Tuesday, March 31, 2009

persiapan kenduri kendara (part 1)

aku rasa, orang kampung aku paling cerewet bab kenuri menikah. mula dari perancangan lagi dah ada mulut juih yang nak komen. seriyes. adat kenuri menikah mula dari sorg manusia yang tiba-tiba tubik crite nak ada boipren atau gepren. pastu start la bawak mulut. coh ceh coh ceh...katakan la dah merisik ke pastu bertunang. lepas je bertunang, soheh kaun mak hawa ni saja buat-buat konpius dok tanya haribulan.

selaku tuan rumah yang nak handle kenuri, paling selamat dia kata "tengok dulu katanya nak tunggu cuti skolah". tapi nak tak nak last-last kena decide gak bila. pastu tok ketua yang sedia kala ada gout tu tepaksa naik turun tangga gi tanya mulut ke mulut(bukan CPR). pastu dia listkan. wakil setiap umah yang nak kenuri kenara ni akan duduk semeja, bincang! takut berselisih tarikh. sat lagi 2 kenuri sama sehari, haru dibuatnya. mengikut adat, mesti nak wat cara rewang. tak mau katering-katering bufet-bufet(bupe) nih. katanya tak hormat tetamu. tetamu akan mari agak tengah hari dengan perut lapar tak berserak pagi, mari ke rumah lepas salam berkaut, terus nak letak punggung cetek(huruf e pertama ada tanda koma atas) di kenuri dan ada bentara hidang pakai dulang. wah! aku rasa sikit-sikit kehotelan. haha..proses memadah juga mesti disampai secara lisan, kad dianggap sekadar lambang budget kenduri, so buatlah kad cantik-cantik, berbau wangi dan sentiasa lebih advance dengan design yang latest.

so tak heran lah. agak lagi sebulan nak kenuri, tuan rumah kena buat meeting. aku ingat lagi, untuk kenuri paksu dan abang aku, aku siap kena buat poster, tampal di dinding dewan. aku tulis sume perkara yang penting atas poster tu termasuk perkara meeting(anak sapa nak menikah), tarikh meeting, venue, masa dan paling penting adalah makanan yang akan dihidangkan masa meeting. mak aku mula asal nak buat laksa, tapi rumah sebelum tu ada dah buat dah. sat gi kata tiru pulak. nak buat bubur kacang yang ekonomik, sat gi ramai tak mari sebab tak best. so buat bihun sup. meeting ni bertujuan nak ambik kehadiran dan menetapkan tugasan setiap rangka kerja termasuk ketua setiap kumpulan, hasilnya sebuah carta organisasi. sebenarnya diorang siap mengutarakan request bentara dan semua tukang basuh dan tukang segala tukang sekurang-kurangnya nak upah. biasa bagi kain tuala, ada yang kaya sikit bagi duit. mampos! ok, habis meeting.

kayu api jangan dilupa.

next, agak lagi 3 minggu, mula gi cari atau beli nyiur. aku ingat aku pergi ngan lori pick up gi amik nyiur hampir 100 bijik, pastu dalam masa 5 hari aku habiskan kupas kulit nyiur tu. seriyes ada kesan gelembung air kat jemari mungil aku ni (haha). tujuan nyiur ni nak buat kerisik. sebab gulai wajib dimasak dihari kawen tu adalah gulai daging masak hitam, memang special tak dapat kat tempat lain(tapi ada dah tempat lain tiru resipi). lagi seminggu lebih nak kenuri, ada suatu petang tu pompuan-pompuan datang ramai-ramai ke rumah untuk mengacau kerisik.orang lain sampai nak sumbat bahulu ke mulut pun tak jadi, gelak jadi tak bunyi tapi bahu henjut-henjut. aku ingat lagi aku jugak yang antara yang memarut nyiur tu(pakai mesin lah). so, tuan rumah memang wajib menyediakan makanan kepada peserta kerisik ni, sekurang-kurangnya kuih muih dan teh-o.

pastu lagi seminggu nak menikah, khemah pun mula dipasang. giliran lelaki gagah menunjuk bakat duduk saja, sebab yang betul-betul buat kerja berapa kerat je, muka yang sama gi mana-mana kenuri tu lah muka fevret yang betul-betul pasang khemah. yang lain tu cuma sekadar lap-lap peluh, display sarung parang di pinggang dan kain tuala good morning di leher. pas tu tunggu makanan disajikan. makan tak cukup? order lagi.

tangan dengan mulut sama naik, lebih cerita pada buat kerja. haha..tapi best! lupa penat kerana ketawa.

pasukan ini menyediakan makanan untuk doa selamat.

sehari sebelum kenuri, yes kena la sembelih lembu. nak meraikan mereka yang menyembelih ni memang tak sah tanpa makanan. sebelum dan selepas penyembelihan. siap sembelih, terus dipotong, dibasuh dan ready untuk dimasak malam nanti, gulai masak hitam dan bahagian tulang sedikit dibuat kari bersama batang pisang. petang yang sama, akan nampak di jalanan makcik-makcik berjalan macam itik, di tangan ada pisau yang berbalut kertas surat khabar. tujuannya nak ke bangsal untuk menghiris bawang dan sebagainya.

malam kenduri ingat rilex ke? oh tidak, umah aku buat doa selamat supaya majlis berjalan lancar. lancar je ke? kot la ada yang pengsan, hujan ke, ribut ke...haha tapi yang penting mintak dijauhkan je, janganlah sampai kurafat. (dengarnya seminggu sebelum kenduri orang dulu-dulu akan membuat satu tiang dan membalutnya dengan kain kecik kaler kuning lalu dipahatkan di bucu perabung rumah, konon nak jauhkan mala petaka pada hari keraian. ish syirik! haha...orang dulu-dulu tak de nak TV nak ramalan cuaca). makan nasik putih berlauk je la malam tu,dan sup tulang dari lembu yang disembelih juga disediakan. boleh hirup, boleh tapau.

kambing ini diberi nama dafi oleh sepupu saya bernama amira. ia disembelih sebagai aqiqah untuk anak paksu, syazanani dan majlisnya diadakan pada malam yang sama.

semasa kenduri paksu, malam itu diadakan majlis khatam dan marhaban.

lepas doa selamat (jeng3!), peserta yang pakar membuat acar sayur akan stand by. para lelaki akan menggoreng ayam sambil meratah(siap dapat rokok dunhill free lagi, yang underage pun terlibat, teh tarik lah...ada-ada je nak request). proses membuat acar sungguh rumit, menggunakan cuka. kuah nya dibuat dahulu dan sayur-sayurnya dicelur lebih kurang jam 3 pagi. namun kuah dan sayur akan dicampur dalam pukul 10 pagi esok. memang sepanjang malam ada yang berjaga, especially kawal ayam goreng tak habis dilahap budak-budak nakal. menurut petua, jikalau ingin tahu rasa kuah atau pes acar tersebut sedap, rasa kuah itu dan jika anda rasa nak terbatuk, maka sedap lah tu.

ini tempat bagi membasuh pinggan mangkuk milik surau kampung.

semasa kenduri kawen abang, lemang dibuat untuk hidangan pada petang sehari sebelum majlis kenduri.

paginya, proses gotong-royong membuat kerabu pucuk paku bersama taugeh, perut dan etc dimula seawal 8.00 pagi. sebagai tanda menghargai tenaga para veteran(diorang ni je yang reti tahap masin yang best), kena la masak untuk sarapan percuma. proses memasak gulai daging masak hitam pun masa ni sekadar diperangatkan kerana siap dimasak malam tadi. namun, kuah ayam masak merah dimasak seiring kerabu pucuk paku. dan tika itu jua, campuran acar sayur dibuat. sungguh kelam kelibut. wajib dipastikan semua masakan disiapkan sebelum tengah hari. siap, para hadirin sempat pulang ke rumah untuk mandi dan pakai lawa-lawa melaram sehabis glemer kerana tugas sekarang dipikul pihak bentara untuk rewang.

mari memasak bersama chef ismail, "wong lo ka! panas badan pun tiada"

makan tengah hari mula disaji jam 12 dan akan beransur tamat apabila pengantin tiba. pelbagai acara dibuat semasa tempoh bersantap seperti marhaban, kompang tika pengantin tiba, DJ memutarkan lagu (seriyes kerje dia merapu selama 3 jam), silat pulut meraikan pengantin bersantap, kareoke dan sebagainya mengikut kreativiti dan budget (rumah aku buat marhaban dan kompang je). fuh, belum cerita apa yang berlaku dalam rumah dengan hantaran, bunga telur, pelamin, bilik pengantin, masakan pengantin bergubahan(ada lauk extra nak bagi special kat pengantin), goodie bags, acara minum petang untuk keluarga pengantin dan sebagainya.

meja makan pengantin belum siap.

tamat kenduri menandakan beban untuk mengembalikan suasana kembali kepada asal, yes sila berkemas. memang penat! tapi itulah adat kampungku. haaa...ni baru part 1, next ada cerita lagi)

pantun 5 gadis blogger (part 2)

main futsal mahu menang,
kaki bengkak tangis merajuk,
naik berkurun kak wan bertunang,
rasa lapar briyani ijok.

hujung minggu di lubuk tupah,
airnya cetek mandi bersimbah,
cop skandal hobi zalipah,
gadis pida 6 romantis tak berubah.

bomoh indon bakar kemenyan,
meniup santau mengurat bohsia,
jiwang karat mastura layan,
penuh skandal tetap perahsia.

menunggu hari beranak sulung,
mengidam makan sayur kangkung,
perut buyung pipi kembung,
seri hasnor ibu mengandung.

mancung belatuk berahi tom yam,
parut ganas namun ceria,
membaca gosip dalam diam,
blog norihan tiada empunya.

Monday, March 30, 2009

family day at embassy

khemah bertemakan ala taman.

alasan ibu bapa untuk terus bergosip tanpa risau anak lapar.

jemputan memeriahkan hari keluarga bertempat di suruhanjaya tinggi malaysia new delhi kali ini sungguh bermakna. keluar dari rumah tamu sunder vihar kira-kira jam 10.30 pagi pada ahad 29/03/09 menuju ke satya marg, chanakya puri dan setibanya di sana para hadirin sedang rancak bersuka ria termasuk melakukan sukaneka. sungguh teruja melihat mereka namun pandanganku beralih kepada air batu campur. penuh makanan terhidang. tatkala para peserta kareoke sedang beradu suara, sempat pula membantu mereka yang membakar sate dan ayam percik. sebelum dihidangkan, sudah 7 cucuk saya jamah. ditepi itu juga terdapat beberapa perempuan membuat burger. pertandingan kareoke turut sertai oleh CEO mitco petronas dan bekas timbalan naib canselor UITM. tamat persembahan, makanan tengah hari dihidangkan. terlihat nasi himpit bersama kuah kacang menambah selera untuk terus makan. saya memang hadir untuk makan, kerana tiba lewat untuk menyertai aktiviti, yang sememangnya alasan. selepas penyampaian hadiah oleh dato tan, tibalah acara yang paling ditunggu-tunggu iaitu cabutan bertuah. saya bersama encik zul dan encik faiz hanya membeli 10 kupon. tahukah anda bahawa tuah kami nampak jelas di kupon, tak seperti ayam yang perlu memahat taji di kaki. 10 kupon tersebut telah mewakilkan kami untuk memenangi 5 hadiah termasuk hadiah yang paling digemari ramai. berikut adalah senarai hadiah yang digondol justeru menggamit rasa cemburu peserta lain:

1. dua biji kek yang ditempah khas masing-masing dari taj hotel dan le'meridien.
2. sebuah alat kelui berjenama nokia. (bagaimana kita akan mengagihkan hadiah ini?)
3. dua hadiah yang tak perlu dihuraikan berikutan ia sekadar barangan gunaan harian.

kak ciha dan en.mustafa beradu suara namun masalah teknikal menyebabkan markah tak keluar.

wah, inilah dia bekas timbalan naib canselor UITM, ada sesiapa bekas pelajar UITM yg mengenali beliau? eh nampak datin julia pakai seluar pink.

en.azahar mengipas sate. dialah regional manager of south asia Malaysian Airlines.

penuh penghargaan kepada mereka yang menjayakan hari keluarga ini, terutama kepada dato tan, mama norlin dan lain-lain. setelah bersurai, saya ke sarojini nagar untuk mengambil set tempahan blazer (siap bersama vest dan seluar) yang pada awalnya berasa kaget memilih warna kelabu cerah. namun hasilnya sungguh berbaloi, kerana jumlah keseluruhannya hanya 2200 rupees. sila bahagikan digit tersebut dengan angka 14 bagi mengetahui kesetaraannya terhadap ringgit malaysia. sempat melihat beberapa helai baju perempuan punjabi yang terpampang menarik minat. kelibat encik faiz membeli-belah sukar dikesan, hanya menampakkan beberapa kotak pakaian lelaki kurta, gelang perhiasan wanita dan beberapa lagi sukar dijelaskan. maklumlah, pada 2 april encik faiz akan berangkat ke tanah air bagi meneruskan kerjanya yang dijangka akan bertugas di terengganu. kemudian pulang ke rumah tamu di sunder vihar, tiba jam 5.00 petang. walau penat tetapi berbaloi. sekian.

seriyes aku kenyang.

makan tanpa tomakninah.

my wallpaper : taj mahal part 1


delhi post : poor little girl

she walks..

she hopes..

she lives..

im not a racist, even prejudice. i am so tiny and deep in my heart i persuade myself to say a little prayer for this little poor girl. wonder how hard is she trying to feed herself together with the innocent baby in her arm. she suppose to get school like any other children bacause i know she is young,not yet a women. trowing out the negatives, all i wanted to say is to be such grateful of what we have. there is a roof to hide underneath, food to feed and family to care about which may others didnt get this chance. may god bless you.

Friday, March 27, 2009

jodoh mat tajilah

perselisihan faham antara suami isteri adalah suatu perkara berbangkit yang harus dielakkan. namun, tidak dapat dinafikan ia tetap berlaku. perkelahian ini kadang kala tidak dapat ditangkis. punca utama kes ini berlaku adalah sifar egois dan tiada persefahaman. tapi benar, meskipun perit melalui duka tertegang urat namun ia secara tidak langsung melatih kesabaran dan muhasabah diri.

penduduk darat kampung padang sering memperkatakan kisah pasangan mat tajilah dan isterinya yang berasal dari banjarmasin. mereka sering bertelagah dan menggemparkan penduduk kampung sehinggakan anak mereka, noriah dan adik mek dikatakan mencari kedamaian di luar, iaitu mencari kasih cinta bersama abang-abang askar di kem batalion 304 di kampung air suda.

setiap kali menjelang senja, suara pikuk anak-anak kian ditelan desiran sayap pungguk yang terbang ke sarang. sunyi dan sepi. dua tiga kanak-kanak dilihat beriring sejalan menuju ke rumah mak teh sakpah untuk mengaji muqaddam. namun, lorong mat taib hanya sepi seketika. tatkala masuk waktu, maka berlaunglah suara mat zain, "radio 3 ipoh start dahhh!!!". ini menandakan mat tajilah dan isterinya mula bertekak.

suara mereka bertelagah memang jelas didengar. mana tidak diiyakan, pintu rumah kecil sumbangan PPRT itu terbuka luas, hanya akan ditutup tika mat tajilah berasa mengantuk mahu beradu. cahaya pelita minyak tanah menerangi sudut tengah rumah itu, percikan cahaya keluar menerusi bukaan pintu, menampakkan dua insan yang saling bercekak pinggang, kadang kala bersila persis bersantap malam.

selapas penat beradu suara menegakkan terminologi diri terhadap isu yang dibangkitkan, masing-masing kekal memendam baran di dada. acuh tak acuh, senario ini tidak hanya diikuti mereka berdua namun jiran tetangga sudi memasang telinga sebagai wacana diskusi harian di pagi esok.

sikap kurang cerdik mat tajilah sering menjadi tohmahan masyarakat. memang benar dia tidak pernah ke sekolah, namun sifat suka mencuri beliau tidak dapat disangkal lagi setelah dilihat mencuri dua tandan pisang awak di kebun jirannya sendiri untuk dijual di pekan hari. walaupun ditegur, alasan yang kurang waras sering diberikan. contohnya, "aku bukan nak mencuri, tapi mana aku tahu itu pisang mu!". memang menjemput diri makan penampar.

jangan sangka ia terhenti di situ. selepas seketika, terdengar suara mat tajilah memekik kuat, bermakna tempoh persendaan mereka belum ada penghujungnya. kisah pertelagahan mereka pasangan laki bini bukan berlangsung sekali satu malam. malah, setelah kurang 30 minit diam tanpa suara, para jiran menyangka mereka sudah berhenti dan berkemungkinan sudah lena dibuat mimpi asmara. namun sangkaan ini meleset. pekikan suara kembali berkumandang. sekali lagi mat zain mengumumkan, "radio 3 ipoh mula pulakkk!" beginilah saban hari.

embun pagi membasahi rumput hijau. ayam berkokok disahut kuapan lembu. sebaik jendela kayu puan sata dibuka, daun pintu rumah mek chu sediakala ternganga luas. lantas para suri rumah terus membuat liputan kurang rasmi sesama mereka merujuk kejadian semalam. ada di antara mereka yang sekadar mendengar, ada yang menokok tambah dan ada pula yang sakan membuat ulang tayang seperti apa yang dikendap. itulah gosip, sebuah permainan harian yang makin dilayan, makin ditagih.

berikut adalah komen-komen mereka yang pernah dirakam sekitar darat iaitu jiran tetangga mat tajilah, terserah kepada anda menilainya:

mek chu :
"masa kelahi nampak macam nak angkat penumbuk, lepas kelahi boleh tidur berdua".

puan sata (isteri mat zin):
"dalam duk kelahi tu, berenti sat. duk tak lama sambung semula. duk tak sat aku dengar mat tajilah suruh bini dia cucuh api rokok. lepas tu sambung lagi".

mat zain :
"dua-dua tak berapa cerdik".

melah :
"jenuh la kalau kelahi kopi duk di tengah. agak dahaga, tuang secawan. sambung kelahi. lepas tu tuang lagi secawan. bangun pagi esok, kencing tubik secupak".


sekian.

sonata delhi

begini keadaannya di hujung-hujung musim bunga, panas terik tempias gurun thar menyebabkan kulitku semakin garing dan bakal hangit di musim panas ini. aku terbayangkan ABC serta cendol di stesen bas taiping yang sungguh enak. angin lalu, bawa daku ke sana...

Thursday, March 26, 2009

pantun 5 gadis blogger (part 1)

indah bulan mentari terbenam,
indah mimpi mata terpejam,
nora azua suka bersenam,
cikgu fizik berdagu tajam.

terlajak urut urat sengal,
terlajak mudik dilanda badai,
sang penyu maskot terkenal,
ilham achik si cerdik pandai.

pagi petang bermain mahjong,
tidur malam peluk kera,
kening panjang kaki lonjong,
namun manja oh senah menara.

rempuh tiang sejarah si buta,
menjeling gadis jalan mendada,
gaya melaram berkaca mata,
persis datin imej macrieda.

petua jelita si aishwarya rai,
hirup kari tanpa santan,
pipi labu mayang mengurai,
aset samsinar menjejak jantan.

night shift

this hotel consists 2 wings, NR wing and NW. NR is where all the decoration is based on revolution era in europe meanwhile NR is uniquely asian theme.


menurut jadual, aku perlu menaiki lif ke aras 3 bagi mengambil stok susu untuk persiapan bufet sarapan. sebelum itu kapten suzi menyuruh aku membantu kak lina menghantar pesanan makanan di tingkat 7. bekerja di hotel memaksa aku bertindak pantas, tak kira masa terutama pada sesi malam. hanya 3 staf dan seorang kapten bertugas di kafe temps, aras GF, hotel R. namun aku melalui hari pertama bagi sesi malam ini tanpa kehadiran hafis yang cuti kerana tidak sihat.

aku mengambil makanan dari dapur, menyusur keluar bersama sebuah troli kecil. aku bertuah kerana kehadiran aku di lif bomba amat dialu-alukan kerana sebaik sahaja aku tiba, pintu lif sedia terbuka. aku memicit punat penanda aras ke tingkat 7, lantas pintu ditutup dan segera lif membawa aku. hanya satu lif diperuntukkan untuk para pekerja, ditegah sama sekali menggunakan lif pelanggan yang serba indah dilengkapi kamera. tiba di tingkat 7, aku memintas terus ke arah kiri ke NW wing. dengan penuh kesopanan aku menghidangkan sup sayur bersama roti dan cafe latte kepada pelangganku yang dilihat hanya bersendirian menonton perlawanan golf di kaca tv. siap dan aku berlalu pergi tanpa mendapat tip.

troli yang sama diheret ke pintu lif, sekali lagi aku bertuah kerana tidak perlu menunggu lama. aku masuk, segera menekan punat 3. kepala aku sedikit pusing tatkala lif bergerak melawan graviti. namun perjalanan aku terhenti. "ting...!" pintu terbuka.

selama lebih 7 saat menunggu, tiada sesiapa yang hadir masuk. aku meletakkan troli di tengah pintu lif dan aku berjalan keluar. "ada siapa nak turun?" aku memanggil. aku menoleh ke kiri dan terus memaling ke kanan arah renaissance wing. tiada siapa menyahut panggilanku lantas aku berfikir untuk kembali ke lif. tiba di lif, aku menekan penanda aras 3.

ketika pintu lif hampir separuh ditutup, aku disapa. "dik tunggu akak dik.." aku sepantas kilat menolak troli ke tengah pintu. aku bersandar di dinding sambil menunggu. jari telunjukku menekan punat "buka" selang beberapa saat bagi mengelak pintu lif ditutup. "dik tunggu akak dik.." sekali lagi suara itu kedengaran, namun kian perlahan. aku khuatir kapten suzi akan memarahi kelewatanku. lantas aku bersuara,"cepat akak, saya nak ke stor. dah pukul 4 pagi, bufet temps belum siap lagi."

hampir 2 minit aku menunggu, hatiku resah. sifat tidak sabar memaksa aku keluar sekali lagi, menuju ke arah suara yang kudengar tadi, dari arah NR wing. sambil berjalan, hanya kedengaran tapak kakiku. kulihat di dinding terlukis anak panah menuju ke restoran dinasty. restoran ini menyediakan makanan tidak halal seperti daging babi. oleh itu aku berhenti di situ. 7 langkah di depanku adalah pintu masuk ke dapur restoran dinasty. sungguh gelap. tiada cahaya dari bawah pintu tersebut. "tetttt...!" pager yang diselit di pinggangku berbunyi. aku dapat menyangka kapten suzi pasti bising bertanyakan keberadaan aku. tanpa membaca pesanan aku berlalu pergi.

aku kembali ke lif dengan pantas. langkah terakhir aku masuk ke dalam lif, aku mendengar sekali lagi suara dari arah pintu restoran dinasty, "dik tunggu akak dik.." seraya aku menoleh dan yang pasti hanya cahaya samar lampu kecemasan yang menerangi lorong itu. aku kesal atas perbuatanku yang terpaksa meninggalkan lokasi itu. tiba di tingkat 3, aku berlari-lari anak menyusur bersama troli. setelah pintu stor dibuka, aku mengambil sejumlah kotak susu skim dan susu rendah remak lalu disusun di atas troli. siap dan aku terus berlalu tanpa lupa mengunci kembali stor berudara dingin itu.

setibanya di kafe temps, aku membuka kotak-kotak susu lalu memenuhkan simpanan mesin campuran kopi, tong susu sarapan dan selebihnya dibiarkan di atas troli. aku mengambil sudu dan garfu yang tersedia digilap untuk diletakkan di meja bufet. tika aku leka menyusun sudu garfu itu, kapten suzi datang mencelah di tepi. "nahar, mana engkau pergi? jangan nak lama-lama buat hal dengan customer". bagi memperolehi kepercayaannya, aku menjelaskan perkara sebenar. cerita aku membuatkan suzi bertanya dua kali, "betul apa engkau cakap ni nahar? engkau jangan main-main. dynasti cuma buka siang. buka pukul 11 tutup pukul 6 petang. mana ada orang waktu malam kat situ!".

aku tidak tahan akan egois kapten suzi. aku tetap dengan pendirian aku, "betul kapten, lif stop, pintu bukak, pastu ada orang suruh tunggu". kapten suzi menjegil tepat ke mataku lantas menyambung bicara, "engkau tahu tak itu level 4? engkau perasan tak kenapa lif taruk 3A? engkau tahu tak kenapa dinasty tak buka malam? lepas ni jangan pergi ke situ lagi. tempat tu keras!".

aku tersentak, meremang. rupa-rupanya kapten suzi memang baik, dia bermaksud bagi menjaga keselamatan orang bawahannya. selepas misteri itu berlalu, mindaku mula teringatkan kisah "dentaman bola ke lantai" di tingkat 14 bangunan menara telekom. pada 2006 pula UTM dikejutkan dengan kisah pelajar perempuan yang dijumpai menggantungkan diri dalam almari di bilik asrama tingkat 2 di blok S13 kolej tuanku canselor.

Wednesday, March 25, 2009

sexy munirah : pacat


sila tekan button play, then pause it while the video tends to buffer. finish it and press play to enjoy!

lyric: pacat (diterjemahkan daripada bahasa kelantan, selamat menyanyi)

petang-petang, hujan turun lebat,
nak pergi padang, tengok dikir barat,
rumput panjang, tanah lembap,
beringat kat awak, takut ada pacat,
dalam seluar dalam, baju dalam pun dia hinggap,
dara bujang, bini orang pun pacat kerabat.

kot kata pacat dia nak serupa dengan lintah,
kaki tangan melakat serupa orang jemur getah,
diketik pacat yang tak biasa rasa nak muntah,
kebanyakan dia ketik kat celah-celah,
petang-petang hujan turun lebat...


pacat lintah apa orang panggil kata makhluk,
pelik bidaah, lapar galak, kenyang menunduk,
dia isap darah, dia tak makan nasi pulut,
dia tak telinga, tiada mata, tapi ada mulut,
petang-petang hujan turun lebat...

pacat bukit orang panggil kata pacat mawa,
ketik sakit, parut dia bekas lama,
beringatlah adik takut pacat pergi ketik demo,
diketik adik...ah ah tidak puas nyawa,
petang-petang hujan turun lebat...

pacat mawa dia tak serupa dengan pacat kampung,
ketik orang betina, dia cari yang golek punggung,
diketik dia selagi tak kenyang dia tak turun,
ketik lama-lama yang perut kempis itu nak jadi kembung,
petang-petang hujan turun lebat...

nafsu belacan di new delhi : laksa

sayur mayur dan laksa.

kuah yg baru dipanaskan.

hasilnya.

Monday, March 23, 2009

kisah air pili kiah pak leman

bau ikan pekasam mek yg digoreng manjalar ke seluruh dapur, dikhuatiri menyelinap tingkap rumah jiran. agaknya rongga nasal hidungku ni dah tak tahan menanggung keaktifan sel resdung berbahagi secara belahan dedua secara mitosis, lantas aku menekan suis kipas penyedut, lega sikit. kalau tak, sia-sia aku makan kapsul qurro'ataini. ibuku khusyuk menghiris bawang dan cili untuk kemudiannya digoreng sebagai bahan tabur. aku boleh dengar mak aku cover-cover bersin, sememangnya virus resdung tu datang dari dia.

"nah...oooh nah!" secara drastik kiah pak leman masuk ke dapur. "masuk ler," ujar ibuku. "masuk dah pun, baju pahang aku siap dak lagi?" senyum je kiah ni. aku dapat lihat ibuku menarik nafas dalam, terpaku dengan terjahan soalan kiah pak leman. sel-sel saraf minda ibuku bekerja mencongak dan membuat penyata kira-kira akaun kiah yg mungkin masih belum membayar upah jahit baju kurung pesak gantungnya yg dulu. "aku ambik dulu, esok-esok aku bayar lah. nak pakai duit, anak masuk asrama," ditambah kiah tanpa rasa bersalah. "petang ni lah aku hantar, tangan baju tak kelim lagi," balas ibuku selamba.

kiah pak leman terus menuju ke mesin jahit ibuku. dibelek-belek baju tempahan pelanggan lain bagi melihat baju siapa yg paling advance. biasanya, baju midah missy rumah sakit yg paling up-to-date, kerana kerap mengunjungi nagoya textile. tapi kali ini hanya beberapa helai jubah kak teh zaharah yg tergantung, jubah yg sekadar dihantar untuk dipotong, labuh sangat kot. "eh ni jubah sapa ni? lawa, tapi warna gelap sangat,"kiah bertanya. "kak teh beli di mekah tahun lepas," jawab ibuku.

"eh nah, duit pencen laki mika masuk dah? ingat nak pinjam seratus dua. nak bayar duit sewa rumah. dua kali dah jubir mari mintak. aku kata laki aku tak dak, padahal malik berenti kerja,"sayup suara kiah merayu . "kami pun esok baru gi bank,"ibu memberitahu sambil memandang luar tingkap. bawang dan cili siap dihiris. pedih pemeluapan ion-ion zat bawang membuatkan mata ibu sedikit pedih tapi cover pro. ibu memang suka cover, sebab tu tak de sape tahu nenek baring berselimut litup tapi sekadar hanya pakai pampers di dalamnya. nenek selalu mengadu panas walau kipas dipasangkan mengadap sudut tepat terhadap tangen lubang hidungnya dengan kelajuan putaran rotor persaat pada skala 5. tapi sekarang nenek tidur nyenyak, mimpi apa entah lah, berkerah dia berdengkur!

ibuku senyum melihat kiah. kiah nampak tidak sabar lagi mengenakan baju kurung pahangnya yg baru ini walau baru kelmarin dihantar. "dan dok siap malam ni? aku nak pakai baju ni gi kenuri menikah menyambut anak sahak,"kiah menyampuk lagi. ibuku ketawa kecil. diambil bilah pisau tadi, dibasuh. "wiiii..seronok la mika. air pili lajunyee....!!!" kiah berkata. lantas ibuku menzahirkan kehairanan,"wok po?" kiah pak leman terus tidak puas hati. berjalan kakinya menghampiri sinki dapur, dipulas kunci air sehingga paras maksimum. merecik-recik air ke mukanya. kiah kembali menutup kunci air, seraya terus merapik, "mika tahu dok? jubir tu kedukut tahik idung masin".

"haaaa?" spontan ibuku terpaku. "air pili rumah aku tu kongsi dengan rumah sebelah. satu pili tu, dia pecah dua, buat meter asing. tu pasal air pili aku kadang slow, nak masuh pinggan pun lambat." ibuku cuba menambah dengan pertanyaan,"slow macam mana?" dengan penuh keazaman kiah pak leman memberi keterangan,"eleh, air pili mengalir lek lek lek lek...!!!serupa jarum. aku cerita lama dah ke jubir, suh repair. ni dia langsung tak moh berkira. naik benci aku tengok air pili aku tu mengalir serupa air kencing bini dia!" selama 2 minit setengah dapur rumahku riuh dengan tawa suka. gamat suasana sedia ada jika kiah pak leman bertandang. begitulah kehidupan seharian para surirumah tangga saban hari. penat memasak biasanya dirawat dengan cerita pergolakan isu semasa.

dapur rumahku di kampung.

keadaan dapur yg berselerak sewaktu kenduri kawen abang, turut kelihatan mak teh zan dan keyrol.

delhi post : cappucino

this pic i got from yahoo group of seratas.

just now i went to rajouri garden with mr.faiz, not mentioned to shop but yes i cant predict. main intuition to only view shower gel, at last bought cocoa butter with vanilla shower gel from mark & spencers at west gate mall. then, proceed to the next mall, city square to dine at the only halal approved flesh KFC. he took zing kong set meal but i ordered for ala carte with cappucino. i love coffee and big die hard fan of chocolate, i wont missed both so i chose to quench cappucino. so that article above doesnt means we cant take that drink but just a knowledge. on the way home, stop at primus factory outlet. mr.faiz once again the person to be responsible possessing me to shop 2 levis pants and 1 dockers. yes they are so cheap, extra discount, so i thank him to stop by there. haha..the moral here is dont blame anybody for what have we done.

Sunday, March 22, 2009

dialog pagi : larangan ke thailand

surat ini aku copy then paste: aku tak kenal who is the sender.

Dear friends,

Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan.

I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..

After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb.

Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok . Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok .

Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing....... .. dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.

Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun......... .....). Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok . My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.

Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok ) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia , tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia ............ .... (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)

Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita........ .... tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.

Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah.. ... memang ini kisah benar.

Please be careful, ok?

steak and the berry berry at vasant continental

taking a chance to taste the steak n fries together splashing my thirst with berry berry juice. i noticed berry berry is a mix of stawberry and blueberry but why do kiwi slice made as garnishing? this lunch taken at eggspectation the continental cafe of vasant continental-jaypee hotels, in vasant kunj. next to this hotel is basant lok, oh i can banish every memory that PVR basant lok is my first cinema took place in new delhi, we watched an english movie starred by jackie chan. does it make sense? last but not least, the meals ordered i paid INR3249 rupees, even i didnt finish all my steak, then plus a slice of black forrest and swiss choc mousse for dessert another INR200 extra. expensive? only 5 stars cafe serves halal flash. entering the lobby, everything is scanned by a big machine normally found at airport, such a high security alert. no wonder, india fashion week is there for weeks.

Saturday, March 21, 2009

tangkap basah

dalam pukul 3 petang...

mak teh timah : baru kelik ka?
mak long judah : ho lah.
mak teh timah : kami tak kena. demo tak madah ke kami.
mak long judah : aku kalu tak kena madah aku mujur. malas main kenuri kot belah tu.
mak teh timah : nak wat geno.
mak long judah : heh, tak padan ngan menikah pree. pelamin 3 tikat.
mak teh timah : ya ka? nye ada duit di mana?
mak long judah : kot berry beri gak sikit mana nak tahu.
mak teh timah : hahahaha...
mak long judah : nak suka dik! hahahaha..kami pun pakat gelak belaka.

mak long judah menyandarkan basikalnya di batang pohon nangka, seraya menuju ke rumah jirannya si janda makteh timah. saluran astro ria sedang mempertontonkan siri ulangan raja lawak musim ke-2. mak teh timah memicit butang "off" pada alat kawalan jauh bagi memberi laluan kepada mak long judah untuk berbual sesama mereka.

mak teh timah : malu la wei, kalu aku kan lari duk jauh. orang la ni duk tak habih cerita pasal ni la. sian la ke bini berry tu. tahu ke dak dia?
mak long judah : eh, bini dia tu tak molek lagi. duk di wad rumah sakit ipoh.
mak teh timah : ya ke? aku dengar kata jatuh?
mak long judah : tak tahu aku. demo kot belah darat tu tahu la. kita tak tahu cerita.

"yuhuuu!" perbualan dua janda ini dicelah oleh surah halus mek jebuh, halus suara itu kedengaran bunyi datangnya dari dapur.

mak teh timah : yuhuu!! di sini!! mari mana weh?
mak long judah : sapa?

mak long judah menjengah kepalanya ke dapur.

mak teh timah : tahu ka. bunyi serupa suara jebuh.
mak long judah : dia la kot. mari kot belakang.
mek jebuh : ooo..! demo masak gulai labu. amik labu mana weh?
mak teh timah : wooo...jebuh! geno masuk kot belakang. mari la duk sini. lapar ke? amik la nasik duk ada belana lagi dalam periuk letrik aku tu.
mek jebuh : tak moh eh. kami nak hantar baju esah. baju anak dia hat kejo di putrajaya tuh. baju angkasawan meghelik-meghelik. pesyen lama, tak padan kejo besar. aku tak berahi bunga halus. nak besar sikit baru nampak.

mek jebuh terpesona dengan warna kuning gulai lemak labu di bawah tudung saji. lantas di kuis-kuis isi labu untuk diratah.

mak long judah : woh! dok kira baju dia. banyak ke mu dok buleh la ni?
mek jebuh : boleh la stakat nak beli gelang buah-buah serupa hat mika tu. hahaha...
mak long judah : hahaha...woooo! hat aku ni murah je.

mak long judah segera pura-pura menjatuhkan lengan baju yang disinsingnya ke bawah. senyum lebar tanda malu kerana ada insan yang perasan akan kewujudan gelang barunya itu.

mak teh timah : mu beli mana?
mak long judah : kedai cina wang chung. beli bayar koyak kertas. aku tak berahi berhutang. kedai dia tepi sikit balik sini kedai wak jawa hat menikah janda pak mat.

tangan mak long judah memberikan "body language" tentang posisi kedai yang dimaksudkan. apabila menyebut nama janda pak mat, secara serentak kedua-dua janda ini menjebik bibir tanda menyangkal perkahwinan janda pak mat itu.

mak teh timah : menikah dah janda pak mat tu?
mak long judah : wohhh!!! tak menikah wat pa dok usung merata.

skali lagi mereka menjebik bibir juih.

mak teh timah : mari sini jebuh wei.
mek jebuh : sat...sat...nak meratah gulai demo. sedap weii...bubuh aji banyak mana? hahaha...

sambil menuju ke anjung, mek jebuh masih mengunyah makanan yang diseluk dari dalam tudung saji mak teh timah. tersenyum sinis tanda ingin menyampaikan sesuatu. bungkusan plastik berisi baju kurung terkepit erat di celah ketiaknya.

mek jebuh : labu amik mana? tua molek, sedap mika buat gulai. manis!!
mak teh timah : demo ni beri.
mak long judah : chah mari minggu sudah. beri ke aku labu. aku kata nak makan sorang tak abih, aku beri timah sebelah.
mak teh timah : aku pun makan tak abih. kelmarin dulu buat gulai dah, lempar ke tanah. basi. anak kami tak berahi gulai lemak. payah main yuk budak. berahi makan merapu KFC la pizza la. kita orang tua selera lain.
mak long judah : aku tak berahi ayam KFC. muak!!

kali ini hanya mak long judah seorang yang menjebik.

mek jebuh : budak la ni. macam-macam. kita dulu, kecik-kecik lagi dah polek tempoyak.
mak long judah : hahaha...!!! heh aku tak dak tempoyak tak lajak nasik.
mek jebuh : saja pun. kadang tu, tempoyak rumah dia abih mari mintak ke aku. hahaha!!
mak teh timah : hahaha!!! ado banyak ke mika buleh tempoyak? dusun kami tak jadi tahun ni.
mak long judah : eh, aku ni tak zohor lagi. kelik sat.
mak teh timah : sat gi mari pulak naaa...

dengan kadar segera mak long judah bangkit, menuruni anak tangga dan terus menyarung selipar dan kembali ke rumahnya yang hanya sejauh 7 langkah.

mek jebuh : aku kesian kat judah ni. duk sorang dalam rumah. beras beli banyak mana? kita skali goreng ikan temenung sekilo setengah. dia....goreng sekor kot.
mak teh timah : lama sangat dah laki dia mati. dekat 20 tahun dah. jenis malas dah nak main laki. tua dah. tak serupa janda pak mat.
mek jebuh : tu laa..menikah muda sangat janda pak mat dulu. padan la bercerai. risau budak la ni pun menikah muda. hat jantan tu muka budak tak abih lagi. menikah geno. reti ka.
mak teh timah : betina pun sama. nye pandai ke main masak kot-kot dapur.
mek jebuh : serupa anak berry tu la. jantan tu umur 18. hat betina baru abih SPM. nak tahan lama mana. masa seronok tu, seronok la. bila dah beranak baru tahu.
mak teh timah : eh? anak berry apa cerita?

semangat inkuiri mak teh timah mengorek cerita sensasi terus membuak. air wajah beliau menzahirkan betapa dia tidak tahu langsung akan cerita sensasi itu. "pap!!" ditampar peha mek jebuh tanda memujuk manja.

mek jebuh : woooo...tak tahu ke???? geno mika buleh hidup tak tahu cerita. kalu aku tak tahu cerita aku tak senang duduk.
mak teh timah : wooo...nak tahu geno. aku tak dan. ralat duk keja rumah. geno buleh kena tangkap basah tu sapa cerita?

mek jebuh menarik nafas dalam.

mek jebuh : aku ni...bukan la nak jahat mulut ke apa ke. nak mengata mengumpat pun bukan. tapi kita ni teringin la nak bermulut. benda betul, cerita pun tak pa lah. rumah berry ngan rumah aku tu dekat benar, dia picit suis lampu pun aku buleh dengar.
mak teh timah : hooooo...

mak teh timah meraba-raba bungkusan plastik yang kini dikepit di bawah peha mek jebuh.

mek jebuh : hari bila tu, bini berry katanya jatuh masa keja di pekan nuh. hantar gi rumah sakit. retak teruk gamaknya di kepala ni, kena hantar ke rumah sakit ipoh. si berry gi duk sana la nak jaga bini dia kena tahan di wad. teruk kot bini dia tu. jatuh ke, ada penyakit aku pun tak tahu. bini berry tu kecing manis pun ada, darah tinggi pun dia jugak. dia pun tak besa cerita.
mak teh timah : teruk benar tu barang kali.
mek jebuh : bila si bapak ngan si mak tak dak di rumah, anak si berry ni duk buat jahat. duk bawak masuk budak betina ke rumah.

bibir tebal mek jebuh menjuih menambah panas cerita yang direncanakan.

mak teh timah : sungguh ke? mu nampak?
mek jebuh : woooooo!!!! hari-hari basuh cadar!!!
mak teh timah : ya ke????
mek jebuh : tak tahu wat pa rumah kami dekat. malam demo kena tangkap tu pun, aku ada tengok. bawak gi pejabat agama dah la lepas tu. teriak sana la jawabnya. pegawai pejabat tok kadi tanya pasal apa duk tidur berdua. anak berry jawab malam-malam takut tidur sorang. takut hantu apa besar panjang bulu atas bawah.
mak teh timah : budak betina tu pun galok nya. tak malu tengah-tengah malam gi rumah jantan.
mek jebuh : budak la ni. tak dengar ajar. payah bela anak betina ni. tak serupa kita dulu tertib lendik. petang dah eh. aku ni nak ke rumah esah.

mek jebuh bingkas bangun dari situ. dilibas ke belakang kain tuala biru yang menutupi rambutnya sebagai pengganti selendang. kain batik berkedut, jelas kelihatan kain batik itu tersedut ke celah punggung.

mak teh timah : tak pa lah. kirim salam lah ke esah tu. kami pun lama dah tak main berjalan ke paya. malas gi rumah demo belah sana nuh banyak pacat!!
mek jebuh : takut pasal apa kat pacat? ketik sikit-sikit berdarah. ketik lama-lama, perut hok kempis tu nak jadi kembung. hahahaha....
mak teh timah : hahahaha....melawak merapu mika ni.
mek jebuh : melawak lebih kurang.
mak teh timah : hahahha....ha lah, ha lah!

bersurai. jauh mek jebuh berjalan namun masih kedengaran suaranya yang halus menyanyikan lagu seroja.

Friday, March 20, 2009

burung

cuba mengatasi masalah gayat dengan memanjakan diri pada suatu bacaan altitut.

Thursday, March 19, 2009

delhi post : yet a slumdog millionaire

so touching and upset if heard someone using the word of slumDOG. they never decide to be born like this.

Wednesday, March 18, 2009

dialog pagi : the L word

el? elle? ell? tak kisah macam mana nak pronounce nama dia yg pasti bunyi nye seperti menyebut abjad "L". pada 2003, saya tinggal betul-betul berhadapan bilik kak L. pemegang i/c bernama elyasa' bin mohamed, akak L akan pakai semburan wangi dari jenama terkenal setiap hari. baju mesti berkolar V, kasut cute dengan berstokin belang-belang pink, biru muda dan kuning. tapi kak L baik, kalau pinjam iron mesti pulang balik. suatu pagi aku nak pergi kelas.

L : eh kau, baru nak pergi kelas ke?
aku : iye.
L : gile kau pakai selipar. pelissss!
aku : pesal?
L : gerrossss..
aku : oooo....!

muncung giler mulut die sebut gross. kami sama-sama turun tangga yg berbentuk spiral, tak ubah seperti jalinan DNA yg terikat sesama sendiri dengan ikatan hidrolisis. sungguh cermat kak L, disinsing seluarnya dengan tangan kanan sambil tangan kiri sibuk berSMS. jalan kaki menuju fakulti...

aku : nape tetibe muke lain?
L : tak. ex akak ajak blanjer dinner malam ni. tak nak lah. tak suke.
aku : suh die blanjer saye. mesti saye suke.
L : eee...you ni kenape? hello, jangan nak verangan okkayy! tak boleh.

masa sebut hello, mata die terbeliak memandang langit namun kepala masih di posisi asal. berkali-kali kak L menyelit rambut ramos yg menutupi dahi jendulnya ke telinga.

aku : lawak je. jangan la amik hati kak. tapi bukan ape, dulu kawan saya pernah cakap, akak L ni cenge sangat la. cepat marah.
L : lagi?
aku : kalau marah pulak, sebut yg bukan-bukan, meroyan.
L : tu je? lagi?
aku : suke over acting. belagak lawa. sebab tu ada ex je, Y dengan Z tak de.
L : sebab akak vouge, mesti lah. puake tu cakap ape lagi?
aku : dah le tua ada hati nak berskandel. tak sedar diri. dah le dahi macam ikan flower horn.
L : hello! die sebut ke ko yang sebut?

aku sengih, mata akak L tajam menjeling aku tanda sangsi.

aku : sumpah die sebut. saya melakonkan semula je. nape? nak ulang tayang?
L : hish! aku sagat ko kang. tapi sape kawan ko tu?
aku : akak tak knal. die blok lain.
L : kalau aku jumpe die, sah-sah aku picit skali tido terus.

dalam syok dengar kak L meroyan, aku nampak wan arma 64.138m di hadapan aku.

aku : eh akak, classmate saya la depan tu. saya gi dulu eh, nak bagi jawapan tutorial pinjam smalam.
L : iye? eh eh eh jap. sabor lah! menahan nafsu dalam iman la jawabnye.
aku : ape die?
L : die slalu pergi gym mana? dekat KTC tu ke?
aku : ape tiba-tiba cakap pasal gym ni?
L : ko tengok body dia. fit abes. minat la.
aku : ooo...hahaha. so pass ni kak L fail mana-mana paper, pastu repeat paper masuk kelas kitaorg.

dikipasnya file kakak L yg berwarna sirap bandung ke lehernya seraya meneruskan perbualan.

L : tak kuase aku. tapi serius la, nak berkenalan boleh tak?
aku : tak boleh kot. die tak minat kat akak. die ade awek.
L : sedangkan yang kawen pun boleh bercerai, inikan anak-anak ikan.
aku : jahat nye!
L : ko budak-budak mana paham. apsal? ko ingat kalau aku dapat die, kenape?
aku : kubor berasap.
L : ko ingat ape? pandai jek.

tiba-tiba akak L feel pulak. tangan die dengan ayu menyapu-nyapu dada mcm tak puas bernafas.

L : ko tau, ex akak dulu pun akak kenal pun memang die dah kawen.
aku : so? die bercerai pastu?
L : no way! ko ingat aku ni sundal sangat ke? ape bingai sangat ni. akak just date je, ringan-ringan dah la. ape kes nak menyundal. lain la dokter arham tu. muda, bergaye, drive merce pulak tu. mak suke! ko apa tahu? huh!

akak L mengerling dikejauhan. henpon 3310 digigitnya dengan penuh manja.

aku : kalau date makan makanan ringan, baik beli jajan je pastu lepak kat CP dengan kawan-kawan akak L.
L : buang masa aku cakap ngan ko. bingai! lengai! bodoh tak sudah!
aku : eleh, kalau kak L pandai, nape extend?
L : hello????? peeeelis ok. akak extend sebab...sebab...

suara akak L menjadi sayu...tapi kembali histeria.

L : sebab ade lah. mana boleh bagitau.
aku : tak realistik nye sebab.
L : ye la, dulu akak masa knal ex yang anak dato kat seremban tu, akak selalu kena jumpa die. die rindu kat akak. akak pun jumpe la. nak wat macam mana kan.
aku : iyeee...tipu ah.
L : ape nak tipu plak. ex yg sebelum tu pun even KL akak turun sebulan 2 kali tau. kalau tak bangsar pun, we all jumpe kat rumah die terus kat cheras, area miharja.
aku : banyak nye ex?
L : tengok orang la. tapi clash pun sedih jugak. penat tau.
aku : nape?
L : penat la. penat kita main, die tak bayar.

kedengaran hentakkan kuat dari kasut hush puppies akak L.

L : ko ni saje tau, baik ko kenalkan classmate ko tu.
aku : nak buat ape?
L : jadi boifren akak la.
aku : pergi la approach seniri. saya tak de kene mengene dalam kes ni.
L : ko jangan terjekut kalau ko nampak die keluar dari bilik akak pagi ahad.
aku : mesti la saye terkejut.
L : ko ni kenape?
aku : ye la, sebab berapi die kutuk akak dahi flower horn la, itu la ini la, pastu ada skandel ngan akak.

tiba-tiba..

aku : eh pesal akak berhenti?
L : tak pe lah. jalanlah ko sorang. akak naik bas je.
aku : ok.

delhi post : ada apa atas jambatan?

lama dulu, bulan puasa tahun lepas aku amik gambar ni kat site. aku suka melihat site di waktu malam, kerana udara nyaman. melihat mereka solat subuh berjemaah membuatkan hatiku pilu.
anak haji mehtab khan tak macam ayahnya. ni sadav khan.

luahan hati melalui masakan

aku masak spagetti sebagai tanda protes terhadap maid yg saban hari menumis masakan berunsur masala dan kari.
nasik lemak turut dimasak tidak lama dulu. saje close up nak suh jeles.

5 kuning dalam memori

aku saruk stokin, pastu jalan kaki tunggu van tepi jalan. setiap kali ditahun baru, bukak sekolah budak-budak akan semangat nak gi sekolah. baju kemeja baru, putih bersinar dengan kolar yang masih keras terpacak, smart dipakai topek. aku tahu baju tu baru beli. topek baru melepasi aku, menuju sekolah dihantar kakak die yang baru bertunang. mereka bertolak jauh dari batu 6, keluar pagi-pagi, 4 org atas satu moto bersama 2 lagi adiknya. suatu pemandangan biasa. pertengahan tahun 1990an pil perancang sukar didapati sama ada di klinik dokter venka, pasaraya, toko ubat mahupun kedai tabib cina. aku mula terbayang perasaan jeles yg bakal dialami sewaktu perhimpunan pagi ni. aku perasan even kakak topek pecut laju pulas minyak, kolar baju topik sikit pun tak berkibas. sah baju baru! sifat mazmumah aku yg suka melengahkan masa memaksa aku pakai kasut marco murah yg bertapak hijau ni ke sekolah dengan 70% masih basah walaupun aku dah jemur semalaman bawah peti ais.

hari isnin, perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa. semangat abang mahzam, cikgu saripudin berdiri tegak menyanyikan lagu negaraku, kelibat hafizzudin menaikkan bendera semakin perlahan setelah mendahului melodi nyanyian. sewaktu cikgu rodiah yang bersuara persis petir memanah setan berucap sebagai guru bertugas, aku mendengar addi berbicara soal kasut jenama spark barunya yang sungguh canggih siap dengan pemantul cahaya. mataku menjeling teman-teman dari kampung perah, sebahagian besar berselipar, sambil rizal yang masih selsema pagi terkedu-kedu menyedut hingus. "esok sapa nak pesan nasik lemak?" ujar azlina. "esok mak aku kata sapa nak order burger kena bagi duit hari ni 7 kupang," rosne azlin menyampuk. aku terbayang burger daging tanpa mayonese yg dibelah dua dan dibalut tisu kertas bewarna kuning yg biasa dibawa rosne tahun lepas. tamat ucapan, kami semua bernyanyi lagu perak nombor 1. serentak bahu anak-anak skrkt membidang ke atas menarik nafas dalam tiap kali tiba di not-not tinggi bagi mengawal pitching. kemudian, satu demi satu barisan berbaris keluar menuju ke kelas. para pengawas sibuk mencatit nama mereka yg lewat atas buku 555 dengan pensil yg intergrated ada pemadam kat atas.

tiba di kelas 5 kuning, tibalah masa untuk bergurau senda selagi guru sibuk bersembang di perjalanan. nurhaida yunus dengan bangganya mengeluarkan pensil kaler luna yg baru dibelinya, cukup istimewa kerana bukan 12 tapi 24 batang kesemuanya dari putih ke hitam. di bahagian bawah kotak diberikan pengasah percuma. menurut nurhaida, "pengasah ni kalau guna jangan tiup, nanti tumpul". yati segera mengiyakan. dikeluarkan pula krayon jenama buncho olehnya bagi meraih kagum dari teman seperjuangan. aku bertanya, "eda..kalau aku nanti masa kelas seni boleh aku pinjam?" pantas nurhaida menjawab, "boleh tapi masa kaler jangan tekan. habis guna susun balik dari kaler putih sampai ujung skali kaler itam". aku cukup terharu mendengar jawapan nurhaida yg berjanji memberi pinjam. addi pula mengeluarkan pensil canggih, belum pernah siapa memilikinya. menurut beliau, pensil itu dibeli khas di pasaraya EEQ. bahagian utama pensil itu berbau haruman pisang vanila. setiap mata yang tumpul boleh dicabut dan dimasukkan dari belakang dan secara bergiliran, mata baru yg tajam akan berada di hadapan. tercengang yusuf dan mahzam. tidak cukup dengan itu, addi terus menambat pesona kami pabila mempamerkan bekalan mata-mata pensil untuk stok beberapa bulan, bukan satu tapi 3 papan! menurut addi, "ni abang chik aku yang beli".

suasana kelas 5 kuning bertambah meriah, riuh macam pasar mini po-ai. zulhamidulisani dilihat terus bercerita dengan penuh perasaan, dikelilingi azura, zamzuriani dan rohayati. hamidah menggelengkan kepala tanda membantah. azizul amin yg merupakan ketua kelas dengan berani memukul meja guru dengan pembaris kayu cat kuning yg berukuran 1 meter panjang dan lantas menjerit, "sapa bising aku tulih nama!" yusuf dan mahzam segera menekan hidung masing-masing meniru perwatakan seekor anak babi comel sebagai tanda protes terhadap azizul amin. dalam kemeriahan suasana hingar ini, tiba-tiba kedengaran satu pengumuman, dibuat sekali lagi oleh azizul amin, "cikgu ani dah datang!". semua para pelajar 5 kuning kembali ke tempat masing-masing bagi bersedia memulakan sesi pembelajaran.

Tuesday, March 17, 2009

delhi post : ghost's bill

imagine ko yang dapat bill ni dari sorg pakcik posmen tua, leka ko bace bill ni, pastu ko pandang depan posmen tua tu tak de.

Monday, March 16, 2009

dialog pagi : gangguan ritma harian

*nak breakfast, bangun lambat. minum milo je lah.*

hj mehtab: morning. who is this?
sir : excuse me, you call me then u ask me who am i?
hj mehtab: not i, you. im asking you. (konpius jap?)

*pergh! kerek gila suara haji mehtab. hilang mood pagi-pagi ni nak layan orang tua. terpaksa menggunakan asas menjawab call dengan adab sopan penuh hospitality. mesti nak duit nih*

sir : can you please not asking me again and again. dear haji mehtab, what is your problem? last week you received your payment for 2 laks, can you wait for next round?
hj mehtab: sorry sir. sorry! no, no, no, im calling you just to ask, how are you sir?
sir : oooo..ok. let say im fine. so?
hj mehtab: nehi saab. my workers are striking. money, money money!
sir : so?
hj mehtab: my payment naa..
sir : eh just now you said you are not calling for payment. you said something else.
hj mehtab: no. listen to me sir. dont bother yourself about money. i just said i have no money now.

*bosan gila, apa nak buat ni?*

sir : ooo...poor you. so, next time you must expend your business. you are only supplying labours, and they have no skill. so, your service is too limited.
hj mehtab: thats why i call you.
sir : later please, im in the middle of something. i will talk to you later. ok?
hj mehtab: no ok. please please please! listen to me.
sir : what else?
hj mehtab: give me payment naaa...
sir : laaa....money again! please wait for next month. ayo-yo!
hj mehtab: please please. pay me naa...
sir : i told you i have no money.
hj mehtab: please sir....
sir : no!! you have to understand. i am an employee, working here. i cant pay you twice. please wait for next month.
hj mehtab: nehi saab. nehi! i request you only. not payment. only your kindness.
sir : eh, what are talking about? so dizzy now!
hj mehtab: listen to me. actually, my business is so problem. men are not working. they strike. money problem. salaryyyy......

*suara haji mehtab makin slow bila sebut perkataan salary. ni mula nak amik peluang meninggikan suara*

sir : SO WHAT? NOT PAYMENT, NOT PAYMENT! AT LAST YOU ASK FOR MONEY.
hj mehtab: pleaseeee......
sir : NO!
hj mehtab: pleaseeee......
sir : NOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!
hj mehtab: plis!

*fikir jap, cam ner nak ending call ni? haaa....!*

sir : ok. like this. im so hurry to a meeting. seriously. so i will check at office if i can help you. if not, i dont know. you pray for me if i might help you.
hj mehtab: ok ok!!! thank you, sir.
sir : okeyyyy...i only CHECK for you.

*sebut CHECK kuat-kuat sampai keluar sikit air liur, bagi jelas dia faham*

hj mehtab: samajh saab samajh. (samajh = faham)
sir : ok. bye bye.
hj mehtab: achaa! theekeh.

*selepas beberapa jam, serius letih dan lapar. lagi 15 minit nak tutup opis, so kemas beg dan balik umah. makan lagi bagus!*

hj mehtab: namaskar saab!
sir : namaskar.

*tengok depan ada haji mehtab. alamak! orang tua ni lagi*

sir : why are you here?
hj mehtab: you said to me, you will give me cheque.
sir : what?
hj mehtab: yes cheque.
sir : when?
hj mehtab: morning you said to me.

*fed up! garu kepala. baru sedar....bengang ar pulak!!!*

sir : oh, i told you check. C-H-E-C-K, check!!! checking!!!

*puas hati. ajar cukup-cukup. biar satu opis dengar*

hj mehtab: yes, sir. you told me that. i remember and now i understood. if you cannot give me cheque at this moment, its fine.

*release kejap. lega paham jugak akhirnya*

sir : so haji mehtab, thank you for coming. ok?
hj mehtab: no ok.
sir : what?
hj mehtab: no cheque so give me cash. also can.

*kalau aku layan lagi orang tua ni, jawabnya kanser pangkal rahim lah aku. slow-slow blah*

delhi post : daddy day care

hayatilah gambar ni puas-puas, rasa sweet tgk bagaimana cara berkongsi kenderaan menjadi amalan penduduk delhi. kurangkan traffic jam. at least kalau kena tujah kot belakang, bersama-samalah kena sagat kulit punggung.

Sunday, March 15, 2009

garam yang keras

"mija gi kedai beli garam. cepat ar mak nak masak neh," ujar mek chu. tangan mek chu duk basuh ikan temenung, air pili mengalir membasahi perut ikan, mengalir darah ke lubang sinki. "satgi," ujar mija. "woi, kalau nak tengok tb tu esok-esok pun buleh. jaga kelik abah suh cabut buang astro. gi lekas, ni ikan satgi siap basuh nak lumur kunyit garam. abah kelik nak makan dah," pressure seorang mak ke corong telinga anak dara sunti dia. dapat 5 kupang, mija cepat terkam selipar tat sing n terus berlari dalam kegelapan senja. bunyi burung wak-wak dalam semak membuatkan mija terus semangat berlari pantas. esok jumaat, lusa sabtu. gerun mija tengok pokok nyiur tepi umah aku, buah nak naik bertumbun tapi still tak jatuh, pelepah berserabut. ujung pelepah ada kelawar duk lepak best. pembeli bisu, amik garam sekampit seniri, letak duit atas meja, terus blah lari balik. dah biasa dengan regularity customer, halim sediakan lubang atas meja tu. cuma plup! plup! masuk duit bunyi la "ka-ching!". nanti halim dengar dia tau la. malas kot maghrib-maghrib nak stand by kat kedai. eleh kedai ngan umah satu dinding. larian mija terus pantas, nyamuk sekor dua mengerumuni muka dia, tapi dia wat duno. asalkan tak miss crite kat TV.

jam dah kul8.30, abah mija dah balik umah. mek chu terus goreng ikan tanpa garam. balik nanti mesti mek chu nak tarik telinga anak dara sunti dia. sakit ati tunggu lama-lama. siap goreng terus soru. hati nak marah berubah kesian. nyamuk banyak, TV cakap sorang-sorang, mija tak balik lagi. dipendekkan cite, mek chu pun terus havoc pas cite laki dia, diheboh pula kat jiran mak cik sata, umah mak ngah ah, n belah kanan umah wi. mencarilah orang kampung, mana mija. geng rock-rock kampung padang yang dulu busy tangkap tenggiling tengah malam kini berpeluang menyertai ekspedisi menjejak mija. halim si kedai runcit turut disoal siasat, maklum beliau memang ada syiling 5kupang atas meja, selalunya di'plup'kan masuk dalam lubang. "aku tak tahu sapa letak duit atas meja cashier ni. tapi kot dia la, mija kelik umah dah ni..." suspen mek chu mija belum balik lagi. baring malam atas katil sebelah laki dia pun, dia rasa tak de mood nak tido. sian kat mija, mana hilangnya. polis dah direport, nak cari pakai bomoh plak, bomoh yang ada pun dah mati banyak tahun dulu....argh tensen-tensen! sampai subuh tak jadi lena.

pagi-pagi langit biru. saadiah mereng pun kayuh basikal pergi market awal. sambil mengayuh dia bercerita perihal suaminya yang dibunuh semasa kekejaman askar komunis. dia syok bercakap seorang. abis bercakap dia ketawa sorang diri "hik hik hik". kuat plak tu. setiap hari beliau mengayuh basikal dengan berbaju maxi dijahit seniri, sanggul mencongek atas kepala, selendang jarang lagi keras dililit menutupi ubun. beberapa anak kecil yang berjalan ke sekolah mentertawakan saadiah. kicau burung di hening pagi menarik perhatian anak-anak tadi mamasang mata liar melihat pohon jambu air di tepi sepohon nyiur. bukan sini, tapi sana, di balik hutan pisang. jelas menampakkan beberapa ekor burung ciak melompat-lompat main polis sentri. tapi anak-anak ni tak berani dekat dengan hutan pisang, sebab empunya tanah adalah nenek mariam yang sudah lama meninggal. rumah usang ditinggal sejak 1971, di mana kali terakhir rumah itu dikunjungi orang kampung membaca surah yassin kepada jenazah. "eh kaki sape tu?" ujar anak bakar. "holah, wiii..kaki orang!" jerit anak mat bidi pulak. "hik hik hik...." mengilai suara saadiah yang sudah 70 meter dihadapan melepasi anak-anak tadi.

"aaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!" jerit anak-anak ini sesama mereka. salah seorang dari mereka berlari kearah jue yang meniaga nasi lemak di jalanan. turut bersama di gerai itu adalah mak cik eni, yah rahim dan sedi anak sulung hassan tanjung. dipendekkan cerita, mereka menjumpai mija tidur dengan nyenyaknya dengan tangan memegang erat sekampit garam, di balik tangga jamban kat tepi hutan pisang umah usang nenek mariam. sejak kes itu, kanak-kanak sering menggunakan jalan jauh untuk ke jalan utama even denai tepi umah nenek mariam adalah short cut yang best.

teratak usang moyangku, nenek mariam.

Saturday, March 14, 2009

makan pree

sambutan maulidur rasul peringkat mukim delhi diadakan hari ni, takkan nak wat hari isnin sume org keje. hari ni aku pergi pun lambat dah, sempat makan je la. diorg pepagi lagi dah semelih anak kerbau pastu masak. padan le siap ada sup. pastu dior kata ada ceramah (oh aku miss ceramah alangkah sedey nye) oleh sorg mamat jemputan dari embassy indon. pastu biasa la akak ciha n bebudak nyanyi nasyid. aku tak candid gambar sesape pun sbb aku sampai aje dah kul4, siap dah ada yg nak blah dah. aku cume amik pemanis mulut, air, lauk pauk utk diratah n kopok-kopok. atas ihsan diri seniri, aku candid gambar bunga sebelum ketibaan musim panas cheng 100%. tak sanggup hidup dalam oven lagi...8 bulan tu.

bunge..

bunge lagi..

Friday, March 13, 2009

impian seorang kanak-kanak

kecik dulu ayah aku garang, tapi dia takkan lupa kalau balik dari kedai mesti belikan aku cekelat. fevret aku cekelat kandos. tapi kalau dapat cekelat hacks pun tak pe lah. aku tau ayah aku lupa nak beli, just dia bagi apa yg standby dlm poket. namun, aku punya cita-cita tatkala di usia itu, segalanya bermula dengan ayat 'kalau aku ada duit aku nak beli...'. meh aku list apa yg agaknya aku ingat sampai skang:

kalau aku ada duit aku nak beli...:
1) air mesin vending, just bubuh duit n tekan nak air apa. aku menyimpan hasrat nak beli mesin tu n letak kat umah tepi kerusi ruang menonton. agak dahaga tekan keluar air cincau...konon spesel kes aku punya mesin cap cari aku je kalau tekan mesin tak mintak duit.(buduh nya)
2) kotak pensel yg penuh butang miseri. tekan punat ni keluar pemadam, tekan tu keluar pengasah. lebih memberansangkan bukaan utama ada di dua belah side. pencil case ni diperbuat dari plastik, lining luar lembut ada sponge kot, dihiasi wajah kartun terkini.
3) pemadam banyak-banyak. aku nak wat koleksi dari huruf A sampai Z. pastu pemadam jugak pelbagai bau haruman, even ada pemadam bentuk tembikai bau pun tembikai. aku jugak tak perlu runsing kalau kalah gusti pemadam jika bekalan stok byk. tapi juara tetap juara, namun kawan aku rata-rata siap potong pemadam kepada beberapa bahagian. keji betul sifat tercela mereka. sampaikan pernah dapat pemadam kaler hijau saja, menang skali lagi baru dapat bahagian baah dia, ada huruf A n gambar apple kecik.
4) nasik lemak cikgu. kat kantin cuma cikgu bleh makan nasik lemak cikgu. harga maybe singgit lebih, namun wang saku aku cuma singgit sehari termasuk tambang bas pergi 20sen balik tumpang kawan. jeles kat cikgu yg bawak masuk anak dia makan kat dalam manakala aku dan anak-anak non-cikgu hanya beratur menunggu mee goreng taruk kuah kari atau bihun taruk kuah laksa (nak bagi sedap). kini, di sekolah rendah turut menjual minuman kultur hidup vitagen dan nugget, so aku nak beli mesin masa kembali ke zaman persekolahanku.
5) moto yg sama sebijik ngan moto milik satria baja hitam (moto belalang tempur). dengan hanya menjerit nama belalang tempur, ia akan datang dengan sendirinya ke arah kita melalui kesan sensor infrared lampu di bahagian depan moto tersebut.

tughlaqabad tunggu aku

adilabad fort hanya di seberang padang.

senja berlatar kubur ghasiyuddin.

tughlaqabad fort di belakangku.

tughlaqabad hanya di bahu jalan mehrauli.

di suatu pagi, aku dengar makhluk havoc kat luar, serius pekak gegendang telinga aku. aku tau cuti holi, tapi ikhlas aku berbicara, ia mengganggu. so tido terpaksa disambung sampai lewat tengah hari. mencari alasan nape aku tido seharian. bangkit je, berat kepala aku mcm pakai helmet full face. tengok lunch yg bado masak langsung appetitie aku tak naik, buat rasa nak lepak jamban lagi ada. (flush berderai n aku complete mandi, berus gigi n siap sabun mengabiskan shower gel jawer yg sisa). serius aku bosan giler sehingga tergamak bersuara kambing mengajak boss and faiz pi outing, tapi destinasi akan didecide dalam kete. sehingga aku terbace satu pamplet saying 'Tughlaqabad in ruins'. terus aku bukak peta, nampak kotak tertera 146; jalan Mehrauli, left turn lepas simpang press enclave. sampai tu sampai tapi hari dah makin kelam. program jejak sejarah bertukar menjadi jejak setan di waktu maghrib. alang-alan dah sampai, amik la photo (tak byk candid, kena datang lagi). kesesatan sehingga membelok kiri memasuki kawasan perindustrian Okhla, membuatkan supir memilih lorong kiri namun sedar menghala faridabad. acuh tak acuh patah balik menuju Saket. khakir village dah dekat so bajet pi situ jap ada masjid lawa tapi tension cari parking, terus terjebak ke kancah mempeleserkan kaki (jiwa tak nak) ke DLF Place. Nampak hard rock cafe baru nak bukak, so bleh demand nak t-shirt jakarta free from my sis. kehalalan yg limited, memaksa kami makan KFC je. pas makan boss aku merangkap supir (mintak ampun kalau dia bace) beli cincin white gold kat Arcelia shoppers' stop, brand Damas; made in Dubai cincin tu. katanya "aku romantik-romantik tak main, romen terus". inilah boss aku yg serius berjiwa rakyat. pastu masuk Debenham jap tak jumpa apapun yg best even sale up to 70% so blah la apa lagi. Sunder Vihar ajak kelik. tapi 3 manusia ni tak bleh lupa nampak minah kat KFC yg serius muka mcm ratu venezuela rambut mayang mengilai, cuma gigi dia mcm fauziah latip skit, bukan latip borgiba. padan muke aru tak ikut perasan org nak baling air holi kat dia, baling selipar ada kot. tak jauh bilik satu floor. oh Tughlaqabad fort, akan kudaki menjejak sejarah silammu!