun 80an memang satu lagenda. Malah sebuah artikel lengkap dengan gambar Aduka dan penjaganya pernah disiarkan di Majalah Variasari tidak lama dulu - sebuah majalah hot ketika itu persis Majalah Mastika kini.

Gajah ini memang jinak pada penjaga atau pengasuhnya, iaitu salah seorang anggota sentri Unit Kawalan Kawasan (UKK) PDRM, yang mengawal di kawasan Empangan Temenggor (kawasan itu perlu dikawal 24 jam setiap hari memandangkan kepentingan empangan tersebut, tambahan ianya berada di garisan sempadan negara Thailand).

Sebaliknya Aduka akan bertindak ganas laksana seorang Panglima yang mempertahankan kawasannya dari dicerobohi gajah-gajah liar. Dengan tubuhnya yang gagah dan gadingnya yang besar, Aduka dapat mengurangkan kedatangan gajah-gajah lain yang sentiasa menakutkan pengguna jalanraya di kawasan itu (gajah-gajah ini sebenarnya suka tidur di atas jalan tar di waktu malam untuk memanaskan badan mereka).

Tidak susah hendak memelihara atau mengasuh Aduka ini. Menurut penjaganya, kebanyakkan masa Aduka akan berada dalam hutan untuk `meronda’ dan hanya muncul 2 atau 3 kali seminggu di kem sentri mencari penjaganya untuk diberi makanan berupa roti atau bijirin. Sekali-sekala, sewaktu diberikan nasi putih yang dicampur dengan pisang masak atau sejenis tumbuhan yang digelar tebu gajah, Aduka akan menari-nari macam gajah sarkas.

Tidak semua orang boleh mendekati Aduka meskipun ia jinak. Dan istimewanya ia seolah-olah memahami `duty roster’ anggota @ penjaganya itu. Hanya pada waktu penjaganya bertugas barulah Aduka akan mendekati kem sentri dan tidak ragu-ragu menonjolkan kelibatnya pada orang ramai. Tubuh Aduka hampir sebesar trak tentera. Seringkali Aduka muncul di jalanraya menuju ke Empangan Tasik Temenggor, yang mana ketika dahulu hanya digunakan oleh penduduk tempatan yang tinggal di situ sahaja. Kebanyakkannya dari masyarakat Orang Asli, yang tinggal di perkampungan Pos Kema yang dipantau oleh JHEOA.

Adakalanya pekerja-pekerja Jabatan Kerajaan seperti JBA, FELCRA, JKR, TNB, JHEOA, dan Anggota Keselamatan juga kerap berulang-alik ke sana. Mereka-mereka ini pada waktu tertentu akan terserempak dengan gajah-gajah atau binatang liar lain melintasi jalanraya berkenaan.
Biasanya, mereka yang kerap melalui kawasan ini sudah bersedia menghadapi keadaan demikian. Jika dihadang oleh binatang liar ini, terpaksalah mematikan enjin kenderaan dan berdiam diri sahaja sambil berdoa agar binatang itu cepat berlalu. Sulitnya, jika binatang liar tersebut tidak mahu berganjak, maka terpaksalah menanti dengan sabar dan tawakkal kepada Allah semata-mata. Sudahlah telefon bimbit belum wujud ketika itu, jalanrayanya jarang dilalui kenderaan lain memandangkan ianya hanya menghubungkan kawasan pendalaman tersebut sahaja.

Kadang-kadang Aduka sendiri yang menghalang laluan ini, sekiranya dia cuba memaklumkan terdapat sesuatu bahaya di hadapan. Misalnya terdapat kumpulan gajah liar yang melintas, atau bahaya lain yang hanya mampu dikesan oleh deria ke tujuh haiwan istimewa itu. Ini berdasarkan satu kejadian, di mana Aduka tidak membenarkan sebuah trak JBA yang melalui jalanraya itu dari bergerak ke mana-mana.

Sekumpulan pekerja JBA yang seramai lebih kurang lima ke enam orang, sebenarnya dalam perjalanan pulang dari Empangan Temenggor setelah selesai menjalankan tugas pemeriksaan di empangan itu. Mereka hanya mampu mendiamkan diri dan mematikan enjin kenderaan selama hampir lima jam di tengah jalanraya yang diselubungi hutan tebal dan jauh di pendalaman itu.

Mereka tidak mampu melakukan apa-apa selain akur dengan sikap Aduka ketika itu yang sedang berdiri hampir sama besar dengan trak mereka, dalam keadaan seperti resah-gelisah.
Dalam kegelapan malam, mereka dapati tubuh Aduka seperti keputih-putihan disinari cahaya bulan. Kemudiannya selepas Aduka mengundurkan diri semula ke dalam hutan tebal, mereka pun meneruskan perjalanan pulang.

Tidak berapa jauh dari tempat mereka 'ditahan' itu, kelihatan bekas pokok-pokok dirempuh di kiri-kanan jalanraya oleh sekawan gajah liar melintas. Lantas mereka dapat fahami tindakan Aduka sebelumnya itu. Mengapa Aduka tidak bertindak menghalau gajah liar itu? Mungkin jarak yang tidak mengizinkan Aduka berkejar ke sana, atau sememangnya Aduka sedar yang kumpulan gajah itu tidak menggangu dan sekadar mahu meneruskan perjalanan mereka yang tidak ketahuan tujuan dan arahnya.

Sebenarnya, memang banyak kisah-kisah menarik gajah Aduka sepanjang hayatnya di situ, malah ketika waktu matinya juga amat menarik untuk dikongsi atau mungkin terdapat hikmah di sebaliknya. Selain kisah Aduka, banyak lagi kisah misteri dan kisah pelik lain yang sering terjadi di Tasik Banding dan Empangan Temenggor. Misalnya, peristiwa Pihak Berkuasa mahu memindahkan perkampungan Orang Asli yang kini jauh tenggelam di dasar Tasik Banding, terjadi pelbagai peristiwa pelik dan aneh.

Malah kisah-kisah misteri sewaktu, sedang dan sesudah pembinaan Empangan Temenggor tersebut. Antara kisah atau insiden yang paling menyayatkan hati penulis, bahkan telah menggemparkan negara pada tahun 1988 - ialah tragedi kematian 21 orang masyarakat Orang Asli dari Sungai Siput, Perak yang karam dan lemas di Tasik Banding sewaktu berperahu menuju ke Pos Kema.

Mayat–mayat mangsa tersebut termasuklah seorang bayi yang masih melekat dalam dukungan ibunya, menjadi kembung dan mengembang telah dibawa ke Rumah Mayat Hospital Gerik yang kemudiannya diserbu wartawan dari merata pelusuk untuk membuat liputan secara langsung. Hampir seluruh penduduk Gerik juga mengerumuni Rumah Mayat itu untuk menyaksikan mayat-mayat tersebut, termasuk penulis sendiri yang masih kanak-kanak ketika itu.


**gambar dan karya asli oleh penulis : GDHP, mengisahkah tentang Aduka.

**kepada pembaca, artikel ini ditulis bukan saya tetapi seorang penulis yang menggelarkan diri sebagai GDHP dan salah seorang daripada mereka sedang menyiapkan komik tentang aduka.

Tuesday, July 13, 2010

bibliografi

eh bibliografi ke yang kita tulis segala personal detail tu? macam resume lah tapi zaman kanak-kanak dulu kita tulis sebagai nak bagi maklumat kepada kawan sebelum perpisahan. aku mengaku telah terlibat dengan gejala ni tapi pada kadar apa tu aku tak tahu. dear my friends, please check your autograph book now! and delete them! hahaha..

aku bukan nak melalut pasal bibliografi tu dari segi keseniannya atau pandangan agama tapi sekadar nak flashback into the nostalgia. serius, sangat nostalgia! percayalah, sapa yang tak pernah tulis bibliografi akan merasa rugi sebab setiap kanak-kanak malaysia akan melaluinya sebelum melangkah ke alam remaja.

mari kita lihat fenomena yang telah melanda :

1) menulis nama itu sememangnya, ok no problem. tapi mesti ada yang selit nama samaran atau nama glamour! kalau zahari jadi zack tu boleh dimaafkan tapi kalau tak de kaitan tu macam mana? nama tu akan diputar-belitkan, mixed pula dengan nama scandal masing-masing. contohnya kalau budak pompuan, siti zalipah jadi "sir", noriah pulak jadi "apoie" dan natasha aqilah pulak "nadee". buang tebiat gamaknya! yang lelaki biasanya sangat rasional, just nama timangan di kampung sahaja.

2) bab makanan kegemaran pun nak expose. biasanya menjadi trend dulu meletak nama makanan yang susah-susah. kira banggalah kalau letak nama makanan yang orang lain tak tahu. katakan sirloin steak with half-cooked hawaiian asparagus and tar-tar sauce (ada ke? ntah!) susah nak cari yang meletakkan nama makanan melayu, tapi kueh teow tu ada lah jugak. eh, aku masih ingat siti zalipah tulis "nasik". any comment? hahaha.. tak pe, dia terima hakikat selera lidah dia. tapi yang paling tak bleh blah kalau tulis "yang halal".

3) same goes to minuman. mesti mix-mix jugak macam sirap laici atau apa-apa yang juice. normally mesti jus buah-buahan segar dari ladang seperti yang imagine dalam drama air oren siap ada payung kecik tapi garnishing dengan hirisan lemon. propa!

4) nombor talipon! yes, ini wajib. biasanya nombor talipon rumah lah. zaman tu kalau ada henfon pun tulis jugak gila glamor katakan, even henfon tu ayah dia punya. dulu-dulu kalau 3310 tu kira ok sangat dah, apatah lagi henfon siemen yang bentuk macam buah pinggang tu! fuh! kebanggaan! kadang-kadang ayah dia yang keje jauh tu ada ler dalam sebulan sekali balik kampung. tepi nombor talipon tu ada jugak yang tulis "feel free to call" atau "call malam sahaja". apa hal, ingat nak melanggan ke? hahaha..

5) alamat pulak, ada yang akan tulis alamat yang kadang-kadang mencurigakan. ada seorang teman kita ni, dia tulis "feeder" tapi ada kawan sekampung dia tulis "pida". yang mana satu betul? hahahaha.. tak kisah lah. memang kadang-kadang nama kampung kita ni menjengkelkan. kalau duduk taman tu okay lah kan. tapi kalau duk "kampung tok kaya" macam mana? tak pasal-pasal ubah jadi "taman tok kaya". aku dulu malu juga tapi tetap tulis even "kampung bendang kerajaan". eh sapa dulu yang kampung dia nama "kampung batu seketul", sik, kedah tu? ustaz ahmad selalu sebut. rasanya bukan azmi sebab even dia orang sik tapi duk kampung sadu. hah!! aku ingat sesuatu. noorliana abu bakar siap tulis "perak" jadi "pay-rock". hahaha..

6) mesti akan ada kata-kata hikmah di ending kan? biasanya akan ditulis segala ucapan, memohon maaf serta ada yang memberi peringatan untuk menghantar kad raya even kad raya tu akan diedit. tak caya? azian salehuddin siap cancel dengan liquid paper tulisan "batin" pada ungkapan "maaf zahir batin" tu untuk menjelaskan dia tak pernah ada hubungan dari segi batin dengan sesiapa. lucu betul! biasanya ucapan akan ditulis secara numbering atau berbullet. siap wish "gudluck", "forget me not" dan "past is past but life goes on". hahaha.. oh yes bagi yang mementingkan style, ucapan ini mesti ditulis dalam bahasa inggeris. siap dipetik khas dari lirik lagu lagi, tapi lepas tu tak mengaku! penyanyi popular zaman tu mestilah backstreet boys, n-sync dan britney spears. jangan harap lirik lagu ramlah ram!

7) ya, terakhir sekali mestilah tanda tangan. tak de yang simple. semua kalau boleh nak panjang,siap emphasize pada huruf-huruf konsonan berekor seperti "Y", "Q", "J" dan "F". memang sepesen aje, juntai-juntai ke bawah pastu tarik ke atas. kira superb ar tulisan sambung dia. alih-alih bila nak sign kat borang keluar wang BSN dah terlupa. teller suruh sign lain.

8) attachment ada tak? jarang ada. kalau ada pun just kad alamat yang macam business kad tu. alah yang dulu ramai buat, siap tempah-tempah lagi. ada macam-macam corak kartun. habis cute la tuh. aku heran macam mana orang-orang ni boleh dapat jadi ejen siap ada orang pos katalog kat rumah dia. sampai sekarang aku tak tahu! demmit!

ok, ada tak yang tersenarai di atas pernah kita lakukan? tak perlu risau, itu semua nostalgia silam yang akan mewarnai hidup kita dalam melangkah alam dewasa. zaman sekarang budak-budak dah ada henfon canggih boleh MMS saje. so no need buku autograf. kita dulu siap beli kat kedai rythm stesen bas taiping lagik. tak tipu!

Friday, July 9, 2010

world cup final

semua dah tahu, uruguay dan german bakal merebut tempat ke-3 manakala juara bakal ditentukan sama ada menjadi milik sepanyol atau holland. kini ramai yang kembali revise pasukan mana yang mahu disokong. bagi penyokong setia sepanyol dan holland, tahniah!

namun begitu, bagaimana dengan penyokong-penyokong lain? tentu masih mahu menonton walhal untuk menyemarakkan lagi hasrat nurani, anda pasti giat mendecide pasukan yang bakal membawa pulang piala pusingan. mari kita lihat apa komen rata-rata peminat seni bola sepak dunia.

1) penyokong spain - "sedap nak tengok puyol tanduk lagi. tak sabar aku!"

2) penyokong belanda - "make sure pakai baju oren"

3) penyokong lalang - "sebenarnya akak sokong holland tapi suami akak kan sokong brazil so dari awal tu tersokong brazil lah"

4) penyokong pasukan menang - "aku ikut paul the octopus je. malam tadi dia duduk atas flag spain, tapi tadi tentakel dia merayap kat flag belanda. tadi kat yahoo kata dia masuk dalam batu karang"

5) penyokong england - "puas german kalah, sokong spain ar!"

6) penyokong asia - "alah depa ni main sama je, ikut nasib. kalau korea tak kalah ari tu sure masuk final. skill lebih kurang"

7) penyokong gersang - "nak sokong vila, tapi persie best jugak. eh torres ok apa?"

8) penyokong tak berastro - "jom stand by kat mamak. makan maggie goreng ayam dulu pastu bleh chop kerusi terus. yang dapat burger telur free tu kat semua mekdi ke? tu orait gak"

9) penyokong kaya - "kat modesto tayang tak bola? atau nak lepak kat solaris?"

10) penyokong anti bola - "wei jom pi karok, mesti kosong malam tu"

Wednesday, July 7, 2010

wooden bangles

ini adalah indian wooden bangles, i beli kat sarojini market, of course lah kat sarojini nagar. apa keistimewaan bangle ini? tak de apa yang special, cuma i sendiri yang pilih design ini mengikut kata hati i. i suka tengok bentu dia yang bulat, ada line kat luar, bentu dia pulak dichamferkan. ok what, sama macam apa yang dipakai jessica simpson kat satu gambar aku tengok. so, aku beli lah cuma 5 pieces sahaja. limited edition.

kat india, ada satu hari perayaan yang disambut di mana seorang abang atau adik lelaki akan bagi gelang pada akak atau adik perempuannya. ikut lah, yang kaya boleh bagi gelang emas. tapi secara adatnya, mereka tak bagi emas. sama ada tembaga atau kayu. ada pelbagai jenis, pattern dan design namun gelang di atas merupakan yang paling common, tetapi masih digayakan oleh gadis kini kerana boleh match dengan imej funky pun, even seksi.

merah bagi kak piah sebab i rasa bersalah sebab pinjam jumper terlalu lama. then oren dan ungu i bagi pada dilla dan azah. sebab depa dua ni remaja lagi yang suka bergaya. then biru i bagi kat azlin sebab lately ni i tengok dia amat funky sekali. i rasa dia dah dirasuk jin korea. so balance ada satu yang kaler hijau, untuk siapa?? siapa mahu??

Sunday, July 4, 2010

hidhir's wedding

tasik ampang, tak susah mana nak cari. tapi apsal mawardi dan yang lain lambat benar sampai? menurut mawardi dia salahkan qamarul hazimin. hari ini 3 julai 2010, hidhir bersanding di dewan taman tasik ampang hilir.

ye, inilah kedua-dua mempelainya. isteri mat dect cantik, tinggi dan sesuai sangatlah dengan mat dect. masih terngiang kata-kata mat dect sewaktu di seratas, "saya mohd hidhir dilahirkan di kuala lumpur tetapi dibesarkan di bukit mertajam, pulau pinang". explaination yang ingin menegaskan anda bahawa mat dect dan klcc tak dapat dipisahkan.

bukan lagi seperti lagu azie "pelamin anganku musnah" tetapi inilah konsep pelamin yang menegaskan konsep warna pink dan purple gaya ala inggeris siap dengan kerusi penyandar panjang. wah, rasanya menjadi trend pada tahun ini. tahun lepas rasanya kerusi cleopatra?

faiz langsung tak berkesempatan mencatat "moment" pada kali ini walaupun menjinjing beg kamera dslr beliau.

mawardi hadir bersama isteri tercinta, solihah tapi tak sempat snap mereka berdua sebab saya sibuk menjamu selera. memang lapar dari pagi tak sarapan. amir pula katanya datang dengan pak tam dan faiz. mawardi pulang awal skit katanya nak ke hospital. hospital??? sakit ke??? nampak bahagia sahaja...

fizi hadir bersama keluarga, namun ketika ini nashrah pergi mengambil nasi. itulah dia gaya kebapaan fizi yang cukup dedikasi. fizi kekal dengan jenaka mengaibkan para rakan, namun kali ini masa mencemburui kita.

pak tam atau aswandy kini imej kian cool dengan spek mata gaya kanak-kanak pintar.

warga protasco, qamarul hazimin. dialah menjadi punca kelewatan para jemaah menurut kenyataan mawardi. janji tunggu di tesco, tapi kata mawardi qorn ikut jalan short cut tapi tersesat pula. tapi qorn selaku yang tertuduh tak buat sebarang rayuan untuk menegakkan benang yang basah.

mawardi sudah lama tidak memegang mikrofon jadi peluang keemasan ini tak bisa dilepaskan begitu sahaja. tentu sekali tazkirah tentang panduan hidup bahagia suami isteri menjadi topik perdana kali ini. khas buat hidhir, ucapan kebahagiaan buat anda!

Friday, July 2, 2010

inner beauty

Photo courtesy of Marie Claire

look at the above picture, see closely. what a perfect attire fits on her. gorgeous and smart. her confidence inspires us, somehow it hides her weakness that obviously seen. she is kelly knox who is never surrender with her fate. she was born without her left arm.