Tuesday, June 30, 2009

blues


no caption.

Monday, June 29, 2009

13 ke 14 mek?

gaya seorang guru duduk kaki bersilang. haha..

laki bini ceria. rupanya suffian kenal dia ni dari UTM lagik. woo..pandai eh!

aku agak lupa sebab tak de sapa memperingatkan diriku yang kusut ini tentang tarikh majlis perkahwinan suffian. aku tanya mekrieda, 13 ke 14? mek kata 13....so aku dah terlepas. alamak sorry suffian aku rasa amat berdosa. so, aku ajak cikgu zaidi, malam tu pukul 9.30 malam kami pergi umah suffian untuk menunjuk muka yang bersalah ini. sorry qusairi lupa nak ajak kau sebab agak rush. haha...anyway, congrats! malam tu suffian dial number ashabul yamin dan aku berpeluang bermesra dengan yamin walaupun sekadar bercakap di alam maya. best lah kete persona cikgu zaidi, ada bau kereta pengangkut budak kelab pasukan drama lah. haha..gila ah ko guru pengawas! cayalah! wei suffian, tabik spring untuk ko!!

kusut


dalam keceriaan aku ke hulu ke hilir membawa senyuman gembira kepada warga pejabat, namun jauh di sudut kecil hatiku memandam rasa kecewa. aku mengalami masalah dalam hidup berkarier. mungkin saban hari dianggap aku gembira dengan apa yang ada, tapi tidak bagiku. aku berterima kasih atas nasibku yang masih punya punca rezeki. lumrah manusia, kita gembira dengan apa yang kita hajati, dengan usaha keringat walaupun hasilnya kecil tetap memuaskan.

masalah ini makin kusut, melilit kusut seperti segumpal rambut kering yang melekat berpintal terikat kuat pada getah ikat sayur warna kuning itu dibuat getah rambut, pada rambut yang mengalami masalah rambut gugur. meleraikan satu persatu adalah yang terbaik namun ia agak mustahil. diakui ia penyelesaian paling baik, namun tentu kita terfikir untuk memotong rambut itu dengan pisau belit, tanpa mencederakan getah yang berwarna kuning itu. mana rambut kusut itu amat penting bagi menjamin hidup mendatang, oleh itu perlu dileraikan satu persatu agar rambut kering itu tidak putus, apatah lagi jika getah kuning itu terputus, dunia diibaratkan musnah berkecai.

kekusutan ini tidak boleh diluahkan dengan kata yang terus menuju destinasi tanpa lapik alas. ia amat perlu beralas, kerana jika tidak beralas, getah yang terdedah akan kepanasan dan terus melekat di atas kabinet dapur dan terus melekat sehingga ianya ditarik lalu putus akibat reput. perlulah anda menatang ia bagai menatang minyak tanah yang tengik yang diisi penuh dalam besen yang ada rekah bocor. bertahan dan terus aku berfikir tanpa bahu untuk aku meyapu lendir hingus tatkala diserang resdung pada skala belacan tanjung dawai bakar.

Friday, June 26, 2009

sirih pulang ke gagang?

malam ni aku akan balik ke kampung!

Wednesday, June 24, 2009

proclamation

mari semua kita menggerodek, baca blog siti zalipah sempena beliau dah jadik puan muda. maksud aku status single dah lama bukan lagi milik beliau. so sir sila jeles kepada kami yang single yang masih bergaul secara sosial tak kira perbatasan hubungan. haha...jahatnya ayat, macam la aku ni suka berpeleseran dan bergaul bebas sangat. padahal aku baik jek.

sila lawati blog beliau..add je link nye.
----> siti zalipah's blog

warkah buat blogger

saje tak de mende, just nak nulis pesanan...

1. macrieda : sari tasha yang ko pilih tu macam mana tasha nak amek? ko buleh wat alas tv sementara tasha tak amik lagik. meriah tu lapik meja ada labuci.

2. senah : sila gunakan kemahiran bertutur anda yang bisa menggoda itu. ahaks!

3. kak wan : ko ni, hari-hari bosan. apo nak buek, nasib badan!.

4. tasha : demam ko ok dah ke? area umah ko ada tak sekolah kena tutup?

5. azri : ko duk belah mana? jom le melepak, tapi dengan syarat ko datang area aku. sebab aku ni beginner user.

6. anand : pesal ko ni message pun tak balas, blog tak bukak? ko pergi mana anand? moh le kita bercengkerama. asyik-asyik spend masa untuk abang misai! jeles tau.

7. mawardi : ko update blog citer pasal gangsterisme seratas tu seolah-olah ko hero. betul ke? tapi nasib baik ko tak layan emy secara gangsterisme jugak.

8. emy juliana : agak-agak berapa helai ko mahu?

9. azua : lama tak online? kursus ke?

10. yamin : amboi-amboi..lawa betul nombor henset ko. pakai line tuh! nanti aku SMS. haha..

11. suzana : dah jadi baju ke belum? memang cepat!

12. naim : bila nak singgah opisku?

13. ash : dah abis pantang belum? start keje bila?

14. fei fei : bila u mahu kahwin? haha...

15. narul : update le lagi!

16. said : aku nak search blog member aku, aku taip kat google "asza" tapi keluar blog ko. konpius terus. haha..

17. mastura : tu dia! mana entry baru cik sapura? moh le menulis, buleh teman baca. apa cer? anda di penang atau shah alam?

Tuesday, June 23, 2009

menunggu jumaat

aku menunggu dengan penuh sabar menanti hari jumaat, kerana aku bakal pulang ke kampung halaman. tiket telah dibeli semalam, rasanya tak sabar! oh, memang tidak ada kena mengena antara gembar di atas dengan moral yang hendak disampaikan. actually gambar itu dijumpai dalam pendrive lama saya yang bersaiz kecil, jangan menjerit tatkala anda mengetahui saiz pendrive antik saya iaitu 128mb. itu adalah pendrive pertama dalam sejarah hidup saya, haha...sungguh kuno. tapi saya bangga akan pendrive itu kerana ia telah berjasa, kerana saya menggunakannya sepanjang pengajian di JB. sebut pasal pendrive, aku teringat pelbagai kisah sedih dan suka mengenai pendrive. apakah kisah itu? kita bincangkan dilain hari ya...sekarang sudah 4.40pm so perlu berlakon busy walaupun kerja banyak tapi tetap malas nak mula buat. di mindaku hanya terbayang wafle garing A&W yang ditaruk ais krim vanila 2 scoops dan ditoppingkan dengan coklat. yummy! dilisesss!

gila

aku tak tahu kenapa, aku rasa diri ini bagai serba tak kena. aku mahukan sesuatu yang aku sendiri tak tau...apa ya??

Monday, June 22, 2009

flamming through a splendour



first of all, thanks to my 3 friends who were so lovely to, dressed well proper to attend our small gath, actually just to meet and have a threat. steamboat was a splendour moment spent, ideallized by macrieda, thanks mek!

senah, your looked gorgeous as macrieda did! chicky kak wan, thanks for coming eventhough you looked tired, messy with all around demands but at least you came by and bring cheers! i love to see macrieda's fabulous tudung ekin. haha..

makan... yes steambot flamming is a right chosen place. this cuisine offered us to eat as much as we were able to, greedily taking all kind of seafoods, desserts and then we realised to be so selfish as we didnt touch or having small appetite by looking at nasik goreng. poor dish! but yes we had our right to not waste our 2 hours moment. so we delicated on seafood!

then, we moved to starbucks for our next unofficial chattings! wah! continuous laugh and out lout! we did our gifts-exchange so memorable. almost to be the ex-dedication or the S.A game. haha...ok i reveal myself, i receive a very nice ever slim thunbdrive. i was so happy because at that moment i really need a thumbdrive, orang mengantuk disorongkan bantal. so nice!

ok, till we meet on next entry. have to move on works now...so busy! chow!

Thursday, June 18, 2009

melempias

aku baru je berkobar-kobar tadi, lepas je submit drawing ngan layout apa kejadahnye ntah kat boss aku, bajet free dah la. ingat nak update blog kisah2 suka lara dan duka duki ni. ada plak kerja lagi. kenapakah kerja hadir bersilih ganti? aku suka busy tapi tak suka plak last minute sebab aku nak balik awal, maklum la tak berkenderaan nak menuju LRT tu. suka-suka biar aku bayar teksi 8 ringgit. wah! bankrupt weh terpaksa aku kedekut.

sejuk dingin beku

malam tadi aku gagal menyiapkan assignment matiere angkara tertinggal pendrive di opis. gila meroyan aku. serba salah. tapi aku cuba stay up buat balik. slow-slow layan autocad. then aku realised tak leh siap, aku tido jam 3 pagi. dari atas katil. aku melihat keluar. aku gagal lelap. aku terpadang ke luar tingkap, mendengar deruman enjin kereta di jalanan. sayup hatiku. lantas aku pun capai mp3 player, layan lagu sedey, lagu yang aku tak berapa minat, tapi aku paksa diri donlot lagu industan sebab aku nak balik malaysia dulu. aku resah tak siap keje...lantas aku set jam awal. last but not least aku tertido jugak. tapi sedar-sedar, aku terjaga bangun lagi awal pada masa yang aku set. fuh gila! as been scheduled, aku terus mandi dan turun ke bawah apartment, dapat je cab terus tiba di opis. aku manusia terawal yang sampai opis tak tahu suis lampu di mana. sambung buat assignment tanpa pikir bekfes. standing ovasion! gila sampai opis 7 suku. awal kan, kalau tak kerna assignment, tak mau nye aku. so, tadi dah siap, print n submit. then aku merayau-rayau baca blog, gila dragging dari blog ke blog. layan emo. gagal dapat baca entry yang kelakar, so hatiku terus mandom tak ceria. nasib baik staff opis ni ceria, best pulak aku. aku lapaq exactly, tak sabar nak tunggu lagi sejam!

Tuesday, June 16, 2009

blog tanpa nafsu

weh aku bosan sangat. rasa macam aku di alam lain je, tapi jangan la korang letak aku di alam barzah plak. sampai hati. haha.. aku rasa malas nak menyesuaikan diri dengan perubahan sekarang. baru je kita dah comfortable dengan satu habitat, pastu terus tukar ke habitat baru so agak susah la kan. aku tak reti la terma-terma hidup di opis. aku rasa macam aku ni terlalu junior, bak kain putih. konon jek. tapi jangan sesekali korang imagine kain kapan plak. sungguh durjana. haha.. weh, petang ni lepas opis hour aku nak melilau ke klcc cari barang keperluan. sesapa nak ikut??

Wednesday, June 10, 2009

serabut isi perut

sekarang aku amat serabut. memikirkan apa aku nak buat di pejabat. agak kekok dibuatnya sebab akku sudah lama selesa di new delhi. ruang pejabat yang luas. namun sunyi sepi kerana dilihat kekurangan pekerja. ke mana mereka pergi? letak jawatan? ntah la. semenjak tiba di KLIA pagi sabtu, kepala otak aku runsing memikirkan lokasi penempatan aku untuk membolehkan aku hari-hari ke pejabat dengan selesa. batu caves sangat tidak strategik bagi aku yang tidak berkenderaan ni. aku cuma bayangkan aku berjalan kaki menuju ke pejabat. lunch di kedai, mungkin dinner pun di kedai. ishh..susah la tak de saudara mara yang rapat di kawasan sini. rasa diri ini terlalu junior tapi dah kena survive. aku nak contact kawan lama pun, aku tak tahu lokasi diorang. ish...semalam macrieda kata bukak website pick and post. website mende eh? jap lagi aku try.pagi tadi haniza call, tanya khabar tapi kesimpulannya aku rasa aku memerlukan pertolongan. ishh tak reti la nak hidup berdikari walaupun aku memang merasakan diri aku ok jek. haha... hoi annand! kau di wangsa maju? area tu dekat ke tak dengan area sini? aku tak reti, yang aku tahu cuma annand niketan.

aku terbayangkan beberapa ayat, cuma bayangan, tak real langsung.

1) berhenti kerja kerana lokasi pejabat yang sungguh aneh.
2) terbayang wajah sanak saudara yang tak pernah berhubung, sebenarnya tiada bayangan wajah kerana sememangnya tak kenal mereka. tapi tahu mereka ada di KL.
3) apa akan berlaku bulan depan? rumah sewa dipecah masuk oleh perompak? dihon kuat-kuat oleh lori pick up sebab aku melintas jalan lupa nak tengok kiri kanan? atau aku samak kaki sebab dilenyeh oleh anjing kurap?
4) kalau hari hujan, mesti basah lah aku. aku bayangkan aku sedang drive kereta yang dilengkapi smart tag. haha... pastu orang hon sebab aku tak pandai memandu berhemah.
5) blog aku tidak diupdate, atas alasan internet tidak lagi percuma. ish.. kedekut nye diri aku ni. annand ajar aku macam mana nak pakai beruk-band tu.

ok lah. aku cuma merepek. sekajap lagi mungkin aku delete entry yang tak bermaruah nih. ah, aku lapar sebab tadi sampai opis cukup-cukup 8.30am arrgghh lapar!

Friday, June 5, 2009

my heart is empty

no caption.

Thursday, June 4, 2009

here i come!

tahukah anda, india merupakan pengeluar utama produk kapas, atau kita akan terus imagine kain cotton. hari ini, sejenak tamat waktu pejabat, saya dan encik moneyman zulkifli telah bergegas ke bangunan canseri, pejabat pesuruhanjaya tinggi malaysia di satya marg, chanakya puri untuk bertemu cik ciha aslam baderi. kami berjanji untuk bersama-sama meredah lautan fabrik cotton, sebagai ole-ole kerana beliau juga bakal menamatkan tempoh bekerja di new delhi sebagai mewakili pihak miti. tahukah anda apa yang berlaku? mari kita ikuti perjalanan kami...


kronologi kain cotton:

wah! ambik je cik ciha, terus menuju shankar market. oh, kami tidak sesat! sungguh berbakat dalam menghafal lokasi dan selok belok sini. cik ciha dah call kedai supaya senang untuk menawar harga terendah.


kami dah tiba. yuk! mari ke kedai nombor 30, kerana kami sudah membuat panggilan dan ini merupakan kaedah membeli belah menerusi appoinment. haha...

penat memilih, sungguh letih tak terkata. mata saya sudah tak mampu lagi kerana sudah rambang. baring di atas kain-kain. tangan kiri saya menyentuh fabrik swiss cotton, cun tak? selepas penat memilih, kami di ajak oleh empunya kedai ke gudang beliau. lebih selesa, dengan minuman yang dihidangkan. total 2 botol coke ditenguk. ini memang taktik peniaga india. jangan terpedaya! ah di manakah gudang beliau? jom ke sana...

wah??? ini lah pintu utama gudang beliau. taukeh kedai tersebut memang seorang saudagar kaya. so, i imagine nak merampas jawatan yang beliau sandang. apakah i boleh jadi seorang saudagar? haha...nampak saja cantik luaran gudang ini seperti sebuah bangunan bekas koloni inggeris. mari ke dalam...

wah??? sekali lagi..wah??? jutaan kain bersepah-sepah! mataku terus melakukan aksi rambang.
wah?? kali ketiga! tolong sediakan cash anda!!

mengikuti presentation menerusi pembantu jualan yang cukup bijak menarik nafsu berahi terhadap kain cotton. dengan kain yang telah dipilih di kedai, kini jumlahnya ditambah. berapa? entahlah, masa ni hilang ingatan.

membeli di gudang cukup menceriakan, seceria wajah kami! haha...inilah yang dikatakan membeli kain harga gudang kerana kami bertindak terus ke gudang. jangan teraniya dengan status factory outlet shop yang kadang kala mengaburi mata anda.

meneruskan sesi mendengar presentation tapi posing amik gambar jap! haha...lensa bersedia? kesudahannya, apa yang saya telah beli? kami semua telah membeli berbungkus-bungkus kain berasaskan cotton. terima kasih cik ciha atas kesudian bersama kami. pasni kita dinner sama-sama okay..!

cotton lembut dengan corak bunga garisan, background pink.

lagi soft cotton dengan corak bungaan. bunga lambang kejayaan?

motif bunga unik, sesuai dijadikan blouse atau pakaian harian. tapi cotton ini mempunyai kelebihan kerana mempunyai "davi" yang bermakna, ada "dot-dot" bulu cotton kecil di permukaan kain tersebut. mungkin ia kurang jelas, tapi jika anda menyapu dengan tangan, akan jelas terasa.

ini pula corak lain, amat berkenan di hati saya.

ini pula kain cotton lembut dengan warna yang lebih menampilkan keyakinan. kain ini tetap lembut dan beralun jika ditiup bayu.

common lah cotton corak begini, apakah ia sesuai dijadikan baju untuk kanak-kanak berusia 8 tahun ke bawah?

saya telah membeli 5 helai kain lace untuk diri sendiri. mungkin bakal dijadikan baju melayu, seluar ala-ala brand british india atau mungkin bakal disimpan dalam kebuk wasap jika tiada idea menjadikannya pakaian?

semestinya kain sifon dengan sedikit garisan emas liplap-liplap. haha..


hah! ini pula kain viscous motif bunga bouquet. cukup ringan dan beralun ombak bila ditiup bayu.

kain viscous dengan motif merah jambu, memaparkan dedaunan cukup indah sebagai warna harmoni.

okay lah, sekarang sedang penat melipat kain. sungguh penat tapi inilah yang anda harus rasakan jika berkunjung ke negara unik seperti india. jangan lepaskan peluang membeli belah jika ke sini, juga boleh ajak saya kerana cukup sudi menemankan anda. tapi kain-kain ini bakal tiba di malaysia pada awal julai, jika anda mahukannya, sila lakukan "date" dengan saya. saudagar kain?? eleh, kalau u all pergi india, sure lagi hantu kemaruk lagi pada i!!! sediakan wang secukupnya. haha...beberapa helaian akan dibawa bersama untuk pulang lusa ini. okay, time kasih cik ciha dan encik zul. mungkinkah ini tour akhir saya sebelum pulang? oh kini i rindu cotton dan sari. syahdu...

tahniah buat puan asmah kerana telah dipilih "cross", maybe 4 julai. wah, embassy bakal sunyi. mesti best encik ramlan kerana dapat menjejak sarajevo yang dulunya terkenal di zaman era peperangan penghapusan etnik bosnia herzigovina. cik ciha kalau nak melawat sarajevo jangan lupa bagitahu saya!

Tuesday, June 2, 2009

cari lubang

kini aku mula meninjau pasaran.

goodbye sunder vihar



5th june ; leaving new delhi.