Wednesday, June 30, 2010
futsun
tapi lately ni, opis aku kian havoc. bukan angkara gosip (gosip adalah makanan harian) tapi aktiviti yang dijalankan sebagai pengaruh dari keadaan dunia semasa. tentulah kini world cup telah menghantui setiap orang, dengan itu tercetusnya suatu fenomena mata bengkak pagi. ya, pengaruh itu tidak henti di situ, sebaliknya diadakan perlawanan futsal antara lantai (inter-floor match).
nak dijadikan gosip, perlawanan yang berlangsung pada hari pertama menyaksikan suatu pertembungan ibarat timun dan durian. tingkat 4 menewaskan tingkat 11 dengan goal sebanyak 10 berbalas sifar. oh?? sifar?? ya anda mengundang padah, tingkat 4 dibarisi antaranya ialah 4 pemain dari kilang. tahukah bahawa tingkat 11 dibarisi oleh 3 anak muda dan 2 lelaki berpengaruh iaitu anak dato taukeh syarikat.
kemudiannya, ada pihak yang tidak berpuas hati lantas membawa kes ini kepada pihak penganjur. kenapa? kerana tingkat 4 telah bermain secara tanpa bertomakninah lalu membelasah pasukan tingkat 11 tanpa belas ihsan. angka 10 berbalas sifar itu dianggap tidak ada istiqamah dalam perlawanan. aku tak rasa 2 orang pewaris itu yang mempersoalkan kejadian ini tapi mulut-mulut manusia lain yang cemburu dengan kejayaan yang lain.
pihak penganjur telah mengadakan suatu undian yang diwakili setiap ketua oleh setiap floor, kecuali pihak tingkat 11 dan tingkat 4 yang masing-masing bertindak sebagai yang menuduh dan yang tertuduh. setelah mengundi, dengan majoriti 6 telah berjaya sebulat bola untuk membenarkan kata-kata yang menuduh supaya tingkat 4 tidak boleh lagi menggunakan pemain import dari kilang. kes ditutup. titik!
menjelang perlawanan mendatang, 4 pemain lain digantikan untuk pasukan tingkat 4 yang semuanya dari ibu pejabat yang mungkin melakukan senaman 4 bulan sekali. eh, nama aku pun tercatat dalam list sebagai goal keeper (feeling casillas jap)!!! what the whattt??? okay, im fine even not very familliar with futsal regulation. tak pe, bedal saja. akan tetapi, salah seorang peserta lagi itu adalah boss saya (bukan yang sebut futsun tu).
atas kejadian menimpa, boss saya telah menarik diri. saya merasakan beliau ada hak untuk tidak bertanding kerana kejadian yang menimpa 4 pemain yang merupakan anak didik beliau sebagai suatu kes diskriminasi sedangkan mereka hanya on-off sahaja ke kilang, selebihnya di ibu pejabat jua. saya menghornati tindakan boss saya sebagai suatu tindakan yang tegas serta berpendirian.
akan tetapi, bagaimana pula dengan saya? baju merah telah siap dibawa, kasut pun. hati ini memikirkan sesuatu yang harus dilakukan, sama ada menyertainya atau tidak. pemain ada, tapi cukup-cukup sahaja. atas dasar hormat, saya berjumpa dengan ketua pasukan lantas menyuarakan pendapat saya.
"sorry, mungkin saya tiada alasan untuk tidak menyertai acara ini namun pendapat saya menyatakan saya untuk tidak turut serta"
"kenapa?"
"dalam suatu kampung, jika ayah saya tidak bersefahaman dengan seorang penduduk lain walaupun kesnya amat kecil, namun saya tidak harus bertindak pergi meminum teh di rumah penduduk tersebut. ianya kecil atau tiada kesalahan atau tiada kaitan namun saya bertujuan menjaga hati perasaan ayah saya. salahkah saya untuk menolak perlawaan ini?" **perumpamaan dibuat agar menjelaskan situasi**
"ya! saya terfikir dan awat betul. jika saya di posisi awak, itulah tindakan saya. saya memahami."
"ya, bukan kecaman atau memulaukan acara yang berlangsung tapi menjaga perasaan. acara ini hanyalah untuk bersukan sambil mengeratkan hubungan sesama kita, jadi inilah yang baik untuk masa ini."
Tuesday, June 29, 2010
kisah seminggu dua
firasat kami meleset apabila mek ai sebenarnya hendak berfoya-foya di pulau. kenangan bersama mek ai diabadikan dengan kami berempat makan mekdi semeja. selepas habis individu-individu penting diumpat, kami bersambung seloka dengan imaginasi untuk beramai-ramai mengimarahkan kenduri chin di karai, kuala kangsar.
keesokannya, henfon aku digegarkan dengan panggilan dari kakwan yang bersama tasnim dan emma. ayuh ke midvalley untuk makan bersama. aku mengusung tasha aqila dari kampung baru untuk sekalian kali membaham kenny rojes. di sini boleh lihat keangkuhan tasha mengorder makanan.
sebelum itu, emma khabarnya nak cari sesuatu di kedai konsep padini namun bidaah yang bermain di fikirannya nyata salah. kedai itu terdapat di one utama, bukan di midvalley. tentu anda rasa nak sihir si emma ni! penat berjalan mengharung lautan lot kedai, kami berkongsi wang ringgit membeli hadiah untuk chin berupa set permainan pondok-pondok. akan tetapi, kakwan sering terlanjur dengan mengungguli bilangan barang dagangan.
ahad, kami ke kuala kangsar dengan dituruti oleh apoie, mek ai, zamri, yashar, liana dan kepri. apa yang menarik di sini adalah walaupun di antara kami adalah bilangannya tidak seberapa tapi jelas kegembiraan lahir dibuktikan dengan titisan air mata gembira mek ai apabila dirinya merayu untuk dibawa pulang ke KL. kepri sememangnya seorang lelaki yang digilai, termasuk perempuan gila. kegilaan ini bukan mek ai tetapi perasaan gila-gila kami yang sanggup berkorban tenaga dan wang tol serta petrol.
tasnim pulang ke JB pada isnin pagi. beberapa hari kemudian, sekali lagi sesi bersama mek ai dan kakwan telah berlintas langsung dari alamanda, putrajaya. watak masing-masing yang sudah lama gian untuk menguasai pentas kini terserlah. 2 jam tidak cukup! masa mencemburui kita yang tidak dapat melupakan keenakan kopi dangdut.
tidak cukup dengan itu, kelmarin aku dikejutkan dengan kehadiran hani jusoh. aku bersama tasha aqilah telah menghiburkan hani dengan hidangan istimewa berupa pilihan makanan di fiske steak house. tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, kami ketawa, bergosip serta mengungkit kisah lama. berikut adalah intipati perbualan ilmiah kami:
1) jenayah hani mengheret bersama hasnor nashrah menaiki bas membawa pulang anak kucing.
2) teguran muktamir mukhzani terhadap hani yang memanggilnya 'gemok' lantas tidak dihiraukan hani sewaktu hari pendaftaran di UITM arau, sebelum hani memilih untuk ke IPBA.
3) kisah adik amira yang terlalu was-was atau memendam penyakit angin dalam diam. orang lain sudah habis bersolat jemaah adik amira masih belum sudah berwudhuk.
4) siapakah adidas di hati sir? siapakah adidas sebenarnya? masih belum terjawab.
5) sumpahan 'cikgu' terhadap mereka yang durhaka terhadap cikgu midah. siapa mereka?
6) teater inang rodat di dewan besar seratas.
7) percintaan husniyah dan azizan ; dongengan atau kebetulan?
8) pernahkan anda menyertai study group kimia? nyatakan kami bertiga tidak terlibat.
9) siapa mak tam di hati pak tam?
wah banyak sungguh! hebat bukan? sebenarnya lebih lagi bilangannya tapi tak sesuai untuk tatapan umum. tentu rasa alangkah bahagianya jika kita dapat duduk bersama dan terus menyingkap kisah lama di sekolah dahulu. malam berganti pagi pun tak cukup, bergoyang inul usus besar anda tanpa henti.
apa lagi, ayuh kita lanjutkan pertemuan kita warga seratas dengan aktiviti piknik di bagan lalang. sebarang pertanyaan lanjut sila ajukan kepada faridah hashim. oh lala, oh pepahat!
Wednesday, June 23, 2010
unplanned
Tuesday, June 22, 2010
watson and june 2009
kisah ni berlaku bulan june 2009. kira dan setahun la. aku shopping ke isetan, parkson dan ada sekali ke tangs. kena completekan bilangan baju at least 3 minggu pakai tak yah basuh. disusuli dengan membeli mesin basuh. agak penat nak beli baju sebenarnya, sebab saiz menjadi masalah. zamna ni kurus sikit la. jangan banding sekarang yang dah naik 7 kilo.
pilih punya pilih, sampai nak bagi cukup susunan kaler luna. dari putih sampai hitam. tapi hitam tak beli lagi sebab rasa macam busuk je pakai hitam, unless kain cotton boleh terima lagi. payah cari cotton sebab rata-rata campur poly.
pada suatu hari, ye aku pakai baju seperti di atas. baju kaler purple macam ada shading-shading sikit. aku ke giant depan opis. saja cari-cari shower cream kat watson. sekali ada orang tanya aku harga barang. aku sekadang buat muka. maybe orang tu terlihat aku pakai name tag. bila masuk opis, orang gelakkan aku. dari di lif lagi. rupanya, aku pakai baju ni memperlihatkan aku staff watson. terus aku tak pakai dah. ada lagi terlipat elok di rumah. nak bagi kat adik aku je lah., kalau dia tak perasan.
ezrin's wedding
chiffon sari at sareewala
description : 6 meters length, complete saree style (please google yourself the 3 parts of a saree fabric), chiffon and need lining if necessary.
available are white (picture above), maroon, mahendi green, serulean blue and purple. all decorations are same, the bronze sequins and the threadings. pictures of the rest will be ploaded soon. price will be around RM230 (excluding postage).
Monday, June 21, 2010
stay up
diam-diam aku test power laptop yang aku beli. kelam nyer gambor! tak pe lah. eh lately ni industry belog agak suram. ini angkara beberapa blogger yang dulu tegar kini dilamun cinta mungkin. dulu diorang apdet selang 2 hari tapi skang last apdet pun 5 weeks ago. kurang bacaan aku kini. tak pe lah, layan je apa ada. oklah, nak sambung keje sambil jeling-jeling tv. syiok!!
Tuesday, June 15, 2010
Monday, June 14, 2010
moment?
sebaik tiba di kuala kangsar, terus drive menuju jalan ke enggor, tup-tup sampai di lokasi kejadian. di saat mencari parking kereta, turut tiba rakan lain seperti zamri anuar, yashar, zulkepri, liana dan haniza. punya jauh perjalanan dari KL, kami berlima (aku, tasha, tasnim, wan hazila dan noriah) telah mendapati bontot masing-masing membentuk kaca TV flat screen 42 inci. gila, berbekalkan one-stop di tapah, belum cukup geomeri bontot kembali kepada keadaan asal. ekceli ada skali nak singgah R&R ladang bikam tapi tak jadi sebab noriah atau nama glamor beliau apoie telah dari awal mendeteksi bas dari unimap. noriah mengenali drebar bas tersebut dan bibit nostalgia mula menggamit, tetapi mata kami tertumpu kepada A galak dan yusop haselam yang turun dari bas tersebut. kata noriah, unimap menjalinkan hubungan intim dengan pihak seniman.
sebaik tiba di kampung seberang karai, kami terlebih dahulu ekjas seluar dan baju masing-masing agar tidak nampak seperti norhasfiza suriati yang serabai. jadi kami berkumpul dahulu di bawah teduhan culvert lintasan kereta api. dari awal zamri sudah menyuruh kami bergambar, sebagai dikatakan moment. malang sekali kami baru nak tulis ayat-ayat perangsang nafsu buat qusairi pada kad sempena hadiah yang dibeli secara berjemaah. namun begitu, natasha membawa hadiah individualistik dan apakah ada maksud di sebaliknya?
kami melangkah berjalan menuju rumah pengantin. malang sekali kami dituduh rombongan pengantin dari ipoh. fitnah mereka diburukkan lagi apabila balingan mercun yang lantas meletup membuatkan kami panik seperti komunis pimpinan chin peng datang menyerang. apapun, nurtasnim paling histeria, disusuli natasha yang berlari menyorok di belakang.
alang-alang tiba, kami menjamu selera. pelbagai juadah disediakan. lauk pauk kenduri yang dimasak secara gotong-royong menambahkan lagi elemen kemesraan satu malaysia (sekadar imaginasi penulis). ya, ayah qusairi berbangsa cina, oleh itu kami beranggapan mereka yang cina itu adalah saudara dari sebelah pakcik ibrahim.
kami teruskan lagi aktiviti makan. sambil dirakamkan detik atau moment indah oleh zamri anuar, kami menyelidik isi tersirat di dalam goodie bag yang diberikan. wah!! ada labu sayong. tetapi ini mungkin labu karai. selesai makan, kami menantikan pengantin tiba namun kami abaikan sahaja pengantin yang tiba kerana rata-rata belum habis makan. sedap sungguh acar karai, serta gulai daging!
pengantin sudah habis makan, kami merapati rumah walimah urus moga-moga dijemput bergambar di pelamin. oleh itu check point terhampir adalah sofa yang diletakkan betul-betul pintu masuk utama rumah tersebut. malang sekali kami telah kehilangan haniza. kenapa? apakah haniza diculik? oh tidak sama sekali. ini kerana haniza dan noorliana telah mengenakan pakaian yang sedondon dengan sarung sofa rumah qusairi.
cuba lihat gambar rajah di bawah, dan plotkan titik-titik agar membentuk pembahagi dua sama serenjang, iaitu pandangan mereka yang sedang mengawal emosi agar tidak mentertawakan zamri anuar yang sibuk di pelamin sebagai mengambil alih tugas jurufoto utama. aku rasa pakcik kemreman tu dah tensen dengan kehadiran rakan-rakan qusairi yang rata-rata berakhlak tidak senonoh. lihat sahaja, tanpa disuruh, mereka berani beraksi pelbagai watak dalam berfoto. inilah yang zamri anuar mahukan iaitu sebuah moment (detik indah).
selesai bergambar mesra bersama qusairi dan pasangan (seperti yang tertera di entry sebelumnya), kami pandai membawa diri kembali ke lokasi agung dalam culvert lintasan kerata api kampung seberang karai. syok betul lepak di situ, sejuk dan teduh. kebetulan hujan rahmat mencurah ke bumi disusuli tumbuhnya cendawan merah.
melihat moment di bawah, tentu sekali berlaku konflik di dalam diri para jejaka ini. yashar mahu pulang ke KL namun zamri dan zulkepri akan memandu pulang ke Utara. begitu juga noorliana yang akan membiarkan nasib haniza terkontang-kanting, kerana haniza juga mahu ke KL. nasib yashar dan haniza kini di tangan zulkepri sebagai pemandu drift honda civic merah jingga. sambil bermuzakarah, sempat zulkepri dan yashar menyapu peluh di pintu kereta noorliana.
berdasarkan kata sepakat, kami bersetuju untuk menentukan nasib haniza dan yashar setelah beristikharah di masjid ubudiah di bukit chandan, kuala kangsar. moment seterusnya adalah terganggu setelah penulis mendapati tiada gambar yang senonoh. semuanya gara-gara haniza yang sentiasa bergaya selak kain.
memandu ke bukit chandan, penulis dijadikan leader supaya yang lain folo dari belakang. akan tetapi, kesilapan penulis terskip entry parking masjid, kemudian terpaksa membuat pusingan di istana iskandariah telah turut dituruti mereka yang jahil. sah, noorliana dan zulkepri memandu mengekori dari belakang. tetapi kami bertuah dapat melihat kecantikan muzium istana kenangan yang tutup pada hari tersebut (ahad).
sungguh indah menawan masjid ubudiah. kubah keemasan dengan seni bina seakan taj mahal, kami sempat merakamkan beberapa detik bersejarah. selesai istikharah, kami menghirup minuman sejuk yang dijual di situ, sempat juga merasai keenakan ais krim potong perisa durian yang disaluti kacang tumbuk.
moment indah di hadapan masjid ubudiah. ketika ini kami menunggu jemaah wanita yang sedang melipat telekung bertali lalat mereka. lambat sungguh. setelah berkumpul, zulkepri telah bersetuju untuk memandu ke KL untuk menghantar yashar dan haniza, manakala noorliana pulang ke benua selama.
aktivis noriah sempat merakamkan detik indah menggunakan kemre baru beliau. kami menantikan kehebatan zamri anuar untuk bertindak merakam moment bersejarah ini tetapi kamera DSLR beliau dipegang oleh haniza yang masih sedang make up. sila lihat gelagat mereka bergaya persis rombongan kumpulan marhaban. bermakna bukan perjalanan kami?
setelah itu kami memandu pulang ke kuala lumpur. zulkepri masih folo di belakang kerana tidak sure arah menuju plaza tol akan tetapi kami tersasar ke jalan menuju Lumut. membuat u-turn, kami kembali ke landasan benar dan terus meluru meredah arus kenderaan yang sesak, padat lagi menyakitkan hati. sungguh tabah dirimu wahai zulkepri dan zamri anuar, haruskan haniza dibelenggu rasa bersalah dengan yashar disumpah kencing tidak lawas selama 2 hari? terletak pada budi bicara zulkepri, bukan hak wan hazila mahupun sebutan pendakwa raya mahkamah syariah.
sekian.
chin's wedding
Saturday, June 12, 2010
dobi
generally, asrama ni sama je lah dengan design sekolahnya. bangunan 3 tingkat sahaja. sekolah dibahagikan kepada kelas, asrama pula terbahagi kepada bilik, atau lebih femes dipanggil dorm atau kamar. di asrama lengkap dengan kemudahan. setiap floor di hujung koridor ada tandas dan bilik mandi. berlainan pada lantai bawah, terdapat bilik study, bilik iron, bilik warden dan bilik dobi.
bilik dobi :
bilik ini kecil saja. kedua-dua belah ada deretan kepala paip. bezanya sebelah sini bahagian yang ada takungan, sesuai untuk kerja membilas manakala bela satu lagi untuk mencuci/menyental. kerja menyental mudah saja. tak perlu membongkok kerana platform setinggi siku lengan kita dibuat khas supaya kita mendobi secara berdiri saja.
malam, lewat jam 1 pagi :
tamat prep, solat isya' dan supper, para pelajar akan pulang ke kamar untuk kerja-kerja akhir sebelum tidur. tukar pakaian, siapkan soalan latihan dan terus tidur. bagi yang ada tugas untuk mendobi pakaian, turun sahaja ke bilik dobi.
kisah bermula apabila disuatu malam, seorang pelajar berniat untuk mendobi pakaian. namun hari sudah lewat. namun pelajar ini masih meneruskan niat sucinya lantas mencapat baldi yang dipenuhi pakaian kotor dan terus meluru menuruni tangga. berjalan ke bilik dobi.
hari sudah lewat, seluruh kamar telah gelap. pelajar kini dibuai mimpi, namun masih ada sisa pelajar yang ulat buku masih menggunakan cahaya bilik study untuk mentelaah. pelajar yang menghayun baldi ini terus berjalan melepas bilik warden yang sememang kosong terkunci tak berpenghuni. melepasi pula bilik study yang tinggal hanya segelintir yang cahaya lampu dinyalakan di bahagian hujung saja. melepasi bilik penempatan pesakit yang hanya beberapa kali setahun dibuka oleh matron dan tiba di pintu bilik dobi.
suis lampu ditekan. lampu yang malap ternyala. hanya satu saja lampu yang berfungsi, yang lain sudah perlu diselenggara. sebaik sahaja air memenuhi baldi, kerja-kerja mendobi dimulakan. hanya seorang diri, sesekali angin malam menyeru masuk hinggap di leher. kesejukan malam menidakkan dia untuk berada ingin ke tandas. dengan pantas meninggalkan bilik dobi dan segera ke tandas.
selesai berhadas kecil, berjalan kembali ke bilik dobi. akan tetapi, seorang pelajar lain kini menjadi peneman sama-sama mendobi. bilik dobi senantiasa basah. lantai mozek putih kini ditenggelami air setinggi ketebalan selipar. mungkin saluran ke longkang telah tersumbat namun tiada masalah untuk meneruskan kerja-kerja mendobi. tanpa bertegur sapa, kerja mendobi diteruskan dari satu pakaian ke helaian yang lain.
keadaan biasa, para pelajar hanya berkain pelikat dan tanpa baju sahaja. di bilik dobi hanya kedengaran bunyi berus menyental kain serta air yang keluar dari pili memenuhi baldi. buihan sabun terpercik di sana sini, di dinding serta terapung di lantai mozek. sesekali menyental, terasa penat juga. pelajar ini meringankan mulutnya menegur kawan yang tidak dikenalinya itu namun tiada jawapan diberikan. tak mengapa, mungkin pelajar senior.
berus digunakan biasanya jenis sabut atau plastik. sabun yang digunakan pula adalah sabun buku. sabun buku sesuai digunakan kerana penggunaannya mudah diagak, serta lebih jimat. pelajar yang jimat ini telah mengepak sabun buku ini kepada dua bahagian. setengah bahagian itu di simpan di kamar.
sabun, lambat laun diguna akan menipis. apabila menipis, ia mudah terjetap. sesekali berasa tertekan apabila ia tidak mudah lagi dipegang. buih sabun juga kian berkurang. pelajar gigih ini langsung tidak menghiraukan persekiran. yang penting adalah untuk segera menyudahkan kerja dan kembali ke kamar.
takdir telah menentukan sekali lagi sabun yang nipis itu terjetap. ianya terjetap, terpelanting jauh, jatuh ke lantai. lantai yang basah ditenggelami air. sengal-sengal di badan membuat rasa kurang enak untuk membongkok lantas mencapai kepingan nipis sabun itu. alangkah aneh perasaan pelajar ini apabila ternampakkan sesuatu. sebaik bangun dari membongkok, matanya terlihat pada pelajar yang seorang lagi.
dari awal dia menegur, namun tiada balasan. kini diperhatikan ia kaku berdiri di hujung sudut bilik dobi. kini dia mendapat jawapan terbaik mengapa pelajar itu tidak bersuara. lekas memasukkan semua pakaian ke dalam baldi, tak lupa berus dan sabun nipis. tangkai baldi dicapai lantas bersiap keluar.
"tak apa lah, saya dah siap."
"dah siap ke tahu???" **disusuli suara hilai.
pelajar ini daripada berjalan laju kini lari pecut meninggalkan bilik dobi. baldinya ditinggalkan di muka pintu. kini dia sedar bahawa rakannya tadi hanyalah makhluk ghaib bersosokkan manusia. semasa dia mencapai sabun nipis di lantai, dia sempat melihat sosok di hujung bilik dobi itu berdiri kaku tanpa kaki. terbukti mendobi pakaian di waktu malam hari bukanlah waktu yang terbaik.
Thursday, June 10, 2010
sisipan kenangan abadi
macam-macam yang aku tengok. ada ramai orang putih yang gigih berdiri sambil baca novel, muka india yang memegang paspot australia, perempuan seksi lengkap pembayang mata memegang paspot hijau negara Iran dan warga afrika yang mencurigakan. inilah fenomena biasa di pejabat-pejabat kerajaan di india.
selang beberapa minit, aku maju ke depan. sesekali aku ditolak dari belakang. terus dia cakap "excuse me" dengan nada seperti aku yang salah. di depan aku ada seorang pompuan berbaju punjabi, memegang paspot hitam, mendukung anak. kasihan. dilihat kerusi yang tak seberapa bilangannya diduduki oleh hanya lelaki bertubuh sasa dan sihat. padanlah di depan aku ada seorang nenek yang terbongkok memegang tongkat. sekali sekala dia mencangkung, kemudian kembali berdiri.
tiba-tiba bunyi kecoh. gedebuk! gedebak!!! seorang lelaki tua berwajah kashmir ditumbuk lantas disuruh beratur di barisan paling belakang. biasalah, penjawat awam di sini memang berkuasa. apa sahaja yang mereka mahukan tetap menjadi tindakan yang relevan walau apa perbezaan tafsiran oleh kita. jangan sesekali masuk campur agar hidup anda tidak susah dikemudian nanti.
mata aku meliar melihat barisan panjang itu meniti arah ke sebuah pintu yang tertulis "The Afghan Centre". kini aku paham, semua yang berbaris tu adalah warga pelarian afghanistan yang mungkin perlu selang beberapa bulan pergi situ untuk dapatkan cop kebenaran. ye lah, afghanistan sedang perang, rakyatnya bersepah lari mendapatkan perlindungan. sudah beberapa kali lelaki tua itu hampir tiba ke pintu namun tetap dipukul dan kemudian diarah beratur di belakang.
semalam permohonan aku gagal. menurut pegawai imigresen tu, katanya tempat tinggal aku tidak memiliki notary stamp. jadi semalam terus aku langsaikan semuanya di pejabat peguam berdaftar di belakang bangunan Hyatt. pejabat peguam sekecil tandas awam, katanya dia tidak dapat menurunkan kebenaran untuk cop melainkan bayaran 2 ribu rupees dibuat. setelah dibayar aku minta resit tapi katanya tiada.
hari ni aku harap permohonan aku diluluskan. dari pagi sampai tengah hari berdiri entah bila nak sampai ke kaunter. hanya 2 kaunter beroperasi daripada hampir 10 kaunter yang dibuka. semalam juga kejadian berlaku memperkenalkan aku dengan seorang rakan berbangsa perancis. sama-sama permohonan ditolak tapi katanya dia hadir esok kerana ada tugasan penting hari ini. dia merupakan guru bahasa peranchis di sebuah kolej di Lajpat Nagar, tapi tinggal menyewa di Hazrat NIzamuddin.
masa berlalu. lutut aku bergegar kerana belum makan tengah hari. jam pukul 3 lebih, hanya berbekalkan teh o pagi tadi, tak memberi sebarang tenaga lagi. aku melihat seorang pegawai bertanya beberapa soalan kepada pompuan Iran yang seksi tu. aku tepat memandang paspotnya, terserlah gambarnya bertudung. mungkin pelajar di sini. tiba-tiba dia terus dibawa ke kaunter dan urusannya dilihat selesai.
"are you malaysian?"
"yes"
"yes you are. i saw your red passport.I am Keranjit Kaur"
"I am Nahar. what are you doing here?"
"Nahar Singh? Nahar Khan?"
"no. just Nahar. Malay."
"coming from Ipoh, i was a nurse. since 7 years ago, i came here to do charity works."
"charity?"
"for the homeless childrens. we gave free food, some basic education and some other practices to help them survive."
"wow! you are tough enough. surprising me i meet a malaysian here. who are they? your friends?"
"yes. they came from Tibet, Myanmar and the rest are activists from US. actuall i brought the activist to extend their visa. how is Malaysia now?"
"election was just over last week and resulting 5 states handed to opponent party, including Perak and Selangor. Sammy Vellu lost to Dr Micheal Jeyakumar Devaraj."
"seriously? Dr. Jeya was my boss in Hospital Ipoh. very good person, he deserves it."
pertemuan mengejut dengan seorang wanita berbaju punjabi, sebijik macam warga tempatan. mungkin lapar, bayi dalam dukungan perempuan di depan aku menangis. dengan ringan tulang, keranjit kaur tadi meminta untuk mendukung bayi tadi. ironi! mereka yang duduk di kerusi tetap seperti biasa, ketawa berdekah-dekah bergurau senda dengan rakan di sebelah. pentingkan diri sungguh!
selang beberapa ketika,kini tibalah giliran aku berada di depan. sekali lagi bunyi bising kedengaran, ya lelaki tua separuh abad itu kembali sekali lagi ke barisan terkebelakang. aku tak boleh tengok, baik aku selesaikan urusan aku dulu. borang aku diteliti pegawai pompuan. spek mata bukan main tebal, sekali dia tengok muka aku. tiada soalan tapi dia bagi aku borang baru untuk diisi.
"fill up the form then take your number at counter 1. dont forget to attach your supporting letter. theek!"
"where?"
"piche!"
"there?"
"no! yeh walla. next!!!!"
aku beransur gerak ke sebuah meja yang terdapat borang-borang berselerak di atasnya. aku tercari-cari pen aku dalam poket. dalam menraba-raba poket, aku nampak pompuan depan aku. lawa sangat, kulit putih, mata biru-biru hijau. sesekali selendangnya jatuh ke bahu, lepas tu kembali disisip atas kepala. anak lelakinya barang kali bermain-main di tepinya.
dalam leka aku membaca borang, tiba-tiba seorang lelaki hadir dan menjerkah pompuan tadi seraya anak kecil tu menangis. pompuan tu nampak cuba menaikkan suara melawan kata-kata lelaki yang berbaju kurta tu. sekali naik suara, makan pelempang. beberapa das jugak tepat kena ke pipi. tapi sikit pun tak nangis. lelaki tu mabuk barangkali. kini anak kecil yang jelas tak bersalah, yang sedang berjalan-jalan keliling ibunya pula ditampar dan terpelanting ke arah aku lalu terkena mukanya di kaki meja. tangisan kedengaran dan makin kuat. pompuan tu terus mendapatkan anaknya dan mengusap-ngusap pipi anaknya. kelihatan bibir anaknya berdarah.
drama emosi habis, aku teruskan mengisi borang. sekali aku leka, pen aku yang diletakkan di atas meja diambil lelaki di sebelah. aku tunggu, tapi dia terus guna sampai sambil memikir pun dia gigit pangkal pen aku. aku kena cari pen lain. aku meraba-raba atas meja, menyelak-nyelak helaian borang dan tiba-tiba aku terjumpa sekeping foto yang amat aku kenal. ya, kanak-kanak yang sekarang menangis dalam dukungan ibunya itu.
aku menggunakan bahasa isyarat menunjukkan foto itu kepada pompuan tu. dia tengok kat aku tapi dia senyum dan geleng-geleng kepala sambil berkata, "it's okay". aku yang bingung menyelitkan foto itu pada dompet. selesai isi borang, aku ke kaunter 1 untuk ambil nombor, kemudian membuat bayaran dan akhirnya selesai setelah penguat kuasa menurunkan tanda tangan pada permit aku. itu pun beberapa soalan dia tanya. dengar saja aku sebut "Metro" terus dia sain! selesai saja aku terus keluar dan dipandu pulang oleh balvinder. sehingga kini aku menyimpan foto anak itu. sewaktu kereta aku dipecah perampok, antara barang penting yang aku khuatir hilang adalah foto tu tapi mujur selamat.
perjuangan nak mendapatkan residential permit.
masih tersisip hingga kini, kenangan abadi.
drooling choc
tell her your preferences..
just help yourself to visit cikda's blog (click here) and do dealing with her for great chocolates with great service. trust me, the taste is good! malty, chocky, classy and all come in one. ayuh buat pesanan!
farewell azyan
Thursday, June 3, 2010
normah meri
puan normah suka bertandang ke rumah jiran. tidak kira pagi atau petang walaupun lepas maghrib. perselisihan faham beliau dengan ibu mertuanya sememangnya menjadi topik hangat setiap kali berjumpa kaki segosip.
hidup puan normah tidak sebahagia wanita lain yang berjodohan dengan lelaki kacak nan kaya. puan normah berumah tangga seawal usia pelajar lepasan SPM.dengan bakat memasak makanan melayu yang basic, sudah memadai bagi dirinya untuk dinikahkan dengan encik amri.
sejak kenduri menyambut, dari siti mulalah hidup puan normah yang serumah dengan ibu mertuanya. setiap perilakunya diperhatikan. dari cara memegang sudip kuali, menyental seluar dalam suami, menyapu ruang dapur sehinggalah saat puan normah mengandungkan anaknya yang ke-8. ya, beranak rapat adalah sinonim dengan puan normah atas kurniaan kesuburan ke atas dirinya.
melihat rakan seangkatan yang masih solo, puan normah juga kepingin bergaya. jangankan memakai cermin mata hitam, memakai seluar sekali pun akan diherdik ibu mertuanya. oleh itu, hanya kesabaran yang menguakan jodohnya dalam mengharungi bahtera rumah tangga, membela anak-anak yang hanya setahun beza umurnya.
jika yang sulung anaknya bisa mula berjalan, si adik masih memakai lampin minta didukung manakala di dalam perut mengandung yang bongsu, menunggu hari kelahiran. terkadang itu, puan normah tidak sempat berdandan lengkap. seorang anak tertumpah nasi, seorang lagi menangis kerana di dalam lampin yang ada isi, kain batikyang dipakai puan normah tidak sempat disisir rapi. jangankan memakai baju cantik, tengah hari apabila si anak tidur barulah beliau berjumpa air untuk mandi menyucikan diri.
bergosip dan terus bergosip. menceritakan kepada sahabat jirannya tentang wacana kehidupan yang dialaminya. si ibu mertua sudah lama mendabik dada, tidak mahu lagi hidup serumah. suaminya kini membuat dapur baru sebagai menghormati ibunya. kini sebuah rumah memiliki dua dapur yang bersebelahan.
kini ibu mertuanya sudah lama pergi. kini puan normah bebas ke mana pergi. suaminya juga sudah berkereta wira, kerata buatan malaysia. anak yang sulung tamat SPM kini setiap hari pergi mengail ikan untuk dibuat pekasam. adik beradik perempuan pandai menguruskan rumah, mengemas, menyapu dan membasuh pinggan.
petang ini puan normah bersama dengan bayinya hadir ke rumah jiran. sambil kopi dihidangkan, puan normah yang duduk bersila di lantai menepuk-nepuk peha si bayi supaya tidur lena. sesekali anaknya itu menangis sambil menggeliat. sebaik kopi dituang mencecah cawan, seawal gosip lebih awal dibincangkan.
"mika tahu dak cerita laki mek?"
"kami tahu belaka dah! tak berkenan aku laki mek tu serupa orang isap dadah!"
"sabit pun. lalu kot tepi rumah kami tu mata dia merah. menurun abang dia jugak. mat char! abis kut merata kampung tu dia duk curi getah buku."
"berapa kali nak duduk penjara langsung dah. menyusahkan orang tak sudah-sudah. yang mek tu tahan, nak betul ke laki dia jugak. eh mika tak gi ke kenuri cucu hasan tanjung hari tulat ni?"
"kami tak kena!"
anaknya menangis lagi. diselak t-shirt yang dipakai, puan normah menyusukan bayinya itu agar esakan tangisan akan berkurangan. ya! hebat naluri si ibu yang mengetahui anaknya lapar minta disusu. gosip terus bergosip. sesekali puan normah yang rancak bercerita mencebik bibir menahan sakit.
"ssssssss......adoihhh!"
"wat pa tu?"
"tak dak pa. sssss.....adoihhhh! tajam sungguh."
"ada gigi dah kot?"
"saja pun, lambat ada gigi ni suka duk kikir! adoihhhh!"
Pangggg!!! kini anaknya kembali menangis....