Monday, February 28, 2011

Buli di Asrama (Part 1)

Kehidupan di asrama semestinya tidak lari dari kes buli. Buli membawa maksud kerahan yang diarahkan oleh pembuli tanpa kerelaan dari pihak mangsanya. Tradisi buli membuli diamalkan sejak bertahun lamanya, mungkin berasal daripada zaman penjajahan lagi. Kolonisasi oleh pihak Inggeris di Malaya telah memperkenalkan sistem pendidikan berasaskan ideologi Barat. Sekolah-sekolah terawal yang dibina biasanya memiliki asrama bagi pelajar menginap supaya tumpuan yang lebih terhadap pembelajaran dalam diberikan tak kira dari segi subjek mata pelajaran mahupun kokurikulum.

Diketahui bahawa di sini bermulanya sistem kehidupan di asrama yang kemudiannya membentuk sebuah monarki yang dipegang oleh para senior. Eksploitasi ini diadaptasi daripada sistem kehidupan masyarakat Eropah kuno iaitu pada era feudalisme di mana kuasa mutlak dipegang oleh para senior ini akan secara automatik diamalkan sebaik anda menjejak kaki memasuki kawasan asrama. Kuasa ini kemudiannya dipecahkan mengikut kawasan autonomi seperti mana di Seratas kelebihan kepada warga senior adalah terhadap warga junior yang mendiami blok asrama yang sama. Berdasarkan kehidupan asrama yang dijalani, berikut adalah beberapa jenis pembulian yang dijalani sebagai mangsa selama menjadi junior di Seratas :

1) Kerahan Tenaga Rakyat

Kerahan tenaga merupakan perkara yang paling basic dalam organisasi sebuah asrama. Seawal pagi, warga junior akan dipertugaskan untuk membangunkan para senior yang sedang enak dibuai mimpi. Selepas itu, bilik senior akan dikemaskan supaya mendapat markah yang melepasi garis piawai sekiranya diperiksa oleh guru bertugas. Selain itu, terdapat kerja-kerja yang perlu diselesaikan seperti mengilatkan kasut, menegangkan cadar, menyapu lantai dan membawa sarapan.

Di malam hari pula, junior akan dikerah untuk memasak mi segera, membawa minuman panas dari dewan makan dan menyusun kasut dan selipar di rak yang tersedia. Manakala di hujung minggu pula, kerahan berterusan kepada kerja-kerja mendobi pakaian, mencuci tandas dan mengemas almari atau locker. Wajarlah warga Rajawali dorm A-11 memiliki sebuah duty rooster supaya dapat mengagihkan kerja-kerja kerahan dengan sama rata tanpa prejudis.

2) Bunga Emas

Istilah bunga emas diadaptasi daripada kisah negeri-negeri Melayu yang membayar ufti dalam bentuk bunga emas kepada Siam sebagai jaminan. Bunga emas atau ufti yang paling popular adalah berbentuk makanan atau product seperti biskut, bekalan mi segera dan buah-buahan. Bunga emas wajib dibayar kepada senior setiap kali anda membawa masuk barangan yang mempunyai duti atau cukai ke atasnya.

Jika ibu bapa anda hadir ke sekolah membawa buah tangan atau buah-buahan untuk anda, namun sebaik mereka pergi anda wajib membayar ufti kepada para senior yang telah sekian lama menanti. Jika gagal berbuat demikian, anda akan dikenaan tindakan Rampasan Harta yang akan dihuraikan kemudian. Tidak hairanlah Mohd Hakimi Abdul Rahman menolak perlawaan ayahnya yang datang dari Batu Kurau membawa bersama setengah guni rambutan kerana gusar nilai bunga emas yang tinggi yang bakal dikenakan ke atasnya.

3. Pengecualian Duti

Pengecuali duti adalah bentuk bayaran yang perlu dilunaskan supaya tidak menerima siksaan lebih ke atas kesalahan yang telah dilakukan. Tidak kira sama ada telah digariskan oleh warga senior itu sendiri namun pengecualian duti ini juga dijadikan alasan sekiranya anda ingin mendapatkan pengecualian khas pada waktu-waktu tertentu atau bertindak sebagai rasuah sekiranya anda berada dalam situasi gawat. Seperti eksploitasi yang dilakukan oleh senior bernama Budin, beliau menggariskan supaya sesiapa yang gagal memberikan biskut kepadanya, orang itu akan ditugaskan untuk menebas bulu pubis beliau. Tentu anda ketakutan jika digertak begini.


to be continued..

4) Pekerja Seks, 5) Rampasan Harta, 6) Anak Wayang

Saturday, February 26, 2011

Ice on Ground

A few ice blocks were getting melt, just on ground. Without proper bearing liner, these multi-purpose ice were being moved from a small 3 wheeler truck, then took inside into a kitchen of local restaurant. Imagine how they will break the ice, blend together with mango slice and serve to customers. Quench your thirst, it is ice blanded mango with vanilla ice cream top up on top. No wonder you can't take street food unless your stomoch is immuned against dirrhea. Can you?

Afternoon at Mundka Village.

Thursday, February 24, 2011

Setangkai Mawar di Jamban

Disunting dari bait lagu tapi diolah kepada bentuk sindiran sinis buat si pemilik nama Muhammad Mawardi Abdul Majid, atau lebih dikenali sebagai Chin Peng. Asalnya waktu di kelas, kami disuruh menyanyikan sebuah lagu yang liriknya berbunyi begini, "setangkai, mawar di jambangan.." tetapi diolah dalam bentuk melodrama komedi.

Mawardi bukan adik kepada adi Asofi, tetapi ada yang memanggil dia sebagai Wadi, Mowdi, Mawardi Saya (Pak Halim seorang panggil), Chin Peng dan Ayah Pin (sekadar menokok tambah). Yang pasti, Mawardi merupakan seorang lelaki yang menempuh kehidupan remaja yang penuh corak warna warni, pelbagai emosi, watak dan perilaku sosial. Entri ini ditulis bagi mengenang kembali nostalgia beliau yang merupakan seorang insan yang cukup terkenal di Seratas, semenjak masuk tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 5. Ayuh kita lihat rentetan kisah Mawardi yang memaparkan sifat-sifat mahmudah mahupun sifat-sifat mazmumah beliau:

1) Tahun 1997

Mawardi mula masuk ke tingkatan 1 Kejora dengan membawa watak lelaki liar. Ketika ini berat badan beliau masih tidak mencecah 60kg. Beliau lincah bermain bola sepak dan apa jua suka yang ditawarkan semasa kelas pendidikan jasmani. Yang pasti, di dalam kelas beliau adalah manusia ketiga hebat dari segi ukuran saiz. Bukan saiz sesuatu organ tetapi secara total struktur anatomi, sekadar kurang sedikit ketinggian di sebelah Hakimi dan Hidhir.

Di surau, Mawardi hadir awal sebelum subuh untuk berebut mikrofon agar dapat melaungkan azan. Tidak khuatirlah jika nama beliau kerap meniti di bibir pengetua Tuan Haji Abdul Halim, selain menyebut nama Mohd Diah. Fenomena ajaib berlaku di kelas 1 Kejora, peristiwa perilaku seksual yang diterjemahkan oleh para penyampai spekulasi menyatakan Mawardi pernah membuat cubaan mencium Wan Norziah (atau Nora, anak kelahiran Kg. Seberang Karai) sewaktu kelas prep malam di kelas. Kisah (klik sini) ini menjalar ke seluruh malam sehingga lunyai Mawardi di belasah dari satu bilik ke satu bilik senior. Tanpa simpati, spekulasi ini merupakan titik permulaan karier glamor Mawardi, walaupun kisah ini pada asalnya sekadar kisah dua insan bergaduh. Aksi bertekak nampak macam berciumkah?

2) Tahun 1998

Karier Mawardi terus digilap. Di tingkatan 2, beliau tiba-tiba bertukar menjadi pelakon serba boleh. Jika di kesiangan hari dia seperti kutu rayau tetapi di prep malam beliau lengkap berjubah dan berserban. Akan tetapi, hasil hasutan rakan sebaya, Mawardi lebih menumpukan kepada perjuangan membuat peti kayu bermuzik. Peti kayu ini dibuat sebagai kerja kursus. Selain memahirkan bidang pertukangan kayu, peti kayu yang lengkap dengan litar dan LED (diod pemancar cahaya) ini menggabungkan elemen elektronik serta teknik kimpalan atau mematri.

Emosi seorang remaja lelaki yang meningkat usia, menaruh hari terhadap Norhafiza Osman mengajar erti sebuah cinta. Selain mampu membongkar asal-usul gelaran nama Apem, Mawardi juga setia berkorban apa sahaja meskipun diherdik rakan sekelas. Mungkin ini adalah cinta pertama beliau.

3) Tahun 1999

Tingkatan 3 Kejora menguji diri Mawardi untuk menjadi seorang insan, dengan jalan hidup yang dipilih sendiri. Kehadiran Nizam Bashiron lengkap bersama ideologi PAS bawaan Faeiz Taib, Mawardi tampil persis seorang Mursyidul Am. Sekali tengok macam Ibrahim Libya, dua kali tengok macam Ayah Pin (sekadar jenaka).

Mawardi menguasai hak bersuara menerusi sesi taklim yang diadakan sejak 1999 setelah diperkenalkan oleh ketua pelajar 1999 iaitu Azizan. Kini Mawardi menjadi taklim sebagai medan melancar perang saraf dengan pelajar perempuan yang sama naik minyak. Isu-isu yang sering dibangkitkan adalah status suara perempuan, aurat dan stokin, perilaku gedik serta larangan bercumbuan. Selain itu, medan kerusi panas kelolaan cikgu Noraini Ahmad telah menobatkan Mawardi sebagai paling kreatif apabila beliau mengklasifikasikan Faridah Hashim sebagai 3G; Gedik, Gatal, Galak.

Apapun, kemampuan Mawardi bersyarah di depan amat ditakuti dan dikagumi, baik tutur katanya yang lantang serta lirikan matanya yang kadang-kadang tajam dan kadang-kadang manja. Tarikh lahir yang lewat di bulan Disember (mungkin 12 Dis 84), Mawardi menerima jolokan Baby daripada Faezah Irnawati Mohd Zakei, manakala dicemuh sebagai Chin Peng apabila bersesuaian dengan titik tolak Parti Komunis dengan kacau-bilau kelas 3 Kejora. Sebelum memasuki peperiksaan PMR, Mawardi pada suatu majlis memohon restu di surau menitiskan air mata atas khilaf yang pernah dilakukan sesama rakan seperjuangan. Air mata yang jernih ini bukti keikhlasan beliau seperti mana bersama yang lain, sambil berselawat ke atas nabi junjungan.

4) Tahun 2000

Tahun ini menjadi permulaan dunia playboy Mawardi. Setelah cintanya tidak berbalas, kini Mawardi beralih arah kepada seorang gadis paling genit, Norsalfarina. Mata-mata sering melaporkan mereka dilihat berdua-duaan di kelas sewaktu prep sudah tamat. Ini telah bercanggah dengan dakwah beliau yang sebelum ini anti-sosial.

Pernah bertukar aliran sebentar ke arena biologi sebelum kembali semua ke dunia teknikal, kelas 4 Waruna pernah menjadi saksi Mawardi bertukar imej. Beliau tidak lagi teguh pada satu pegangan malah terumbang-ambing memilik bentuk kerjaya yang diminatinya. Semenjak menjejak kaki semual ke dunia teknikal, Mawardi adalah seorang remaja lelaki normal yang terlibat dengan pelbagai kancah jenayah ringan seperti merokok, buli pelajar junior serta fly (tak mungkin Mawardi tak Fly).

5) Tahun 2001

Tahun terakhir berada si Seratas, tentu sekali Mawardi bertindak sebagai super-senior yang berwawasan. Selain mengecapi nikmat cinta yang berbalas, Mawardi tidak lagi menjadikan hidupnya samar-samar memilih jalan menuju masa depan. Penulis kurang melihat Mawardi kerana tidak sealiran, tetapi di asrama Mawardi yang berpindah ke Blok B (semenjak tahun 2000) banyak menghabiskan masa bersama rakan yang berbilang rumah sukan. Namun Dorm yang dihuninya di koridor B2 pernah menjadi kamar penyiksaan apabila kes belasan beramai-ramai ke atas Ridzuan Harris mencatatkan pergantungan 2 minggu kuliah paling ramai pernah berlaku. Penulis tidak pasti sama ada Mawardi terlibat, namun seperti mana beliau kini seorang jurutera penulis yakin Mawardi tahu yang mana baik bagi dirinya.

Penulis bersama Mawardi di Pesta Bowling Seratas sekitar lewat 2009.

Wednesday, February 23, 2011

Lupa Update : Kenduri Fakhzan & Emon






Line up: Alip, Chin, Domme, Aku, Pijoe & Peon (tiada dalam pic)
Congratulation Pajan & Emon!

Tuesday, February 22, 2011

Kata-kata Profesor Ungku Aziz

1. Rajin bercakap, rajin bekerja..
- Bagus sekali.

2. Rajin bekerja, malas bercakap..
- Kena buli.

3. Malas kerja, rajin bercakap..
- Wayang cina.

4. Malas bekerja, malas bercakap..
- Tak guna.

5. Malas bekerja, suka mengadu..
- Nyanyuk.

6. Malas bekerja, selalu ponteng..
- Baik berhenti.

7. Malas bekerja, suka menyibuk..
- Baik mati.

Zaman influenza H1N1, bercakap pun bunyi kedap udara?

Monday, February 21, 2011

Lupa atau Leka (Part 1)

Manusia sering lupa dan sering kali leka dengan dunia. Lupa merupakan simptom temporary aberration atau short term memory lost yang jika dibiarkan berleluasa akan membawa kepada penyakit nyanyuk. Pelbagai punca dikaitkan dengan masalah lupa. Antara gejala utama yang menyumbang ke arah penyakit lupa adakah kelekaan yang membawa maksud kurang ambil peduli. Mari kita singkap perkara-perkara kecil yang manusia sering lupa atau leka.

1. Zip Seluar

Zip seluar merupakan kunci keaiban seseorang, terutamanya lelaki. Jika lelaki itu masih kecil atau belum bersunat, terlupa atau leka zip seluar tidak akan membawa padah malah dianggap comel. Masalah besar jika anda adalah timbalan pengurus di jabatan kewangan syarikat, sekali anda lupa untuk menarik zip seluar, seisi alam bersiaran secara langsung melihat warna seluar dalam anda (jika pakai). Kepada yang melihatnya, amat seksi jika ia seorang yang berpesonaliti dan suatu hukuman atas dosa-dosa silam sekiranya dia adalah sebaliknya. Punca utama terlupa zip seluar adalah kerana kesuntukan masa dengan kerja yang bertimbun. Di sini akan ramai yang mempersoalkan apakah kaedah beristinjak anda itu diyakini hilang bau, rasa dan warna mengikut lunas-lunas yang disyariatkan?

2. Tanda Harga

Pakaian atau aksesori yang dibeli, lebih riak dan takabur jika ianya berjenama luar negara. Namun, terlalu leka atau sengaja jika tag atau tanda harga di pakaian tidak dibuang terlebih dahulu sebelum anda mengenakannya. Biasanya, sukar dilihat di alam nyata orang yang terlupa buang tag harga. Namun, sering kali terlihat berlaku pada wanita zaman kini. Mungkin fenomena ini sengaja dibuat, atau dianggap tiada kesalahan atau sangat malas untuk melakukannya. Wanita yang mengenakan kasut tumit tinggi 4 inci memang seksi melangkah di lobi bangunan lalu masuk ke dalam dalam sambil bunyi dentuman kesan hentak tapak kasutnya. Sebaik dia keluar, kita terlihat terdapat tanda harga masih terlekat di bawah tapak kasut. Jelas sekali, tapak warna hitam dan tag harga masih nampak nama Vincci.

3. Rambut Gatal

Para lelaki memang selalu berserah dengan ketentuan. Jika sudah berusia, rambut mungkin semakin nipis, luas terbentang botak di kepala. Tidak mengapa, walhal jika anda bertubuh pendek, rakan lain di belakang sewaktu menaiki lif dapan menggunakan biasan kulit kepala anda untuk melihat parut jerawat mahupun solekan yang tidak sekata. Ironinya, para wanita sekali lagi lupa dengan tudung yang mereka pakai. Kini wanita menjimatkan masa mereka dengan mengenakan tudung awning kain lycra yang dibeli berkodi-kodi di jalan TAR. Ada yang lebih ringkas tidak mengenakan anak tudung, kemudian akan terpacul keluar anak rambut atau rambut gatal menembusi kain tudung mereka.

4. Bulu Hidung

Amat sensitif untuk masalah bulu hidung yang panjang. Beriya-iya anda mengajak rakan sama-sama keluar lunch tetapi sedarkah bahawa kealpaan anda telah menimbulkan masalah pengahadaman rakan-rakan yang lain. Bulu hidung yang panjang terjojol melalui lubang hidung keluar melebihi paras kelopak. Lebih buruk lagi jika anda mengalami selsema, mungkin mukus terlekat selepas anda bersin.

5. Flush

Jika anda kencing berdiri di mangkuk tandas, tanpa bunyi flush terus keluar dari pintu. Ini bermakna anda seorang yang berani melakukan onar. Sebaliknya, anda masuk ke dalam tandas yang baru digunakan oleh seorang rakan pejabat, kemudian terlipat replika kapal selam yang berketumpatan rendah berserta cebisannya. Nahas, sungguh pengotor! Namun seorang yang lebih pembersih, masuk ke tandas dan diperhatikan segalanya clear, siap flush bagai. Namun jika pelapik duduk lupa dinaikkan, si pembersih ini akan membuat pemeriksaan. Diangkat pelapik itu ke atas dan terlihat ada tompokan air kuning, terus keluar bertukar unit tandas lain. Paling hina adalah orang yang beristinjak dengan teknik bercangkung pada tandas duduk kemudian meninggalkan bekas kesan tapak kasut. Apakah rasionalnya berak cangkung di atas tandas yang dibuat platform khas untuk duduk? Memang menyusahkan orang!

Sunday, February 20, 2011

Raja Lawak

Siapa di antara anda yang tidak pernah miss menonton rancangan realiti TV Raja Lawak di Astro Prima? Rancangan ini telah melahirkan ramai pelawak yang saban kali muncul di kaca TV sebagai pengacara sambil berceloteh dan membuatkan hari kita lebih bermakna. Itu jika atau hanya jika peserta Raja Lawak itu mampu membuat persembahan komedi yang menjadi. Bagaimana pula jika tidak? Namun, idea amat penting kepada seseorang pelawak supaya persembahannya dilihat menghiburkan. Apakah idea-idea yang sering kali digunakan oleh para peserta Raja Lawak?

1. Lawak Blue

Sering kali lawak blue menjadi taruhan. Idea lucah adalah idea yang paling popular dipertaruhan oleh peserta Raja Lawak bermula dengan kejayaan yang dibawa oleh Kumpulan Sepah. Namun lawak lucah ini agak merbahaya dan setiap peserta itu harus berhati-hati agar tidak menyentuh sensitiviti penonton.

Lawak lucah mudah untuk masuk ke dalam imajinasi penonton. Ia mudah dijadikan bahan kelakar kerana kenyataan yang dibawa biasanya berunsur realistik dan diketahui umum. Golongan remaja biasanya amat peka dengan lawak jenis ini. Tetapi sekiranya lawak lucah kerap kali diulang, ia masih beruntung kerana sekurangnya 20 persen penonton akan ketawa.

2. Lawak Tubuh Badan

Pelakon hadir denga pakej yang indah, tubuh menawan dan personaliti luaran yang menarik. Sebaliknya, kriteria ini tidak diperlukan dalam pakej menjadi seorang pelawak. Pelawak Raja Lawak kerap membuat jenaka mengenai tubuh badan, meskipun pelawak itu merujuk kepada dirinya sendiri.

Pelawak Alex sebagai contohnya memiliki tubuh besar, sebaliknya beliau lebih gemar kepada unsur jenaka yang bereksperimentasi dengan isu semasa. Sebaliknya peluang ini digunakan kerana lawak tubuh badan pernah membuahkan kejayaan kepada pelawak veteran seperti Osman Kering dan seorang model mi segera Maggie.

Selain itu, jika diperhatikan Pelawak dan pengacara Zizan suka membuat aksi kaki yang terkangkang. Secara tidak langsung aksi ini kadang kala menambat hati penonton. Namun ada juga penonton yang hanya ingin melihat Zizan dan Johan, bukan peserta Raja Lawak kerana kalau nak harap peserta selalunya idea mereka hambar dan kering gusi kita dibuatnya.

3. Lawak Tukar Jantina

Lawak jenis ini telah dipopularkan oleh Kumpulan Senario dengan jayanya, terutamanya Saiful Apek dan Yasin. Kita sudah mual melihat pelawak perempuan membawa watak makcik-makcik atau sebagai anak dara. Jika dulu kita melihat Mek Habsah, Nik Sayyidah, Rosnah Mat Aris dan Wan Maimunah tapi apabila Saiful Apek mengenakan kurung pesak gantung tentu lucu bukan?

Oleh itu, ada peserta Raja Lawak yang cuba mengaplikasikan teknik ini. Tetapi terserah kepada penon, sekurangnya dapat diramalkan at least 30 persen penonton akan ketawa. Sebaliknya, ramai peserta yang membuat lawak yang kononnya telah menjalani proses 'twist' di mana diakhirnya orang yang disangka lelaki itu adalah seorang wanita dan sebaliknya. Oleh kerana lawak jenis ini kerap muncul di pentas, ramai penonton yang dari awal dapat menjangkakan kesudahannya.

4. Lawak Dalam Lagu

Terdapat satu minggu di mana para peserta diarahkan untuk membuat persembahan Muzikal Komedi. Ada yang menjadi, ada yang tidak kerana ia terserah kepada lontaran vokal peserta disamping susun atur bait liriknya. Pelawak Chacha yang berasal dari Pulau Pinang di musim terdahulu kerap kali cuba untuk menyampai komedi bentuk ini bukan sahaja di minggu muzikal komedi malah di setiap minggu.

Perasaan meluat hadir apabila Chacha hanya tertumpu kepada lagu-lagu rakyat Utara seperti boria, seniman P. Ramlee dan juga lagu-lagu dari India. Mungkin idolanya adalah pelawak Musli Ramli. Sebaliknya lawak jenis ini hanya akan menghiburkan sesetengah golongan sahaja. Para warga emas mungkin dapat menerima jenaka jenis ini tetapi golongan remaja akan mula rasa mual yang tidak terhingga. Jenaka jenis ini biasanya sesuai dimainkan ketika persembahan di hadapan tokoh korporat mahupun persembahan untuk penghuni di rumah orang-orang tua.

5. Lawak Kenegerian

Kenegerian merupakan sifat yang lahir dari pecahan kecil sifat Racist. Sebaliknya, kenegerian dalam lawak bukanlah untuk membawa semangat nasionalisme atau menyemarakkan api kemerdekaan tetapi lawak kenegerian yang dimaksudkan adalah lawak yang hanya difahami oleh warga seseuatu negeri itu sahaja.

Jika dulu, pelawak Mazlan Pet Pet sering membawakan jenaka Beruk Mat Yeh, apakah penonton di negeri Pantai Timur dapat menerima jenaka ini? Ia nampak tidak menyeluruh dan hanya tertumpu kepada kelompok penonton mengikut daerah. Begituah yang terjadi pada peserta Idlan yang saban minggu membuat lawak tentang Milah yang juga seekor beruk betina.

Lawak kenegerian ini akan melibatkan penggunaan bahasa dialek sesebuah negeri itu. Kesan utama yang dapat dilihat adalah dari segi kefahaman. Bayangkan jika Alex baku berbahasa dialek Sabah, Idlan dengan dialek Kedah manakala Kumpulan Sepah beruntung kerana dialek Johor lebih universal.

Saturday, February 19, 2011

Kering Kontang

Hari tu memang panas. Rasa nak terbakar kulit. Masa ni bulan June, bulan yang paling kering di Delhi. Ramai yang di site akan minum air bercampur ubat serbuk dari dalam sachet. Ubat ni baik untuk elak tubuh kering akibat hidrasi yang cepat. Memang bahaya, sekali kena terus boleh pengsan, kalau di Malaysia kita akan dapat warning hidung berdarah tapi di sana tak semua orang, ada-ada orang terus je pengsan.

Aku sentiasa spare air botol dari rumah. Kalau rajin bancuh air milo, at least sirap. Mudah, air gula dah masak, siap taruk daun pandan yang dibawak khas dari Malaysia. Mak kata kalau minum sirap tak masak nanti air rasa hanyir. Berkira habis, kalau balik kampung tak lupa isi beg penuh-penuh dengan segala belacan, lempok durian, sup bunjut, pekasam, milo dan apa-apa yang terlintas demi kebaikan seisi rumah. Bukan macam sorang tu bawak kari ayam dalam tin, sah-sah kari ayam setiap hari Bahadur boleh masak! Hehe..

Tengah hari yang panas tu, kereta berhenti sekejap di persimpangan jalan berhampiran sebuah pasar dekat dengan Surajmal Stadium. Dulu di situ kalau ada lopak air tepi jalan, selalu ada babi. Tapi musim panas ni semuanya kering. Selalunya singgah di sini on the way nak balik rumah masa lunch sebab nak beli buah-buahan sebagai stok.

Tak semena-mena, aku terperasan di tengah-tengah jalan ada satu lekukan yang tak dalam pun, ada air yang mungkin tertumpah dek orang yang melintas. Jalan di situ sibuk, dengan pasar yang sendat, beca membajiri bahu jalan, bas dan kereta lalu-lalang, budak sekolah melintas dan lembu-lembu yang bermaharaja lela melepak secara bersepah. Kereta kami berhenti tepi jalan, sebab ada seorang ni nak cari buah sekejap je.

Aku ternampak seekor anjing. Dari jauh lagi anjing ni terkinjit-kinjit berlari menuju ke tengah jalan. Aku nampak dia menuju ke arah lopak air yang tak bergenang tu. Agaknya dahaga! Beberapa saat sebelum dia sempat tiba, sebuah kereta melanggar lopak, air pun bersepai terpercik. Yang tinggal hanya kelembapan yang bakal kering lagi kurang setengah minit. Sungguh kesian melihat anjing tu. Selepas dia menjilat sedikit, anjing tu berlalu pergi mencuba nasib di tempat lain. Lagipun simpang jalan tu sibuk dengan kenderaan yang berpusu-pusu keluar masuk. Tentu anjing ni hampa.

Friday, February 18, 2011

Qutab Minar







Qutab Minar- The Tallest Brick Minaret In The World.
Mehrauli Archeological Complex.

Thursday, February 17, 2011

Kenering Hydroelectric Dam





Dulu Praktikal Training di sini.. Best!
Kenering Hydroelectric Dam,
SSJ Sg. Perak,
TNB Hydro Berhad.

Berat Memikul Beban

Apabila melihat keadaan ini, terbayang peribahasa berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kesian, nak menyampai tua tu jenuh la duk buat kerja nak bagi anak bini makan. Mungkin rezeki dia tertulis begitu, nasib kita pun belum tentu tahun apa akan jadi di masa hadapan. Sigh!

Wednesday, February 16, 2011

Health Concious

Mungkin di negara India kepekaan terhadap barah payudara masih kurang. Oleh itu pihak kementerian kesihatan di sana membuat artikel pada billboard di tepi jalan ini supaya memberi kesedaran kepada masyarakat. Barulah orang awam akan peka justeru dapat mengurangkan kes barah di negara tersebut. Mampukah keterbukaan ini dipraktikkan di Malaysia?
Aku rasa macam tak mampu so aku gelapkan pada sekian tempat supaya tidak menerima cercaan dan makian nanti.

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

Sempena hari Maulidur Rasul, marilah kita menyanyikan lagu nasyid yang pernah dipopularkan oleh Al-Mizan, Junjungan Mulia:

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

sources : lirik lagu tu aku gugel je, tapi pic tu koleksi aku sendiri!!
:)

Monday, February 14, 2011

Teratak Mariam









Rumah moyang saya, Tok Mat Akib & Tok Mariam.
Kampung Padang, Jalan Kuala Kenderong.

Sunday, February 13, 2011

Friendly Surge

Holding a small camera while moving on board like nobody see you then help your finger to press the candid button. Back home, go through one by one all those taken pictures, suddenly you realise your mistery action had being traced by someone. No mad at all, but now you have to admit how friendly they are.

A passenger of DTC bus.

Saturday, February 12, 2011

Taksub

Definisi taksub berdasarkan tafsiran aku adalah sebuah kepercayaan yang melebihi paras normal dan dibuktikan secara praktikal yang mana berkait rapat dengan kepercayaan yang dianuti. Kehidupan yang rutin yang normal akan berubah atas faktor ketaksuban, di mana pemilihan sesebuah tindakan itu dinilai secara bias.

Ketaksuban tidak kira positif atau negatif, segenap aspek kehidupan daripada amalan berpolitik, aktiviti berhobi, penyelesaian masalah serta pemilihan cara hidup sentiasa dipengaruhi oleh sifat taksub. Wajar atau tidak, paras ketaksuban seseorang tiada unit sukatan khas tetapi hanya kepuasan yang menanti di kesudahannya, bahagia atau duka, benar atau tidak.

Kali ini, saya hanya ingin membawa beberapa contoh ringan sesebuah ketaksuban yang jelas dilihat sepanjang hidup, rata-ratanya berskala kecil. Mari kita mulakan:


1) Hobi

Minat yang mendalam menjurus kepada sesuatu bidang akan mempengaruhi seseorang itu dalam menentukan aktiviti yang bakal dibuat. Bukan fenomena baru, ramai lelaki tidak kira semuda golongan pelajar sekolah mahupun yang sudah bersara meminati sukan bola sepak. Lihat sahaja kedai mamak akan dipenuhi penyokong Manchester United lengkap berjersi merah, siap ada yang membawa banner kecil yang dibeli di Petaling Street.

Pernah mengenali Tempel atau nama di kad pengenalan Akmall Syahmeen merupakan penyokong setia yang mengabdikan dirinya khusus untuk Manchester United. Setiap kali ada perlawanan yang membabitkan pasukan ini, Tempel akan sedaya upaya akan tidak melepaskan peluang untuk menonton.

Antara perkara yang dapat mencirikan ketaksuban ini adalah apabila Tempel yang pendiam akan bertindak sebagai jurulatih di padang. Tempel tidak jemu memberi arahan kepada para pemain meskipun berada kejauhan beribu batu dari Old Trafford. Lihat sahaja jika Manchester United tewas, Tempel akan menjadi murung dan emosi menjadi tidak stabil. Kalau Syakirin buat lawak bodoh konfem secara rifleks Akmall Syahmeen akan memanggil Syakirin dengan nama dalam bahasa Tamil.


2. Pakaian/ Fesyen

Setiap manusia berpakaian, mengikut tema atau kehendak acara yang dihadiri. Jika ke pejabat, tentu seseorang itu akan berpakaian kemas sesuai dengan jawatan dan posisi. Jika jurutera tapak lengkap dengan boot keselamatan, para setiausaha pula bijak mengenakan gaun pendek sedondon dengan kasut tumit tinggi dan warna pembayang mata, kanta lekap dan aksesori. Tetapi ini bukan ketaksuban kerana ia berlaku atas faktor yang menjadi peraturan.

Taksub yang baru menjelma adalah apabila melihat ramai yang meminati dunia yang dicipta oleh negara Korea. Adik aku yang perempuan di rumah sepanjang hari kalau boleh nak tengok KBS World. Taksub punya pasal, klip-klip rambut pun nak tiru artis Korea. Begitu juga yang terjadi dengan seorang kawan lama bernama Ashabul Yamin.

Ashabul Yamin dulunya seorang pengawas sekolah yang terkenal dengan ketaksuban kepada dunia pidato dan sebarang bentu persembahan pentas. Tapi kini tidak lagi. Beliau lebih advance berbanding rakan-rakan lamanya yang dulunya ego tak mahu jadi skima. Ashabul Yamin dari berimej segak ala Hazami kini menjelma menjadi Tomok. Memang jelas elemen Korea telah berjaya menakluk beliau, meninggalkan jauh dunia pidato. Mungkin kini Ashabul Yamin tidak lagi petah menuturkan hujah yang penuh kata kunci.

3. Kerjaya

Pengaruh kerjaya juga boleh menimbulkan sejenis ketaksuban. Lihat sahaja ramai yang membuas status di facebook setiap 5 minit, tak kira sama ada menghadiri kursus induksi, membuat payment kepada sub-kontraktor, menulis minit mensyuarat, melabel fail, menyiapkan penyata kira-kira bulanan mahupun tuang kerja bersama rakan pejabat ke Jalan TAR membeli tudung berkodi-kodi.

Mengambil contoh seorang rakan bernama Wan Hazila. Beliau mungkin amat peka dengan kekurangan pejabat lantas bertindak cemerlang untuk memikul segala tanggung jawab yang selama ini tiada siapa yang peduli. Tidak cukup dengan kerja 5 hari seminggu, beliau hadir ke mahkamah syariah pada hari sabtu dan ahad demi melaksanakan tugas. Apakah beliau benar-benar taksub dengan kerja atau ada menjalinkan hubungan cinta dengan boss beliau yang kacak, muda dan bergaya itu? Sekadar mengambil contoh yang berunsur komedi.


4. Makan

Fuh! Ketaksuban ini memang sesiapa saja akan iri hati. Lihat sahaja, kalau sudah bertuah ke mana sahaja itinerary perjalanan hidupnya dipenuhi dengan makanan yang berwarna-warni tanpa mengira jumlah kalori dan paras kolesterol. Semuanya dijilat tanpa lebihan di sudu.

Setakat mengenali Faridah Hashim, empunya blog makanan terkemuka ini begitu taksub sekali membuat update tentang makanan. Siapa yang melihat pasti cemburu. Oleh itu, penulis telah mengeksploitasikan persahabatan dengan meminta idea daripada beliau jika kebuntuan memilih lokasi makan yang sedap-sedap.

Apakah Faridah Hashim ini taksub dengan makanan? Jika taksub dengan makanan, beliau pasti akan tapau lebihan lauk pari asam pedas tempoh hari di Fiske, AU2 Setiawangsa. Tapi tidak, ketaksuban yang sebenar adalah untuk menikmati keindahan dunia makan, atau dengan mudah beliau ingin rasa setiap makanan di dunia, selagi halal dimakan. Pendek kata, beliau taksub untuk mencuba makanan yang masih belum dicuba. Eh terbayang pula telur dadar enak di Phat Thai.


5. Kebahagiaan

Aneh sekali tajuk ini. Tapi, ingin sekali mendedahkan bahawa ketaksuban terhadap kebahagiaan kadang kala membuatkan kawan terhampir merasa mual. Update sahaja di facebook, 'thanks encik boyfriend blanja i karok! xoxo!', tentu mual kita membaca status yang terbit tanpa diundang ini. Mungkin di dunia yang fana ini hanya dia seorang sahaja yang bercinta, oleh itu harus dikongsi setiap makhluk yang membacanya.

Itulah yang saban kali berlaku di facebook. Contoh nak ambil, banyak sangat. So tak perlu lah. Rasanya, tiada modal nak taip lagi, akibat rasa mual yang tak terhingga. Siapa makan cili, dialah yang berak bersepai cuci tak bersih di tandas. Tiada siapa yang taksub dengan najis kamu! Hahaha.. tertekan kelmarin guna tandas di ****. Dah, nak tidur!

Apakah anak ini begitu taksub dengan komputer sampai tak sempat nak pakai seluar? Main game farmville di FB? Gambar gugel di internet.

Friday, February 11, 2011

Top 10 : Pelakon (Antarabangsa)

Kita semua pasti punya mind set, tak kira sama ada dalam membuat keputusan mahupun dalam tindak-tanduk sehingga memberi pengaruh yang kuat dalam kehidupan. Mind set ini sukar diubah seperti mana ia hadir bukan melalui bentuk insiden yang mudah. Penuh komplikasi kerana selalunya kita lebih mempercayai sesuatu setelah mengalaminya.

Setiap kali melakukan proses muat turun atau mengunjungi gedung DVD, kita biasanya membuat tafsiran awal melalui pembacaan di media. Disebabkan kelajuan internet yang tidak membenarkan, kita selalunya mengunjungi toko DVD untuk mencari bahan tontonan tak kiralah sama ada original, cetak rompak, tertapis atau sengaja menyusuri pintu rahsia untuk ke sudut yang lebih privasi.

Punya berlambak DVD, tak terbuat kalau nak survey di internet. Mesti serkap sahaja yang mana dijangka bakal menghiburkan. Namun salah satu pemangkin tindakan kita untuk memilih sesuatu DVD itu adalah barisan para pelakon yang tertera di kulit luarnya. Jika anda ingin mengetahui citarasa saya dalam menonton filem, berikut adalah 10 senarai barisan pelakon yang sering menjadi pilihan yang tidak akan mengecewakan anda :


10. Brad Pitt

Filem-filem lakonan Brad Pitt di awal kemunculannya lebih mempertaruhkan elemen kekacakan. Namun setelah mengalami proses penuaan, lakonan Brad Pitt kini berlainan. Filem The Curious Case of Benjamin Button telah berjaya menambat hati saya justeru kini filem-filem beliau dilihat amat berkualiti dan lebih mementingkan mesej untuk disampaikan. Walaupun filem Babel hanya merupakan kombinasi 3 cerita di lokasi berbeza namun kehadiran Brad Pitt membuahkan kualiti tontonan yang lebih hebat.

9. Jennifer Anniston

Jika memilih untuk menonton filem ringan-ringan, instead of filem-filem ringan, nilai lakonan Jennifer Anniston tidak pernah mengecewakan. Beliau kini lebih menjiwai watak komedi secara natural. Tonton sahaja Friends With Money tentu ada tidak akan kering gusi. Marley & Me merupakan filem komedi romantis lakonan beliau yang dirasai paling berkesan dan setiap kali mencari bahan komedi jangan lupa untuk konsider Jennifer Anniston sebagai pelarisnya.

8. Julliane Moore

Lakonan Julianne Moore lebih tertunpu kepada filem-filem berat yang memerlukan anda tekun melihat sarikata sehingga terlepas babak penting yang ditayangkan. Julianne Moore mula melekat di sanubari saya semenjak menonton The Hours. Betapa tebalnya hati seorang isteri dan wanita dalam menempuh bahtera perkahwinan. Tidak cukup dengan itu, uji lagi kemampuan dan keegoan air mata anda dengan menonton The Prize Winner of Defiance Ohio. Apapun saya amat kesal apabila Julianne Moore tidak diangkat sebagai pemenang Oscar menerusi Far From Heaven, filem lakonan Julianne Moore yang paling banyak tercalon untuk acara anugerah.

7. Angelina Jolie

Beliau dulunya menampilkan watak ganas, wanita yang memegang pistol, memacu kenderaan dengan lajunya sambil tubuh yang menggiurkan mengenakan pakaian seksi. Itu dulu, sebelum Angelina Jolie berjaya memenangi hati. Kini, Angelina Jolie lebih teliti dalam memilih skrip. Lakonan beliau dalam The Changeling berjaya memukau sesiapa yang menonton tanpa perlu sedikit pun mendedahkan aset terlarang.

6. Clint Eastwood

Pakcik Clint Eastwood dulunya gemar berlakon filem-filem romantis yang membuatkan kita mual. Namun beliau bukanlah sekadar melepaskan batuk di tangga. Selain hebat mengarahkan filem, beliau juga amat gigih mencari bahan untuk difilemkan. Segala rahsia polis Los Angelas dihuraikan, bibliografi jurufoto National Geography ditelaah dan pelbagai lagi. Tidak hairanlah banyak filem-filem beliau diangkat sebagai finalis ke Academy Award. Tapi, lebih berkesan sebenarnya idea beliau apabila filem yang diarahkan olehnya itu turut dilakonkan olehnya, tak kira tunjang utama mahupun sekadar pelakon pembantu.

5. Kathy Bates

Wajah beliau memang puaka menerusi The Misery sebagai seorang nurse yang kejam, sanggup menghempukkan tukul ke lutut pesakitnya supaya kekal terlantar. Watak psycho yang dipegang oleh Kathy Bates amat menjadi sehingga menyelinap masuk ke dalam mimpi anda. Biarlah filem itu berjudul kurang komersil, namun mesej yang disampaikan amat memberansangkan seperti dalam The Fried Green Tomatoes.

4. Nicole Kidman

Tanpa seurat benang Nicole Kidman yakin sekali berbogel. Serahkan sahaja watak kepada beliau pasti kesudahnya anda akan jatuh hati. Wajah klasik Nicole Kidman sentiasa membarisi filem-filem hebat Hollywood. Terlalu banyak filem beliau yang hebat, namun menerusi The Others keseraman sebenar dapat dirasai. Pemenang Oscar ini sentiasa mencuba yang terbaik bagi memuaskan hati penonton walaupun perlu melucutkan pakaian. Filem-filem lakonan hebat beliau yang lain adalah seperti The Hours, Portrait of A Lady, Moulin' Rouge!, Cold Mountain, Australia, Malice, The Human Stain, The Stepford Wives dan Rabbit Hole. Beliau pernah membuat kenyataan sebagai penyalahkan Hamas dan Hezbollah dalam konflik Israel-Lebanon dan mengamalkan keagamaan secara Scientology namun wajah Chanel No.5 ini tidak henti menerima tawaran berlakon.

3. Tom Hanks

Sebut sahaja filem Cast Away, tentu anda sudah pasti menggambarkan seorang lelaki yang berjambang bersendirian di sebuah pulau terasing dan hanya bertemankan kawan karib berupa sebijik kelapa. Tidak cukup dengan itu, Forrest Gump cukup menyentuh kalbu apabila seorang lelaki lurus yang pada awal hidupnya dibuli masyarakat tetapi diakhirnya menerima cinta dari gadis yang digilainya itu, walaupun Jenny mengidap AIDS. Kerana keberkesanan lakonan Tom Hanks sering berlakon dalam filem yang wataknya akan mendominasi plot seperti The Terminal. Cuba anda saksikan lakonan Tom Hanks dalam The Ladykiller, tentu anda puas!

2. Kevin Costner

Sewaktu menonton filem The Postman, tidak ada apa yang dirasakan hebat, hanya menikmati sebuah epik. walau bagaimanapun, apabila filem itu berkisarkan kehidupan, lakonan Kevin Costner amat menyerlah. Lakonan beliau dalam A Perfect Day cukup kuat bagi mencairkan lelaki yang gah dengan keegoan dalam menitiskan air mata . Beberapa filem lakonan beliau adalah seperti The Bodyguard, Madonna : Truth or Dare, Robin Hood, JFK, Tin Cup, Dragonfly, 3000 Miles to Graceland dan Dance With Wolves.

1. Meryl Streep

Rekod tidak pernah kecewa dipegang oleh Meryl Streep. Walaupun beliau bukan saingan kepada Lindsay Lohan tetapi mereka pernah bergabung dalam melodrama The Prairie Home Companion. Lakonan Meryl Streep amat berkesan dan 5 bintang diberikan! Biarpun plot hanya berkisar tentang sebuah kehidupan biasa namun ketelitian beliau memainkan emosi dalam berperanan amat membuatkan filem itu menjadi amat sempurna. Biarpun sebagai ladyboss dalam Devil Wears Prada, sebagai isteri yang kesunyian dalam The Bridge of Madison County dan mangsa ideologi penulisan sebuah novel dalam The Hours, apapun watak yang dipegang oleh Meryl Streep sudah pasti DVD yang dipegang tidak akan dilepaskan!


sources : random from internet (all pictures)

Immitating Taj Mahal

Gambar ini diambil sewaktu kereta bergerak pantas menyusuri jalan menuju Agra, berhampiran Mathura. Kuil putih ini diperbuat daripada batu marmar putih dan kelihatan mempunyai kesamaan dengan Taj Mahal. Mathura merupakan sebuah tempat yang amat penting dalam sejarah Hindu kerana ia merupakan tempat kelahiran Dewa Krishna.

Thursday, February 10, 2011

Jugar

Jugar is a word in Hindi, means inventory or something had been modified. Mostly, the Indians match a cart with a scooter (vespa) to then create a brand new vehicle to transport goods and foods. In a small industrial area of Nangloi, most of Jugar-cart used to carry harvested plant, furnitures, woods, vehicle parts for resale, plastic and waste materials to be recycled and even as a school children bus. The Jugar indirrectly contributes toward the phrase of 'Sab Hota Hai' or nothing impossible. Incredible!

Wednesday, February 9, 2011

Penangan Jari Hantu


Bayangkan jika anda menikmati keindahan alam di suatu pagi, berjalan menyusuri lorong yang damai dan secara tiba-tiba mereka yang berselisih dengan anda menunjukkan tanda 'jari hantu', apakah perasaan anda? Tentu serba salah atau mungkin anda merasakan yang anda telah melakukan sesuatu yang kurang ajar.

Jangan cepat melatah. Anda bukan dimarahi mahupun ingin dicabuli. Di negara India, simbol jari hantu ini merupakan suatu tanda penghormatan sebagai telah menunaikan kewajipan terhadap negara tercinta. Masih tidak percaya??

Lihat rajah di bawah, ia merupakan kempen mengundi yang dijalankan di India bagi menyeru warganya keluar mengundi semasa pilihan raya. Tentu budaya ini membuatkan kita terpinga-pinga, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ lagit dijunjung. Oleh itu hormatilah budaya mereka sebagai mana kita mahu dihormati dari orang lain.

Poster di akhbar mengajak rakyat India keluar mengundi.

Ada satu syarat! Nilai murni ini akan berubah nasib sekiranya anda alpa. Pastikan pada jari hantu mereka itu terdapat calitan cat berwarna merah. Calitan itu yang menandakan seseorang telah membuat undian di pilihan raya. Jika tidak, silalah beredar dari situ atau anda mungkin menerima musibah.

Tuesday, February 8, 2011

Dani Mirza




Dani Mirza, sudah berusia 5 bulan.