Friday, October 30, 2009

berkelah di aidilfitri

setiap kali balik kampung padang, mesti ada makanan special dimasak khas. walaupun setiap kali aku balik sebenarnya tak de pun makanan special, tapi makanan special tu ada kalau aku balik dengan my sister ke, orang lain lah atau dengan kata lain kalau aku saje yang balik jawabnya makanan special perlu dirikues. tak pun kalau balik dengan Anna dapat makan air tangan Anna je lah. maklumlah ibu saya sangan busy mengambil tempahan baju. dia juga sibuk menjaga nenek yang sakit terlantar lumpuh separuh badan dekat 7 tahun dah. woh?? mencabar gila. melalut dah!

raya hari tu, kami ketandusan idea tak tahu nak bikin apa. disebabkan ada mak teh hazizan pulang dari ayer hitam, alor star so pemakanan secara berleluasa akan diamalkan. namun ketentuan telah dibuat dengan menghidangkan bufet tema ala kampung save bajet. so, sayur mayur kampung dijadikan sumber asas, iaitu pucuk paku menjadi sasaran. selain itu ada lagi masakan lain yan bisa membuatkan anda berasa 'eh sedap jugak masak cincai-cincai ni, tak perlu berempah bagai pun dah mendatangkan nafsu berahi terhadap amilase liur'.


disebabkan paksu dan maksu eksaited dengan gearbox, sup ini disajikan. sesapa yang ingin menambahkan kepekatan darah, sila hirup sup yang berkolestrol ini. lemak sekali! sekali hirup mesti rasa 'alanglah bestnya kalau ada mee hoon celur layan sekali mesti tambah 2 kali'.


ayam panggang untuk dimamah oleh para karnivor yang rakus. memang predators! asal potong je lesap.
ekceli nak fokus kat kerabu mangga. sedap! menjadi bualan setelah kulit perut menjadi terik, 'ish sedap mika kan makan kerabu nih rasa tak puas,nak makan lagi'.

kemremen jadi tak keruan, asal nak snap gambar terung bakar tuh. sungguh dilises kemanisan terung apabila berchemistry dengan sambal belacan.

kubis goreng dengan sedikit linangan kuah.
pucuk paku dimasak lemak. ini adalah kemuncak segala menu kerana pucuk paku ini dipetik khas oleh pak ngah alias tok ngah mat taib. sampai berdarah kaki dia kena gigit pacat.

satay besar. total 3 ekor ranap dimamah tanpa meninggalkan kesan bukti kes mahkamah syariah perceraian abby abadi. apa aku melalut nih? apa kaitan abby abadi dengan ayam panggang kami nih? ekceli rasa enak ayam panggang ni kian abadi di bibir kami. next, barbeku di taman sinaran hijau!

revenge

bersantai di kerusi, menghadap padang luas menghijau. teriakan gembira kanak-kanak berlari, bermain dan ketawa. terpaku aku melihat seorang tua berlari-lari anak, melakukan senaman rutin. kelibat seorang wanita menghampiri kerusi. rupanya cantik, berkaca mata gelap saiz besar lantas selendang punjabinya ditentu dudukkan di atas bahu.

woman : can i have a seat here?
man : yes, you can.
woman : thanks. what a beautiful view. i love the scene, i can see a perfect horizon. nice ever.
man : something to story?
woman : unless you interested to.
man : pleasure!
woman : very simple, i came from calcutta. i left calcutta after a shock.
man : shock? means you kill someone? or forced to do so? haha..
woman : definately but i will have to kill him as a protection against his past and future criminal. it was started 7 years ago. tragic.
man : sounds interesting! so now im your good listener wannabe.
woman : calcutta is fine. my sister loved to play piano, school well and not homeless. a man came to me, after a few episodes of pleasure. love, fun and unforgettable moments.
man : so then he changed to someone else?
women : his enchanting character was adorning me. we have no parents. so i was a mother to my loved sister with a very big mistake i have done, by giving her a full disaster father. so regret!
man : a suppression?
women : more than word. he raped my sister, and he created a fully approved evidence to put my sister in murdering case.
man : how did you know?
my sister : because i was a stupid forensic police officer. i did investigation on many cases but never wonder it will happen to myself. he raped, then he disappeared. then my sister was charged to murder him even he is still alive. too little pickles.
man : so?
woman : my sister commited to a suicide, she failed to control herself.
man : sorry.
woman : i started to find that man as he is still alive and always hunting the next victims who might be any girl. so i followed him.
man : where?
woman : here, in delhi. if possible, the warrant will be release soon. so im keep watching him. latest case, the raped girl was charged to kill a doctor. she was a school girl who dream to lavish. what happen was he slept the girl, the girl was charged to a murder that has been planned by him. brilliant! nervous-wreck girls always choose to suicide as no other way.
man : so the latest girl also did the same i mean suicide?
woman : no. save under my custody, just to help us get the info. i recognise the man through a picture snapped by this girl using mobile.
man : can you take out your glass?
woman : no i didnt. sorry, i have to go now.
man : are snooping him here? offbeat!

Tuesday, October 27, 2009

ramadhan di masjid india

may tower kan? ntah.

selipar aku besar sebab tertukar beberapa hari sebelum.

rahman atau mangkuk atau rahmang...ya beliau asal terengganu, rahmangkuk? beliau sempat membeli belah buat keluarga dan sanak saudara.

sogo area.

jalan TAR, sesak menyesakkan nafas.

city one plaza dan multipurpose tower dari kejauhan semua house. nostalgia lama dah tak datang sini.

alam buana, inilah habitat membeli belah di jalan masjid india, sungguh hapPENING.

jamuan raya level 4

jamuan hari raya untuk staff MTD di tingkat 4 sememangnya meriah. ini dirangsang lagi dengan keenakan makanan yang disaji terutama kuah kacang yang diberi two thumbs up dari mr.zulkay. sekadar memaparkan persembahan pantomin, lihatlah gambar beserta penerangannya.

aku bersama lily fadhilah. beliau memiliki nasib yang hampir sama denganku, di mana boss beliau bernama vijayaraj manakala diriku mendapat boss bernama vijayakumar.

pencuci mulut yang dibuat khas hasil kerjasana pak jais (pauh yang ditanamnya sendiri dibawa dari rumah), kak jee dan kak wan rafidatul.

lihatlah juadah ini, lazatkan?

briyani yang enak namun tewas ditangan briyani asli Kanpur.

roti jala diminati ramai. namun aku lebih tertarik dengan nasi himpit. wow enak sekali!

date : 16 0ct 09
persys & terratech

berhibur bersama rue-tai

pada suatu petang yang amat membosankan, kira-kira 2 minggu lepas, saya telah mengSMS cik faridah hashim bertanyakan aktiviti beliau di hujung minggu. kebiasaannya beliau penuh dengan agenda yang menarik yang bisa mencetuskan getaran riang di jiwa. setelah dipersetujui, aku bertolak ke puchong melalui liku-liku lebuhraya Damansara-Puchong. dengan membayar 3 kali tol, aku menyusur keluar di persimpangan USJ untuk menuju ke puchong perdana, Goodyear Court. rasanya seperti aku mengunjungi kedai tayar goodyear.


kemudian, 2 orang rakan lama ini turun anak tangga dengan busana masing-masing. kami terus menuju ke shah alam dengan panduan petunjuk arah jalan oleh cik faridah. destinasi kami adalah karnival suarasa tv9 yang mana aku belum pernah menjejak kaki ke tapak pesta sebegitu melainkan pesta konvo di UTM dulu. aku memang tidak pernah menjayakan sureheboh tv3 mahupun mana-mana pertunjukan kebajikan. namun kali ini aku ingin mendidik diri dengan melihat kehebatan tv9 untuk membawa sirna kegemilangan unsur-unsur yang selama ini tv9 terkenal dengan program TV yang ilmiah.


sampai di sana, keadaan lebih kepada pesta konvo atau pasar malam, banyak gerai-gerai. aku membeli sosej dan bebola ikan manakala cik faridah dengan keropok lekornya dan cik nah dengan ice-blended mochanya. melihat kelihat penyanyi aishah di pentas, aku kaget mesej tak boleh diterima oleh diriku ini lantas terus bergerak melihat gerai resdung, perubatan tradisional. pasrah dengan aksi pesakit resdung, kami memasuki khemah pertunjukan al-Risalah yang sarat dengan kesan peninggalan di bumi anbia. setelah puas bergambar di situ, kami kembali ke kereta. di kesempatan itu, cik nah telah melakukan amal dengan menderma sepuluh ringgit kepada seorang lelaki yang kurang mencurigakan itu di mana ayatnya, "ambillah percuma buku ini." setelah lama dipegang dan setuju untuk memiliki buku percuma itu, sekali lagi lelaki itu berkata, "tapi kalau nak derma barang sepuluh dua pun saya terima." teknik ini amat efisyen.

belum puas berlibur, kami menuju ke destinasi kedua yakni yang kepenghabisan iaitu pusat membeli belah One Utama di Bandar Utama. hasrat menonton Papadom telah memaksa kami menonton sebuah filem Siam, The Bedtime Investigation. sungguh kelakar sehingga lontaran vokal yang dicetuskan bertindak secara rifleks tanpa dikawal oleh neuron-neuron saraf di serebrum dan medula oblangata.lontaran vokal itu dihiraukan kerana panggung hanya dikuasai kami berlapan. watak Rui-Tai menjadi idola saya kerana amat bersahaja serta tidak mengkeringkan gusi. setelah penat, kami pulang setelah membasah tekak meminum seteguk kopi ais di restoran berkonsep kopitiam, dibayar oleh faridah sepenuhnya. perjalanan pulangku amat mencabar kerana gusar dengan hujan yang lebat dan turut menjebakkan diri dengan kesesakan lalulintas di lebuhraya persekutuan sehingga ke Bangsar. selamat tiba di gombak dengan jalan rekaan dah tekaan melalui jalan semarak, jalan air panas dan terus ke jalan gombak.

Friday, October 23, 2009

pic kurang jiwa

konon-konon aku amikgambar ni nak bagi ada jiwa dalam gambar. aku rasa kurang jiwa. ada ada mungkin dapat membahaskan jiwa gila berona ntah hapa-hapa. hahaha..ntah...konpius aku. aku nak belajar amik gambar yang bermakna...ada sesapa punya tips?

table for 8. hahaha..normally for 2 tapi aku tak dapat object yang seswai utk disnap. ah! fail!

putarajaya pun dah meluat dengan kami

pada suatu tarikh, cikgu liana yang dah bertunang tu datang KL nak jumpa boifren dia. gila ah cikgu methodist ipoh sorang ni datang jauh-jauh untuk dating. serampang dua mata, liana lepak dengan mek i yang kemudian membuat janji temu bersama samsinar yang turut dijoin oleh aku dan sorang kawan mek i. ikut hati aku nak paksa anand ikut tapi malas ah kacau ketenangan orang yang tinggi komitmen ni. hahaha.. nak ajak mawardi? kot dia tak mau ikut padahal putrajaya dekat dah. naim ke atau pun faiz dan sesapa saje lah. first venue kami adalah alamanda. lepas bedak pizza khairat oleh mek i tu, kita move to the nex door arena, iaitu bilik karok buat melepaskan ketengan anak tekak yang semestinya sudah dipenuhi natrium klorida dan rembesan amilase. lepas tu boleh pulak pi lepak kat jambatan putrajaya kerana perasaan jakun kerana first time sentuh kabel jambatan tu. lokasi kejadian dikemudi oleh mek, aku follow belakang je sebab mek i memang kutu rayau merangkap pantun, eh merangkap ketuat rombongan cik kiah ini.

ini dia juara karok sepanjang zaman, mek i yang semestinya menyorokkan botol minuman berperisa asam jawa di dalam henbeg beliau.

ini pula ratu perangsang komitmen, beliau sering kali berubah watak di set lokasi setelah dirangsang kalium maganat tujuh.

berikut adalah mereka yang gilakan lensa kamera.

amboi sekali lagi berbackgroundkan tasik putrajaya tengah malam nak nampak mende. mek i nampak berat je memikul beg tangan yang berisikan telekung dan botol minuman itu.

aku di samping liana, aku pada awalnya membuat andaian andai kata liana datang ke putrajaya memakai baju kurung lip-lap lip-lap. nasib baik beliau casual dan santai.

hish..macam mana ko boleh ajar biologi nih? heran aku!!! mesti ko sekarang hebat mengendali alat radas di makmal meskipun kaki retod dan buret serta pipet sangat sukar dikendalikan. makmal biologi ko ada haiwan yang diawet dalam botol tak? telan air tu bisa membuatkan suaramu merdu. terutamanya biawak awet.

ni kawan mek i, sumpah aku lupa nama beliau. dia ni diam je, tapi sat-sat gelak. pastu gelak lagi. lepas abis gelak mesti sambung gelak. gila tahan lama vibrate dalam perut dia, tak letih-letih. sambil karok pun gelak jugak.

lengan mek i yang memakai gelang kristal tu hampir menusuk lubang hidung samsinar.

aku duduk sebelah mek i sebab aku tahu mek i suka belanja kawan-kawan dia yang kesengkekan. baik betul hati mek i ni.

lazat kan pizza kami yang bersaiz regular ini? regular je lah, tapi ada dua. cukup la sekadar memberi kudrat melaungkan vokal dengan penuh lenggok. apa perisa pizza kita ni? adakah royal masala? very the delhi spice.

ini dia tuan haniza, jurutera elektrik terkemuka SSP yang beropiskan tepi hiway plus sungai besi tuh. kalau anda sesat di area seri kembangan, mahupun UPM, serdang dan bukit jalil, sila roger beliau kerana beliau adalah GPS bergerak. hahaha..

samsinar ini sering tampil bercardigan, di samping liana yang berbaju pesak kain cotton bunga kecik-kecik memang comel kalau mereka bertemu, seolah-olah berada di kelas 4 waruna kembali.

Wednesday, October 21, 2009

i wish you happy diwali

skima macam nak nyanyi negaraku padahal cover badan tak balance sebab takut terpijak wayar dan tangga pentas.

cak!! mesti gambar ini sungguh annoying... kat one utama nih.

gambar ni ok, sangat berattitude.

sempena deepavali, saya mengucapkan kepada mereka yang lama bercuti, selamat bercuti. kepada boss, dah sms dah kan ari tuh. so, i wish happy diwali to all my friends in delhi, all the joy, luck and happiness!

Tuesday, October 20, 2009

kereta tamiya

dulu masa kecik-kecik, memang susah nak merasa dapat mainan. aku ingat lagi kat baju adik aku sorang tu, masa tu dia kecik lagi. asal lepas mandi jek mesti dia nak pakai baju tuh. katanya, "baju paling best dia". baju tuh merupakan baju kemeja background biru yang ada gambar kereta lumba dan tertulis tamiya yankhuro. kalau ada lagi baju tu mesti nak gelak. baju tu kalau dia pakai mesti akan memegang watak "mat desa" sebab takkan dibutangkannya. konon hero pahlawan samseng drama akar seruntun lah tuh!

gambar ni diambil di parking B2 one utama. hahaha...

Monday, October 19, 2009

memori daun kari

suatu hari, deepa menghasut aku untuk poxing bergambar dalam opis di sunder vihar. tapi aku malas nanti ada plak yang rikues lelebih. sebab naluri orang india ni memang suka bergambar lepas tu lupa diri sampai tak kenal tuan empunya kemre. diorang ni cuma tahu mengenal manikam sahaja. eh silap, duit pun terer jugak. so, gambar ni duk dalam externel hakdis aku macam gambar arkib negara. so aku release untuk tontonan umum macam slot hari ini dalam sejarah. kalau ikutkan pada tarikh ini di tahun lepas apa aku buat? ekceli aku tak ingat. bila aku selak diary, rupanya aku ada meeting tapi aku tak catat apa-apa. yang ada cuma aku lukih gambar dengan isi luahan perasaan yang bohsan. lantak lah, maybe tak dek mood nak bermiting kot masa tuh. layan je lah cerita bergambar kat bawah nih. sesapa berkenan nak buat calon bleh nanti aku fowed email jek. resume sendiri taip ye.

ini sandeep lakra. orangnye kurus kerengga. penampilan macam berbau tapi aku kalau lalu area dia memang tahan napas. rasanya dia tak berbau sangat kecuali selepas makan tengah hari sebab waktu evribadi berbau. bau rempah dan bawang. dia kerja bahagian human resource tapi aku nampak lebih kepada hal pengurusan harta syarikat sebab dia last-last tuh sibuk nak beli peti ais kat guest house tuh, katil la, tilam la. masa tuh umah floor second tu tak de orang duduk dah. siap buat diskaun untuk diri sendiri lagi tapi harga dah termaktub. kira murah pe lelong barang terpakai. bukan lusuh pun. resign dah dia ni taktau sapa plak jadi HR.

ini pulak si rajiv, rakyat nepal sebenarnya, mesti dia bangga dengan manisha koraila. sangat dan terlebih sporting. tengok le aksi apa dia buat tu? aku rasa kalau rikues suh bukak seluar pun maybe dia memerlukan 15 minit jugak untuk konsider. hahaha..lucah btul. dia ni supir, tapi lepas kete sebijik tu tak pakai dah, dia free dan melakukan kerja-kerja pejabat sebagai piun. kadang-kadang khidmat dia digunakan untuk menghantar dokumen ke partner JV. yang best dia ni baik, senang berurusan ngan dia. tak pernah mengharap bayaran tips. maybe sebab dia orang nepal kot?

sebelah aku tu deepa. dia ler yang hantu kemre nih. so aku terjebak bergambar dengan mamaji si jaspreet kaur. masa ni jaspreet gemuk sebab peknen anak nombor dua. la ni kurus dah dan dah kembali bekerja pun. jaspreet ni kerja bahagian akaun. so, apa-apa hal kadang tu terlebih rajin sampai sub-contractor bleh tau kompeni dapat payment apa-apa cheque ke.. nahas!

ini lah hobi masa lapang mereka. macam budak-budak!! yang bergusti tangan dengan rajiv tu adalah hitesh merangkap jurutera buat bil dan planning. tapi planning dia tak pernah wat mende pun. yang dia tahu surf tenet.. cari keje lain. dulu pernah resign pastu mai balik. ngada-ngada btul lah! siap suh bapak dia call opis pasal dia nak keje balik. kalau kita mesti malu nak involve family dengan kes macam nih. mintak simpang lah. tapi dia ni rajin je nak tumpangkan aku naik moto dia balik ke guest house waktu kete tak available maybe boss pi miting atau meronggeng mana-mana. ok lah, mari mood dia nak ok, ok lah. masa dia mari mood mengada tuh, malas aku layan si hitesh nih. tak matang mengalahkan dah ada anak sorang pun! haha..

ini aku sebelah deepa. deepa ni dulu hakim minat sangat tapi hakim apakan daya dirimu menyahut seruan JKR pastu terhegeh-hegeh nak suh aku email gambar deepa kat kau. nah kau save senirik ye. haha.. jangan la jeles sebab deepa yang nak bergambar ngan aku sebab aku tuan kemre. nasib baik hari ni deepa pakai baju lengan panjang. kalau tak dia ni sleeveless aje. deepa ni reciptionist. hebat bab-bab menjawab talipon.

eh, ada nisha jain di antara kami. nisha ni pun berangin jugak satu badan mari hari dia biol. haha.. selalu mai keje lambat dan alasan dia terlepas bas. tak pun sakit kaki. esok tu pulak lupa nak kunci jam. tulat plak beca tak available. macam-macam. dia jugak merupakan manusia yang suka buat format seniri sebarang surat atau dokumen yang penting untuk di email kepada HQ. jenuh la sapa yang in charge atas dia. kak niza memang kena amend selalulah jawabnya. tapi nisha ni sensitif. korang jangan la nak cakap lebih-lebih satgi dia mengadu kat kawan-kawan dia kata korang nak ngorat dia. hahaha..dia anak tunggal. kawan karib si neelam gupta tapi neelam resign tak dan nak bergambar ngan aku. ngada ko neelam, dah join gomen india ye. kerek la tuh! dulu nisha ni reciptionist, naik jadik HR pastu duk bahagian kontrak bila neelam resign.

ni aku ngan rajiv dari arah pantry. rajiv ni asal ada kemre je nak senyum kambing. tak pe lah, asal ko bahagia. nasib baik ko tak banyak songeh. mr. mak hon ming dulu pun selalu puji ko sambil kutuk-kutuk si shyam sunder supir tersohor tuh.

ini ok jugak servis dia. bawak kete macam ribut. ke dia mabuk? aku heran dia drive tapi takpernah eksiden. kalau ada konflik pemanduan berhemah pun balik-balik lepas bergaduh dia je yang berhemah. sume orang lain tak berhemah. hahaha..dia ni masa pi agra suh dia drive. ok je, siap dia yang nampak lagi beriya nak pergi. kenapa agaknya?

raya dah abis

siri jelajah shah alam

satu hari tu..hari apa aku dah lupa. aku call wan hazila. aku cakap aku bosan. pastu aku tanya dia, "nak..." tak dana ku abis ayat lagi dia dah jawab, "jom!". hahaha..nampak sangat tahap gaban punya bosan. tapi aku kena pergi taman seri gombak dulu nak hantar barang-barang kepunyaan akak ciha yang dah lama aku postpone hantar. hehe... lepas tu terus gerak ke area duta. aku bukan tau sangat tapi redah je lah!

redah punya redah sampai jugak tanpa sesat. bangga dengan diri sendiri. tapi yang bestnya area duta ni rumah n kondo dia grand-grand. best. tapi umah wan hazila tu kena mendaki skit. sampai ke puncak. rumah dia pun best, tinggi melayut sayup je. amik wan hazila pastu ingat nak pergi ambik wan norziah, tapi dek kerana masalah yang sengaja tak dielakkan, wan norziah gagal dihubungi lantas aku mendail mek i. tapi cis betul mek i busy dengan boipren dia. tak pa hang mek, tunggu nanti siri jelajah putrajaya aku hantam hang cukup-cukup. hahaha..

so, aim pergi shah alam melawat ziarah samsinar. kami ni bukanlah crew tv3 bersamamu tapi sekadar nak melawat samsinar yang masih bergelumang dengan soalan-soalan final exam sebelum tamat bergelar siswazahwati.. eh ye ke? siswazah tu dah kira pompuan la kan? atau pun siswanita? atau siswi? berkat tunjukan arah dari wan hazila, sampai gak la ke destinasi.

pastu apa lagik, menuju lokasi mencari makanan untuk aku lahap. samsinar hanya menawarkan menu di kedai mamak merangkap menu fevret dia. ye ke? haha..so pastu kami berbual sampai lupa diri jam pukul 1.30 pagi baru nak blah. tu pun bila pekerja restoran tu wat-wat adjust meja kuat-kuat. nasib abik tak hampas kerusi. tak lah, dia 24 jam. so, layan lah gambar di bawah.

kepada sir, jangan la jeles sangat. jeles sikit-sikit dah lah. ko kan duk di utara, gila utara perlis tuh. jauh sangat. nanti la kalau aku pro bawak kete ke, aku pi la sana. aku berani area lembah kelang jek. tu pun mata jegil tengok signboard. ok, layanz!

ni aku, macam la tak knal kan. tuan punya belog! haha..

minah 2 orang ni bukan minah karan tapi depa ni suka buang karan.

menu aku, mee goreng mamak. sedap la jugak dimakan tatkala kelaparan tahap jin.

restoran ni okay la, bersih dan seswai untuk dijadikan lokasi melepak dan melupakan diri. ramai remaja bersosial di sini namun bersesuaian dengan teman santai. blah lah, nak bertema-tema setakat pergi mamak jek apa barang. nanti la kita cari port baik skit. kat mana? yang tu tak tau lagik.

inilah samsinar, mangsa keadaan berakhirnya ramadhan. sebelah tu plak baju putih pulak kerja dia pergi ulang alik penang. tak jemu-jemu dia ngadap datin seri jeanne abdullah tuh. out station manjang! hahaha...