Friday, August 28, 2009

product dan pow

pernahkah anda di'pow'? tentu anda mahu berkongsi pengalaman di sini tentang kehidupan di asrama, lebih ditekankan lagi asrama seratas. peristiwa berlaku dalam penghujung kurun ke-19 setahun dua sebelum fenomena Y2K tercetus. mari kita lihat apa yang mahu disampaikan oleh penulis. apa yang ingin disampaikan adalah gelaja 'pow' yang dikhususkan kepada aktiviti penge'pow'an produk makanan.

sebarang bentuk makanan digantikan kata ganti namanya dengan 'product'.

minuman juga tak terlepas dari menjadi pemangkin nafsu insan untuk melakukan niat 'pow'.


1) istilah 'pow' membawa maksud kaedah mendapatkan sesuatu yang lebih kepada jirim yang mempunyai jisim secara rela, paksa rela atau terpaksa, tindakan 'pow' dilakukan oleh orang yang lebih berkemampuan terhadap insan yang lebih lemah. mohd hafiz bin ibrahim amat beruntung kerana memiliki wang saku yang lebih di mana beliau dapat menikmati pelbagai juadah tambahan, bukan hanya makanan percuma di dewan makan. contohnya adalah burger lily, nasi goreng kantin dan jambu potong pakcik kereta charade. mohd hafiz telah tenat menghadapi masalah 'pow' yang semakin berleluasa dan muka beliau telah menjadi target sebagai mempunyai rezeki lebih.

suatu malam, mohd hafiz bangkit dari perbaringan di atas katil. sedang teman sebilik lain sedang nyenyak tidur, beliau membuka peti almari secara diam-diam, penuh misteri dan tersembunyi. secara pantas, beliau membuka bungkusan nasi goreng dan sedia untuk bersantap. dalam pada tangannya baru menyentuh bijian nasi, terdengar suara yang kuat datang dari arah pintu, "alhamdulillah!! rezeki mencurah-curah!!!". secara paksa atau rela, menjadi kebiasaan mohd hafiz bin ibrahim telah membahagikan nasi goreng tersebut secara sama banyak, adil dan saksama kepada abang azizul 'mat lahab'. justeru, mereka menikmati keenakan nasi goreng secara bersama berlapikkan plastik dan surat khabar lama sambil mohd hafiz bin ibrahim memendam kesumat di sanubarinya akan kehalalan rezeki tersebut.

2) ashabul yamin sering dikunjungi oleh ibu mahupun nenek beliau yang datang jauh dari kampung membawa pelbagai buah tangan. keluarga beliau amat mengambil berat akan dirinya yang sedang menuntut di seratas. saban kali dilihat ibu atau neneknya membawa buah-buahan, kuih muih dan pelbagai lagi untuk bekalan ashabul yamin mengalas perut tatkala perut kosong.

kerap dilihat, sebaik sahaja ibu atau neneknya pulang, ashabul yamin akan dikunjungi oleh para senior. belum sempat menaiki anak tangga apatah lagi melangkah masuk ke dalam kamar A11, namun segala 'product' beliau telah diratah dengan rakusnya oleh mereka yang amat lapar. rela atau tidak, ashabul yamin sekadar pasrah dengan ketentuan ini. para senior yang meng'pow' beliau telah dilihat mengambil 'product' dengan magnitud yang lebih untuk ditapau buat rakan taulan mereka. rakan sekamar ashabul yamin hanya sekadar melihat dari jauh.

suatu malam, dorm A11 telah dikejutkan oleh abang azim, seorang rakyat negeri kelantan yang fasih berbahasa ibunda dengan bola mata yang bulat dan rupa yang garang. beliau memasuki kamar ini, melangkar satu demi satu, dari pintu almari ke pintu almari lain. sementara seluruh warga A11 diarahkan membuat barisan separa bulatan, abang azim masih memburu makanan. walaupun seluruh pintu almari dikunci, abang azim yang berpengalaman itu dilihat sekadar menggunakan deria bau, iaitu hidung. sampai di almari milik ashabuk yamin, abang azim berhenti dan mengarahkan, "woi! sapa punya locker ni? bukak lekas! aku bau manggis!!! lekas!!!" memang benar, jelas dilihat ashabul yamin menyorokkan beberapa biji buah manggis di dalam peti laci kecil di dalam almari beliau.

3) gejala 'pow' telah menjadi perbualan hangat, menjadi ketakutan para junior. lantas beberapa idea bernas telah dicetuskan. azizul othman antara pelopor awal yang menyimpan bekalan makanan di 'locker' kelas. disamping menyim buku-buku, 'locker' tersebut menjadi peti makanan yang akan dikunjungi sewaktu perut kosong. namun, beberapa pelajar lain telah menerima padahnya apabila kelas mereka dipecah masuk oleh segelintir insan yang tidak berperikemanusiaan. habis makanan dijamah tanpa meninggalkan sedikit sisa. pun begitu, kunjungan beruk dan monyet juga mencuri makanan. dengan kata lain, para pelajar seratas telah dididik untuk bijak menggunakan kemudahan yang ada demi menyelamatkan hak milik masing-masing. sebagai contoh, ada yang menyimpan biskut 'chipsmore' di dalam baldi yang ditutupi baju terpakai. tepuk dada tanya selera.

Thursday, August 27, 2009

wajah ceria di MTD - kak wati's farewell

di sini kami bekerja di bawah satu bumbung.

kak wati and grasshopper eyes of azlin sofina.

they were twin due to wearing same costume on that day, azyan and josephine.

being cheeky, nurbaya.

from left are ; 2 unknowns, en. nasiruddin, salwati and kamal.

compressing themselves to fit into this little square, from the left : azyan yusran, haniza hamidi, azlina maatan, siti salwati fadzli, aniza isa, hamidah and roziah samaan while ida rosmiza was posing "senggol-senggolan".

kak wati and 3 unknowns..i just recognised them by their faces not names.

azlin sofina, wan rafidatul zailah, zamzuliza and ayu.

uncle joe's age is over 55 years old, he is a retiree. can you believe it? he does looked younger especially when being surrounded by kak wati, kak jee and kak ina.

farewell : 20/08/09

suatu ketika dahulu ia pernah berlaku (part 2)

salam sejahtera. diharapkan para pembaca dapat meluangkan sedikit masa bagi tujuan pembacaan sebuah makalah yang ilmiah ini. sebagai mengembalikan memori sinar sebelum ini, sila klik pada sorotan berikut untuk membaca paparan sulung suatu ketika dahulu ia pernah berlaku (part 1).

1) the versus
ingatkah anda sewaktu ketika dahulu, para pelajar seratas amat mudah tersentuh hati, justeru melahirkan rasa tidak puas hati. saban kali kita mendengar ayat, "ah aaah! tak puas hati aku!!!". cukup sinonim dengan kehidupan harian kita. tahun 1997 menyaksikan dua pertembungan hebat. tepat jam 12 tengah malam, ketika pelajar lain sedang nyenyak tidur, acara dimulakan dengan ketukan pintu. kelihatan abang buniyamin meluru masuk ke dorm A14 lalu mengunci pintu. kelihatan pula beberapa pelajar tingkatan 4 berkumpul di pondok belakang bilik urusetia. kemudian, suara bersahut-sahutan jelas kedengaran bagaikan harimau mengaum. sungguh menggemparkan.

"kelepap! kelepup! kelepap!" kedengaran bunyi tampar menampar, sepak dan terajang. pergaduhan ini berlarutan sehingga setengah jam. pertembungan antara pelajar tingkatan 5 dan 4 ini telah lama diusulkan. menurut khabar angin, kes ini tercetus akibat rasa tidak puas hati ke atas dasar pemegangan kuasa yang tidak seimbang. dalam pada penulis menyaksikan pertembungan ini, kedengaran suara esakkan seperti anak kecil. setelah diamati, ia adalah milik ashabul yamin yang mana beliau amat halus hatinya namun tebal dengan kepercayaan. setelah ditanya, beliau menyatakan, "aku sedih tengok orang melayu bergaduh". pergaduhan kedua menyaksikan pertembungan antara pelajar tingakatan 5 dengan pelajar matrikulasi, yang juga berlangsung di perkarangan luar dan dalam blok A atau nama kemudiannya, blok al-ghazali yang mana tidak ada sebarang kaitan dengan azizah ghazali.

2) perginya seorang jurukamera
ingatkah kalian dengan seorang jurukamera yang tidak asing lagi dilihat mencuri gambar-gambar 'candid'? beliau berasal dari kedah, telah belajar selama 5 tahun di seratas iaitu mohd fauzi atau lebih dikenali sebagai abang pojie . di tahun 1999, lokasi di burmese pool telah menyaksikan beliau telah lemas, justeru meninggal dunia di tempat kejadian. beliau yang berpewatakan 'diam-diam control' amat digemari oleh segelintir pelajar perempuan bakal menduduki peperiksaan spm selang beberapa bulan kemudian. pada hari kejadian, kelihatan ramai pelajar perempuan tingkatan 5 mengangis penuh hiba. mereka adalah salina, norhafizah mansor, huzaimah, dalila dan beberapa lagi. walaupun begitu, pelajar seperjuangan dengan penulis juga turut menangis, namun tiada sebarang komen berhak ditulis. kesinambungan daripada kisah ini, para pelajar tidak dibenarkan mengunjungi kawasan sungai tanpa persetujuan dan pengawasan.

3) percuma
sewaktu belajar di seratas, para pelajar tingkatan tingakatan 1 masukan 1997 telah menerima tawaran sebagai program khas dimana semua perbelanjaan ditanggung kerajaan sepenuhnya kecuali yuran PIBG, kecuali faridah hashim, nurul syatilla dan norasheedah abdul razak. seawal bulan pertama, para pelajar ini telah beratur panjang di hadapan kedai koperasi untuk diambil ukuran badan oleh mat tailor yang memiliki logo perniagaan persis jenama playboy iaitu kepala arnab. sebulan kemudian, pelajar-pelajar ini menerima baju melayu berwarna biru laut bagi pelajar lelaki, diikuti baju batik, uniform sekolah pelbagai saiz dan seluar sekolah poket satu di punggung. beberapa ketika selepas itu, mereka pula menerima baju sukan berlogo sekolah, kasut riadah berjenama pallas jazz, sarung kaki dan kali terakhir menerima sepasang kasut hitam yang amat keras dan tahan lasak dengan muncung tajam, amat bisa jika disepak iaitu kasut berjenama wawasan sepatu utara.

Wednesday, August 26, 2009

kisah semalam

semalam sangat sibuk, sampai pukul 4.30 petang masih terkejar-kejar. kat tangan duk genggam telefon bimbit aku yang selang sejam bateri kong. capai beg, shut down computer, terus blah sebab nak kejar masa, ada janji temu dengan hasnor di KLCC sebab dia nak pulangkan sesuatu. balance masih ada 3 kerja yang belum dibereskan. pening!

sampai klcc, keadaan penuh sesak dengan manusia. aku yang pakai musk demi mengelakkan diri dari virus h1n1 berasa agak panas. menghidu nafas sendiri, kadang-kadang aku bukak musk tu untuk hirup udara berhawa dingin. dalam 10 minit menunggu, aku telefon hasnor, tanya kedudukannya yang mana aku telah berdiri di hadapan KFC. oh perut aku lapar sangat!

aku memerhati, aku macam tak boleh cam. lepas tu aku perasan dah macam hasnor. tapi dia lalu buat selamba melepasi aku, seolah-olah tak de apa. aku nak tegur risau salah orang. last-last aku terjah je lah! nasib baik dia toleh.

lepas berbual dalam 10 minit, katanya nak cari jalan ke KLCC convention centre, ada hal lah tuh. sempat sebelum tu dia bagi nombor telefon wan norziah. wah!! aku rindu sangat dengan wan norziah yang cukup menjadi inspirasi. kata hasnor dia jumpa wan norziah di port dickson, "wan norziah sekarang lawa, kurus. berbeza dengan dulu-dulu". ayat ini membuat aku terfikir panjang.

aku call wan norziah, mengaku diri sebagai ejen kredit card citibank. pastu wan norziah percaya siap tanya macam mana nak apply??? keliru punya pasal, aku ngaku nama aku syed nahar. hahaha... pastu dia jerit dalam phone tuh, "weiii!!!! ko kat mana? seronoknya aku sebab ko call. kome pekabor?? wei aku dulu pernah jumpa domme, amin ibrahim ngan wahab. kesian wahab tunang dia meninggal sebab h1n1". terkejut aku!!

pastu balik rumah, buka puasa, call wan norziah lagi. gelak-gelak dulu. punya best gelak sakan dengan wan norziah! pastu aku call wan hazila. pun gelak jugak!!! hahahah... oh dalam hati esok banyak kerja terbengkalai. sight...!

Monday, August 24, 2009

provokasi

hari ini mata wan norziah meor mohd ali merah sekali. merah semerah-merahnya.

"kenapa?"

"tadi aku pergi kantin, pastu diorang panggil aku katak!" pilu suara wan norziah yang lebih mesra memasyhurkan namanya sebagai nora. suaranya sekadar berbisik, tidak mahu esakan sedihnya didengar rakan lain walaupun mohd hakimi abdul rahman telah lama memperhatikan.

"ong kerek kerek! ong kerek kerek!" kedengaran lagi.

sob..sob.. kedengaran dengus hidung beliau, menarik nafas panjang sedalam-dalamnya. lantas wan norziah memekup wajahnya, tunduk ke meja. terus menitiskan air mata. basah permukaan meja, sesekali terdengaran dengusan hidung beliau. kini beliau benar-benar tidak tahan dengan usikan teman lain yang sering mengguriskan hati. tohmahan.

"ong kerek kerek! ong kerek kerek!"

suhaili basri, yashar dan qusairi ibrahim terus mentertawakan wan norziah.

dalam teresak-esak, bahu wan norziah berdenyut-denyut. seraya rakan disebelahnya menggosok-gosok belakang beliau. "uhuk! uhuk uhuk!!" sesekali wan norziah batuk. terus menangis berlagu pilu.

"ong kerek kerek! ong kerek kerek!"

kini memori wan norziah teringat akan suatu ketika beliau telah diherdik seseorang semasa berjalan menuju makmal sains, kelas cikgu zaharah. sewaktu hinggap sebentar di mesin penapis air, mawardi pernah bekata, "katak haiwan dua alam. suka jumpa air."

"ong kerek kerek! ong kerek kerek!"

hiba wan norziah tidak lagi tertanggung. terbayang pula suatu ketika beliau telah diguris lagi hatinya apabila sedang menyapu sampah di kelas sewaktu kelas persediaan petang. seekor katak telah berhibernasi di balik tong sampah belakang lantas kedengaran suara dua orang pelajar lelaki yang sedang mengasah pensel, "wehh wan norziahhhh! buat apa kat sini?"

"ong kerek kerek! ong kerek kerek!"
"ong kerek kerek! ong kerek kerek!"

semakin kuat kedengaran suara tangisan wan norziah.

"ong kerek kerek! ong kerek kerek!"
"ong kerek kerek! ong kerek kerek!"

tiba-tiba senyap!!! suara wan norziah bagaikan hilang seolah-olah nafasnya dibatasi degupan jantung yang terhenti. sekumpulan pelajar lelaki yang sedang melepak di meja guru beralih pandangan ke arah wan norziah yang kepalanya terlangkup di atas meja.

"ong kerek kerek! ong kerek kerek!"

"woiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!" jerkah wan norziah tidak puas hati. matanya yang merah masih jelas kelihatan. kini beliau berdiri tegak sambil menjeling ke arah mawardi.

"wey hang tau dak suara hang tu aurat? menjerit apa?" bingkas mawardi mencabar kesabaran wan norziah.

"aurat?? ni aurat??"sambil menyelak sedikit lengan baju uniform sekolahnya, wan norziah menggoyang-goyangkan lengannya. "tengok ah aurat! aurat! aurat!

mawardi menjeling beberapa kali. kini giliran mawardi melempiaskan suaranya pula. belum sempat mawardi membuka penuh mulutnya, wan norziah mencelah, "pandang kali pertama sunnat, kali kedua harammmm!"

begitulah provokasi yang melanda jiwa wan norziah. tergamam seluruh warga kelas 2 kejora menyaksikan sandiwara semasa yang berlaku, persis sebuah drama.

wan norziah berlalu pergi ke luar kelas dengan tangannya digenggam dan menunjukkan tanda penumbuk ke arah semua pelajar lelaki.

salam ramadhan

selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua.

Monday, August 17, 2009

warga kejora teriak lagi

Mata meliar melihat ke kiri dan ke kanan, kelas dilihat sepi dan aman. Wan Norziah meluru terus ke belakang menghampiri peti kayu, lantas duduk mencangkung. Dalam pada itu Mohd Yashar yang tiba di kelas terus membuat suasana hingar, ketawa berdekah-dekah sehingga mencuri tumpuan Wan Norziah.

Dalam pada menyusun buku-buku, Wan Norziah sempat menjeling. Bola matanya kelihatan separuh dek tudung yang dikenakannya hari ini tidak dikelepet. Beberapa buku diambil, lantas beredar melalui pintu belakang. Beralun lembut baju kurung bunga kecil-kecil kuning, laju berjalan, bayang terlihat melintasi tingkap. Mohd Yashar memaling muka, namun disedari Wan Norziah. Selangkah akhir meninggalkan jejak, Wan Norziah sempat menjerit, “Usha, usha apa????”

Menebal dendam menyelubungi jiwa Mohd Yashar. Suara lantang turut didengari Mohd Mawardi. Sekumpulan pelajar perempuan tiba setelah sekian lama di pusat sumber, Tasnim dan Norhafiza Osman terus duduk di kerusi. Cermin kecil di dalam kotak pensil dikeluarkan. Ternganga Norhafiza sambil memperbetulkan tudungnya, tangan di masukkan ke dalam bagi menentu dudukkan posisi cekup kepala. Sambil menemani Norhafiza, Tasnim yang tadi terpandang wajah tak beremosi Mohd Mawardi lastas terus menungkat dagu memandang ke luar, jauh merentasi tingkap ke arah tandas di seberang yang kelihatan Suhaili, Amin Ibrahim dan Azmil melepak di koridor.

“Ingat baguih la tuh, jelling-jeling!” Mawardi menerpa kea rah Tasnim yang jiwa masih lara mengingati kampong halaman setelah pulang balik bermalam. “Hang ni pasai pa?” Tasnim membalas.

“Sapa cakap ngan hang?” kata Mawardi. Kini darah Tasnim mula panas, dijerang haba membuak-buak buih kemarahan. “Biaq pi kat aku la, hang sibuk pa? Kuajaq!!” balas Tasnim penuh emosi.

Kelas 1 Kejora kembali diam setelah Kak Norzi lalu melintasi koridor bersama Kak Fadhilah. Seluruh warga kelas gusar dimarahi jika berbuat bising, tak cukup di kelas, denda akan berlarutan sehingga ke asrama. Diam-diam Mawardi memaling muka, melihat ke arah kiri. Dalam suasana sepi malam yang membuai rasa mengantuk, terdengar suara bisik dari Tasnim, “Padan muka!!”

Firdaus Shah lunak mengalun lagu-lagu nasyid, seakan khusyuk menjiwai setiap baris lagu, disudahi dengan tawa hilai. Aku di sebelahnya berasa kurang senang dengan tingkah laku beliau, lantas aku kerap berbual dengan Amir sambil bertanding ‘Gusti Pemadam’. Kadang-kala aku membantu Azira Zamaran melukis alat kerja tangan di buku nota kemahiran hidup. Namun Azira Zamaran kerap lena. Aku sering juga dijadikan medium perhubungan maya antara antara Azira Zamaran dan Mohd Nor Effendi.

“Weiiii!!!!!!!!!” Seluruh warga kelas disentak dengan suara nyaring di belakang kelas, seraya semua berpaling mengecamnya. Wan Norziah kelihatan panik, terus ditutup mulutnya kemudian dengan pantas duduk mencangkung, gelak seorang diri.

“Ong kerek kerekkk!” Suhaili yang duduk di bangku guru mengulangi beberapa kali ayat ini. Lantas sebahagian besar pelajar lelaki mula ketawa. “Wohhh! Kughang ajor. Jaga Cik Ei, aku kabor kat mak ko!” marah Wan Norziah yang menunding arah Qusairi, rakan sekampungnya.

Suasana kian hingar, berlarutan sehingga menjadi tidak terkawal. Ada yang bermain gusti tangan, ada yang berdiri di atas locker kayu menampal carta ruangan subjek, ada yang yang bergelak ketawa sehingga lupa diri bersama Suhaili dan rakan-rakan dan tak lupa juga kepada mereka yang lena dibuai asmara seperti jaguh tidur lama, Mohd Zulkepri, sampai berbirat muka.

Loceng berbunyi, dengan serentak seluruh warga kelas 1 Kejora dikejutkan dengan teriakan suara yang cukup dramatic, Paduan suara lelaki “lenjan” dan gadis ‘provocative’.

“Aggggggrrrrrrrrrrhhhhh .!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

“ Auwwww!”

Kelihatan Wan Norziah berpeluk tubuh di hadapan kelas berhampiran carta ‘duty roster’ betul-betul berhampiran meja Firdaus Shah. Menangis, Wan Norziah di situ, teresak-esak dan dibantu beberapa rakan taulan, seraya Kak Norzi dan Kak Fadhilah tiba dari kelas 4 Utarid.

Tak cukup dengan itu, hiruk pikuk terus menggamatkan suasana dengan suara gema seakan gempita gempa bumi. Dalam pada itu, suara bersahut-sahutan, jelas kedengaran, “Mawardi cium Wan Norziah!”

“Apa???”

“Mawardi cium Wan Norziah!!”

“Ya ka?”

“Hahahahaha…! Tipu ah!”

“Sungguh ka? Cium macam mana?”

“Hahahaha…!!!!”

“Abis lah malam ni mesti kena panggil dengan Azizan!!!!”

“Haah la weii… Aku tak tau. Aku tak masuk campoq!”

“Hahahahaha..”

Friday, August 14, 2009

H1N1 in fashion

myself wearing mask haha... so i imagined working in a hospital as they do in grey's anatomy.

zamzuliza and her mask.

wan rafidatul zailah still stylo even wearing mask.

pink fabulous of azmilla ahmad.

so, please do drinking a lot of fresh juice daily to increase your immunity. haha!!

Thursday, August 13, 2009

kak wati bakal meninggalkan kami?

ini adalah siti salwati fadzli, telah 8 tahun bekerja di dalam organisasi yang memainkan peranan sebagai syarikat pembinaan yang memiliki keupayaan dalam industri konkrit pra-tuang atau precast concrete.

selama 8 tahun, beliau yang telah menjadi tulang belakang dalam menguruskan kerja-kerja berkaitan sumber manusia, dokumentasi dan pelbagai lagi terutamanya untuk pekerja di luar negara. nama kak wati sentiasa meniti di bibir mereka di luar sana tatkala elaun lambat masuk ke akaun penerima. hahaha... namun, kak wati telah meletakkan jawatan beliau kerana menerima tawaran bekerja di institusi pengajian Universiti Malaya. syabas buat kak wati!

kak wati dihujani ucapan yang pelbagai atas keberangkatannya ke sana, ini adalah salah satu daripada ucapan yang diterima beliau.

kad ini mungkin diberikan oleh mereka yang telah bertungkus lumus mencari tema paling sesuai namun gagal, jadik pengubahsuaian telah dilakukan. walaupun begitu, keikhlasan adalah segalanya. 20 ogos 2009 adalah hari terakhir kak wati di pejabat ini.

Tuesday, August 11, 2009

my wallpaper : kuala kangsar

masjid ubudiah : kalau menuju ke kuala kangsar, rasa seperti tak percaya tatkala melihat sebuah kubah kuning keemasan, tersergam indah bagai monumen taj mahal. sungguh tak percaya kerana melihat keadaan kuala kangsar tidak semeriah lokasi lain.

swine flu lagi

pemandangan opisku dari belakang. ada starbuck atas tu...hehe.

baru tadik ada pihak kesihatan datang every floor untuk screen test, body temperature checking. aku bebas wabak influenza A H1N1. bagaimana dengan anda? sila berbuat demikian demi kesihatan sejagat. suhu aku normal, 35.7 darjah selsius. hehe..hari ini amat free, so kita layan internet aje lah! lepas lunch dapat hidu bakal busy giler. apalah tugasanku agaknya?

Monday, August 10, 2009

swine flu


pagi-pagi dah dengar suara..."kak umi tingkat 3 kena H1N1!!" huh??? Biar betul?? selama ni tak pernah rasa apa-apa, tapi sekarang dah mula cuak. terbayang aktiviti aku berkunjung ke KLCC yang kerap, KLsentral, pavillion dan sebagainya. hish...hari ni pun dah 32 orang mati akibat wabak selesema babi ni. dulu H1N5 atau selesema burung, desas-desus di hong kong dah mula H1N2 pulak. ah!!! menakutkan!!

"puan salwah, secretary encik shukor pun dah diarahkan kuarantin!!" alamak?? ada lagik ke? tapi memang dah seminggu puan salwah dilihat selesema, even pada hari dia nak berjumpa doktor suhana, aku sempat lagi berjumpa puan salwah sebab dia nak bawak kain cotton aku ke klinik tu sebab doktor suhana peminat kain cotton. hish!! apa ni??

"weh, brapa orang sebenarnya ni??" aku tanya orang. "3 lah, lepas puan salwah tu ada sorang lagi. ah gila!!! cepat gila. sian kak umi, dah la pregnant, mesti high risky so kena kuarantin lama sikit lah. "kak niza, dah pergi cek ke? kan baru balik dari delhi" "oh ye, sakit tau dia jolok hidung kita nak ambik sample. nasib baik saya tak de selesema".

hari ini, katanya pihak HR dah decide supaya setiap tingkat dari bawah sampai tingkat 13 kena cek, sapa ada selesema dan demam beisiko tinggi. company pulak memang banyak projek luar, tentunya berselisih wabak di airport sekurang-kurangnya.

"wei!! sapa nak pergi tingkat 3? aku nak pesan suh hantar dokumen. aku tak mau turun tingkat 3!! H1N1!!" suara ni cukup membuatkan ia sebagai satu fenomena. aku dapat mask free, so lega lah aku pakai je. "sapa ada mask lagi??" kenapa? "kat guardian habis, semua farmasi kata tak de stock!!" memang sabtu lepas aku ke guardian KLCC, stok musk habis. ada satu pun dah pakai semalam, menurut pakar tak leh pakai yang semalam. hish, dari tak bertopeng, biar je lah wat sementara waktu.

huh! wabak oh wabak kenapa lah menyerang sekarang?? jahat betul virus nih. satu opis kecoh, HR dah email setiap pekerja suruh waspada. dengar-dengar ada kursus yang dibatalkan. hari ni kalau ada checking, ok jugak. hish! risau weh!! sila perhatikan orang disekeliling anda, mana tahu ada. so, siap sedialah..!

Friday, August 7, 2009

delhi post : indian sweets


walking on my own at mundka, i smelled ghee and cheese, so tempting! so i desired to know what is it. fortunately, it was coming from a small kitchen of a tiny bakery shop. 1 old man was frying while his 3 fellows were making the doughs, before they soak them into malty sweet syrup. this is the indian traditional home made sweets, which are commonly seen it many stores, wrapped well as a gift for many occasions such as weddings, parties, relious perposes and so on. oh yesterday my boss in delhi messaged me saying that it was a public holiday there, the rakhi day. all brothers will garland thier sisters with a nice bracelets.

Thursday, August 6, 2009

back to the past

i can barely count how many times do i entered the library for a reason to use the internet service but for lending books it were only a few.

the faculty of civil engineering.

my wallpaper : johor bahru

the temenggung ibrahim building is now the head quarters of many state government offices.

view of JB downtown.

the state museum.

JB water front.

skyscrapers.

scenic view of romantic stulang laut.

old memory, the flat housing of bukit cagar were demolished for gerbang perdana project.

syakir izzat

this is syakir izzat, my youngest cousin at this moment, anak maksu kathy.

Wednesday, August 5, 2009

meluat



aku meluat nak ngadap benda-benda nih. tak paham lah! bagi mereka yang arif berbahasa peranchis especially teman-teman di seratas, boleh lah anda menunjukkan bakat membuat translasi buat saya ye.

not for sale




kain utk my mother n sisters...

Tuesday, August 4, 2009

another supernatural girl

yes she is. hehehe. pijie...tengok hasnor nih!

betis yang putih

Petang sabtu sungguh membosankan. Di bilik TV terdengar riuhan muzik hindustan mengusik kalbu setiap yang menontonnya. Alunan tiupan trompet dan viola yang digesek meniti plot drama yang penuh kesyahduan. Di bilik belajar, terdapat beberapa pelajar senior yang bakal menduduki SPM sedang khusyuk dan tawadhuk mentelaah mata pelajaran.

Ashabul Yamin dari awal pagi telah lesap. Lepas kelas "prep", terus memakai baju batik sekolah yang bewarna biru rona putih keluar berjalan kaki menuju ke pekan taiping. "Outing" adalah suatu aktiviti yang dilakukan tatkala di dalam poket seseorang pelajar itu dipenuhi sekurang-kurang RM20.

Aku baring di katil, melihat Faeiz Taib sedang mempraktis mengalun azan. Sesekali aku dikejutkan dengan suara tawa hilai Ridzuan Ismail yang sedang fokus membaca majalah Ujang bahagian Keluh Kesah Bersama Kak Esah dan Dukun Petai.

Seorang gadis cantik, berkebaya merah menyala. Menyusur langkah melalui laluan berturap, menampakkan sedikit kulit betis yang gebu dan putih. Beliau adalah guru subjek agama di kelas 1 Kejora. Lontaran vokal beliau cukup gemersik, justeru disalah gunakan oleh para pelajar.

"pi witttt!!!" kedengaran suara dari tingkat 2 blok A. Tentunya suara itu datang dari bilik A22 yang rata-rata dihuni oleh senior tingkatan 5 yang telah diketahui tahap kenakalannya.

"Mbohhh! putih betih dio eh. Mari la demo singgoh sini meta. Woooooooh!" kecoh kedengaran dari tingkat atas disambut tawa riang rakan-rakan.

Tercegar ustazah Masliza di situ, lantas beliau terus berpaling muka tepat ke atas. Beliau dengan tegas tetapi lembut membuat lontaran vokal dengan "peaching" yang tinggi, "Awak jangan nak mempermainkan saya! Saya naik ke atas nanti teruk kamu saya kerjakan!!"

Amaran itu langsung tidak diendahkan oleh para senior, "Molek benar doh! Mari la kalu berani. Abe dok paka seluar doh ni..!" Gamat suasana.

Secara tiba-tiba deruman enjin honda "cup" milik cikgu Sohor melalui lokasi tersebut. Serta merta hingar-bingar tadi bertukar sepi, sesepi tanah perkuburan.